Nuffnang

Showing posts with label bubur. Show all posts
Showing posts with label bubur. Show all posts

Wednesday, January 11, 2012

Bubur Gandum

     

Nampak sahaja biji gandum dekat kedai runcit hari tu, trus je ambik dalam dua peket kecil. Lama tak buat bubur gandum. Memang membuka selera untuk teman minum petang hari ini. Resepi pun simple ikut suka hati  sahaja.

Bahan - bahannya :
2 peket biji gandum - mungkin dalam 150 gram, saya rendam semalam lalu rebus
60 gram gula pasir
60 gram gula melaka
30 gram sagu biji
2 helai daun pandan - ikat atau simpulkan
150 ml santan cair
150 ml santan pekat

Caranya : didihkan santan cair, gula melaka, sagu biji dan daun pandan. Apabila sagu masak masukkan gula pasir, biji gandum yang telah di rebus dan jugak santan pekat. Biarkan sehingga mendidih dalam 15 menit, dan bolehlah di hidang.


                                   

Thursday, July 7, 2011

Kuah durian dan roti benggali



Musim durian sudah tiba!! Kebetulan dapat  free durian dari mak  mertua. Sedap
di buat apa yaa? Rasanya kalau makan cam gitu ajee dah jemu.Orang rumah minta
di buatkan kuah durian, nak cicah ngan roti benggali katanya. So ini dia, resepi
campak - campak sahaja. Isi durian, santan, secubit garam, daun pandan dan gula
secukup rasa. Jemput masak semuaa!!

                                                   

Wednesday, September 15, 2010

Bubur Pulut Hitam


Bubur manis yang segar dan menyejukkan badan ini, menjadi pilihan buat mereka
yang menggemari hidangan ringan pemanis mulut ini. Bukan setakat itu sahaja,
bubur manis ini juga sesuai dijadikan sebagai hidangan di waktu minum petang.

Bahan - Bahan :
100 gram beras pulut hitam, rendam selama 2 jam
2000 ml air
1/2 sudu teh garam
2 helai daun pandan
150 gram gula pasir

Bahan Kuah Santan :
350 ml santan daripada sebiji kelapa
1 helai daun pandan
1/4 sudu teh garam

Cara Membuatnya :
Rebus beras pulut hitam, air, garam dan daun pandan sehingga pulut hitam
setengah masak dan pekat. Masukkan gula pasir. Kacau perlahan sehingga
pekat dan masak. Ketepikan.

Kuah santan : rebus santan, daun pandan dan garam sambil dikacau - kacau
sehingga mendidih. Hidangkan bubur pulut hitam dengan di sira kuah santan.


Tip : pulut akan lebih cepat empuk kalau direndam semalam.
                                                   

Saturday, August 21, 2010

Bubur Lambuk

Salam..masih di bulan Ramadhan, masak apa hari ini ? Hari tu jalan - jalan Dapur
Noorma ternampak bubuk lambuk ni. Nampak sedap saya mencuba membuatnya
di dapur sendiri, memang yummy. Thanks Noor yaa.. izin copy resepinya di sini..

                                   
Bahan-Bahan :
150 gram beras
1 1/2 liter air
100 gram daging
100 gm santan pekat
10 gm udang kering

bahan tumbuk :
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia

Rempah tumis :
1 ici kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
1 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
1 sudu teh jintam putih
1 sudu teh ketumbar
1 sudu teh  lada sulah
1 sudu teh lada hitam

bahan hiasan ( mayang )
3 tangkai daun sup
2 tangkai daun bawang
Telur masin
Bawang goreng

Cara Membuat :
Rebus daging hingga lembut. Angkat dan di carik halus. Ketepikan.  Ketepikan air
rebusan, bagi kegunaan menanak nasi. Panaskan minyak, kemudian tumis bahan di
tumis hingga kekuningan.

Masukkan air rebusan, udang kering, halia, serai dan beras.  Biar hingga beras
lembut dan masukkan santan. Kacau rata dan tunggu sehingga masak. Masukkan
bubur dalam mangkuk, dan  hias dengan daging, daun sup, daun bawang, bawang
goreng dan telur masin, jika suka.


                                  

Saturday, December 19, 2009

Bubur Kacang Bersagu



Bahan - bahanya :
250 gram kacang hijau
250 ml santan
25 gram sagu
1 ketul gula melaka
Air secukupnya
sehelai daun pandan
garam dan gula secukup rasa

Cara Membuatnya :
Rebus kacang hingga kembang. Masukkan daun pandan. Masukkan santan dan gaul sebati. Masukkan pula gula melaka dan kacau sehingga hancur.  Masukkan sagu dan biarkan sehingga sagu kembang. Akhir sekali masukkan secubit garam dan gula secukup rasa.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Kongsi Resepi