Nuffnang

Showing posts with label muffin. Show all posts
Showing posts with label muffin. Show all posts

Sunday, April 26, 2015

Muffin Pisang


Salam, baru - baru ni saya ada buat muffin, nampak tak muffin saya yang  montel ituw ? Dari satu resepi muffin boleh di ubahsuaikan mengikut selera, boleh intikan dengan bluberry atau apa - apa saja mengikut stok bahan yang ada kat rumah..

Muffin pada hakikatnya tak sama macam cup cake, muffin lebih berkeadaan seperti roti dan ia cepat dibuat dan tidak perlu dikacau terlampau lama. Sesuai untuk minum petang atau sarapan pagi. Kalau anda buat malam, biar sejuk dan simpan dalam bekas kedap udara. Pagi esok boleh dimakan untuk sarapan. 

Muffin Pisang
1 1/2 cawan tepung gandum*
1 camca teh baking powder*
1 camca teh soda baicarbonate*(*digaul rata dan ayak)
5 biji pisang emas, dilecek hancur
1/2 cawan gula perang @ soft brown sugar
1 biji telur gred A
1/3 cawan susu segar
100 gram mentega | cair dan sejukkan
Beberapa titik esen pisang 
1/4 cawan coklat chip
Sedikit lagi coklat chip untuk hiasan

Cara Membuat :
Panaskan oven pada suhu 180C, alas acuan muffin dengan papercup atau guna paper cup jenis keras. Dalam satu bekas, masukkan telur, gula perang dan susu. Kacau rata dengan whisk hingga sebati dan gula larut.

Tambah pisang lecek dan mentega cair. Kacau hingga semua rata. Masukkan tepung dan gaul. Tambah esen pisang . Masukkan 1/4 coklat chip, gaul rata. Sudukan ke dalam acuan 3/4 penuh. Tabur dengan sedikit coklat chip Buat hingga siap.

Masukkan ke dalam oven dan bakar selama 25 minit atau hingga keemasan. Bila masak, keluarkan dan biar sejuk atas redai. Boleh juga dinikmati semasa muffin masih suam..


Yang ni saya skip tak guna pisang lecek, jadilah bluberry muffin..

Friday, February 20, 2015

Rich Chocolate Chips Muffin


Banyak variasi dan jenis muffin untuk di hidangkan pada waktu sarapan pagi. Harini tertarik untuk mencuba salah satu resepi dari Kak Azie kitchen. Bahan - bahan untuk membuat muffin memang selalu ada dalam simpanan, tinggal buat saja citernyee! Hidang dengan bancuhan milo panas atau teh o, memang kawlah!

Rich Chocolate Chips Muffin
Bahan A :
2 biji telur
1 cawan gula perang
100 ml susu segar
120 ml minyak jagung
1/2 tsp esen vanilla

Bahan B :
190 gram tepung gandum
1 tsp baking powder double action
1/2 tsp baking soda
1/4 cawan serbuk koko
1/2 cawan choc chips ( tinggalkan sedikit utk tabur )

Cara Membuat :
Satukan semua bahan A di dalam bekas dan kemudian ayakkan bahan B ke dalam bahan A. Gaul rata.
Tuang adunan dalam 3/4 penuh dan taburkan chocolate chips di atasnya. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170C. Bakar selama 20 minit atau sehingga masak.

Amaran :
Jangan terlebih gaul untuk menghasilkan muffin yang sedap!!


Inilah muffin yang dah siapp, jemputt jamu mata! Hehe..

Saturday, June 5, 2010

Cheese Choco Cup Cake


Bahan - Bahannya :
200 gram marjerin
150 gram gula kastor
100 gram coklat masak hitam - cairkan
4 biji telur
200 gram tepung gandum
25 gram serbuk koko
1 sudu teh serbuk penaik
50 ml susu cair
50 gram cip coklat
125 gram cheese spread untuk inti

Cara Membuatnya :
1. Pukul marjerin dan gula kastor sehingga lembut. Masukkan coklat masak hitam. Pukul rata. Masukkan telur satu persatu berselang seli dengan  sebahagian tepung gandum sambil di pukul perlahan.

2. Masukkan baki tepung gandum, serbuk  koko dan serbuk penaik sambil di ayak dan di kacau rata berselang seli dengan susu cair. Masukkan cip  coklat dan kacau rata. Masukkan adunan 1/2 tinggi acuan muffin yang dilapiskan dengan cawan kertas.

3. Sudukan cheese spread. Lapiskan lagi  dengan adunan. Bakar selama 25 minit dengan suhu ketuhar 180 C sehingga masak.

Sumber : Sedap

                                    

Wednesday, March 24, 2010

Muffin Cappuccino


Bahan - Bahan :
320 tepung gandum
200 ml susu segar
120 gram gula halus
100 gram mentega, dicairkan
2 sudu makan serbuk kopi
2 biji telur
3/4 sudu teh serbuk penaik

Cara Membuat :
Satukan tepung, serbuk penaik, dan gula. Gaul hingga sebati dan ketepikan. Pukul  telur, susu dan serbuk kopi  hingga sebati. Setelah itu masukkan pula mentega cair.  Pukul lagi. Kemudian masukkan adunan telur ke dalam adunan tepung, digaul rata. Masukkan di dalam bekas muffin dan bakar dengan suhu 180 C   selama 15 minit atau sehingga masak. Hidangkan bersama secawan kopi panas.
sumber ~ majalah rasa

Thursday, January 21, 2010

Kek cawan pisang Marmar



Buat cemilan untuk minum petang lagi!! Resepi simple saja tapi memang sedap. Untuk rakan - rakan yang ingin mencuba, jom semak resepi yang saya taip di bawah ini! Selamat mencuba!                          

Kek Cawan Pisang Marmar
200 gram marjerin
125 gram gula pasir halus
1/4 sudu teh esen vanila
100 gram pisang yang dikisar halus
4 biji telur
225 gram tepung gandum
1 sudu teh serbuk penaik
60 ml susu cair
1 sudu makan serbuk koko dan 1 sudu makan
air panas, larutkan
1/2 sudu teh pes coklat

Cara Membuatnya
1. Pukul marjerin, gula pasir halus dan esen vanila sampai lembut. Masukkan pisang yang dikisar halus, pukul rata. Masukkan telur satu persatu bersilih ganti dengan sebahagian tepung gandum sambil di ayak dan di pukul rata.

2. Masukkan baki tepung dan serbuk penaik sambil di ayak dan di kacau rata bersilih ganti dengan susu cair. Ambil 1/4 adunan. Masukkan larutan serbuk koko dan pes coklat, kacau rata. Tuang adunan putih dicawan kertas, sudukan adunan coklat. Bentukkan corak marmar dengan menggunakan lidi bersih.

3. Bakar selama 23 minit dengan suhu ketuhar 180 C. Selama 20 minit atau sehingga masak.

Friday, December 25, 2009

Pandan Muffin



Bahan - bahannya :
200 gm tepung gandum
1 1/2 camca teh baking powder
1/2 camca teh soda bikarbonat
1/2 camca teh garam halus
120 gm gula castor
200 ml santan
2 biji telur - di pukul ringan
1 camca teh pandan paste

Cara-Cara :
Susunkan muffin cup kedalam muffin pan dan ketepikan. Ayak tepung gandum, baking, powder, soda bikarbonat dan garam ke dalam mangkuk. Masukkan gula dan kacaukan rata dengan menggunakan whisk ketepikan. Satukan santan, telur, minyak jagung dan pandan paste dan kacaukan sebati.

Tuangkan ke dalam adunan tepung tadi sambil di kaup balikkan.Sudukan 3/4 adunan ke dalam muffin cup tadi, taburkan toping. Bakar pada suhu 180 C. Selama 20 minit.
sumber ~ noreen uk

Thursday, December 24, 2009

Muffin Coklat Berbadam



Bahan bahannya :
250 gm tepung gandum
250 gm gula
175 gm kopi segera
175 gm mentega
100 gm coklat
175 gm serbuk badam
175 gm kelapa kering
1 biji telur
1/2 sudu kecil esen vanila
1/2 sudu kecil serbuk penaik

Cara ~ Cara :
1. Didihkan air [double boiler] kemudian cairkan kopi, gula, mentega dan coklat di dalam bekas. Kacau sebati. Setelah cair angkat dan ketepikan. Pukul telur sehingga gebu kemudian ambil mangkuk lain dan masukkan tepung, serbuk penaik dan esen vanila. Tuangkan adunan yang telah di cairkan tadi.

2. Tuangkan telur, masukkan kelapa kering dan serbuk badam. Kacau perlahan sehingga rata. Tuangkan sedikit adunan ke dalam acuan kertas dan bakar pada suhu 180C selama 20 minit.

Strawberry Muffin


Bahan ~ bahan
180 gram mentega
140 gram gula halus
2 biji telur gred A
100 ml susu cair
220 gram tepung gandum
2 camca teh baking powder
1 camca teh strawberry emulco

Cara Membuatnya
Satukan tepung gandun bersama baking powder, ketepikan. Putar mentega bersama gula halus hingga putih. Tambahkan telur satu persatu sehingga kembang. Perlahankan speed, masukkan tepung berselang-seli dengan susu sehingga habis gaul rata. Masukkan strawberry emulco dan gaul hingga sebati. Sudukan adunan ke dalam muffin cup 3/4 penuh. Bakar dalam oven pada suhu 175C selama 20 minit.
sumber ~ cik mat gebu

Monday, December 21, 2009

Chocolate Muffin



Hari ini anak - anak ada di rumah. Jadi saya dah buat plan nak ajak kakak dan si bongsu
baking muffin bersama - sama. Buat muffin memang sangat mudah tak payah bawa kuar
mixer hanya guna hand whisk pun dah cukup, kan? So dengan semangat satu malaysia
anak - anak pun stat membantu saya menyiapkan bahan - bahan membuat muffin di dapur.
Jangan lupa untuk membuat kopi o atau milo panas dan boleh hidang bersama muffin nati!
Memang sedap dan inilah sarapan kami hari ini.


Chocolate Muffin
100 gam mentega
125 gram dark coklat - cincang kasar
100 ml susu cair
2 biji telur - pukul ringan
175 gram tepung gandum
15 gram serbuk koko
130 gram gula halus
1 sudu teh baking powder
1/2 sudu sodakarbonat
1/2 sudu teh garam halus
50 gram coklat chip

Cara Membuat :
Cairkan mentega di atas api kecil masukkan cincangna dark coklat kacau sehingga sebati.
Masukkan susu cair kacau hingga rata. Sejukkan dan ketepikan. Masukkan telur yang sudah
di pukul ringan tadi kacau hingga rata.  Di dalam mangkuk yang lain campurkan tepung,
serbuk koko, baking powder, sodakarbonat dan garam. Gunakan hand whisk hingga tercanpur
rata. Tuangkan adunan coklat ke dalam campuran tepung, kaup balikkan sehingga tercampur
rata. Do not overmix!

Masukkan coklat chip. Kacau rata. Masukkan adunan ke dalam acuan muffin atau pun paper
cup kegemaran sehingga 3/4 penuh adunan.
Bakar sehingga naik selama 15 menit pada suhu 180 C atau mengikut oven masing - masing.
Sajikan selagi panas. Sedap dan moist. Selamat mencuba.

Sunday, December 20, 2009

Coklat Cup Cake



Bahan ~ bahan :
150 gram butter
200 gram gula caster
3 biji telur gred A
220 gram tepung gandum
2 sudu besar serbuk koko
1 sudu kecil baking powder
200 ml susu segar
choc chips dan kismis

Cara Membuatnya : Ayak tepung gandum dengan baking powder, dan koko. Pukul butter dan gula sehingga kembang masukkan telur sebiji - sebiji. Masukkan tepung, selang - seli dengan susu, di akhiri dengan tepung. Bakar pada suhu 200 C selama 15 minit. Muffin coklat siap untuk di hidangkan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Kongsi Resepi