Nuffnang

Showing posts with label sup. Show all posts
Showing posts with label sup. Show all posts

Saturday, November 8, 2014

Sup Wantan


Salam. Petang tadi sempat menyiapkan sup wantan ini untuk hidangan anak - anak. Masakan ala - ala Cina kononnya! Untuk bahan - bahan saya gunakan  apa yang tersedia dan stok barang yang ada kat dapur dan untuk intinya boleh di pelbagaikan yaa, letak ikan, ayam, udang yang terlebih dulu kena di kisar halus. ( boleh gunakan food processor ) Mana satu yang menjadi pilihan? Kalau saya gunakan ikan tenggiri, kebetulan memang tengah ada stok di rumah. Sup wantan enak disajikan panas-panas, apalagi kalau cuaca mendung atau tengah musim hujan memang best sangat - sangat!




Sup Wantan
Kulit wantan -  boleh dibeli dipasaraya
1 bahagian rangka ayam
4 keping tauhu putih - belah dua bahagian
2 tangkai daun sup
2 tangkai daun bawang
2 cm halia muda
2 ulas bawang putih - di titik
1/2 sudu teh serbuk lada sulah
1 liter air

Bahan inti:
250 gram isi ikan tenggiri -  dicincang halus
120 gram tepung sagu / tepung ubi
1 tangkai daun bawang - dicincang halus
1 biji putih telur
150 gram labu siam - parut halus
2 ulas bawang putih - kisar halus
1/2 sudu kecil serbuk lada sulah
Sedikit garam dan serbuk pati ayam

Cara Membuat :
Rebus rangka ayam, halia, bawang putih, daun sup dan daun bawang sehingga naik aroma dan air tinggal anggaran 800 liter.Tapis ke dalam periuk lain. Buang hampas. Yang tinggal hanya air sup yang jernih. Ketepikan

Untuk Inti : Campurkan semua bahan inti. Kacau rata. Sudukan inti ke dalam kulit wantan dan juga tauhu putih. Lipat dalam bentuk tiga segi. Guna sedikit air untuk melekatkannya. Lipat hujungnya ke belakang dan ketemukan kedua lagi hujungnya. Lekatkan dengan air. Buat sampai habis.

Didihkan kuah sup tadi. Masukkan lada sulah, serbuk pati ayam dan garam secukupnya.Masukkan tauhu tadi. Kemudian masukkan pula wantan. Wantan mengambil masa tak sampai 5 minit untuk masak. Terus padamkan api. Bila menghidang, taburkan bawang goreng dan hirisan daun bawang.


Saturday, August 2, 2014

Bihun Sup Utara



Salam..
Juadah saya hari ini, buat bihun sup. Menghabiskan stok daging yang ada dalam fridge kerana hari isnin nanti dah nak mula sibuk denga rutin harian balik. Bihun sup utara adalah salah satu menu favorite kami sekeluarga
dan untuk lebih sedap lagi jika menggunakan tulang lembu segar! Jom layan resepi kat bawah ni!




















Bihun Sup Utara
  • 1 bungkus Mihun 
  • 1/2 sudu teh pewarna kuning telur 
  • Daun sup 
  • Daun Bawang 
  • Bawang goreng 
Cara membuat :
Rendam bihun hingga lembut. Celur bihun dalam air panas dan masukkan pewarna kuning telur. Angkat dan toskan. Sementara tu siapkan sup dan sambal sebagai pelengkap bihun sup.



Bahan Membuat Sup
  • 1 kg tulang dan daging lembu 
  • 5 - 6 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1-2 inci halia 
  • 1 sudu besar lada putih
  • 1 sudu kecil campuran jintan manis dan jintan putih
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 2 kulit kayu manis
  • 4 biji pelaga
  • 1 sudu besar rempah sup ( serbuk) 
  • Sedikit gula batu dan garam
  • sedikit perasa / kiub ayam 
Cara Membuat :
Tumbuk lada putih, jintan, halia, bawang merah dan bawang putih. Kemudian tumis kayu manis, bunga lawang, pelaga dan bahan tumbuk hingga wangi dan kering airnya. Masukkan, semua rempah, air hingga 3/4 periuk. Masak hingga daging empuk. Sesuaikan rasanya. Tutup api, hidangkan dengan bihun celur tadi dan juga sambal jika suka.


Bahan Membuat Sambal ( Fiza Cooking )
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 3 ulas bawang merah - kisar
  • 2 ulas bawang putih - kisar
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos cili
  • Minyak untuk menumis
  • 1 sudu besar cuka makan
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara Membuat :
Panaskan minyak dan tumiskan bahan - bahan kisar sehingga naik bau dan pecah minyak. Masukkan sos tomato dan juga sos cili kacau rata sehingga sebatii dan pecah minyak. masukkan cuka, garam dan gula. Masak sehingga sambal memjadi pekat. HIdanghan bersama bihun sup tadi.

Sunday, April 14, 2013

Tomyam Asli Thai


Lama rasanya tak buat tomyam. Untuk memenuhi permintaan anak - anak, maka hari ni saya
buatlah sup ala thai ! Hari ni paste tomyam saya cuba buat sendiri, selalunya saya akan beli
kt kedai, dah siap punya atau dalam peket. Ternyata cukup mudah untuk menyediakannya bukan?
Lebihan paste yang saya buat ini saya simpan di dalam peti ais untuk kegunaan yang lainnya.
Seperti membuat nasi goreng atau sesuai keperluan..  hmm cukup mudah! Resepi saya ambil dari my resepi.com. Kalau  dah habis rasanya saya akan buat lagi kerana sungguh memudahkan kerja
saya di dapur. Jangan lupa untuk mencuba!

Bahan - bahan  yang di gunakan pulak mengikut selera dan stok yang ada di rumah saja. Apa yg
ada di dalam peti ais itulah yang saya letak! Hehe. Lega rasanya boleh makan tomyam hari ini!
Cukup membuka selera!!
Tomyam Asli Thai

Bahan - bahan UntukMembuat Paste :
5 biji bawang merah
2 biji cili merah
5 tangkai cili kering - rendamkan dengan air panas sekejap
1 inci lengkuas
2 batang serai
1 sudu besar udang kering - rendamkan sekejap
3 helai daun limau purut
1 inci belacan - dibakar
sedikit air asam jawa, garam dan gula secukupnya

Untuk sup tomyam
1/4 ekor ayam - dipotong kecil
5 ekor udang atau lebih  ( saya letak ayan saja )
2 ekor sotong atau lebih
1 labu bawang besar - dibelah 6
5 ulas bawang putih - diketuk
1 inci lengkuas - diketuk
2 batang serai - diketuk
1/2 batang karot, bunga kobis dan sebagainya
5 helai daun limau purut
1 biji buah tomato - dibelah 4
1 sudu besar perencah tomyam atau lebih
1 sudu besar sos ikan
2 biji limau nipis - ambil jusnya
3 sudu besar susu cair
cili padi sesuai selera
air secukupnya - untuk membuat sup
garam secukup rasa

Cara Membuat :
Cara membuat perencah tomyam: kisar semua bahan kecuali air asam jawa, garam dan gula kemudian panaskan sedikit minyak, tumiskan bahan2 kisar tadi sehingga naik bau dan pecah minyak masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa masak hingga menjadi paste. sesudah sejuk bolehlah disimpan di dalam bekas dan simpan di dalam fridge.

untuk membuat sup tomyam: rebuskan ayam dengan air (banyak atau sedikit air bergantung pada selera masing2) sehingga 1/2 masak. Masukkan bawang besar, bawang putih, daun limau purut serai, cili padi dan lengkuas. Masukkan sotong, udang, sayur2an dan buah tomato. Masukkan pula pes tomyam, sos ikan, jus limau nipis dan garam secukup rasa. kacaukan rata.

Tunggu sehingga ayam empuk dan bahan2 seafood lain masak padamkan api masukkan susu cair hidangkan dan taburkan dengan daun ketumbar.

Saturday, September 18, 2010

Sup Bola Ayam


Bahan Bakso Ayam :
100 gr daging ayam - cincang halus
1 sudu besar daun bawang -  hiris halus
1/2 sudu besar bawang putih goreng - haluskan
1/4 sudu teh pala serbuk 
1/2 sudu teh serbuk lada
1 sudu teh garam
1 kuning telur ayam

Bahan Kuah :
1 sudu besar margarin
20 gr bawang bombai ( bawang besar ) - cincang
250 ml kaldu ayam kampung ( stok ayam biasa )
500 ml susu segar
1/2 sudu teh serbuk lada 
1/2 sudu teh serbuk pala
50 gram buncis - potong memanjang
50 gram lobak merah - potong dadu
1 sudu teh garam

Cara membuat :
Gaulkan, sehingga sebati bahan - bahan bakso ayam. Rebus air sehingga mendidih, bentukkan bakso ayam dengan 2 buah sudu kecil. Masukkan ke dalam air, masak sehingga bakso  terapung. Angkat. Tuskan.

Kuah : Panaskan  margarin, tumis bawang besar sehingga naik bau. Masukkan stok ayam. Biarkan mendidih. Masukkan susu, tambahkan baki rempah tadi, didihkan lagi. Masukkan bakso ayam, lobak merah dan sayur buncis. Masak sekejap dan bolehlah di angkat.
Sumber : Nuraini  w
                             

Saturday, June 26, 2010

Bihun Sup



Bihun Sup
600 gram daging tulang
1 paket bihun - dicelur

Bahan B : dimesin
2 sudu besar jintan putih
2 sudu besar jintan manis
4 sudu ketumbar
10 ulas bawang merah - dihiris
7 ulas bawang putih - dihiris
1 sudu kecil lada sulah

Bahan C :
1/2 inci halia - dihiris
2 sudu besah rempah kurma
1 uncang sup bunjut
2 kiub perencah sup tulang
Air secukupnya

Bahan D :
1 sudu besar  lobak masin
Daun sup dan daun bawang
2 biji asam limau
4 keping tauhu - digoreng dan dihiris nipis
Garam gula secukup rasa
Bawang goreng secukupnya

Cara  Membuat :
Panaskan minyak dan tumis bahan B hingga wangi. Kemudian masukkan bahan C dan air secukupnya. Masukkan daging tulang dan rebus hingga dagingnya empuk, tambah air jika perlu. Kemudian masukkan garam secukup rasa.  Setelah masak boleh dihidang bersama bihun dan bahan D.

                                                
Cara Menghidang :
Masukkan bihun, daun sup, daun bawang, bawang goreng, dan lobak masin. Perah limau nipis dan tabur cili potong jika suka, sebelum  menghidang.

Monday, June 21, 2010

Beef Goulash

''Goulash adalah sup atau hidangan tradisional orang Hungaria yang di buat dengan daging, bawang besar merah, sayur - sayuran,  rempah dan lada benggala. Orang Hungaria menyebutnya Gulyasleeves.   Maknanya,   sup  lembu  penternak  atau penggembala. Ciri istimewa sup ini pekat dengan warna kecoklatan yang diperolehi dari lemak.''


Beef Goulash
300 gram daging perut bahagian dalam - potong dadu
1 biji tomato / buang biji dan potong dadu
1 biji lada benggala hijau - potong dadu
200 gram kentang - potong  dadu
100 gam lobak merah - potong dadu
1 ulas bawang putih, cincang kasar
1 labu bawang besar, potong dadu
2 sudu makan pes tomato
1/2 sudu teh serbuk jintan
1/2 sudu teh serbuk paprika
3 helai daun bay
1 sudu teh lada hitam - tumbuk kasar
1 sudu teh garam
1/2 sudu  teh serbuk lada  sulah
1/2 sudu teh gula pasir
1500 ml air
2 sudu makan marjerin untuk menumis

Cara Membuat :
Tumis bawang putih, bawang besar sehingga terbit aroma. Masukkan daging. Kacau sehingga berubah warna. Masukkan tomato, lada benggala hijau, lobak merah dan kentang, kacau sehingga layu.
Masukkan pes tomato, serbuk jintan, serbuk paprika, daun  bay, lada hitam, garam, serbuk lada sulah dan gula pasir.  Kacau rata.  Tuangkan air. Masak sehingga pekat dengan api kecil.  Jika  goulash mulai memekat, kacau terus supaya tidak hangus.
sumber : Sedap      

Friday, February 12, 2010

Tomyam Putih Ala Gerai



Assalam buat semua pembaca blog, tengah hari tadi masak yang ringkas - ringkas saja! Memandangkan stok ayam dan udang memang tersedia di rumah saya olah saja menjadi menu tomyam untuk di ganding kan bersama nasi putih dan telur dadar nati. Hmm saya rasa dah cukup sedap! Untuk sajian tomyam kali ini saya tidak memasukkan paste tomyam, hanya menambahkan beberapa cili / cabai yang di ketuk untuk menaikkan rasa dan aroma pada sup ala thai ini.

Tomyam Putih Ala Gerai
500 ml air / air rebusan tulang ayam untuk lebih sedap
2 ketul dada ayam - dipotong kecil
100 gram  udang
1 biji bawang besar - di potong bulat
2 ulas bawang putih - di titik jng sampai hancur sangat
1 inci lengkuas - ditumbuk kasar
4 biji cili padi - di ketuk
2 batang serai - dititik
Sedikit bunga kubis - dipotong
Sedikit lobak merah - dipotong bulat
2 biji tomato - dibelah empat
3 biji limau nipis - diambil jusnya
3 helai daun limau purut
1 sudu besar kicap ikan / nampla
Garam secukupnya
Sedikit daun ketumbar - potong halus

Cara Memasaknya :
Panaskan air kemudian masukkan ayam, bawang besar, lengkuas dan serai, masak sehingga ayam empuk. Masukkan bahan - bahan lain, kacau rata dan biarkan mendidih. Masukkan udang. Akhir sekali perasakan dengan garam dan masukkan air perahan limau nipis, rasa masam bergantung pada cita rasa anda. Tabur dengan hirisan daun ketumbar yang di potong halus!


Saturday, February 6, 2010

Sup Tulang Simple



Sup Tulang Simple
1 kg tulang dan sedikit isi daging lembu
3 kuntum bunga lawang
7 kuntum bunga cengkih
2 batang kayu manis
6 biji buah pelaga
1 sudu makan lada hitam
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu teh serbuk ketumbar
1 kiub pati ikan bilis
Garam secukup rasa
Sedikit daun sup
Sedikit bawang goreng

Cara memasaknya
Rebus daging dan tulang hingga empuk. Masukkan bunga lawang, bunga cengkih kayu manis dan buah pelaga. Kemudian masukkan serbuk ketumbar dan sedikit serbuk lada hitam, masukkan pula biji lada hitam. Akhir sekali masukkan kiub pati ikan bilis dan garam secukupnya, taburkan daun sup dan bawang goreng ketika menghidang.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Kongsi Resepi