Saturday, February 27, 2010

Hand made pizza base




Bahan - bahannya :
150 gram tepung serbaguna ~ diayak
3 gm yis segera
5 gm gula aising ~ diayak
2 gm garam
85 ml air
5 gm mentega tanpa garam

Cara membuat
1. Untuk membuat bes pizza, campur tepung, yis, gula, garam
dan air kedalam mangkuk dan putar dengan pemutar cangkuk
hingga terbentuk bebola kasar.

2. Masukkan mentega. Putar hingga terbentuk doh yang licin dan
lembut. Sapu dengan sedikit minyak masak. Bungkus doh dalam
plastik dan biarkan ia naik buat kali pertama selama 40 minit.

3. Kaup dan balikan doh atas permukaan meja yang ditabur
dengan tepung. Bahagikan kapada 2 bahagian. Uli doh seketika
dan bentukkan jadi bebola. Tutup dengan plastik dan biarkan
ia naik 10 minit untuk kali kedua.

4. Gelek doh dengan penggelek hingga leper pada diameter 24 cm.
Buat 2 keping bes pizza dan letak dalam loyang yang sudah digris.
Tutup dengan plastik dan biarkan ia naik selama 25 minit untuk
kali terakhir.

5. Cucuk permukaan bes pizza dengan hujung garfu. Sapu 3 sudu
besar daging sos tomato pada bes pizza dengan rata dan tabur keju.
Bakar dalam ketuhar selama 10 - 12 minit hingga berwarna kuning
keemasan. Nikmati pizza ini panas - panas.
sumber ~ chef jimmy chang
                                                  

Thursday, February 25, 2010

Jeli kelapa


Bahan - Bahannya :
225 gram serbuk jeli kelapa
2 biji kelapa muda ~ ambil air dan isi kelapa
1 cawan gula pasir
Isi kelapa muda

Cara Membuatnya
1. Sedia 2 biji kelapa muda campur dengan air sehingga 2000 ml
masak sehingga mendidih.

2. Masukkan 200 gram gula ( 1 cawan ), isi kelapa muda dan bahan
jeli kacau hingga rata. Padamkan api. Tuangkan ke dalam acuan.
Bekukan di dalam peti sejuk.
sumber ~ happy grass


Monday, February 22, 2010

Kroket kentang


Bahan ~ bahan
300 gram ubi kentang
25 gram susu tepung
1/4 sudu teh garam
1/8 sudu teh serbuk lada sulah

Bahan inti
2 ulas bawang putih ~ cincang halus
1/2 labu bawang besar ~ cincang halus
100 gram daging cincang
50 gram lobak merah ~ potong dadu
25 gram buncis ~ hiris halus
1/2 sudu teh garam
1/4 sudu teh serbuk lada sulah
1/4 sudu teh stok ayam
1/4 sudu teh gula pasir
100 ml air
1 batang daun bawang ~ hiris halus
1 sudu makan minyak utk menumis

Bahan Pencelup
150 gram tepung roti kasar
2 biji telur ~ dipukul ringan
Minyak utk menggoreng

Cara Membuatnya
1. Kupas ubi kentang dan potong setebal 1 cm, goreng sampai masak. Lenyek hingga halus. Campurkan dengan susu tepung, garam, serbuk lada, gaulkan hingga sebati. Ketepikan.

2.Untuk inti: tumis bawang putih dan bawang besar sehingga naik bau. Masukkan daging cincang. Kacau hingga berubah warna. Masukkan lobak merah dan buncis. Kacau sehingga layu.

3.Masukkan air, garam, serbuk lada, stok ayam dan gula pasir. Masak sehingga kering dan masukkan daun bawang, kacau rata.

4. Ambil 1 sudu makan ubi kentang. Intikan dan bentukkan lonjong. Gulingkan kedalam tepung roti kasar. Celupkan ke dalam telur. Gulingkan lagi kedalam tepung roti kasar. Goreng dalam minyak yang
telah dipanaskan sampai masak.

Sunday, February 21, 2010

Ayam Goreng Berempah Penang



Ada stok kepak ayam di dalam freezer, rasanya kalau saya goreng memang anak - anak confirm suka!! Resepi ayam ni cukup mudah di sediakan gaulkan semua bahan - bahan sekali, kalau nak sedap lagi kena perapkan semalam dan esok baru boleh goreng. Beginilah jadinyaa ayam goreng berempah saya ni dan selamat mencuba buat semuaa!! Thank you kepada Tuan Haji kerana suka bagi resepi yang sedap - sedap!

Ayam Goreng Berempah Penang
4 Sudu besar Tepung Ubi Kayu.
2 Sudu besar Tepung beras.
1 Sudu besar Tepung jagung.
1 Sudu kecil serbuk lada putih.
1 Sudu kecil Serbuk kunyit.
2 Sudu besar Serbuk Kari Daging.
1 Sudu besar *cili kering yang dikisar halus.
3 Sudu besar Kisaran halus Bawang besar 1 biji + Bawang putih 4 ulas + Halia 2″ (inci).
3 Tangkai daun kari dipotong halus.
1 Kg. Minyak untuk goreng.
Garam Secukup untuk dirasa.

Cara penyediaan:
1. Bersihkan Ayam yang telah dipotong dan perlu disimpan dalam penapis bersesuain untuk keringkan air basuhan ayam. Masukan kedalam bekas dan masukan serbuk kunyit dan sedikit garam dan gaulkan serata ketulan ayam didalam bekas. Kunyit mengandungi bahan antiseptik yang baik untuk membunuh bakteria yang terdapat didaging ayam .Masukkan serbuk kari, kisaran bawang+bawang putih+ dan halia. Tutup bekas ayam ini dengan plastik salut “plastic wraper” dan Peramkan di peti sejuk bahagian dingin selama 1- 2 jam untuk bahan rempah ini masuk kedalam isi ayam.

2. Keluarkan bekas dan masukkan Tepung Ubikayu, T.beras dan T.jagung bersama serbuk lada putih dan daun kari yang dipotong halus.Gaulkan serata dan dapatkan kelikatan tepung yang tepat.Sekiranya tepung terlalu likat boleh ditambah telur sebutir atau sedikit air. Kelikatan tepung adalah amat perlu diberi perhatian sekiranya cair tepung ini akan berpisah dari dari ketulan ayam..terlalu pekat ia akan menjadi cucur goreng. Maka dinasihatkan agar goreng seketul ayam dahulu untuk pastikan bentuk fizikal ketulan ayam.Peram 20-30 minit sebelum gorengan.

3. Panaskan kuali dan masukkan minyak yang secukup ( ketulan ayam perlu lemas dalam minyak). Tentukan minyak perlu panas sebelum memulakan goringan. suhu minyak amat memainkan peranan dalam gorengan yang cantik.

4. Untuk gorengan yang cantik ketulan ayam perlu dimasukan jangan terlalu banyak dan sedikit. Ap dapur perlulah sentia diawasi supaya ketulan ayam tidak hangus. pada keadaan biasa cuma masukkan 4 ketul dalam kuali yang sederhana besar pada api sederhana.Goringan ini biasanya ambil masa 20- 25 minit. Untuk pastikan ketulan ayam telah masak biasanya ketulan itu mula terapung. Masukan bahagian peha diakhir gorengan kerana bahagian peha ambil masa yang lama untuk masak dan memerlukan api yang kecil. Tanda peha sudah dimasak ialah dengan perhatikan urat pada bahagian bawah mula pecah dan ketulan mula terapong.

5. Goreng ayam perlu tidak lama dan tidak masak. Kalu terlalu masak juice pada ayam akan kekeringan dan menghilangkan kemanisan pada isi ayam. Maka awaslah!. Pengalaman akan menentukan kelazatan masakan. Jangan cepat putus asa apabila mencuba resepi baru…Cuba dan mencuba….pasti anda akan berjaya dan mahir dalam masakan.

Saturday, February 20, 2010

Roti jala


Bahan - bahan
450 gram tepung gandum
1 camca teh garam
Sedikit pewarna kuning atau serbuk kunyit
450 ml susu segar atau santan
3 biji telur ~ dipukul sedikit
450 ml air ~ tak cukup cair boleh tambahkan
2 camca besar mentega cair
Minyak untuk melenser
Acuan roti jala

Cara Membuatnya
1. Ayak tepung gandum, garam dan serbuk kunyit kedalam mangkuk besar. Buatkan lubang ditengahnya, tuangkan susu, telur, separuh dari air dan setengah mentega cair ke dalamnya. Gunakan whisk untuk membancuh.

2. Masukkan baki air tadi dan mentega kacau hingga menjadi adunan yang licin dan tidak bergentel, tapis. Panaskan kuali leper atas api sederhana. Lenserkan sedikit minyak panas. Kacau dan isikan 80 ml
adunan kedalam acuan roti jala.

3. Pusingkan acuan diatas kuali, terus memusing dalam bulatan untuk membentuk juraian roti jala. Biar kan roti masak tetapi jangan sampai keperangan. Angkat.

4. Angkat dan lipat roti dalam bentuk baji atau gulungkan, ulangi proses yang sama sehingga semua adunan habis.
sumber ~ lnynn myr

Friday, February 19, 2010

Air coklat panas


Bahan - bahan :
2 sudu makan coklat cair
1 sudu makan susu pekat manis
Gula secukup rasa
Air panas


Cara Membuatnya :
Masukkan coklat cair kedalam cawan, kemudian masukkan air panas  dan jugak susu pekat
manis. Rasakan dengan gula dan sedia dinikmati  ketika masih panas.Yumm..

Thursday, February 18, 2010

Bebola kacang rangup


Snack atau kudapan kalau tengah santai dan duduk di rumah, sangat mudah dari segi pemilihan bahan dan cara pembuatanya. Cuba yuk!

Bebola kacang rangup
250 gm tepung gandum
75 gm tepung ubi kayu
200 ml minyak masak
125 gm gula halus
125 kacang tanah ~ disangai dan kisar
1/2 sudu teh esen vanila
1/2 sudu teh garam halus

Bahan utk gris
1 biji kuning telur
1 sudu teh susu cair

Cara Membuatnya
Campurkan kesemua bahan - bahan tersebut dengan tepung gandum tepung ubi, gaulkan hingga sebati. Kemudian masukkan minyak masak dan uli adunan hingga lembut.Ambik 1 sudu teh adunan dan bentuk bebola kecil. Sapukan bebola dengan bahan gris tadi, bakar pada suhu 180C selama 15 minit.

Roti Sosej Ala Pizza


As'laikum semua, selamat petang, mesti semua tengah sibuk di dapur. Hari ni saya macam kehabisan idea lah nak masak apa, jadi tadi siang tengok bahan2 untuk buat roti semua ada, dan kebetulan sosej pulak memang ada simpan dalam freezer, jadi projek roti sosej gulung pun bermula. Jom tngok apa bahan - bahan yang perlu di sediakan!!

Roti Sosej Ala Pizza
300 gram tepung roti
100 gram tepung gandum
190 ml air suam
1 biji telur
2 sudu besar susu tepung
Sos cili dan mayonis secukupnya
1 sudu kecil garam
4 sudu besar gula halus
2 sudu teh yis
60 gram butter / marjerin
Sosej secukupnya
 
Bahan Gliss :
1 biji telur - di pukul ringan
1/2 sudu teh susu cair / susu segar
 
 
Cara Membuat :
Di dalam mangkuk adunan masukkan tepung roti, tepung gandum, telur, susu tepung, yis dan gula halus. Masukkan air suam sedikit demi sedikit. Uli sehingga adunan menjadi licin. Masukkan butter dan garam
uli lagi sehingga adunan tidak melekat di tangan dan juga bekas adunan. Perapkan untuk 40 menit.
Bahagikan doh seberat 50 gram. nipiskan adunanan roti dan letakkan sebiji sosej dan gulungkan dengan kemas. Potong doh yang dah siap di gulung kepada 8 bahagian kecik. Jarakkan sedikit. Perapkan doh sehingga naik. Sapu dengan bahan gliss dan paipkan dengan sos cili dan juga mayonis. Bakar pada suhu 180 C sehingga roti masak.

Wednesday, February 17, 2010

Apam Ceria


Untuk entry hari ini, saya ada membuat kuih apam. Kanak - kanak cukup suke dengan jenis kuih apam versi yang ini!! Warna - warni dan ceria kan?

Apam Ceria
2 biji telur - dari peti sejuk
150 gram tepung gandum
110 gram gula halus
80 gram susu segar
1 1/2 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovallete
1 sudu teh esen vanila
Filing blueberry secukupnya (masukkan ke dalam piping bag)
Pewarna kegemaran

Cara Membuat :
Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maxima selama 6 - 8 minit.
Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna mengikut citarasa. Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih). Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang.Picitkan bluberry filling secukupnya.

Picitkan lagi adunan yang berlainan warna sehingga ¾ penuh. Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan. Kemudian lorekkan dengan pencungkil gigi. Kukus didalam kukusan air mendidih dengan api perlahan dan kukuslah selama 10-15 minit.

Tuesday, February 16, 2010

Ayam masak kerisik


Bahan - bahannya :
1 ekor ayam ~ dipotong 12
1/2 biji kelapa parut ~ dibuat kerisik
dan ditumbuk halus
2 peket kecil rempah kari daging
2 labu bawang besar ~ dipotomg bulat
5 cm kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
5 ulas bawang merah ~ dikisar
3 ulas bawang putih ~ dikisar
4 cm halia ~ dikisar
1 mangkuk pati santan
2 sudu besar bawang goreng
Minyak untuk menumis
Garam secukupnya

Cara Memasaknya :
1. Ayam dibersihkan dan dituskan, panaskan minyak dan tumiskan bahan - bahan kisar,
bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga dan kulit kayu manis. Kacau sehingga bawang
kekuningan.

2. Masukkan rempah kari daging dan kacau hingga rata. Biarkan hingga pecah minyak,
masukkan ayam, santan dan kerisik. Kacau dan biarkan kuah sedikit pekat.
sedikit pekat.

3. Masukkan bawang besar yang dipotong bulat. Kacau hingga bawang layu sedikit,
angkat. Tabur bawang goreng sebelum menghidang.

Monday, February 15, 2010

Beff and cheese thin crust pizza


Ingredients
[1]
200 gm all purpose flour ~ sifted
4 gm salt
105 ml water
12 gm unsalted butter

[2]
120 gm beff/chicken strip
90 gm onions ~ chopped
120 gm mozarella cheese
4 gm black pepper
3 tablespoons bechamel sauce

Method
1. Put aside the sliced meat and onion. Combine flour, salt
and water in a mixing bowl and beat with an electric hokk
mixture until a rough ball is formed.
2. Add the butter, whisk to form a clean and smooth dough.
Take the dough and grease some oil. Wrap it with a plastik wrap
and leave to rest for 30 minutes.
3. Turn out the dough on to a lightly floured surface. Divide
into 3 portion. Shape the dough with a rolling pin into a roud
pizza base or 20 cm in diameter. Make 3 pizza bases and trasfer
into the greased pan.
4. Spread the bechamel sauce on the pizza base, arrange the sliced
meat, sprinkle the onion and cheese.
5. Lightly dust some black pepper. Bake in the oven for 10 - 12
minutes, enjoy this pizza while it still hot.

Bechamel Sauce
Ingredients
50 gm unsalted butter
60 gm superfine flour ~ sifted
1000 ml whole fat milk
4 gm salt

Method
1. Melt the butter in a pot over low heat and add the
flour, stir and saute until well blended.
2. Pour the milk into the pot, whisk with a ballon mixer
over low heat.
3. Sprinkle some salt to taste. Stir and cook until the
sauce thickened. Pour and keep in an air tight container.
4. This bechamel sauce can be kept in the refrigenerator to
last 3 - 4 days or 4 weeks in the freezer.

Sambal lado udang


Bahan - bahan
10 ekor udang bersaiz sederhana
3 ulas bawang merah
5 biji cili merah tanpa biji
1 biji buah tomato
1/4 sudu teh garam
2 sudu makan minyak sayuran ~ untuk menumis
Minyak untuk menggoreng

Cara membuat
1. Kupas kulit udang dan buang kepalanya, goreng jangan sampai garing. Kisar halus
bawang merah, cili dan tomato . Panaskan minyak sayuran, tumis bahan yang dikisar
sehingga terbit aroma.

2. Masukkan garam, kecilkan api dan masukkan udang, matikan api dan kemudiannya
segera dikacau. Sedia untuk dihidangkan.

Saturday, February 13, 2010

Donat kentang panggang


Bahan - bahan
300 gram tepung proten tinggi
200 gram kentang kukus ~ lecek halus
25 gram gula pasir
1 sudu teh yis segera
1 biji telur
25 ml air sejuk
1 sudu makan marjerin
1/2 sudu teh garam
3 sudu makan marjerin untuk membakar
2 sudu makan gula aising untuk taburan

Cara Membuat
1. Campurkan tepung gandum, kentang, gula pasir dan yis segera. Kacau rata. Masukkan telur dan air sejuk sedikit demi sedikit sambil diuli hingga tidak melekat. Masukkan marjerin dan garam. Uli sehingga elastik. Biarkan selama 15 minit.Kempiskan adunan, timbang setiap bahagian adunan seberat 20 gram. Bulatkan. Biarkan selama 10 minit.

2. Leperkan dan lubangkan tengahnya, letakkan di loyang yang telah ditabur sedikit tepung gandum. Biarkan selama 30 minit. Panaskan kuali datar yang disapu marjerin. Letakkan beberapa donat, biarkan sehingga kembang, balikkan dan biarkan sehingga masak. Hidangkan bersama taburan gula aising.

tips: Jangan memanggang terlalu lama supaya kulit tidak tebal dan keras! Selain di bakar donat ini boleh juga digoreng.
sumber ~ sedap

Puding roti


Bahan - bahan
4 keping roti
2 biji telur
1/2 cawan susu pekat
170 ml susu cair
8 gram serbuk agar - agar
1/2 cawan gula
2 sudu besar butter atau marjerin
3 1/2 cawan air
Pewarna merah, kuning, coklat

Cara Membuat
1. Didihkan 3 cawan air, serbuk agar - agar dan gula ke dalam periuk,
blend roti, telur, susu pekat, susu cair dan balance air tadi [ 1/2 cawan ].

2. Masukkan kedalam periuk agar - agar yang sudah mendidih tadi, masukkan
butter, kacau rata sampai mendidih lagi, matikan api. Bahagi kepada 3
bahagian, masukkan warna pilihan dan kacau sebati.

3. Ambik sesenduk warna merah dan tuang di tengah - tengah loyang, ambik
lagi sesenduk warna hijau tuang diatas warna merah, biarkan puding bergerak
sendiri ke tepi.

4. Kemudian ambik warna coklat tuang diatas warna hijau pula buat sehingga
habis. Ketika melapis hendaklah cepat sebab puding cepat beku.
Dah siap boleh disimpan didalam peti sejuk.
sumber ~ hana family

Friday, February 12, 2010

Tempe mendoan


Bahan - bahan :
2 peket tempe ~ dipotong nipis
100 gram tepung gandum
25 gram tepung ubi kayu
1 sudu teh air kapur
1 tangkai daun bawang ~ dipotong halus
Sedikit pewarna kuning
150 ml air
Minyak untuk menggoreng

Bahan kisar
2 sudu teh ketumbar
2 ulas bawang putih
1 sudu teh lada sulah
1/2 sudu teh garam dan serbuk perasa

Cara Membuat :
1. Campurkan bahan kisar dengan tepung gandum, tepung ubi kayu, garam, serbuk
perasa, pewarna kunig dan air kapur. Kacau hingga sebati, masukkan air sedikit demi
sedikit sehingga menjadi adunan yang licin.

2. Masukkan potongan daun bawang kacau lagi, celupkan tempe ke dalam adunan
tepung. Goreng dalam minyak yang banyak. Goreng hingga kekuningan.

Tips: untuk hasil yang lebih garing gunakan api yang sederhana sewaktu menggoreng.

Tomyam Putih Ala Gerai



Assalam buat semua pembaca blog, tengah hari tadi masak yang ringkas - ringkas saja! Memandangkan stok ayam dan udang memang tersedia di rumah saya olah saja menjadi menu tomyam untuk di ganding kan bersama nasi putih dan telur dadar nati. Hmm saya rasa dah cukup sedap! Untuk sajian tomyam kali ini saya tidak memasukkan paste tomyam, hanya menambahkan beberapa cili / cabai yang di ketuk untuk menaikkan rasa dan aroma pada sup ala thai ini.

Tomyam Putih Ala Gerai
500 ml air / air rebusan tulang ayam untuk lebih sedap
2 ketul dada ayam - dipotong kecil
100 gram  udang
1 biji bawang besar - di potong bulat
2 ulas bawang putih - di titik jng sampai hancur sangat
1 inci lengkuas - ditumbuk kasar
4 biji cili padi - di ketuk
2 batang serai - dititik
Sedikit bunga kubis - dipotong
Sedikit lobak merah - dipotong bulat
2 biji tomato - dibelah empat
3 biji limau nipis - diambil jusnya
3 helai daun limau purut
1 sudu besar kicap ikan / nampla
Garam secukupnya
Sedikit daun ketumbar - potong halus

Cara Memasaknya :
Panaskan air kemudian masukkan ayam, bawang besar, lengkuas dan serai, masak sehingga ayam empuk. Masukkan bahan - bahan lain, kacau rata dan biarkan mendidih. Masukkan udang. Akhir sekali perasakan dengan garam dan masukkan air perahan limau nipis, rasa masam bergantung pada cita rasa anda. Tabur dengan hirisan daun ketumbar yang di potong halus!


Semur ayam berserai


Bahan - bahan
8 ketul ayam
1 sudu besar rempah kari
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
4 sudu besar kicap masin
125 ml minyak
2 cm kulit kayu manis
2 batang serai ~ dititik
125 ml air
1 peket serbuk pati ayam
2 labu bawang besar ~ hiris bulat

Bahan kisar
10 tangkai cili merah
10 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 cm halia
2 batang serai
2 cm lengkuas
2 biji buah keras

Cara Memasaknya
1. Perapkan ayam dengan serbuk kunyit dan garam. Goreng separuh masak
dan ketepikan, panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan kisar, serai
dan kayu manis. Kacau hingga naik bau.

2. Masukkan rempah kari, cili kisar, sos tomato dan sos cili. Goreng
sebentar masukkan bawang, air dan serbuk pati ayam, kicap dan ayam.

3. Gaul dan kacau rata hingga mendidih dan kuah pekat, tutup api, hidangkan.

Thursday, February 11, 2010

Daging masak hitam resepi 2



Daging masak hitam ini menjadi salah satu resepi kegemaran! Kalau time malas masak je, saya buat sampai dua kg daging, dan simpan di dalam fridge. Kuar dan hangat balik ketika ingin menghidang. Memang tahan lama.
                       
Bahan - bahannya :
600 gram daging
8 ulas bawang merah ~ dikisar
5 ulas bawang putih ~ dikisar
4 cm halia ~ dikisar
2 batang serai ~ dikisar
4 cm lengkuas ~ dikisar
15 tangkai cili kering ~ dikisar
4 biji buah pelaga
1 batang kulit kayu manis
6 kuntum bunga cengkih
3 kuntum bunga lawang
Setangkai daun kari
1/2 cawan sos cili
2 sudu besar kicap pekat
2 sudu besar kicap cair
1 sudu besar gula merah
Sedikit gula dan garam

Cara Memasaknya :
Daging dipotong nipis - nipis dan ketepikan. Tumiskan bahan - bahan kisar bersama pelaga, kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan jugak daun kari, sehingga ia naik bau. Kemudian masukkan sos cili bersama kicap pekat dan kicap cair sambil di kacau. jangan lupa masukkan sedikit gula merah dan garam.

Akhir sekali masukkan daging tadi sambil dikacau rata. Reneh atas api sederhana sehingga daging empuk. Boleh juga di tambahkan sedikit air jika daging lambat empuk. Masak sehingga kuah sedikit pekat.

Ungkep telur rempah kari


Bahan - bahan
5 biji telur ayam ~ direbus
1 sudu teh serbuk kari
1 tangkai daun kari
2 helai daun salam
2 helai daun limau ~ buang tulangnya
2 cm lengkuas ~ diketuk
1 sudu teh air asam
500 ml air

Bahan kisar
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
3 biji buah keras ~ sangai
1/2 sudu teh ketumbar
1 cm kunyit hidup ~ dibakar
1 1/4 sudu teh garam
1 sudu teh gula pasir

Cara Membuat
Tumiskan semua bahan kisar dengan sedikit minyak. Masukkan serbuk kari,
daun kari, daun salam, lengkuas, air asam, daun limau, dan air.
Masak diatas api kecil sehingga kuah agak pekat.

Masak lemak pucuk paku



Bahan - bahanya :
1 cekak pucuk paku
1 batang serai ~ dititik
1/2 cawan pati santan
1/2 cawan santan cair
3 ulas bawang merah ~ dikisar
2 ulas bawang putih ~ dikisar
1/2 inci kunyir hidup ~ dikisar
4 biji cili padi ~ dikisar
1/2 camca besar udang kering ~ dikisar

Cara Memasaknya :
Pucuk paku diasing tangkai dan daunnya. Tumiskan bahan kisar sehingga naik bau, masukkan serai, udang kering dan kacau sebati. Masukkan pula santan cair dan masak atas api kecil hingga mendidih, kacau rata. Masukkan pucuk paku, pati santan, garam secukupnya. Biarkan mendidih perlahan
perlahan sambil dikacau sekali sekala.

Wednesday, February 10, 2010

Apam balik manis kentang



Bahan - bahannya :
300 gram tepung gandum
1/2 sudu teh serbuk vanila
5 gram serbuk penaik
150 gram gula pasir
225 gram kentang, dikukus, kupas
dan lenyekkannya menjadi 200 gram
2 biji telur
500 ml air

Bahan sapu :
100 gram mentega kacang

Bahan hiasan :
50 gram gula pasir
60 gram coklat urai
100 gram keju parut

Cara Membuatnya :
1. Campurkan kesemua tepung gandum, vanila, serbuk penaik, gula dan kentang
hingga rata, masukkan telur dan air sedikit demi sedikit sambil di kisar hingga
lembut. Biarkan selama 2 jam.

2. Panaskan acuan apam balik manis selama 15 minit diatas api sederhana, ambil
350 gram adunan masukkan 1 sudu teh serbuk penaik dan 1/2 sudu teh soda,
kacau rata.

3. Tuangkan ke dalam acuan apam balik yang telah dipanaskan dengan api
sederhana. Biarkan hingga berlubang. Tabur gula pasir dan tutup. Biarkan hingga
benar - benar masak. Angkat, sapukan mentega kacang. Tabur coklat urai
dan keju. Lipat dan potong - potong.

Monday, February 8, 2010

Roti pandan


Bahan - bahan :
350 gram tepung roti
250 air sejuk
50 gram gula halus
1/2 camca teh garam halus
3 camca teh instant yeast
1 camca teh bread improver
20 gram serbuk santan
1 camca besar tepung susu
1 biji telur saiz kecil
30 gram mentega
1 camca teh pandan paste

Bahan hias :
Kelapa kering  - untuk topping atas roti
Serikaya untuk inti

Cara membuat :
1. Satukan semua bahan - bahan diatas kecuali mentega dan bahan hias
kedalam mangkuk adunan. Gunakan hook dan putar pada kelajuan sederhana
sehingga menjadi doh, tambahkan mentega dan terus memutar sehingga menjadi
doh yang kenyal dan elastik.

2. Tutup dengan plastik cling dan biarkan 1 jam. Tumbuk doh untuk membuang
udara, bahagikan doh kepada 16 bahagian yang sama besar. Bulat-bulatkan doh
dan isikan dengan inti, susun dalam loyang dan tutup dengan tuala bersih dan
biarkan naik selama 1 jam.

3. Spray sedikit air atas permukaan roti dan taburkan kelapa kering. Bakar
dalam oven yang telah di panaskan pada suhu 180C selama 25 minit.

Sunday, February 7, 2010

Lala masam manis


Bahan - bahan :
200 gm lala
4 sudu besar sos cili
2 sudu makan sos tiram
4 ulas bawang putih - dikisar
1 sudu makan sos plum
2 sudu cili boh
1 biji limau nipis  - ambil jusnya

Bahan A :
50 gm timun  - dipotong panjang
50 gm nanas - dipotong dadu
1 biji bawang besar  - dihiris
1 biji cili benggala - dihiris halus
Garam secukup rasa

Cara Memasaknya :
1. Tumis bawang putih dan cili boh sehingga garing, masukkan bahan A dan biarkan
seketika. Setelah itu masukkan lala bersama sos cili, sos tiram sos plum dan jus limau
nipis.

2. Perasakan dengan garam dan masak sehingga lala terbuka. Sedia di nikmati dengan
nasi panas.


Tauhu isi


Bahan - bahan
6 biji tauhu [ belah dua ]
300 gram isi udang
1 biji putih telur
2 sudu besar tepung jagung
5 ulas bawang putih
Setangkai daun bawang

Cara Membuatnya
Korek tauhu pada bahagian tengah, sehingga ia menjadi lubang. Ketepikan. Kisarkan udang, bawang putih, isi tauhu yang dikorek tadi dan garam dengan pengisar kering. Kemudian gaulkan tepung jagung, daun bawang dan telur, isikan semua dalam tauhu yang dikorek tadi. Goreng sehingga kuning.

Saturday, February 6, 2010

Sup Tulang Simple



Sup Tulang Simple
1 kg tulang dan sedikit isi daging lembu
3 kuntum bunga lawang
7 kuntum bunga cengkih
2 batang kayu manis
6 biji buah pelaga
1 sudu makan lada hitam
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu teh serbuk ketumbar
1 kiub pati ikan bilis
Garam secukup rasa
Sedikit daun sup
Sedikit bawang goreng

Cara memasaknya
Rebus daging dan tulang hingga empuk. Masukkan bunga lawang, bunga cengkih kayu manis dan buah pelaga. Kemudian masukkan serbuk ketumbar dan sedikit serbuk lada hitam, masukkan pula biji lada hitam. Akhir sekali masukkan kiub pati ikan bilis dan garam secukupnya, taburkan daun sup dan bawang goreng ketika menghidang.

Kubis Brussel rangup


Bahan - bahan
1/2 liter air
150 gram brussel
1 biji cili merah  - hiris nipis
Sedikit minyak masak
2 ulas bawang putih  - di ketuk
1 labu bawang besar  - potong bulat
1 camca besar tepung jagung
1 camca minyak bijan
1 camca sos tiram
Sedikit garam dan gula

Cara Memasaknya
1. Didihkan air dan celur kubis Brussel seketika. Kemudian angkat,
panaskan minyak dan tumis bawang putih, bawang besar, cili merah
hingga perang.

2. Masukkan tepung jagung yang dibancuh dengan sedikit air, minyak
bijan, sos tiram, garam dan gula. Masukkan sayur yang sudah di sejat
di dalam bahan tumis, kacau rata dan angkat.
Hidangkan panas - panas.
sumber ~ majalah jelita

Ayam limau berempah


Bahan - bahan
500 gm ayam
5 cm halia
5 cm lengkuas
3 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
2 batang serai
2 biji limau nipis
3 helai daun limau purut [hiris]
Serbuk kunyit
Serbuk lada hitam
Garam

Cara Memasaknya
1. Kisar halia, lengkuas, serai, bawang besar dan bawang putih.
Kemudian tuangkan bahan kisar kedalam bekas. Masukkan daun limau
purut yang telah dihiris. Tuangkan air perahan limau nipis, masukkan
serbuk kunyit dan garam secukupnya.

2. Gaulkan ayam dengan serbuk lada hitam, serbuk lada sulah dan
bahan - bahan tadi. Perapkan 1 jam. Panaskan minyak dan goreng
hingga garing.

Tips: lebihan rempah boleh ditumis, sehingga agak garing lalu taburkan
diatas ayam goreng yang sudah di goreng tadi.

Thursday, February 4, 2010

Mi goreng segera


Bahan - bahan
2 bungkus mi segera perisa kari
Perencah mi segera
1 labu bawang besar dimayang
1 camca besar cili kisar
2 camca besar sos cili
1 camca besar kicap pekat
fish cake dan sosej digoreng
Sebutir telur

Cara memasaknya
1. Masukkan mi segera kedalam air mendidih pastikan mi yang di rebus tidak terlalu lembik. Tumiskan bawang besar dengan menggunakan sedikit minyak setelah kekuningan, masukkan perencah mi segera.

2. Masukkan cili kisar, sos cili, kicap pekat dan diikuti dengan sebutir telur. Masukkan mi yang telah direbus, sosej dan fish cake, kacau sebati. Hidangkan panas.

Kailan ikan masin



Sayur tumis ini memang sedap di makan bersama nasi yang baru je masak! Sepinggan sat jee boleh habis! Jom mencuba! Senang dan cepat.

Bahan - bahannya :
200 gram kailan
50 gram ikan tenggiri masin
50 gram cili padi diketuk
50 gram bawang besar dipotong bulat
50 gram sos tiram
50 gram bawang putih diketuk
1 sudu teh stok ikan

Cara Memasaknya
Tumis bawang putih, bawang besar, cili padi dan ikan tenggiri masin.
Masukkan sos tiram, stok ikan dan kailan. Masak sehingga kailan lembut.
Hidangkan bersama nasi putih.

Telur masak kicap


Bahan - bahan
4 biji telur direbus
3 ulas bawang merah dikisar
2 ulas bawang putih dikisar
1/2 inci halia dikisar
2 camca besar cili kisar
1 camca besar kicap pekat
2 camca besar sos cili
1 camca besar sos lada hitam
1 biji bawang besar dimayang
Garam dan gula secukup rasa

Cara Memasaknya
1. Goreng sekejap telur yang di rebus tadi. Ketepikan. Panaskan minyak
didalam kuali tumiskan bahan - bahan kisar hingga naik bau.

2. Kemudian masukkan cili kisar, kicap pekat, sos cili, sos lada hitam
kacau goreng sekejap sehingga kuah agak pekat, masukkan bawang besar,
garam dan gula secukupnya. Siap di hidangkan.

Wednesday, February 3, 2010

Mi Bandung


Bahan - bahan
300 gram mi kuning
100 gram bawang merah dikisar
80 gram bawang putih dikisar
60 gram halia dikisar
40 gram cili kering dikisar
200 gram udang kering
180 gram pes tomato
100 gram isi udang
100 gram isi ayam
Garam secukup rasa

Cara Memasaknya
Mi kuning dicelur dan diasingkan. panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga naik bau. Masukkan pes tomato dan kacau perlahan.


Masukkan pula udang kering, bersama isi ayam dan isi udang. Tambahkan air jika perlu. Kacau perlahan - lahan sehingga mendidih. Sedia dinikmati.

                                         

Air kacang soya



Bahan - bahan :
300 gram kacang soya
4 liter air
2 helai daun pandan

Cara Membuatnya :
1. Rendam kacang soya selama 4 hingga 5 jam. Kemudian kisarkan sehingga lumat. Ambik
kain putih yang bersih dan tapiskan airnya, perah air soya ke dalam periok. Lakukkan proses
ini berulang kali sehingga selesai.

2. Masak air soya bersama dengan daun pandan sambil di kacau perlahan - lahan sehingga
mendidih. Sementara itu, sediakan bahan air gula. Hidangkan air soya sama ada panas
ataupun sejuk bersama dengan sedikit air gula mengikut citarasa anda.

Tuesday, February 2, 2010

Kuetiau goreng Pulau Pinang


                                 
Bahan - bahanya :
Minyak masak untuk menumis
80 gm udang, di buang kulit
10 gm bawang putih, dicincang
20 gm sambal belacan
1 biji telur
150 gm kuetiau
30 gm bebola daging
30 gm daun kucai
30 gm tauge
Sedikit garam
Sedikit lada sulah

Cara Membuatnya :
Panaskan minyak dan goreng udang untuk beberapa saat. Bubuh bawang putih, sambal belacan dan kacau sehingga wangi. Pecahkan telur dan kacau lagi. Masukkan kuetiau, bebola daging dan gorengkan
untuk seketika. Masukkan daun kucai, tauge, garam dan lada sulah, kacau rata sehingga masak. Hidangkan panas.

Kering tempe



                   

Bahan - bahannya :
2 peket tempe

Bahan kisar :
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 sudu besar cili kisar
2 sudu besar sos cili
1 tangkai daun kari
Garam dan gula secukupnya

Cara membuatnya :
Tempe dipotong nipis dan kecil dan goreng sehingga garing. Tumiskan bahan kisar bersama bersama daun kari hingga pecah minyak. Setelah garing tuangkan bahan goreng tadi dan gaul sehingga rata. Hidangkan bersama - sama nasi panas.

Monday, February 1, 2010

Karipap


Bahan - bahan
500 gm tepung gandum
120 gm marjerin
160 - 170 ml air
1 sudu teh garam
minyak masak

Bahan inti
40 gm udang kering
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
[ ditumbuk bersama ]
4 biji kentang dipotong dadu
3 sudu makan serbuk kari dagimg
1 tangkai daun kari
1 sudu teh garam
air secukupnya

Cara Membuatnya
1. Satukan tepung gandum, garam dam marjerin dalam mangkuk adunan. Masukkan air sedikit - sedikit sambil digaul hingga sebati. Ketepikan.

2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumiskan bahan untuk inti hingga berbau. Masukkan rempah kari, daun kari dan garam.

3. Apabila garing masukkan air dan kentang. Kacau rata dan masak hingga kentang empuk. Ambil sedikit doh dan canaikan bulat, bubuh sedikit inti dan lipatkan dua. Kelimkan bahagian tepinya, goreng dalam minyak yang sederhana panas hingga kekuningan.

Sambal belacan


Kalau nak makan tak dak sambal memang kurang berseleralah! Hehe. tip untuk membuat sambal yang sedap pakailah lesung batu, tumbuk kasar saja jangan sampai lumat sangat!

Bahan - bahannya :
6 tangkai cili merah
5 tangkai cili padi
6 cm belacan bakar
1 sudu besar air asam jawa
1 biji limau kesturi
garam dan gula secukup rasa

Cara Membuatnya :
Tumbuk cili merah, cili padi dan belacan hingga agak lumat. Masukkan air asam jawa, garam dan gula secukupnya bersama jus limau kasturi, gaulkan sebati. Hidang bersama ulam - ulaman.

Ayam pedas berempah

Bahan -bahan
1 ekor ayam dipotong, digaul
serbuk kunyit dan garam
3 sudu besar rempah kari
3 sudu besar cili kisar
1 cawan air
3 sudu besar sos tiram
4 sudu besar tomato puri
3 sudu besar sos cili
5 sudu besar madu
2 cm halia dikisar
1 labu bawang besar dikisar
5 ulas bawang putih dikisar
1 biji tomato dibelah empat
Minyak utk menumis
1 labu bawang besar dimayang
Sedikit garam masala
2 tangkai cili merah dipotong memanjang
Garam dan gula secukup rasa

Cara Membuat
1. Goreng ayam separuh masak. Panaskan minyak tumis bahan kisar sehingga
naik aroma. Setelah garing masukkan cili kisar, rempah kari kacau seketika.
dan masukkan air.

2. Kemudian masukkan tomato puri, sos tiram, sos cili dan madu kacau sebati.
Masukkan garam masala, ayam kacau sebati. Kecilkan api. Setelah mendidih
masukkan tomato, cili merah, garam, gula dan bawang besar yang di mayang.