Nuffnang

Showing posts with label ayam. Show all posts
Showing posts with label ayam. Show all posts

Saturday, June 13, 2015

Ayam Siat Ala Bali


Menu tadi petang membuat ayam siat / suwir ala Bali. Tak tahu rasa sebenar kalau kat tempat asalnya.. cuba - cuba aje dan tukar selera! Cepat dan cukup mudah penyediaanya tak perlu ambil masa yang lama kat dapur. Resepi follow terus dari Nesle.com.



Ayam Siat Ala Bali
2 sudu besar minyak sayur
2 ulas bawang putih | hiris halus
3 ulas bawang merah | hiris halus
1 batang serai | ambil bagian yang putih - potong halus
2 - 3 helai daun limau -  hiris halus
300 gram dada ayam | rebus  - siat kasar
1 sdm air limau nipis

Bahan kisar :
3 buah cili merah
3 - 5 biji cabai melaka
2 ulas bawang putih
Serbuk pati ayam secukup rasa
½ cm kencur - saya x pakai
½ tsp belacan goreng
½ tsp serbuk lada sulah
Garam dan gula secukup rasa

Cara Membuat :
Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga layu dan wangi.Tambahkan bahan kisar, serai, dan daun limau, kacau hingga matang. Masukkan daging ayam siat dan kacau rata. perah air limau nipis  kacau rata. Angkat dan sajikan.

Sunday, April 12, 2015

Ayam Masak Halia


Simple lauk saja hari ini! Saya intai dari buku Kak Liza. Memudahkan kerja saya memasak di dapur..

Ayam Masak Halia
1/2 ekor ayam | potong kecil, basuh bersih dan toskan
3 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil tepung jagung di bancuh dengan 1/2 cawan air
1 sudu kecil lada hitam | ditumbuk kasar
1 pokok daun bawang atau sup | potong pendek
1 biji buah tomato | belah 4
1/2 batang carrot | potong kecil
minyak utk menumis
garam dan sedikit gula

Bahan Hiris :
5 cm halia
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
3 tangkai cili merah
4 tangkai cili padi merah

Cara Membuat :
Panaskan minyak dan tumiskan bahan hiris sehingga layu. Masukkan ayam, lada hitam,sos tiram dan kacau rata. Masukkan sikit air dan tutup. Masakkan ayam sehingga lembut. Masukkan carrot dan gaul sebati. Masukkan bancuhan tepung jagung. Biarkan sehingga pekat. Masukkan tomato buah dan daun bawang. Kacau rata. Tutup api, angkat dan bolehlah di hidangkan.


Sunday, March 8, 2015

Ayam Sweet Sour


Siang tadi masak yang ringkas - ringkas saja. Masih ada stok ayam segar di dalam fridge nak masak sweet and sour! Menyelerakan sesuai sangat di masak pada hari bekerja cepat dan mudah..

Ayam Sweet Sour ( iresepi.com )
300 gram dada ayam - potong dadu
3 sudu besar tepung jagung atau tepung gandum
1/2 biji capsicum hijau
1 biji bawang besar
1 biji telur
3 ulas bawang putih, hiris nipis
1 inci halia - hiris nipis
1 biji tomato - potong dadu
1 sudu besar sos ikan
4 sudu besar sos cili
2 sudu besar cili kisar
1/2 sudu besar serbuk lada hitam
Nenas -  potong dadu ( pilihan anda )
Daun bawang
Garam dan gula secukup rasa

Cara Penyediaan :
Perap ayam yg telah dipotong dadu bersama serbuk black pepper dan garam selama 1/2 jam.Gaulkan ayam yang telah diperap bersama telur. Celup isi ayam di dalam tepung dan goreng sehingga garing. Angkat dan sejukkan.

Untuk kuah, panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang putih, halia dan cili kisar sehingga pecah minyak. Masukkan tomato dan kacau sehingga tomato hancur. Masukkan sos cili, nenas dan sos ikan. Tuang sedikit air dan masak sehingga pekat. Masukkan sedikit bancuhan tepung jagung jika anda mahu kuah menjadi lebih pekat.

Masukkan ayam goreng tadi bersama capsicum, bawang besar, garam dan gula secukup rasa. Angkat dan hidangkan bersama sedikit hirisan daun bawang atau cili merah.


Friday, October 10, 2014

Ayam Goreng Lengkuas ala Restoran Padang


Salah satu resepi ayam goreng ala restoran Minang. Mungkin boleh di jadikan salah satu menu pilihan untuk lauk pauk makan tengah hari. Jom kita cuba di rumah untuk hidangan keluarga. Kalau di lihat dari cara penyediannya cukup mudah, serba ringkas dan sedap!

Ayam Goreng Lengkuas
1 ekor Ayam - potong sesuai selera
1/2 sudu makan air asam jawa
300 ml air
4 inci lengkuas - di parut
3  batang serai - di ketuk
3 helai daun salam
Minyak goreng secukupnya
Garam dan gula secukup rasa

Bumbu / Rempah Di Kisar :
10 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
1 sudu besar biji ketumbar
2 biji buah keras
1/2 sudu teh biji lada putih / sulah
2 cm kunyit
1 cm halia

Cara Membuat :
Siapkan kuali, campur jadi satu ayam, lengkuas parut, daun salam, serai, air asam jawa, air, rempah kisar, garam, lada sulah dan gula pasir. Kacau rata. Masak dengan api sedang sampai kuahnya hampir pekat dan rempah meresap. Angkat.

Pisahkan ayam dengan bumbu lengkuas. Goreng ayam hingga keperangan , angkat. Ketepikan.
Goreng baki rempah / bumbu lengkuas tadi, sehingga garing. Toskan. Sajikan ayam goreng dengan taburan serunding lengkuas.

Tuesday, October 7, 2014

Ayam Tandoori


Petang tadi ada buat ayam tandoori di makan bersama nasi putih jaa. Rasanya dah banyak kali buat ayam tandoori ni yang versi panggang atau pun goreng keduanya sama sedapnya! Untuk resepi ayam tandoori kali ini saya ambik resepi dari majalah masakan dan rasanya memang sangat sedap!

Ayam Tandoori
1 ekor ayam - saya guna kepak ayam
1 labu bawang besar - kisar
3 ulas bawang putih - kisar
1 1/2 sudu makan halia kisar
3 sudu besar yogurt
1 sudu kecil madu
Sedikit pewarna merah
1 sudu makan serbuk kunyit
1 1/2 sudu makan serbuk cili
1 sudu makan serbuk ketumbar
1 sudu makan serbuk jintan manis
Garam secukup rasa

Cara Membuat :
Kisar semua bahan - bahan rempah hingga sebati. Masukkan bahan yang telah dikisar bersama bahan yang lainnya. Masukkan ayam dalam plastik berzip. Kemudian Perap dalam peti sejuk semalaman atau paling kurang 2 jam. Susun ayam dalam tray kemudian bakar dalam suhu 180 C selama 1 jam. Balik - balik kan ayam supaya rata masaknya. Bolehlah dihidangkan dengan nasi beriani atau roti nan serta raita.


Related Posts with Thumbnails

Saturday, September 27, 2014

Ayam Berkismis


Siang tadi tadi sempat menyediakan juadah untuk makan tengah hari, resepi ringkas saja bahan - bahan selalu tersedia di dapur rumah! Satu lagi masakan ini cepat, jadi untuk ibu - ibu bekerja juga sesuai. Ayam Berkismis ni pun tak pedas, budak - budak pun boleh menikmatinya. Resipi serba ringkas seperti dibawah ni yaa..

Ayam Berkismis
1 ekor ayam - potong sesuai selera dan di goreng separuh masak
1/2 cawan bawang merah - kisar
2 sudu besar bawang putih - kisar
1/4 cawan cili kering - kisar ( kalau tak nak pedas boleh masukan dengan sos cili )
4 cm lengkuas - tumbuk
1 cawan kismis kuning - kisar
Garam dan gula secukup rasa
4 helai daun limau purut
1 sudu besar ketumbar biji - tumbuk

Cara Menyediakan :
Panaskan minyak dan tumis bawang merah, ketumbar dan bawang putih sehingga garing. Masukkan cili kering kisar dan tumis sehingga pecah minyak. Kemudian masukkan bahan - bahan lain. Kuali atau pun periuk yang di gunakan hendaklah di tutup. Gaul sebati sehingga ayam masak dan kuah sedikit pekat.


Thursday, July 31, 2014

Kari Ayam Dan Roti Jala Sedap


Assalamualaikum semua. Masih mood raya, tu yg tak berkesempatan je nak kongsikan resepi kat blog ni. Maaf yaa.. Sebenarnya saya buat roti jala ni masa bulan ramadhan. Baru hari ni berkesempatan nak kongsikan resepi yg sangat mudah dan semestinya sedap, di gandingkan pula dengan kari ayam memang sangat sesuai dan sepadan. Tak sedar dah banyak keping masuk dalam mulutt. Hehe..

Resepi Roti Jala
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan susu cair / santan cair
1 1/2 cawan air kosong
1 sudu kecil garam - secukup rasa
Sedikit pewarna kuning
2 biji telur
2 sudu besar butter cair

Cara Membuat :
Satukan semua bahan ke dalam blender dan kisar sebati.
Masukkan pewarna kegemaran. Masukkan adunan ke dalam acuan roti jala muncung 3.
Panaskan kuali non-stick. Kirai / jala adunan ke atas non-stick pan, biarkan selama satu minit (hingga masak). Kemudian angkat. Lipat/gulung. Sedap di makan bersama kuah dal / kari / sambal sardin. Note: Jika adunan cair, tambah sedikit tepung. Kalau pekat tambakan sedikit air! Selamat mencuba!


Resepi Kari Ayam Sedapp
1/2 ekor ayam - di potong sesuai selera
1/2 sudu kecil jintan manis - sangai*
1 peket keresek
3 biji kentang -  di dadu kasar
1 ulas bawang putih*
4 ulas bawang merah*
1 cm halia*
(tumbuk halus bahan2 bertanda*)
4 sudu besar rempah kari ayam#
1 sudu kecil serbuk cili#
2 keping asam gelugor
(campurkan bahan2 bertanda# jika pekat tambah sikit air)
1 kotak santan segera / secukupnya santan
air secukupnya utk kuah (nak pekat jgn byk sgt)
Sedikit minyak untuk menumis
garam & perasa secukupnya

Cara Membuat :
Panaskan minyak, tumis bahan2 tumbuk & bahan campuran rempah dan juga keresek. Kacau2 & biar hingga wangi.Masukkan isi ayam dan sedikit air. Biar mendidih & ayam hampir masak. Masukkan bahan2 lain spt ubi kentang, asam gelugor, santan, garam & perasa dan masak hingga kentang empuk. Renihkan kuah dengan api yang kecil sehingga terbit minyak.Biarkan secukup rasa. Sedia dihidangkan bersama roti jala atau apa2 saja kegemaran anda.

Wednesday, December 11, 2013

Ayam Bakar Ala Warung Padang


Pengalaman sewaktu bekerja di Jakarta mengingatkan saya akan kesedapan sajian dari tanah Minangkabau ini. Masakan Padang termasuk jenis masakan yang dapat di hidangkan bila - bila masa saja. Rumah makan atau warung Padang banyak menawarkan bermacam - macam jenis masakan seperti rendang, gulai gajebo, soto padang, dendeng balado, ayam pop memang cukup membuka selera bagi saya. Menu ringkas pada menu saya hari ini kombinasi dari cili merah, dan rempah segar lainnya yang di tumis terlebih dahulu bersama ayam kemudian di ungkep menjadikan sajian ayam kali ini cukup berlainan. Yok kita semak dan  bila ada kelapangan bolehlah di cuba nati yaa!

Ayam Bakar Ala Warung Padang
1 ekor ayam - potong 4 bahagian
1 biji limau nipis
2 batang serai - di ketuk
400 ml santan cair
70 ml santan pekat
1/2 sudu makan garam
1/2 sudu teh gula pasir
2 buah asam keping
1/2 sudu teh serbuk kunyit
2 sudu makan minyak untuk menumis
Daun limau purut - potong halus

Rempah di kisar :
7 - 10 biji cili kering
4 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
10 biji cabai merah
4 biji buah keras - sangai
1/2 sudu teh biji ketumbar - sangai
1/2 sudu teh biji jintan manis - sangai
3 cm halia
1/4 sudu teh biji  lada sulah

Rempah Tumis :
2 biji buah pelaga
1 biji bunga lawang

Cara membuat :
Lumur ayam dengan air limau nipis dan 1 sudu teh garam. Diamkan 15 menit. Panaskan minyak. Tumis rempah kisar, buah pelaga, bunga lawang, daun limau dan serai hingga naik bau. Masukkan ayam. Masak hingga berubah warna. Masukkan santan cair, garam, gula, dan asam keping. Masak hingga santan berbaki setengah bahagian. Masukkan santan pekat. Kacau perlahan hingga ayam masak dan rempah sebati. Bakar ayam sambil sesekali di sapu dengan rempah tumis. Hidangkan ayam bakar bersama nasi panas dan baki rempah tumis tadi.


Saturday, October 12, 2013

Ayam Penyet Istimewa


Hari ni kita akan membuat sajian yang cukup sedap, ayam penyet atau ayam yang di lenyekkan! Mungkin ramai rakan - rakan di luar sana yang dah mencuba keunikan masakan dari Jawa ini, ada berbagai dan banyak versi cara dan penyajiannya, boleh di goreng atau pun di bakar sama saja sedapnya! Untuk menambahkan kelezatan hidangan ayam penyet ini sajikan dengan nasi panas, tempe, tahu goreng bersama  dengan sambal ulek!! Hmm, memang meletop! Jom semak apa bahan - bahannyee!!

Ayam Penyet Istimewa
3 keping daging ayam bahagian peha
3 cawan santan cair
2 helai daun salam - boleh abaikan kalau tak dak!

Bahan kisar :
3 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
1 sudu teh jintan putih
1 sudu teh jintan manis
2 biji buah keras
1 sudu teh ketumbar biji
2 batang serai
2 cm lengkuas
2 cm halia
2 cm kunyit hidup / serbuk kunyit

Cara Membuat :
Masukkan kesemua bahan di atas ke dalam periuk. Didihkan dengan api sederhana sehingga ayam separuh masak. Toskan daging ayam. Goreng daging ayam sehingga masak. Kemudian tekan atau penyetkan .



Resepi Sambal Ulek
6 - 7 biji  cili padi
5 tangka cili merah
3 cm belacan
5 ulas bawang merah - hiris kasar
2 biji tomato - belah empat
2 ulas bawang putih - hiris kasar
2 sudu besar air asam jawa
garam dan gula melaka secukupnya
1 sudu besar minyak untuk menggoreng

Cara Membuat :
Goreng kesemua bahan di atas kecuali garam, air asam dan gula.Tumbuk semua bahan atau ulek gunakan lesung batu sehingga separa lumat. Masukkan gula melaka, tumbuk sehingga hancur. masukkan air perahan asam jawa dan sedikit  garam. Gaul sebati.


Note : hidangkan ayam penyet bersama nasi panas, ulam - ulaman, sambal ulek dan bahan sampingan seperti tempe dan tahu goreng! Yummy..

Friday, October 4, 2013

Homemade Popcorn Chicken


Fresh dari dapur saya, menu sarapan yang cukup sihat untuk anak - anak! Sesuai di jadikan lauk atau juga cemilan. Bahagian dada ayam sangat baik untuk kesihatan dan perkembangan minda. Saiznya yang cukup comei seperti popcorn menjadikan lauk ini cukup di gemari dan di minati anak - anak!!
Membuatnye cukup simple dan sangat mudah, boleh juga menggunakan tepung rempah dalam peket yang siap di gunakan, atau kalau rajin boleh meracik sendiri mengikut resepi kegemaran.


Homemade Popcorn Chicken
4 buah dada ayam - potong dadu
200 gram tepung serbaguna
1/2 sudu teh serbuk pati ayam
1/2 sudu kecil gula
2½  sudu teh garam
3/4 sudu teh serbuk lada sulah
1/8 sudu teh serbuk paprika
1/8 sudu teh bawang putih
1/8 sudu teh baking powder
2 sudu besar susu segar
1 biji telur ayam
200 gram bread crumb
Minyak sayur, untuk menggoreng

Cara Membuat :
Gaulkan ayam dengan sedikit pati ayam, garam, dan gula. Ketepikan. Campur tepung serbaguna, garam, serbuk lada, paprika, bawang putih, dan baking powder hingga rata. Ketepikan. Campur susu segar dan telur, pukul hingga rata. Ketepikan. Golek - golekkan ayam dengan tepung serbaguna.

Celupkan ayam ke dalam campuran telur dan juga susu segar. Kemudian golekkan pula ke dalam mangkuk bread crumb. Untuk coating yang agak tebal ulangi proses menyalut telur dan juga bread crumb. Goreng dengan minyak panas menggunakan api sedang hingga keemasan. Hidang dengan sos kegemaran atau di makan begitu saja pun sedap!


Tuesday, August 27, 2013

Ayam Masak Palembang

Ramai di antara  blogger - blogger masakan yang sudah mencuba resepi ayam Palebang ! Hari ini giliran saya pulak, kebetulan memang tak tahu nak masak apa harini. Stok ayam memang ada di dalam peti ais jadi trus masak saja. Resepi ayam palembang ini saya intai dari sini. Thank you, dan selamat menjamu selera. Salam manis.
Ayam Masak Palembang
700 gram ayam - potong kecil
2 batang serai - dititik
3 sudu besar keresek
1 cawan kicap lemak manis
Sedikit minyak untuk menumis

Bahan kisar :
1 labu bawang besar
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 cm halia
3 cm lengkuas
15 biji cili kering

Rempah penumis :
3 cm kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga

Cara Memasak :
Panaskan minyak dan goreng ayam setengah masak. Angkat dan ketepikan. Dalam kuali yang sama.. kurangkan sedikit minyak bekas gorengan ayam dan tumis bahan kisar, bahan penumis bersama serai sehingga pecah minyak. Masukkan ayam dan gaul sebati. Tutup kuali dan masak dengan api sederhana sehingga ayam masak. Sesekali digaul mesra. Masukkan kicap dan diikuti dengan santan. Kacau sekali-sekala sehingga masak dan kuah menjadi pekat.

Notes : Menurut Kak Maria Hakem, jika tidak mahu masukkan santan, dan rajin buat kerisik, eloklah masukkan kerisik.


Wednesday, June 5, 2013

Chicken Cordon Bleu


Chicken Cordon Bleu adalah salah satu masakan western yang sangat popular, selain rasanya yang enak chicken cordon bleu juga sesuai  di hidang sebagai menu makan tengah untuk lunch ataupun dinner. Harga chicken cordon bleu cukup mahal di restoran karena memang makanan ini rasanya cukup lezat dan terkesan sangat mewah dan elegat! Hari ini saya nak cuba belajar dan membuat sendiri di rumah, ayuuk di semak cara - caranya, memang sangat mudah!


Chicken Cordon Bleu
250 gram isi dada ayam - hiris melebar setebal 1/2 cm
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh serbuk lada sulah
1/2 sudu teh air perahan lemon
3 kepingg daging salai
3 keping slice cheddar cheese
Minyak untuk menggoreng

Bahan Pencelup ( kacau rata ) :
2 biji telur - pukul ringan
2 sudu teh tepung jagung

Bahan Pelapis ( kacau rata ) :
100 gram tepung roti kasar
1 sudu teh lada hitam - tumbuk kasar
1/2 sudu teh garam

Cara Membuatnya :
Lumur dada ayam dengan garam, serbuk lada sulah dan air perahan lemon. Perapkan selama 15 menit. Ambil sekeping isi ayam dan lapiskan dengan daging salai dan satu keping keju. Gulung. Celupkan ke dalam bahan pencelup. Gulingkan ke dalam bahan - bahan pelapis. Goreng dengan api sederhana hingga ayam masak dan keperangan.


Biasanya Chicken Cordon Bleu ini di hidang dengan sayuran ataupun salad segar, tetapi saya hidang dengan nasi oregano bersama sos lada hitam homemade.


Sos Lada Hitam Homemade
1 labu bawang besar - cincang kasar
1 sudu besar mentega
2 sudu besar tepung gandum
2 cawan air
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap (untuk menggelapkan sikit warna sos )
1 sudu makan sos tomato atau sos chili
1 sudu besar lada hitam - tumbuk halus
1/2 kiub perasa ayam atau daging lembu.
Sedikit garam dan gula

Cara Membuat :
Panaskan mentega dalam periuk kemudian tumis bawang besar hingga layu.Tepung gandum di larutkan dalam air hingga rata kemudian masukkan dalam periuk tumisan tadi. Masukkan semua bahan lain termasuk sos - sos. Kacau atas api hingga pekat. Boleh di angkat dan dihidangkan.

Monday, May 27, 2013

Sate Ayam atau Daging


Salam dan selamat tengah hari buat semua. Harini nak cuba buat satay. Dah lama juga rasanya tak buat
satay, biasanya saya akan buat bersama - sama anak - anak di rumah ketika musim cuti sekolah bermula. Kerana teruja sangat nak buat bahan - bahan dan persiapan yang lainya di kerjakan oleh anak bongsu saya, saya tengok dan rehat saja. Hehe. Si kakak tukang potong bawang dan adik si tukang popek dan komen.


Sate Daging atau Ayam
400 gram daging / ayam (tanpa tulang) - dipotong kecik
1/2 sudu teh garam
40 gram gula
lidi sate - direndam dengan air
3 sudu besar minyak masak
1 batang serai - dititik utk merenjis sate

Bahan dikisar :
4 ulas bawang merah
2 cm kunyit hidup
2 biji buah keras
1 cm lengkuas
1/2 sudu besar ketumbar - disangai
1/2 sudu teh jintan manis - disangai
1/2 sudu teh jintan putih - disangai
2 sudu besar air asam jawa sederhana pekat
4 sudu besar santan ( ganti dgn susu cair pun boleh)
1 batang serai

Cara Membuat Sate :
Perap daging / ayam dengan bahan kisar, garam dan gula selama 3 jam ( lebih elok diperap semalaman)
Cucuk daging / ayam pada lidi sate. Lebihan bahan perap dicampur dengan 3 sudu besar minyak masak dan renjis gunakan serai yang telah dititik semasa proses pembakaran sate.

Kuah Kacang Sate

300 gram kacang tanah - disangai
100 gram gula pasir
150 gram gula merah
40 gram asam jawa
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 cawan minyak masak

Bahan - Bahan Kisar :
2 biji buah keras
1 sudu besar ketumbar biji - disangai
1 sudu kecil jintan putih - disangai
1 susu kecil jintan manis - disangai
2 hiris lengkuas
2 hiris halia muda
20 tangkai lada kering - direbus
7 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
7 batang serai - dihiris
20 gram udang kering

Cara Membuat :
Satukan gula merah dan asam jawa - diramas dengan air yang cukup untuk mendapatkan air asam jawa. Bancuh kacang tanah kisar Satukan semua bahan dan gaul rata. Panaskan minyak dalam kuali
dan tumis bahan kisar hingga garing.Masukkan gula, garam, ajinomoto dan serbuk kunyit dan gaul rata
Masukkan bancuhan gula merah, air asam jawa dan kacang tanah tadi ke dalam bahan tumis.
Masak atas api yang sederhana hingga keluar minyaknya


Saturday, May 18, 2013

Ayam Masak Minang


Ini adalah salah satu masakan kegemaran di rumah, tidak terlalu pedas atau pun kalau yang gemarkan
menu yang pedas boleh ejaskan sukatan cili kisarnya! Anak - anak memang dah lama minta di buatkan
ayam masak minang ni. Biasanya saya akan masak kalau anak - anak nak makan. Apalagi kalau time cuti macam ni, depa akan selalu lapar memanjang! okey semua, hari cuti memang hari untuk memasak
dan memanjakan semua ahli keluarga di rumah!Yaa, tak? Happy Cooking.

Ayam Masak Minang
1 ekor ayam - potong 12 bahagian
Sedikit minyak masak
3 labu bawang besar - kisar
8 ulas bawang merah - kisar
5 ulas bawang putih - kisar
2 cm halis - kisar
2 batang serai - di ketuk
5 cm lengkuas - di ketuk
10 biji buah keras - di kisar lumat
250 ml air
20 tangkai cili kering - kisar
5 cm kunyit hidup - kisar
200 ml santan ataupun susu cair
garam gula secukup rasa

Cara Membuat :
Panaskan minyak dan tumiskan semua jenis bawang, lengkuas, serai sehingga kekuningan. Masukkan cili kisar dan masak sehingga 10 menit, di ikuti buah keras dan kunyit hidup. Kacau sebati.
Setelah bahan tadi masak masukkan ayam dan biarkan seketika. Kemudian masukkan santan / susu cair
garam dan gula secukup rasa. Tunggu sehingga kuah menjadi pekat dan bolehlah di hidang.


Saturday, March 30, 2013

Chicken Chop Goreng


Pagi semuaa,
dah masak belum? Ini menu luch semalam. Sahaja tukar - tukar selera asyik makan nasi jaa
kadang - kadang bosan juga! Hari ni saya nak kongsikan resepi chicken chop yang sangat
mudah di makan bersama sayuran rebus dan sos blackpepper. Sedap juga sesekali buat menu
macam gini apalagi di hidang panas!Menambat hati keluarga di rumah, fresh dan bersih kalau
buar sendiri, kan? Kalau tak puas makan seketul bolehlah makan dua ketul. Hihi.. ini bahannya.


CHICKEN CHOP & SOS LADA HITAM
4 bahagian peha / dada ayam  | buang tulang
1 sudu kecil serbuk pati ayam
1 sudu kecil serbuk lada sulah / lada putih
Garam secukup rasa

Salutan:
1 biji telur | kacau
2 sudu besar tepung gandum + 1 sudu besar tepung jagung
100 gram bread crumbs

Cara Membuat :
Bersihkan ayam dan gaulkan ayam bersama serbuk lada sulah, serbuk pati ayam dan garam.
Masukkan dalam tupperware dan perapkan selama 3 jam dalam peti ais. Setelah cukup masa
memerap, gaulkan pula dengan tepung gandum dan juga tepung jagung tadi. Pecahkan telur dalam
mangkuk dan kacau. Ambil ayam dan celupkan dalam telur salut dengan bread crumb. Buat satu
persatu sehingga siap. gorengan keperangan.

SOS LADA HITAM
2 sudu butter
1 1/2 sudu tepung gandum
Sebiji bawang besar (potong dadu)
Seketul kiub ayam knors
2 cawan air - nak sedap letak air rebusan ayam
Sedikit kicap pekat
2 sudu besar susu cair
Garam dan gula secukup rasa
1 sudu besar lada hitam (tumbuk halus) *boleh lebihkan amaun ikut selera
1 sudu kecil tepung jagung - cairkan dengan sedikit air

Cara Membuat :
Cairkan butter dengan api kecil. Apabila cair masukkan tepung gandum dan kacau sehingga perang Kemudian masukkan bawang dan kacau sehingga naik bau wangi. Masukkan kiub ayam dan kacau.Masukkan air tadi dan kacau. Tambahkan kicap pekat sedikit demi sedikit.jgn sampai hitam sgt,agak2 kecoklatan dah cukup nanti tk cantik bile dihidang..apabila masak sos akan lebih likat dan hitam. Masukkan susu cair, kacau sekata.
.
Tambahkan sedikit gula dan garam secukup rasa Masukkan lada hitam yang telah ditumbuk tadi sedikit demi sedikit. Kacau hingga menggelegak. Jika sos kurang likat, masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan air sedikit demi sedikit sehingga agak-agak likat.Apabila sejuk sos akan lebih likat. Boleh dihidangkan semasa panas.

Tuesday, February 12, 2013

Rendang Pedas Kicap



Mungkin ini antara menu yang ringkas dan mudah untuk di hidang semasa waktu makan tengah
hari,  tapi percayalah cukup sedap di hidang bersama nasi putih yang masih hangat!
Tidak terlalu renyah dan mudah sangat nak membuatnya. Untuk lebih nak jimatkan masa bahan -
bahan kisar boleh di siapkan sehari sebelumnya, jadi pada esok paginya boleh terus memasak!
Sajian ini menjadi hidangan istimewa di rumah saya dan jenis menu yang berkicap lainnya. Anak
anak memang sangat suka. Jom intai resepi!


Rendang Pedas Kicap
1/2 kg daging atau ayam
1 peket keresek
3 susu besar kicap pekat
1 helai daun kunyit - siat halus
2 helai daun salam
200 ml santan cair
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis

Bahan KIsar :
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 cm halia
3 cm lengkuas
3 tangkai cili padi - kalau nak pedas boleh tambahkan
4 sudu besar cili kisar
2 batang serai

Cara Membuat :
Tumiskan  bahan - bahan kisar sehingga naik bau. Masukkan ayam ataupun daging, santan, daun
kunyit, daun salam, gula dan garam secukup rasa. Kacau perlahan sehingga kuah mendidih. Apabila kuah hampir kering masukkan kicap pekat dan kerisik. Gaul rata  dan sebatikan. Masak rendang sehingga agak kering. Sedap di makan bersama nasi hangat.

Monday, November 5, 2012

Pepes Ayam Kukus



Ahad  kemarin saya membeli keperluan dapur untuk stok yang akan saya simpan di
dalam peti ais. Senang nanti kalau nak masak, kan? Tak payah kelam kabut sangat
kerana semuanya dah tersedia di rumah! Apa yang seronok sangat pergi meronda kat
pasar basah hari tuu, saya terjumpa daun selasih yang biasanya memang jarang ada! 
saya teringat resepi bunda saya. Dia pandai sangat masak pepes ayam. Resepi yang
saya tulis di nota kecil yang dah mula naik hitam, warnanya. Hehe.

Hmm,masak pepes ni kenalah ada daun pisang! Barulah naik bau pepes kita nanti. Step
pun tak banyak sangat. Mudah di sediakan. Kalau nak sedap lagi kena ada daun selasih
dan juga daun salam. Kalau tak ada boleh gantikan dengan daun limau purut yang di 
racik halus. Ok jom ke dapur menyiapkan menu pepes ayam kita! Ops, hampir lupa banyak
benda yang boleh di buat pepes antaranya udang dan ikan. Happy Cooking!


Bahan - Bahannya :
1/2 ekor ayam - potong 8 bahagian
1 biji limau nipis - ambil jusnya
1 sudu makan minyak goreng
1 biji cili merah - potong nipis
2 helai daun salam
5 - 6 pucuk daun selasih
1 biji tomato - potong 4 bahagian
Daun pisang secukupnya - untuk membungkus
Aluminum foil - untuk melapik

Bahan Kisar :
3 ulas bawang putih
1 batang serai
4 ulas bawang merah
3 biji cili merah - di buang biji
3 biji buah keras
2 inci kunyit hidup
2 cm halia
1 inci lengkuas
1/2 sudu makan gula
1 sudu teh garam atau secukup rasa


Cara Membuat :
lumur potongan ayam yang telah di potong tadi dengan jus limau nipis. Biarkan selama 15 mint. Cuci dan toskan. Campurkan ayam dengan minyak goreng, daun salam, daun selasih,
tomato dan rempah yang telah di kisar.

Siapkan daun pisang lapik bawahnya dengan aluminum foil. Letakkan potongan ayam bersama dengan rempahnya. Bungkus dengan kemas. Kukus selama 30 minit dengan api sedang. Angkat dan sajikan selagi panas.

Saturday, October 6, 2012

Kepak Ayam Berempah



Makan tengah hari ini sangat unik dan berkhasiat, sesekali tukar menu tak salah kan? Hish..apa yang unik sangat tu? Kebiasaannya kita makan ikan, hari ni kita makan kepak ayam! Itu yang bestnya main panggang - panggang pulak! lama kita tak makan kepak nih, selalu kalau cari dekat pasar memang takdak jual, saya jumpa dekat MyDin terus beli 1/2 kg cukup untuk luch hari ini.

Bahan - Bahannya :
1/2 kg kepak ayam, basuh dan toskan
1/2 labu bawang besar - kisar
2 ulas bawang putih -  kisar
1 inci halia - kisar
1/2 sudu kecil jintan  kasar
1/2 sudu kecil jintan halus
1/2 sudu kecil ketumbar - tumbuk kasar
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
1/2 sudu kecil gula
1/2 sudu kecil madu
Sedikit garam sebagai perasa
1 sudu besar kicap pekat

Cara Membuat :
Di dalam mangkuk yang besar, masukkan dan campurkan kepak ayam dan rempah lainnya. Gaulkan sehingga sebati. Perapkan sekejap atau perap lama sikit lagilah sedap. Bakar kepak ayam di dalam oven sehingga masak.

Sapa nak??

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Kongsi Resepi