Nuffnang
Showing posts with label kuih. Show all posts
Showing posts with label kuih. Show all posts
Sunday, July 26, 2015
Kuih Sagu pandan
Assalam buat semua, rindu rasanya lama tak menaip di sini kerana kesibukan yang tak ada penghujungnya. lama saya nak kongsikan resepi kuih sagu pandan ni dari bulan ramadhan lagi tapi tak sempat dan selalu tak ada masa.. kuih sagu sangat lembut dan manis yang sedang - sedang saja dan juga lembut memang favorite dan menjadi kegemaran yg versi merah pernah juga buat dan resepi boleh intai di sini!
Kuih Sagu Pandan
1 cawan sagu
3 cawan air
3/4 cawan gula
1/2 biji kelapa parut - putih sahaja dan gaulkan dng secubit garam
Pewarna hijau
Pandan paste
Cara Membuat :
Panaskan air dan masukkan sedikit pewarna sehingga mendidih. Masukkan sagu dan kacau sehingga agak pekat. Masukkan sedikit pandan paste. Kacau rata dan angkat. Tuangkan ke dalam loyang yang telah disapu minyak dan kukus selama 25 minit. Sejukkan dan bolehlah digaul dengan kelapa parut yang dimasukkan dengan sedikit garam.
Labels:
kuih
Sunday, March 8, 2015
Onde - Onde Kacang Hijau
Assalam dan berjumpa lagi di bulan march. Pagi ni kita nak sarapan dengan kuih yg berinti kacang hijau ( onde - onde ). Ada perbagai jenis kuih onde - onde, namun yang paling banyak dijumpai adalah jenis onde - onde bersalut bijan dengan inti cukup bervariasi seperti kacang hijau dan juga inti kelapa. Bahan utama pembuatan onde - onde adalah tepung pulut. Bahan inilah yang kemudian membuat onde - onde terasa kenyal saat dikunyah, yum - yum! Resepi saya intai di sini!
Onde - Onde Kacang Hijau
2 cawan tepung pulut
2 sudu besar tepung gandum
Sedikit garam
3/4 -1 cawan air
Bijan secukupnya - untuk salut
Cara membuat doh :
Satukan tepung pulut, tepung gandum dan garam. Bancuh dengan air sedikit sedikit hingga menjadi doh yang tak melekat di tangan. Jika terlembik, tambahkan setengah sudu tepung beras pulut setiap kali memasukkannya.
Inti kacang hijau
250 gram kacang hijau - di rendam
1/2 cawan gula merah
1 cawan gula pasir - atau sesuai selera
1/2 cawan kelapa parut muda
2-3 sudu tepung gandum
Air secukupnya
Cara Membuat Inti :
Masak kacang hijau bersama air hingga kembang, biarkan sehingga airnya hampir kering, masukkan kelapa, gula melaka dan gula, kacau rata dan biarkan hingga kering.Tabur tepung gandum dan kacau rata. Angkat dan sejukkan. Bila sudah sejuk kepal inti bulat2.
250 gram kacang hijau - di rendam
1/2 cawan gula merah
1 cawan gula pasir - atau sesuai selera
1/2 cawan kelapa parut muda
2-3 sudu tepung gandum
Air secukupnya
Cara Membuat Inti :
Masak kacang hijau bersama air hingga kembang, biarkan sehingga airnya hampir kering, masukkan kelapa, gula melaka dan gula, kacau rata dan biarkan hingga kering.Tabur tepung gandum dan kacau rata. Angkat dan sejukkan. Bila sudah sejuk kepal inti bulat2.
Leperkan adunan doh dan masukkan inti kacang hijau yang telah di kepal bulat2 tadi.Tabur/salut bijan. Panaskan minyak dan bolehlah di goreng dengan api yang sederhana hingga keemasan. Angkat dan hidangkan.
Labels:
kuih
Thursday, December 18, 2014
Kuih Cara Berlauk yg Mudah
Yang ini ( kuih cara ) menu sarapan simple dan mudah saja nak buatkan? Untuk intinya boleh di sesuaikan menurut selera dan citarasa yaa, boleh letak ayam, daging atau udang pun sedap juga! Semak resepi mudah kat bawah ni, kalau ada masa bolehlah di cuba..
Bahan Untuk Inti
2 keping daging ayam Ramly - haluskan dng garfu
1/2 biji bawang besar - cincang halus
2 ulas bawang putih - cincang halus2
2 camca besar rempah kari daging
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit air
Hirisan daun bawang secukupnya
Cara Membuat :
Panaskan sedikit minyak dalam kuali tumis bawang besar, bawang putih, hingga harum, dan rempah kari, kacau rata dan masak hingga rempah garing. Masuk daging ayam cincang dan kacau rata. Tuang air dan biar hingga kering. Tambah garam secukup rasa dan secubit gula. Akhir sekali masukkan sebahagian cili merah yang didadu dan juga sebahagian hirisan daun bawang. Gaul rata, rasa dan jika ok, matikan api. Sejukkan..
Bahan Membuat Kuih Cara
150 gram tepung gandum
1 biji telur gred A
200 ml susu cair
2 camca besar mentega cair
Secubit garam
1 - 2 titik pewarna makanan kuning
Sedikit air jika perlu
Cara Membuat :
Satukan semua bahan2 untuk kuih cara, kacau rata dengan whisk hingga tidak berbintil2. Kemudian tapis dan rehatkan sebentar. Boleh juga dimasukkan ke dalam alat pengisar makanan, dan kisar hingga halus. Ketepikan. Panaskan acuan kuih bahulu atas dapur gas, gunakan api paling kecil. Sapu setiap cetak dengan sedikit minyak makan. Masukkan adunan kuih cara tuang 3/4 penuh.
Bila tepi kuih kelihatan pucat, masukkan 1/3 camca teh bahan inti di bahagian tengahnya. Tutup permukaan acuan dengan tudung periuk. Biar 30 saat, buka dan bila permukaan kuih kering, boleh angkat. Buat kaedah sama dengan baki bahan - bahan tadi.
Labels:
kuih
Friday, April 18, 2014
Lepat Labu
Salam, minum petang apa hari ini? Kalau saya minum petang dengan lepat labu yang serba ringkas tetapi sedap. Tetiba saja teringin nak makan kuih lama ni, apalagi kalau petang hujan macan gini kan perut selalu keroncong nak minta di isi! Lepat labu yang saya buat ni tak letak inti , saja tengah malas tapi nak makan sedapp, kalau korang rajin bolehlah letakkan sedikit nyok yang di campur dengan sedikit garam untuk inti nyaa yaa!
Lepat Labu
500 gram labu kuning - kukus hingga lembut
3/4 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung beras
4 - 5 sudu besar gula atau secukup rasa
Kelapa parut + garam
Daun pisang - di layur
Cara Membuat :
Kukus labu hingga empuk. masukkan gula dan lenyek. Masukkan tepung gandum dan tepung beras gaulkan menggunakan senduk hingga rata. Ratakan atas daun pisang ( 2 - 3 sudu ), letakkan sedikit kelapa parut dan gulung. Lipat kedua2 hujung. Aturkan ke dalam periuk kukus dan kukus selama 15 minit.
4 - 5 sudu besar gula atau secukup rasa
Kelapa parut + garam
Daun pisang - di layur
Cara Membuat :
Kukus labu hingga empuk. masukkan gula dan lenyek. Masukkan tepung gandum dan tepung beras gaulkan menggunakan senduk hingga rata. Ratakan atas daun pisang ( 2 - 3 sudu ), letakkan sedikit kelapa parut dan gulung. Lipat kedua2 hujung. Aturkan ke dalam periuk kukus dan kukus selama 15 minit.
Labels:
kuih
Thursday, March 6, 2014
Kuih Cara Pandan Lembut
Masa minum petang tadi sempatlah buat kuih cara pandan. Ringkas jaa! Kuih cara yang lemak - lemak manis dan wangi pandan dan anak - anak memang suka sangat makan kuih ini, pasai kalau gigit kuih ni kuarlah gula cair tuu. Adunan pun buat sikit saja sekali hadap dah licin cukup - cukup untuk keluarga kecilku. Oklah meh kita semak resepi mudah ini! Resepi asal di sini.
Kuih Cara Pandan
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan santan pekat
1 biji telur (kalau kuih melekat / susah nak lekang dari acuan.. boleh ditambahkan sebiji lagi telur)
3 sudu besar minyak masak
1 1/2 cawan air daun pandan (dari 3-4 helai daun pandan)
sedikit garam
sedikit pewarna hijau
Blend / kisarkan kesemua bahan di atas hingga sebati.
Bahan lain :
Gula putih - untuk inti
1 helai daun pandan
sedikit minyak masak
sedikit pewarna hijau
Blend / kisarkan kesemua bahan di atas hingga sebati.
Bahan lain :
Gula putih - untuk inti
1 helai daun pandan
sedikit minyak masak
Cara Membuat :
Panaskan acuan Kuih cara. Sapu sedikit minyak pada dasar acuan dengan menggunakan daun pandan. Pastikan tiada minyak yang tinggal bertakung. Ceduk dan masukkan bancuhan tepung kedalam acuan hampir hampir penuh (lebih dari 3/4). Biarkan seketika 30 saat supaya tepung di bahagian bawah masak sedikit barulah dimasukkan sedikit gula (1/3 sudu teh).
(Nota: Jika bahagian bawah kuih masih cair, gula yang dimasukkan akan menembusi kuih dan air gula akan keluar dan mengakibatkan kuih melekat pada acuan. Tutup dengan tudung periuk. Pastikan kuih masak dengan sempurna (tiada cairan tepung) barulah di angkat dan pasangkan.
Panaskan acuan Kuih cara. Sapu sedikit minyak pada dasar acuan dengan menggunakan daun pandan. Pastikan tiada minyak yang tinggal bertakung. Ceduk dan masukkan bancuhan tepung kedalam acuan hampir hampir penuh (lebih dari 3/4). Biarkan seketika 30 saat supaya tepung di bahagian bawah masak sedikit barulah dimasukkan sedikit gula (1/3 sudu teh).
(Nota: Jika bahagian bawah kuih masih cair, gula yang dimasukkan akan menembusi kuih dan air gula akan keluar dan mengakibatkan kuih melekat pada acuan. Tutup dengan tudung periuk. Pastikan kuih masak dengan sempurna (tiada cairan tepung) barulah di angkat dan pasangkan.
Labels:
kuih
Monday, October 21, 2013
Putri Ayu Gula Merah
Salam. Hujung minggulah masa yang paling seronok membuat kuih! Anak - anak semakin membesar kalau nak buat kudapan untuk minum petang pun kena tanya depa dulu! Aduii. Kuih ni saya buat pada hari Ahad yang lepas menjamu tetamu yang akan bertandang ke rumah. Kerana ingin kan kelainan kuih putri ayu ni saya mix kan dengan campuran gula merah dan sedikit gula putih! Cukup cantik kejadiannya, pada sesiapa yang ingin mencuba saya gerenti menjadi dan cukup sedap!
Putri Ayu Gula Merah
2 biji telur
50 gram gula merah
50 gram gula pasir
1 tsp ovelete
1/2 tsp garam
1/4 tsp vanila
130 gram tepung gandum - ayak
1/2 tsp baking powder - ayak
100 ml santan kotak
Kelapa parut secukupnya
1/2 tsp garam
100 ml santan kotak
Kelapa parut secukupnya
1/2 tsp garam
1 sudu teh tepung gandum
Cara membuat :
Gaulkan kelapa parut yang sudah di beri garam, tepung dan kacau sekata. Masukkan kedalam acuan putri ayu dan tekan - tekan sedikit sehingga mampat dan ketepikan. Panaskan kukusan. Pukul telur, gula merah, gula pasir, garam, vanila dan ovelete sampai kembang dan putih. Masukkan tepung + baking powder yang sudah di ayak berselang - seli dengan santan kotak kacau hingga rata.Tuangkan ke dalam acuan yang telah di sapu nipis dengan minyak masak. Kukus kurang lebih 10 menit. Siap dan boleh di hidang. Note : Tekan / picit acuan agar kuih putri ayu senang di keluarkan!
Gaulkan kelapa parut yang sudah di beri garam, tepung dan kacau sekata. Masukkan kedalam acuan putri ayu dan tekan - tekan sedikit sehingga mampat dan ketepikan. Panaskan kukusan. Pukul telur, gula merah, gula pasir, garam, vanila dan ovelete sampai kembang dan putih. Masukkan tepung + baking powder yang sudah di ayak berselang - seli dengan santan kotak kacau hingga rata.Tuangkan ke dalam acuan yang telah di sapu nipis dengan minyak masak. Kukus kurang lebih 10 menit. Siap dan boleh di hidang. Note : Tekan / picit acuan agar kuih putri ayu senang di keluarkan!
Enjoy and happy Monday!
Labels:
kuih
Wednesday, October 16, 2013
Kuih Ketayap Marble
Selamat Hari Raya Aidil Adha 1434 H, Taqaballahu Minna Wa Minkum..
Pagi tadi sempat buat sarapan kuih ketayap atau kuih dadar untuk anak - anak sebelum pergi masjid untuk solat sunat hari raya. Ada yang saya buh corak sikit dengan warna merah dan separuh adunan lagi saya biar warna hijau ( warna asal ). Suka yang mana? Bercorak atau pun yang plain saja? Kalau rajin bolehlah buh corak sikit biar nampak kelainan kann!! Rajin tak?
Kuih Ketayap Marble
Bahan Kulit :
2 cawan tepung gandum
2 biji telur
2 helai daun pandan
1 3/4 cawan santan cair / susu cair
1 1/2 sudu kecil garam
2 sudu besar minyak masak
Beberapa titik pewarna hijau dan sedikit pewarna merah
Bahan Kulit :
2 cawan tepung gandum
2 biji telur
2 helai daun pandan
1 3/4 cawan santan cair / susu cair
1 1/2 sudu kecil garam
2 sudu besar minyak masak
Beberapa titik pewarna hijau dan sedikit pewarna merah
Bahan Inti :
1/2 biji kelapa parut
3/4 cawan gula merah (boleh dikurangkan)
1 sudu teh tepung jagung
1 helai daun pandan
Cara Membuat :
Inti : Masak kelapa parut dan gula merah serta sehelai daun pandan. Masak hingga pekat dan taburkan sedikit tepung untuk kentalkan intinya. Kacau sehingga sebati sehingga inti kelapa tadi bercampur dengan gula merah selama 10-15 minit. Inti akan menjadi warna keperangan. Angkat. Buang daun pandan tadi.
Untuk kulit : Kelapa parut tadi di blend dengan daun pandan dan perah, ambil patinya. Jika guna santan segera, just blend dengan daun pandan dan tapis. Ambil tepung masukkan ke dalam mangkuk letakkan secubit garam dan campurkan pati santan yang telah di blend dengan daun pandan tadi. Kacau sehingga sebati . Kemudian masukkan telur serta minyak dan kacau lagi. Bahagikan adunan dan beri pewarna. merah dan hijau. Atau asingkan sedikit adunan untuk adunan berwarna merah, masukkan ke dalam piping beg dan gunting
Panaskan pan, letakkan sedikit minyak. Buat garis halus ( bentuk zigzag) adunan warna merah menggunakan piping bag, paipkan dengan kemas di dalam pan dan sendukkan 1 senduk adunan warna hijau dan layangkan pan agar adunan tadi bulat. Masak sehingga 2-3 minit, angkat jangan terlalu lama. Setelah angkat terus masukkan inti dan gulung. Cara gulung lipat kedua dua tepi sedikit dan gulung melentang seperti menggulung popia. Ulangi sehingga adunan tadi habis.
Untuk kulit : Kelapa parut tadi di blend dengan daun pandan dan perah, ambil patinya. Jika guna santan segera, just blend dengan daun pandan dan tapis. Ambil tepung masukkan ke dalam mangkuk letakkan secubit garam dan campurkan pati santan yang telah di blend dengan daun pandan tadi. Kacau sehingga sebati . Kemudian masukkan telur serta minyak dan kacau lagi. Bahagikan adunan dan beri pewarna. merah dan hijau. Atau asingkan sedikit adunan untuk adunan berwarna merah, masukkan ke dalam piping beg dan gunting
Panaskan pan, letakkan sedikit minyak. Buat garis halus ( bentuk zigzag) adunan warna merah menggunakan piping bag, paipkan dengan kemas di dalam pan dan sendukkan 1 senduk adunan warna hijau dan layangkan pan agar adunan tadi bulat. Masak sehingga 2-3 minit, angkat jangan terlalu lama. Setelah angkat terus masukkan inti dan gulung. Cara gulung lipat kedua dua tepi sedikit dan gulung melentang seperti menggulung popia. Ulangi sehingga adunan tadi habis.
Labels:
kuih
Tuesday, October 8, 2013
Popia Basah Yang Sangat Sedap..
Suka sangat dengan popia basah ni! Hari tu makan di sebuah gerai di Tanjung, jadi teringin dan cuba belajar membuat sendiri di rumah. Mula - mula saya memang tak reti sangat nak membuat kulit popia basah ni, tak biasa kan! Tetapi apabila saya cuba dan dua tiga kali practise inilah kejadiannya! Lumayan cantik ( puji diri sendiri ) hehe!Jadi untuk sesiapa yang belum mencuba resepi popia basah dari Kak Umie ini, apa tunggu lagi!! Memang sedap sangat bagaikan sajian dari gerai makan! Jadi tak payah dah pergi pasar malam lagi, buat sendiri lebih jimat dan tentu lebih sihat untuk sajian keluarga tersayang.
Popia Basah
Bahan Kulit :
2 cawan tepung gandum
1 biji putih telor
3/4 cawan air
2 sudu makan cuka
secubit garam
Cara Membuat :
Step untuk buat kulit popia boleh rujuk di My Resepi. Campurkan kesemua bahan dalam mangkuk adunan. Gaulkan (macam buat cokodok) kemudian tutup dan biarkan sebentar sekurang - kurangnya 1/2jam. Ambil sejemput dan lenserkan ke atas kuali leper Buat dari arah jam.Mulakan dari tepi dulu kemudian sapukan bahagian tengah dengan sisa tepung yang masih ada di tangan. Setelah rata, biarkan sampai tepung masak sebentar. Angkat tepung yang telah masak dan letakkan dalam pinggan. Boleh disusun berlapis - lapis ia tak melekat.
Bahan Untuk Inti Popia
1/2 biji kobis - di racik halus
3 biji sederhana besar carrot - di sagat halus
1 biji sederhana bawang besar
3 ulas bawang putih
1 sudu besar sos tiram
1 sudu makan udang kering
garam secukupnya
minyak untuk menumis
Cara Membuat :
Kisar bawang besar, bawang putih dan udang kering. Panaskan sedikit minyak dan masukkan bahan yg dikisar tadi.Kemudian tambahkan sos tiram dan secubit garam.Kemudian masukkan sayuran dan masak hingga sedikit layu.
Bahan Untuk Sambal
15 tangkai cili kering
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1 sudu besar gula perang
2 sudu besar kicap manis
minyak untuk menumis
garam, perasa dan bawang goreng secukupnya
Kacang kisar - jika suka
Cara Membuat :
Kisar cili kering, bawang besar dan bawang putih. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan blend hingga garing. Masukkan kicap dan gula perang, garam dan perasa. Ambil sekeping kulit popia dan sapukan dengan sedikit sambal.Letak satu sudu besar inti dan taburan bawang goreng lipat macam biasa dan gulung sedia untuk dimakan.
Sebenarnya cara penyediaan popia bergantung pada citarasa. Jika nak letak sambal dulu pun boleh dan nak curah atas popia kemudian pon boleh ikut selera masing - masing.
Labels:
kuih
Thursday, August 15, 2013
Apam Mekar Ais Krim Soda
Hari raya makan kuih apam aci, tak? Hehe. Agak lama juga tak buat kuih apam kerana kesibukan kerja dan kadang - kadang tu ada beberapa tempahan yang kena dibuat.
Buat kuih muih ni ada petua dan tips yang perlu diketahui kalau nak kuih tu jadi dengan eloknya, kan?
Ok semak resepi di bawah ini yaa! Resepi asal ada di sini!
Apam Mekar ais krim soda
3 butir telur gred A
1 1/2 cawan gula pasir -boleh kurangkan kalau tak nak manis 1 sudu teh ovalete
1 cawan ais krim soda F&N
300 gram tepung gandum
beberapa titik esen pisang/esen vanilla - untuk kurangkan hanyir telur
pewarna yang disukai
Cara Memasak :
Masukkan telur ke dalam mesin mixer bersama gula dan ovalete. Pukul sehingga kembang dan gebu dengan kelajuan maksimum. Masukkan ais krim soda dan pukul lagi sehingga sebati.
Campurkan tepung gandum ke dalam adunan telur dan pukul sehingga rata. Titiskan esen pisang / esen vanilla ke dalam adunan dan sebatikan.
Matikan suis mesin mixer, bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan warnakan mengikut kesukaan anda. Sudukan adunan ke dalam paper cup berselang - seli sehingga hampir penuh cup. Kukus dengan api besar selama 10 -15 minit.
Labels:
kuih
Tuesday, May 7, 2013
Ubi Getuk Goreng
Tengok ada ubi kayu kat pasar malam truss je beli sebab teringin sangat - sangat nak makan ubi getuk
goreng yang macam jual dekat warung tepi jalan! Rasanya tak payah cakaplah memang kuih favorite !
Untuk memudahkan kerja melumatkankan ubi. Saya menggunakan lesung dan di tumbuk semasa masih panas lagi dan bentukkan seperti bebola, salut ngan bancuhan tepung dan goreng hingga naik perang.
Meh kita cuba..
GETUK UBI
1 kg ubi kayu putih / kuning | kupas kulit, rebus dan lenyek
1 cawan kelapa parut - ( putih sahaja )
1 1/4 cawan gula
Bahan salutan
70 gram tepung gandum
10 gram tepung kastard
10 gram tepung ubi
1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh minyak masak
1/2 biji telur
150 gram air kosung
Cara Membuat :
Kupas kulit ubi, rebus hingga empuk dan toskan. Lenyekkan ubi hingga lumat ketika masih ubi masih panas lagi.Gaulkan ubi yang telah dilenyek tadi dengan gula dan kelapa parut hingga sebati.Kepal bulatkan ubi. Buat sehingga habis.Celupkan bebola ubi getuk tadi ke dalam bancuhan tepung.Goreng hingga salutan masak.
Labels:
kuih
Saturday, May 4, 2013
Lepat Pisang
Assalammualaikum buat semua, bersua kembali di hari sabtu yang ceria. Harini saya ada stok pisang yang lumayan banyak, pemberian jiran saya. kesian saya tengok pisang yang dah lembik dan kulitpun dah nampak tak bermaya lagi. Kesian terbiar terlalu lama di dapur!
Rasa - rasa saya akan olah menjadi kuih kegemeran saya iaitu lepat pisang. Kuih ni kalau dimakan panas
baru lepas masak memang nikmat sangat bagi saya! Ok, meh kita layan resepi mudah hari ni yaa..
Lepat Pisang
9 biji pisang awak, dilecek
2 sudu besar kelapa parut
6 sudu besar tepung gandum
5 sudu besar gula pasir
Secubit garam
Daun pisang secukupnya, dilayur atas api.
*Sedikit kelapa parut digaul dgn secubit garam untuk inti.
Cara Membuat :
Di dalam satu bekas gaulkan semua bahan kecuali daun pisang & inti. Sudukan satu sudu besar adunan ke ke atas daun pisang. Letakkan sedikit inti kelapa dan tutup semula dengan satu sudu adunan. Bungkus kemas. Kukus selama 15 minit ke 20 minit.

Labels:
kuih
Sunday, April 14, 2013
Apam Balik Coklat
Mendung macam nak hujan malam ni, kalau betul - betul turun hujan lagilah best! Bolehlah rasa
sejuk sikit, sebab tiap - tiap malam tido rasa tak selesa kerana panas sangat!
Harini saya nak kongsi lagi satu resepi apam balik, perisa coklat. kalau cari kat pasar malam
memang tak delah, apam balik yang ini kena buat sendiri yee!! hehe.. sedap dan cukup mudah
di sediakan sesuai unuk sarapan atau minum petang, pagi atau pun malam. Bila - bila sahaja! ok.
saya taip resepinya di bawah yee..
Oooh, jangan takut untuk mencuba nanti, yaa..
texturenya cukup lembut dan ianya seakan - akan kek coklat pun ada jugak! Cukup sedap! nak
tahu macam mana rasanya kena cubalah di dapur sendiri!
Apam Balik Coklat
250 gr tepung gandum
1 sudu besar serbuk koko
1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh ragi instan
1/2 sudu teh soda karbonat
75 gr margarin
40 gram coklat masakan
2 biji telur
1 kuning telur
350 ml susu cair
70 gram gula pasir
Bahan Inti :
Kacang tumbuk
Gula pasir
Keju chedar parut
Cara Membuat :
Cairkan margarin, masukkan coklat, kacau hingga coklat cair, ketepikan. Campur dan ayak tepung, serbuk koko dan baking powder, ketepikan. Campurkan susu cair dan ragi instan. Ketepikan.
Pukul telur dan gula hingga kembang. Tambahkan campuran tepung sedikit demi sedikit bersela
seling dengan susu cair. Kacau hingga sebati.
Tuang campuran coklat perlahan - lahan, kacau hingga rata dan diamkan selama kurang lebih 30
menit. Tutup adunan dengan kain bersih.
Panaskan kuali anti lekat, sebelum menuang adunan, masukkan soda karbonat, kacau hingga rata.
Tuang adonan dan ratakan hingga memenuhi kuali. Tunggu hingga berlubang, tabur dengan gula pasir atau inti kegemaran. Tutup sekejap dan biarkan masak sepenuhnya. Angkat dan hidang.
Note : Sapu permukaan apam dengan margarin, agar kekal moist!
Labels:
kuih
Thursday, March 28, 2013
Kuih Lumpur Pandan
Beli acuan ni dah lama sangat, dua tahun lepas. Masa tu saya singgah Pasar Baru Bandung.. saja jalan - jalan tengah cari kain telekung terjumpa pula benda antik dan uniq ni teruslah beli bawa balik sini. Hehe. Untuk kuih yang saya buat harini saya tengok di Sajian Sedap, dan banyak lagi resepi yang boleh di cuba di sana, yaa!! Okey, citer pasal kuih lumpur yang saya buat untuk sajian minum petang hari ini texturenya sangat lembut macam kuih bingka, berbau aroma daun pandan yang sangat wangi, berbaloi mencuba! Sampai jumpa..
Kuih Lumpur Pandan
75 gram margarin
200 ml air
200 gram tepung gandum
1 sudu teh esen vanila
150 gram gula pasir
1/4 sudu teh garam
200 gram kentang kukus, dihaluskan
4 biji telur
350 ml santan dari 1 biji kelapa - saya letak santan cair
50 ml air daun pandan - boleh letak pandan paste
50 gram kismis untuk topping
Cara Membuat :
Panaskan margarin dan air sehingga mendidih. Masukkan tepung gandum, vanila esen, gula pasir, garam, dan kentang. Kacau hingga kalis. Angkat. Sejukkan. Tambahkan telur satu per satu sambil di pukul rata. Tuang santan dan air daun pandan sedikit2 sambil di pukul rata. Tuang ke dalam acuan kuih lumpur yang sudah di sapu sedikit minyak sayur. dan dipanaskan . Biarkan setengah 1/2 masak. Tambahkan kismis dan tutup, biarkan masak sepenuhnya.
Labels:
kuih
Tuesday, March 19, 2013
Bingka Ubi Kayu
Salam dan selamat petang semuaa,
Pergi pasar malam hari tu ada saya beli bingka ubi kayu, tapi tak puas makan sebab hanya beli sikit saja. kuih bingka adalah kuih kegemara orang rumah saya, tak jemu - jemu makan! Nah, kerana semalam saya dah prepare beli bahan - bahan membuat bingka ni jadi bolehlah buat. Resepi saya ikut di sini.Thanks ya kak An! Memang best dan my husband pun cakap sedap. Ok jangan lupa cuba resepi ni, ya dan sampai jumpa lagi.
Bingka Ubi Kayu
4 cawan ubi kayu siap diparut - tak boleh bagi sukatan ubi kayu dalam kg sebab ubi kayu ni kadangkala ada yang keras dan tak boleh diparut. susut isinya pulak. Jadi yang tepat, sukat setelah diparut.
2 cawan santan pekat daripada 1 biji kelapa
1 cawan gula pasir - saya letak gula kastor 3/4 cawan saja
1/2 sudu teh garam
sedikit pewarna kuning
Cara Membuat :
Panaskan ketuhar pada suhu 200 darjah Celcius (api atas dan bawah). Masukkan semua bahan ke dalam loyang berukuran 7 inci X 7 inci (atau 6 X 6- bingka agak tebal). Gaul rata hingga gula hancur dan santan sekata. Ratakan.
Masukkan loyang ke dalam ketuhar dan letakkan di rak paling bawah. Bakar bengkang selama 1 jam - 1 1/2 jam atau hingga bahagian atas bengkang keperangan. Setelah masak, keluarkan dan Sejukkan lebih kurang 3-5 jam sebelum dipotong dan dihidang.
Labels:
kuih
Friday, November 23, 2012
Pastel
Kita tentu dah biasa dengan karipap. Nah kudapan saya hari ni adalah pastel, jajanan ala Bandung yang hampir sama dengan karipap! Tetapi berlainan sikit dari segi intinyee dan pastrinyee. Kalau ke Bandung, kuih - muih ini boleh kita cari di gerai atau toko kuih. Dekat pasar basah pun terkadang ada orang yang menjualnya. Boleh di katakan senang nak cari! Nah, saya memang teringin sangat nak mencubanya. Senang dan mudah sahaja, dan yang paling penting tak payah pergi jauh - jauh ke Bandung lagi. Hanya kuarkan alat - alat baking di rumah, pastel rangup dah siap sedia di depan mata! Ayoo buat!!
Bahan Membuat Kulit Pastel :
250 gram tepung gandum
1/2 biji telur
50 gram mentega - cairkan
1/2 sudu teh garam halus
70 ml air sejuk
Bahan Membuat Inti :
1 buah dada ayam - potong dadu
150 gram suhun, rendam hingga lembut dan toskan
1 biji lobak merah - potong dadu
Sedikit kacang buncis - potong nipis
Bahan Dikisar Halus :
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 sudu teh lada sulah
1/2 sudu teh serbuk pati ayam
Gula dan garam secukup rasa
1 sudu besar marjerin - untuk menumis
Cara Membuat :
Inti : tumiskan bahan kisar sehingga naik bau. Masukan ayam tumiskan sehingga ayam menjadi lembut. Masukkan lobak merah dan tunggu sehingga lembut. Masukkan garam, stok ayam dan serbuk lada sulah. Masukkan suhun. Kacaukan hingga sebati. Angkat dan sejukkan.
Kulit : Didalam mangkuk masukkan tepung, telur, garam dan mentega cair. Kacau sehingga berketul. Masukkan air sedikit - demi sedikit. Uli sehingga menjadi adunan yang tidak melekat ditangan. Rehatkan 15 menit. Canai nipis adunan kulit. Masukkan inti dan kelim tepinya seperti membuat karipap. Goreng keperangan.
Labels:
kuih
Bolu Kukus Merekah Coklat
Helooo...
Hujan - hujan macam ni memang cepatlah perut berirama untuk minta di isi! Hehe. Selepas solat subuh tadi saya ada buat bolu kukus, kurang lebih macam apamlah kejadiannya. Lumayan untuk sarapan pagi bersama teh hangat, cukup sedap! Apalagi sekarang ni anak - anak tengah bercuti, bangkit tido ajee terus lapar. Adui kadang kalau tak sempat buat sarapan tu, memang pergi cari di gerai jaa, selesai masalah saya! Hehe.Ok saya tuliskan di sini resepi bolu kukusnyee. Sangat senang dan ikut stepnya, pasti jadi merekah dan cantik!
Bahan - Bahanya :
2 biji telur
200 gam gula kastor
1/2 sudu besar emulsifier / ovellete
250 gram tepung gandum
25 gram serbuk koko
1/2 sudu teh baking powder
225 ml minuman bersoda
50 gram coklat masakan - cairkan
1/2 sudu teh paste coklat
Cara Membuat :
Pukul telur, gula, dan ovellete sehingga naik gebu dan pekat. Tambahkan tepung, serbuk koko, dan baking powder sambil di ayak berselang - seli dengan minuman bersoda sambil di pukul rata. Masukkan coklat masakan yang telah di cairkan. Pukul sebati. Panaskan periok pengukus.Sudukan adunan ke dalam acuan bolu kukus yang sudah di lapik kertas roti. Kukus 10 menit menggunakan api besar sehingga masak.
Labels:
kuih
Friday, November 16, 2012
Prol Tapai Keju
Beberapa hari yang lalu ada buat homemade tapai ubi. Kalau duk Penang ni memang susah nak dapatkan tapai. Pergi pasar malam pun tak ada orang jual! Huhu. Sedih! Kalau tapai pulut ada orang jual, tapi itu pun kadang ada, kadang cari tak jumpa juga, nasib kena buat sendiri!Citer pasal tapai ni, lama sangat saya teringin nak cuba cake atau kuih muih yang berasaskan tapai dan hari inilah baru tercapai cita - citaku ini! Hehe. Resepi saya tengok di dapur Hesti. Prol tapai ni texturenya seperti bingka tetapi lembut dan gebu. Psst, si bungsuku sebelum makan bertanya dulu, kuih apa ni?? Sedap!! Syukur! sukee rupanyaa! Thanks ya, Hesti!
Bahan - Bahannya :
300 gram tapai ubi
75 gram gula halus - saya letak 90 gram, cause tapaiku masam sikit!
1/2 sudu teh garam halus
3 biji telur - pukul ringan
70 gram tepung gandum
100 ml susu cair
50 gram margerin - cairkan
1 biji kuning telur - untuk gliss
Keju cheddar secukupnya - di parut
Cara Membuatnya :
Haluskan tapai, gula, garam sehingga gula cair. Masukkan telur kacau sebati. Tambahkan tepung. Kacau sebati. masukkan susu dan margerin. Kacau sekata. Masukkan esen. Sebatikan. Masukkan ke loyang yang di sapu margerin di lapik kertas roti. Bakar pada suhu 180 C selama 20 minit. Sapu dengan kuning telur. Taburkan keju parut. Bakar lagi selama 20 minit sehingga keperangan. Sajikan di dalam bentuk potongan.
Labels:
kuih
Monday, November 12, 2012
Serabai Pandan Mini
Tadi pagi saya dapat rezeki, tok yang duduk sebelah rumah bagi saya durian! Lumayan dapat dua biji. Hehe, suka sangat. Apalagi si bungsuku tak boleh nampak durian trus aje nak makan. Aitt, jangan saya cakap! Baik hari ini kita buat serabai cicah ngan kuah durian nak, kan?? Dia bersetuju dan membantu saya trus ke dapur. Inilah sarapan dan juga makan tengah hari kami. Hehe. Thanks untuk dapur Rina, ya!
Bahan - Bahanya :
150 gram tepung gandum
2 sudu makan gula halus
1/2 sudu teh instan yis
1 sudu teh baking powder
200 ml santan - saya letak susu cair
Sedikit garam
1 biji telur
1/2 sudu teh pasta pandan
Cara Membuat :
Campurkan tepung, yis, baking dan gula. Kacau rata. Masukkan telur kacau lagi. Masukkan
santan sedikit demi sedikit sehingga menjadi adunan yang lincin dan tidak berketul. Masukkan
pasta pandan. Perapkan 30 menit.
Sapu acuan serabai dengan sedikit minyak kemudian masukkan adunan serabai 1 sudu sayur.
Masak dengan api kecil, tunggu sehingga serabai nampak berlubang bolehlah di tutup
sekejap. Tunggu sehingga masak.
Resepi Serawa Durian
350 ml santan
Gula merah + gula putih secukupnya
1/2 sudu teh garam
100 gram isi durian
2 helai daun pandan - simpulkan
Cara Membuat :
Rebus santan, gula, daun pandan, dan garam sehingga semuanya sebati. Tapiskan.
Setelah di tapis masukkan isi durian. Rebus lagi sehingga mendidih, siap di sajikan bersama
serabai pandan.
Labels:
kuih
Sunday, November 11, 2012
Bronies Putu Ayu
Hari ni memang saya tak pergi mana, memang tak ada plan apaa. Jadi aktiviti saya adalah melepak sahaja di dapur! Hehe. Kan elok tuu boleh menghasilkan hidangan yang sedap untuk keluarga di rumah. Melayan kerenah anak bungsu saya yang teringin makan kuih - muih, jadi saya buatkan something special untuknya hari ini. Cewahh. Menu kudapan hari ini adalah Bronies Putu Ayu resepi dari Ibu Fatmah memang menarik perhatian ramai orang, termasuk saya memang ingin mencuba selera yang berbeza! Wah, ternyata memang enak dan juga lembut! Saya tengok si bungsuku melahap sampai tak ingat nak simpan untuk kakaknya. Hehe.
Bahan - Bahan A :
4 biji telur
150 gram gula kastor
1 sudu teh ovelete
1/2 sudu teh garam
Bahan - Bahan B :
100 gram tepung gandum
25 gram serbuk koko
1/2 sudu teh baking powder
Bahan - Bahan C :
100 gram margerin
60 gram dark cooking coklat
1 sudu teh paste coklat
Note : bahan di atas di cairkan menggunakan api kecil sehingga semuanya tercampur sebati.
Note : bahan di atas di cairkan menggunakan api kecil sehingga semuanya tercampur sebati.
Bahan - Bahan D
Kelapa parut secukupnyan
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh tepung gandum
Cara Membuat :
Siapkan acuan putu ayu, sapu nipis dengan minyak sayur. Ketepikan sekejap. Kacau rata bahan D, kukus sehingga panas. Isikan masing - masing ke dalam acuan tekankan sehingga padat. Pukul bahan A sehingga naik gebu dan pekat, masukkan bahan B,kacau hingga semuanya sebati. Masukkan bahan C kacau hingga semuanya sekata. Tuang adunan ke dalam acuan putu ayu tadi. Kukus sehingga 15 minit atau sehingga masak. Jangan lupa
utk memanaskan periuk kukus terlebih dahulu,ya!
Labels:
kuih
Subscribe to:
Posts (Atom)










































