Nuffnang

Wednesday, December 16, 2015

Tutti Frutti Cookies


Assalam dan Bismillah..
Nak buat cookies tapi tak dak stok telur kat rumah, jadi jee buat yang eggless cookies. Jimat dan cermat di zaman gst lol! Hihi.. Saya yakin bukan sahaja kanak-kanak, tetapi ramai di antara kita yang gemarkannya. Walaupun tiada pemakaian telur rasa cookies ini boleh di katakan sangat istimewa!! Cookies ini berwarna-warni dan cantik menurut pandangan saya dan cukup mudah untuk membuatnya di rumah. Anak-anak saya juga menyukainya. Anda juga berminat untuk mencuba.. ?

Tutti Frutti Cookies
150 gram buah - buahan kering campuran
250 gram tepung serba guna
50 gram tepung kastard
15 gram susu tepung
1 tsp serbuk penaik
150 gram mentega
120 gram gula aising
1/2 tsp paste nanas
2 tbsp susu cair

Cara Membuat :
Ambil mangkuk masukan buah-buahan  kering, tepung serba guna, tepung kastard, susu tepung, serbuk penaik campurkan hingga rata. Ketepikan. Ambil mangkuk lain masukan mentega, gula aising, paste nenas pukul hingga berkrim, tambah susu atau air, gaul hingga sebati. Masukan tepung dan campuran buah-buahan kering, gaulkan hingga menjadi doh dan bahagikan doh menjadi 2 bahagian dan gulung dengan kemas, letakan doh yang dah siap di bentuk di atas plastik. Rehatkan di dalam peti sejuk untuk 30 menit atau sehingga doh agak keras. Potong nipis menggunakan pisau yg tajam. Bakar pada suhu 160 C sehigga cookies masak.


Monday, December 14, 2015

Chocolate Crinkles Cookies


Assalam dan Bismillah..
Hmm harini tayang buat biskut coklat crinkles, rasanya seakan bronies pun ada. Lama rasanya nak mencuba resepi ni tapi ntah kenapa asyik tertangguh dengan benda lain saja! Adunannya begitu lembut dan perlu di simpan semalam dahulu sebelum di bentuk, kejadiannya sangat cantik merekah - rekah dan rasanya juga sedapp..


Biskut Chocolate Crinkles
Bahan A :
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula caster
1/2 cawan gula perang
2 cawan tepung gandum
1/4 tsp garam halus
2 tsp baking powder

Bahan B :
3 biji telur
1/2 cawan minyak masak
1/3 cawan cream masam / natural  yogurt

Bahan Salut :
1 cawan gula aising

Cara Membuat :
Di dalam bekas sebatikan bahan A dengan menggunakan whisk. Gaul sekata. Di dalam bekas lain campur bahan B pukul sebati. Masukkan sedikit demi sedikit bahan kering ke dalam bahan basah, gaul menggunakan spatula hingga sebati dan tiada gumpalan.

Tutup menggunakan plastik dan rehatkan semalam di dalam peti sejuk. Panaskan oven pada suhu 180 Celcius. Lapik baking tray dengan kertas silikon / baking paper. Ambil sedikit doh dan bulatkan, golekkan ke dalam gula aising. Susun di atas baking tray. Bakar selama 10 - 15 menit. Sejukkan.


Monday, December 7, 2015

Kek Gulung Warna


Assalam dan Bismillah, hari ni buat kek lagi untuk kudapan dan minum petang saja. Simple dan sangat lembut.. Proses membancuh dan membakar sama macam buat kek biasa tapi proses mengulung perlukan perhatian yaa.. Intai resepinya!

Kek Gulung Warna
1/2 cup tepung kek / tepung gandum - ayak
4 biji kuningg telur + 2 tbsp gula kastor
2 tbsp susu cair / susu segar
2 tbsp minyak jagung / minyak masak
1 tbsp tepung jagung - ayak
4 biji putih telur + 1/4 cawan gula kastor
Pewarna di gemari

Bahan Filling :
3/4 cawan whipping cream - pukul hingga gebu dam masukan paste strawberry, pukul rata.
1/2 tsp strawberry paste

Cara Membuat :
Di dalam mangkuk adunan sebatikan kuning telur bersama 2 tbsp gula menggunakan whisk saja. Masukan tepung gandum, tepung jagung yang telah di ayak. Masukkan susu, minyak jagung.Gaul sebati. Ketepikan sekejap.

Di dalam wadah lain, bersih dan kering masukkan 4 biji putih telur pukul sehingga berbuih sikit dan masukkan gula kastor sedikit demi sedikit 1/4 cawan secara bertahap, pukul sehingga menjadi soft peak. Masukkan adunan kuning telur secara kaup balik menggunakan spatula. bahagikan menjadi beberapa bahagian dan beri pewarna. Masukkan ke dalam pipig bag / plastik bersih.

Sediakan loyang swiss roll yang berukuran 10 inci alas dengan kertas minyak. Gunting bucu plastik tadi dan paipkan secara melintang atas adunan dalam loyang tadi. Buat beberapa garisan. Bakar pada suhu 180 C sehingga kek masak dan sejukkan. Terbalikkan atas plastik cling yang telah dibentang. Buang kertas lapik atas kek dan sapu dengan whipping cream hingga rata2. Gulung kemas dan biar di dalam peti ais utk 15 menit atau lebih. Boleh dipotong dan hidang..


Tuesday, November 24, 2015

Teddy Bear Cake

Sila whatsapp utk menempah 017 4938775, tq..


Monday, November 23, 2015

Oreo Cake

Untuk tempahan area Pulau Pinang whatsapp Julia 017 4938775

Friday, November 13, 2015

Rempeyek Kacang Dan Ikan Bilis


Assalam dan selamat tengah hari. Hmm buat rempeyek pulak hari ni memenuhi beberapa tempahan customer. Rempeyek yang jenis ni memang sangat mudah membuatnya cuma di goreng tepi kuali. Tak payah lama - lama duduk kat dapur cepat dan pantas. Tak macam rempeyek yang  bentuk bulat tu kena sabar banyak banyak sbb nak kena letak dlm acuan kan.. Sebenarnya banyak versi rempeyek, ada yang suka bubuh cekur tapi ada juga yang kurang menggemari aromanya. Ada juga yang bubuh hirisan daun limau purut. Ada yang tak bubuh itu semua, tapi bubuh rempah-rempah. Rempahnya pula ada yang letak rempah jintan manis dan ketumbar semua terpulang citarasa ya..


Rempeyek Kacang Dan Ikan Bilis
150 gram kacang tanah
4 biji buah keras
3 ulas bawah putih - tumbuk halus
1 sudu teh biji ketumbar - tumbuk kasar
1 sudu teh jintan manis / putih - tumbuk kasar
175 gram tepung beras
1 sudu besar tepug jagung / tepung ubi
300 ml santan cair
1 biji kuning telur
1 sudu teh air kapur
50 gram ikan bilis
minyak secukupnya  - utk menggoreng
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit hirisan daun limau purut - boleh skip

Cara Membuat :
Campurkan bahan yang telah di kisar / tumbuk ke dalam tepung beras & kacau sedikit. Masukan santan, telur, garam, air kapur, gula dan kacau sehingga tidak bergentel. Biarkan bancuhan secukup rasa. Masukkan kacang tanah & kacau rata. Panaskan minyak kedalam kuali dan serakkan (  sesenduk )  adunan yang telah di isi kacang  dan ikan bilis ditepi kuali.

Simbah2 sedikit minyak panas pada tumpi yang melekat pada tepi kuali supaya ia cepat kering & tanggal. Bila tumpi dah tertanggal dari tepi kuali sambunglah goreng lagi sehingga kuning keemasan & cukup garing. Angkat & toskan.  Bila telah siap simpan tumpi / rempeyek di dalam bekas kedap udara.

wasap Julia untuk pertanyaan dan juga order 0174938775

Thursday, October 22, 2015

Japenese Roll Cake


Membuat kek gulung menjadi sangat mudah dengan resepi sponge kek asal jepun ini !
dan saya yakin anda pasti boleh juga mencubanya di rumah. Selain texsturnya yg sangat lembut, kek ini juga tidak terlalu manis. Sesuai dengan citarasa saya.  Rasa manis kek gulung ini nantinya akan dipengaruhi oleh jam ataupun filling yang digunakan nanti..


Japenese Roll Cake
2 biji telur
50 gram gula kastor
35 gram tepung kek - di ayak
20 gram susu uht / susu cair

Cara Membuat :
Siapkan loyang bronie berukuran 9 inci dan lapik dengan kertas roti. Ketepikan sekejap. Di dalam mangkuk adunan pukul telur dan gula menggunakan whisk. Letakkan mangkuk adunanan tersebut di atas air yang telah mendidih  secara ( dauble boiler ) kacau dengan whisk sehingga gula larut dan adunan menjadi suam. Dengan menggunakan electric mixer pukul adunan tadi dengan menggunakan speeed tinggi sehingga menjadi pekat dan gebu. Masukkan tepung yg di ayak, kaup balik menggunakan spatula saja! 

Masukkan susu dan kaup balik lagi sehingga adunan sebati. Masukan di dalam loyang atau pun acuan. Hentakan adunan utk membuang udara yg terperangkap di dlm adunan. Bakar pada suhu 180 C selama 11 ke 12 minit. Setelah masak hentakan adunan sekali lagi, Sejukkan atas wire rack. Sapukan krim dipermukaan kek. Gulung kek dengan kemas.

Bahan Filling :
150 fresh cream - pukul sehingga kembang dan gebu. Siap di gunakan sebagai filling.

Sunday, October 18, 2015

Mini Cheesecake


Kek ni sedappppp.. sape penggemar cheese kek mesti suka kot.. leh la try buat sendiri kang kat umah.. buat mini cake ni sbb sebenarnya dah  lama nk buat cream cheese dlm peti tu adelah dh 2 bulan x diusik2
pikir pikir klu x buat kang mau habis expired date bende2 tu ..so petang tadi gigihkan diri buat cake ni....akhirnya alhamdulillah menjadi juga, jom intai resepinya!


Mini Cheesecake
120 gram biskut -  hancurkan
60 gram mentaga - lembutkan
250 gram cream cheese
70 gram  gula halus
1 biji telur
1/2 sudu kecil esen vanilla

Cara Membuat :
Lapiskan muffin tins dgn paper cases. Bagi yg takde paper cases, griskan muffin tins. Gaulkan biskut dgn butter, masukkan 1 sudu besar ke dalam setiap paper case dan tekan2 biar padat kat bawah. Masukkan cream cheese, gula, vanilla ke dalam mangkuk besar  pukul sehingga jadi cream.
Isikan setiap paper case tadi dgn adunan cream cheese biar 4/5 penuh. Bakar selama 20 minit pada suhu 150 C. Biar sejuk dan hidangkan.  

Saturday, October 17, 2015

Puding Roti Tanpa Telur


Jom layan puding roti tanpa telur, cara penyediaanya sangat mudah! Main campak - campak jaa dah boleh menjadi hidangan yang cukup sedap! Boleh di makan suam atau pun sejuk sama lezatnya.


Puding Roti Tanpa Telur
2 cawan susu segar / susu cair
2 sudu besar gula pasir
1 sudu besar butter
50 gram kismis hitam - potong kecil
1 sudu teh esen vanila
1 sudu besar tepung kastad
1 peket roti gardenia ukuran sedang - potong kiub

Cara Membuat :
Sediakan bekas tahan panas yang telah di sapu nipis dengan sedikit majerin. Ketepikan sekejap.
Di dalam periuk masukkam susu, butter, gula dan juga tepung kastad. Kacau sehingga semuanya sebati. Masak sehingga  gula pasir larut dan  kastad mendidih. Masukkan esen vanila. Kacau sebati.

Tuangkan ke atas roti yang telah di potong kiub & biarkan sehingga roti kembang. Tekan2 sikit roti supaya semua roti meresap susu. Masukkan ke dalam bekas tahan panas tadi. Tabur dengan kismis. Bakar puding anggaran 30 - 35 minit mengikut oven masing2 sehingga puding nampak keperangan dan hidangkan.

Tuesday, October 6, 2015

Crispy Potato Wedges



Assalammualaikum...
Kita layan cheesy wedges atas permintaan anak - anak. Sangat2 senang & puas hati sbb buat sendiri yg penting sedap happy sangat taw! kalo banyak Boleh terus simpan frozen next time tinggal goreng jer tak payah beli dah nak buat pun modal bukan banyak yang penting confirm jadik dengan hasil air tangan penuh kasih sayang.. suittt suittt.

Crispy Potato Wedges
5 - 6 biji kentang saiz XL - potong berbaji
2 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu teh serbuk cili
1 sudu teh serbuk pati ayam
1 sudu teh serbuk kari ayam / daging
150 gram tepung jagung
2 - 3 sudu besar air kosong
Garam secukup rasa

Cara membuat :
kentang dibersihkan dengan air suam untuk buang kotoran dikulit. setelah bersih, potong berbaji. Kulit kentang tak perlu dibuang. Rebus kentang bersama sedikit garam hingga empuk. Setelah empuk, angkat kentang dan toskan.Tunggu hingga agak suam² sedikit.

Selepas itu, satukan semua bahan rempah dan juga tepung di dalam plastik. Masukkan kentang tadi dan goncang² sehingga kedua² serbuk tadi bersalut dengan kentang dan renjiskan dengan sedikit  air, agar tepung sedikit lembab dan melekat pada kentang, goreng dengan api sedang hingga keemasan. Simpan atau frozenkan baki kentang di dalam peti sejuk. Hidangkan panas² bersama sos cheesy wedges & mayonis.

Resepi Sos Cheesy Wedges
100 ml non dairy whipping cream
50 ml air panas
70 gram serbuk cheesy wedges

Cara : Panaskan cream di atas pan, masukkan serbuk cheesy wedges, kacau dengan menggunakan whisk sehingga sebati dan tidak berketul, masukkan air panas kacau sekejap dan siapp. Sangat senang dan mudah!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Kongsi Resepi