Nuffnang

Showing posts with label donat. Show all posts
Showing posts with label donat. Show all posts

Wednesday, December 4, 2013

Donut Lembut Dan Sedap


Selamat petang buat semua dan semoga rakan - rakan saya kat luar sana boleh masak macam - macam untuk sajian keluarga. Hari ini kita layan entry donat yee. Resepi kali ini saya intai dari rumah Hasue.
Donat yang sangat lembut dan gebu kejadiannye dan untuk topingnya saya gunakan coklat masakan, warna putih dan kuning dan hiaskan dengan sedikit bunga - bunga dari coklat juga. Hmm, nampaknya  berseri sikit donat saya harini kutt! Hehe.. selamat menjamu selera..

Donut Lembut Dan Sedap
500 gram tepung gandum berprotein tinggi
1 sudu besar yis
50 gram marjerin
1 sudu besar shortening
2 sudu besar gula pasir halus
2 sudu besar susu pekat
1 biji telur
1/2 tsp garam halus
Toping kegemaran - saya guna coklat masakan yg di cairkan
190 ml - 200 ml air suam

Cara Membuat :
Di dalam bekas yang agak besar,tuangkan air suam. Masukkan yis segera, gula pasir, susu, marjerin dan shortening. Kacau sedikit dan biarkan selama 8-10 minit  untuk yis yang baik, selalunya dalam 3-5 min dah mula berbuih. Setelah yis mula berbuih, ayakkan separuh dari tepung gandum terus ke dalam adunan. Masukkan pula telur yg di pukul sedikit dan juga garam.

Kacau adunan sehingga sebati dan melekat pada sudu (bila dah sebati tu dikacau satu arah je guna sudu). Ayak lagi tepung selebihnya, gaul menggunakan sudu seketika barulah uli menggunakan tangan.
Uli sehingga doh sebati dan tidak lekat di tangan. (sisa2 tepung kat dlm bekas tu semua bersih).

Doh tidak perlu direhatkan, (kalau nak rehatkan pun boleh gak selama 5-10min) boleh terus sahaja dicanai setebal 1/2 inci (agak2 je). Boleh tambah sedikit tepung jika adunan agak lembik. Terap doh mengikut acuan donut atau bentuk kesukaan anda. Doh akan mula mengembang dan ringan sementara minyak dipanaskan (lebih ringan / kembang doh, lebih gebu laa donut tu nanti) jadi kalo nak donut extra gebu kena laa sabor sket yer..

Setelah minyak agak panas (jgn terlalu panas, nanti donut gorengan pertama agak hangus) perlahankan sedikit api, masukkan donut tetapi jgn terlampau penuh sebab donut ni akan mengembang lagi ketika digoreng (sbb adunan mengandungi telur). Goreng sehingga kekuningan dan toskan. Sedia utk dihidangkan bersama gula halus atau topping kegemaran anda. SELAMAT MENCUBA.. ^_^

Tuesday, January 1, 2013

Donat Serunding



Hai, ada resepi baru nak cuba. Nak tahu? Jom semak!
Perabis stok serundeng yang cikgu Liza bagi beberapa hari yang lalu. Sebelumnya saya dah
buat roti yang saya intikan ngan serunding, harini saya buat donat yang topingnya saya
tabur dengan serunding lagi. Cukup sedap untuk menu sarapan tadi pagi bersama anak - anak.
Resepini saya dapat dari Dapur Umami. Memang memberi sensasi yang berbeza dari segi rasa
dan rupanya. So, pada hari ini donat tidak hanya di beri toping manis, di tabur dengan
serundeng jugak  enak! Boleh di cuba nanti. Happy new year...

Donat Serunding
400 gram tepung roti / tepung gandum
11 gram  instan yis
3 sudu besar gula pasir halus
1 biji telur
200 ml air sejuk
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh serbuk pati ayam
1/2 sudu teh garam halus
100 gram mayonise
100 gram serunding
3 sudu besar minyak sayur

Cara Membuat :
Campur tepung, yis, gula, telur, minyak , garam, dan serbuk pati ayam. Tambahkan air, uli 
sehingga adunan tidak melekat di tangan. Bulatkan adunan rehatkan selama 45 menit hingga
kembang dua kali saiz asalnya. Canai nipis adunan dan terap dengan acuan donat. Biarkan naik
dan kembang. Goreng keperangan. Sapu donat dengan mayonise dan tabur dengan serunding.


Wednesday, December 12, 2012

Donat Labu Coklat



Jom jamu mata dengan donat labu!!
Pada hari ini resepi donat boleh di variasikan. Boleh letak ubi kentang, labu kuning, ubi merah dan mungkin banyak lagi yang boleh di campurkan agar adunan terasa lebih lembut, gebu dan sentiasa moist! Hari ini saya letak labu kuning yang di haluskan dan di campurkan ke dalam adunan tepung. Lagi pun si bongsu kat rumah  dah dua tiga hari ni memang minta di buatkan donat. Nah memang berbaloi! Terbayar sudah hutang saya! Inilah donat labu yang sudah di hias ikut citarasa kanak - kanak, ya. Hehe.


Donat Labu Coklat
Bahan A :
300 gram tepung  protein tinggi
30 gram susu tepung
2 sudu teh ragi instant
50 gram gula pasir halus

Bahan B :
2 biji  kuning telur
50 ml air sejuk
150 gram Labu kuning - kukus, haluskan dan sejukkan

Bahan C :
50 gram mentega
½ sudu teh garam halus

Cara membuatnya:
Campur semua Bahan A, kacau rata. Masukkan Bahan B,  uli hingga berketul. Masukkan bahan C uli terus sehingga menjadi adunan yang kalis. Bulatkan dan rehatkan 15 menit. Canai nipis adunan dan terap dengan acuan. Tunggu sehingga donat naik atau mengembang. Goreng keperangan.  Hias dengan coklat masakan yang di cairkan atau salutkan dengan gula icing.

Donat - donat ... satu seringgit hehe ...

Monday, September 17, 2012

Donat Keledek


Bangun tadi pagi terus ingat pergi ke dapur! Biasalah  nak buat sarapan sikit untuk orang rumah kita dan anak - anak. Ternampak ubi keledek warna oren yang saya letak di dalam raga plastik rupa - rupanya dah naik keriput kulitnyaa! Walaaa...

Buka komputer kejap dan carilah ide untuk di buat apa keledek ni. Ah, nak yang senang ajelah kita buat donat, kan sedap! Resepi dari NCC. Memang lembut dan enak, apalagi di makan waktu masih panas memang best!


Bahan - Bahannya :
500 gram tepung gandum
50 gram susu tepung
11 gram ragi instant
200 gram keledek - di kukus dan haluskan than sejukkan
100 gram gula pasir
75 gram mentega
1/2 sudu teh garam
4 biji kuning telur - saya letak 2 biji sahaja pun ok!
100 ml air sejuk

Cara Membuat :
Di dalam mangkuk, campurkan tepung, gula, susu tepung, ragi aduk rata. Masukkan ubi keledek yang sudah di haluskan, tuangkan telur dan air sedikit demi sedikit. Uli sehingga rata dan setengah kalis.

Masukkan mentega dan garam, uli lagi sehingg kalis elastik, masukkan air jika perlu! Rehatkan untuk 15 minit. Canai nipis adunan. Terapkan dengan acuna donat, Diamkan sehingga mengembang. Goreng sehingga keperangan. Salutkan dengan gula aising.


Sunday, September 19, 2010

Butter Peanut Doughnut Cruller


Haii, sekarang sudah menjadi ikutan dalam mempelbagaikan gaya donat mengikut peredaran zaman dan selera. Kebanyakan donat yang di lihat kini menampilkan gaya filling dan toping. Kedua - duanya mampu membuatkan donat menjadi sangat istimewa. Nak mencuba ? Ini resepinyaa..

Bahan Donat :
500 gram tepung gandum
2 sudu teh yis segera
1/2 sudu teh baking powder
50 gram gula pasir
15 gram susu tepung
1 biji telur
1 biji kuning telur
260 ml air sejuk
1 1/2 sudu teh pes mocca
1 sudu teh garam
50 gram marjerin

Bahan Toping :
1 sudu makan mentega tawar
150 gram coklat masak hitam, dipotong - potong
50 gram krim mentega kacang
60 gram kacang gajus cincang - sangai untuk taburan

Cara Membuat :
Donat, campurkan tepung gandum, yis, baking powder, gula dan susu tepung.
kacau rata. Masukkan telur, pes mocca dan air sejuk sedikit demi sedikit sambil
diuli sehingga menjadi doh. Masukkan marjerin dan garam. Uli sehingga doh
menganjal. Biarkan doh rehat selama 15 minit.

Tekan adunan dan bahagikan kepada beberapa bahagian yang masing - masing
beratnya 40 gram. Bulatkan dan biarkan selama 10 minit. Canai dan lubangkan
tengahnya dengan ring kecil. Biarkan selama 40 minit sehingga mengembang di
atas loyang yang telah ditabur tepung.

Goreng dalam minyak yang panas dengan api sederhana. Biarkan sejuk.
Topping, panaskan mentega. Masukkan coklat masak hitam. Kacau sehingga
larut dan masukkan krim mentega kacang. Kacau rata. Celupkan donat dengan
topping dan taburkan kacang gajus di atasnya.

                          

Sunday, June 6, 2010

Donat Ala Pizza



Bahan - Bahannya :
500 gram tepung roti
2 sudu teh yis segera
1/2 sudu teh serbuk penaik
50 gram gula pasir
1 biji telur
250 ml susu cair
50 gram marjerin
1 sudu teh garam
1 sudu makan bijan - saya tak letak

Bahan Toping :
5 batang sosej - dipotong - potong
1/2 biji capsicum merah, potong dadu
1/2 biji capsicum hijau - potong dadu
100 gram cendawan butang - belah dua
230 keju mozzarella

Bahan Sos :
2 sudu makan minyak untuk menumis
1 labu bawang besar - cincang
200 gram daging cincang
8 biji tomato rebus - buang biji dan kulit - cincang
2 sudu makan pes tomato
2 sudu teh oregano
2 sudu teh garam
1 sudu teh gula pasir
1/2 sudu teh serbuk lada sulah
2 sudu teh serbuk cili

Cara Membuatnya :
1. Donat: campurkan tepung, yis, baking powder dan gula. Kacau rata. Masukkan
telur dan susu cair sedikit demi sedikit sambil diuli  hingga menjadi doh. Masukkan
marjerin dan garam. Uli lagi sehingga doh menganjal. Masukkan  bijan dan  uli rata.
Biarkan doh rehat selam 15 minit.

2. Tekankan adunan. Bahagi kepada beberapa bahagian dengan berat 40 gram
setiap bahagian. Bulatkan. Biarkan selama 10 minit. Canai bulat atau memanjang.
Letakkan didalam loyang yang telah ditabur sedikit tepung. Biarkan selama 20
minit sehingga mengembang.


3. Goreng dalam minyak yang penuh dengan api sederhana sehingga masak. Tumis
bawang besar sehingga terbit bau.  Masukkan  daging cincang,  kacau  masukkan
tomato. Kacau rata. Masukkan pes tomato,  sos tomato,  oregano,  garam,  gula,
lada sulah dan sebuk cili.  Masak sehingga  matang.  Letakkan  diatas  donat  dan
taburkan toping. Bakar seketika sehingga keju mencair.
                                                                                

Tip Untuk Donat Terbaik :
Ketika menggoreng donat jangan dibalik-balikkan supaya donat tidak akan menyerap minyak. Cukuplah sekadar dibalikan sekali sahaja. Setelah sejuk, donat seeloknya di simpan di tempat yang kedap udara atau dimasukan ke dalam beg plastik supaya kulit donat tidak kering.

Tekankan adunan sehingga benar - benar hilang udaranya supaya donat tidak akan menggelembung ketika di goreng. Penapaian terakhir seeloknya disesuaikan dengan suhu bilik. Apa yang lebih penting adalah adalah donat yang terlebih masa panapaiannya akan berkedut dan donat  yang  kurang proses penapaian  tidak akan  mengembang  dengan sempurna.

Sumber : Sedap                             


Tuesday, April 27, 2010

Donat Kampung


Donat Kampung
500 gram tepung gandum
125 gram mentega
200 ml susu segar
1/2 sudu teh garam
1 1/2 sudu teh yeast
1 sudu teh baking powder
2 biji telur
Gula icing secukupnya
Minyak untuk menggoreng

Cara Membuatnya
1. Di dalam mangkuk besar, campurkan tepung, baking  powder  dan  yeast sehingga rata. Masukkkan mentega, telur  dan susu segar sedikit  demi sedikit. Uli dengan menggunakan tangan hingga menjadi adunan yang kalis,  masukkan sedikit garam, uli hingga menjadi elastik.

2. Taburkan sedikit tepung di atas papan canai, canaikan doh tadi kepada ketebalan 1/2  inci. Potong donut dengan donut cutter. Tutup donut dengan kain kering dan rehatkan selama 30 minit atau sehingga naik 2 x ganda.

3. Panaskan minyak, goreng donut dengan api kecil sehingga perang keemasan dan salutkan dengan gula icing.
Sumber : Pawon Ike

Wednesday, March 17, 2010

Donat Kentang


Bahan - Bahannya :
500 gram tepung roti
50 gram susu tepung
11 gram yis segera
200 gram kentang, kukus, dihaluskan dan sejukkan
100 gram gula pasir
75 gram marjerin
1/2 sudu teh garam
4 kuning telur
100 ml air sejuk

Cara Membuatnya :
1. Dalam mangkuk, campur tepung, gula pasir, susu, yis, kacau sebati. Masukkan kentang
yang sudah di haluskan. Masukkan telur dan air sejuk. Uli hingga menjadi adunan 1/2 kalis.

2. Masukkan mentega dan garam, uli lagi hingga adunan menjadi kalis dan elastik. Rehat
kan 15 minit. Bahagikan adunan masing-masing 50 gram. Bulatkan dan lubangi tengahnya,
menjadi bentuk donat.

3. Rehatkan 20 minit. Goreng hingga kekuningan. Angkat dan tuskan. Tabur gula aising
atau hias dengan coklat.
sumber ~ NCC

Saturday, February 13, 2010

Donat kentang panggang


Bahan - bahan
300 gram tepung proten tinggi
200 gram kentang kukus ~ lecek halus
25 gram gula pasir
1 sudu teh yis segera
1 biji telur
25 ml air sejuk
1 sudu makan marjerin
1/2 sudu teh garam
3 sudu makan marjerin untuk membakar
2 sudu makan gula aising untuk taburan

Cara Membuat
1. Campurkan tepung gandum, kentang, gula pasir dan yis segera. Kacau rata. Masukkan telur dan air sejuk sedikit demi sedikit sambil diuli hingga tidak melekat. Masukkan marjerin dan garam. Uli sehingga elastik. Biarkan selama 15 minit.Kempiskan adunan, timbang setiap bahagian adunan seberat 20 gram. Bulatkan. Biarkan selama 10 minit.

2. Leperkan dan lubangkan tengahnya, letakkan di loyang yang telah ditabur sedikit tepung gandum. Biarkan selama 30 minit. Panaskan kuali datar yang disapu marjerin. Letakkan beberapa donat, biarkan sehingga kembang, balikkan dan biarkan sehingga masak. Hidangkan bersama taburan gula aising.

tips: Jangan memanggang terlalu lama supaya kulit tidak tebal dan keras! Selain di bakar donat ini boleh juga digoreng.
sumber ~ sedap

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Kongsi Resepi