Nuffnang

Sunday, May 9, 2010

Puding Pandan



Bahan - bahan
1000 ml santan daripada sebiji kelapa
100 ml air daun pandan ( daripada 10 helai daun pandan )
2 titik pewarna hijau
160 gram gula pasir
1/4 sudu teh garam
1 bungkus serbuk agar - agar

Cara Membuatnya :
Rebus santan, air daun pandan, pewarna hijau, gula, garam dan agar - agar sambil di kacau sekali - sekala sehingga mendidih. Tuangkan ke dalam acuan.  Bekukan. Hidangkan sejuk.
Tip : Basahkan acuan dengan air sejuk sebelum di gunakan supaya puding akan mudah keluar daripada acuannya.

Saturday, May 8, 2010

Breaded Chicken Chops


Bahan - bahan
300 gram isi paha ayam - cincang halus
1 sudu teh serbuk bawang putih
30 gram tepung jagung
1/2 sudu teh garam
1/4 sudu teh serbuk lada sulah
2 biji putih telur
Minyak untuk menggoreng

Bahan Sadur  ( kacau rata ) :
2 sudu makan tepung rempah serbaguna
1/2 sudu makan bijan putih
100 gram tepung gandum
1/2 sudu teh serbuk penaik
1/2 sudu teh garam
1/4 sudu teh serbuk lada sulah


Bahan Sos  :
3 ulas bawang putih - cincang kasar
1/2 labu bawang besar - hiris panjang
1 cm halia parut
1 sudu makan sos inggeris
1 sudu makan madu
3 sudu makan sos tomato
1 sudu teh kicap manis
1 sidu teh garam
1 sudu teh lada hitam - tumbuk kasar
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
1/2 sudu teh gula pasir
300 ml air stok ayam
100 gram kacang pea
2 sudu teh tepung jagung dan 1 sudu makan air, larutkan untuk pemekat
1/2 sudu teh air perahan lemon
1 sudu makan marjerin untuk menumis

Cara Membuatnya :
1. Campurkan ayam, serbuk bawang putih,  tepung jagung,  garam,  serbuk  lada sulah dan putih telur. Kacau rata. Bentukkan bulat leper berdiameter 10 cm. Gulingkan di bahan sadur nipis - nipis. Goreng dalam minyak yang telah di panaskan sehingga masak. Ketepikan.

2. Sos : tumis bawang putih, bawang besar dan halia sehingga terbit aroma. Masukkan sos inggeris, madu, sos tomato, kicap manis, garam, lada hitam di tumbuk kasar, serbuk lada hitam dan gula pasir. Kacau rata.

3. Tuangkan air stok ayam. Didihkan. Masukkan kacang pea dan kacau rata. Pekatkan dengan larutan tepung jagung. Masak hingga meletup - letup.  Masukkam air perahan lemon. Kacau rata.

Mousse Avakado



Bahan - bahan
250 gram isi avakado
100 gram susu pekat manis
300 ml krim pekat
1/8 sudu teh garam
12 gram serbuk gelatin dan 60 ml air, larutkan dan kukus
25 gram susu pekat manis coklat

Cara Membuatnya :
Campurkan avakado, susu pekat manis, krim pekat, garam dan gelatin. Kisar
sehingga lembut. Picitkan ke tepi gelas di bahagian dalam dengan  susu  pekat
manis coklat. Masukkan campuran avakado. Ratakan dan bekukkan di dalam
peti sejuk.
Sumber : Paduan Cita Rasa Seni Kuliner

Friday, May 7, 2010

Stew Telur Puyuh


Bahan - bahan
25 biji telur puyuh - di rebus
1 biji tomato merah - di potong - potong
2 biji kentang - di potong dan goreng berkulit
1 helai daun salam
2 cm lengkuas - di ketuk
5 sudu makan kicap manis
1 sudu teh garam
1/2 sudu teh serbuk lada sulah
1/4 sudu teh serbuk pala
2 sudu teh gula pasir
750 ml air
2 sudu makan minyak untuk menumis

Bahan di kisar :
8 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
3 biji buah keras - sangai
1 cm halia
1 sudu makan udang kering - sangai

Cara Membuatnya :
1. Tumis bahan kisar, daun salam dan lengkuas sehingga terbit aroma. Masukkan
tomato dan kacau sehingga layu. Masukkan telur puyuh dan kacau rata. Masukkan
kicap manis. Kacau sehingga telur tersalut rempah.

2. Masukkan air, garam, serbuk lada sulah, serbuk pala dan gula pasir. Setelah se-
paruh menyerap masukkan kentang. Masak sehingga kuah menjadi pekat.

Puding Buah Prune



Bahan - bahan
8 gram serbuk agar - agar
4 keping roti
2 biji telur
1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan gula
2 sudu besar butter
3 1/2 cawan air
170 ml susu cair
1 kampit kecil buah prune

Cara Membuatnya :
1. Didihkan  3 cawan air, serbuk agar - agar  dan gula ke dalam periuk.  Blend roti, telur, susu pekat, susu cair dan balance air tadi, 1/2 cawan. Masukkan ke dalam periuk agar - agar yang sudah mendidih tadi, masukkan butter, kacau rata hingga mendidih. Matikan api.

2. Pastikan buah prune telah di bubuh dalam acuan yang anda pilih, sebelum menuang agar - agar ini ke dalam nya. Jadi buah prune tidak akan lembik dan ia kelihatan tersusun rapi.
Sumber : dari Hana Family modif by Julia

Wednesday, May 5, 2010

Pavlova



Hari ini saya nak cuba buat pavlova. Pavlova adalah sejenis pencuci mulut meringue yang di namakan nama penari balet Rusia iaitu Anna Pavlova. Ia adalah pencuci mulut dengan kerang garing dan lembut di dalamnya. Rasanya manis dan boleh di sesuaikan dengan taburan buah - buahan yang sedikit masam di atasnya! Sesekali mencuba sedikit kelainan! Jom semak bahan - bahanya!

Pavlova
150 gram putih telur (anggaran 4 biji telur)
3/4 cawan gula kastor
2 camca besar tepung jagung
2 camca teh cuka makan
1/2 camca teh esen vanilla
Whipping cream secukupnya
Buah2an segar secukupnya

Cara Membuat :
Panaskan oven pada suhu 150C, sediakan kertas minyak. Putar putih telur hingga berbuih dan masukkan gula sedikit demi sedikit sambil di pukul sehingga pekat dan berkilat. Masukkan cuka makan dan tepung jagung, gaul rata perlahan-lahan adunan tadi. Kemudian  bentukkan sesuai selera  di atas kertas minyak tadi.

Masukkan ke dalam oven, turun suhu menjadi 120C dan bakar 1 jam 20 minit. Kemudian  biarkan pavlova sejuk didalam oven. Ambil pavlova tadi, paipkan whipping cream ditengah nya dan susun buah buahan segar mengikut  kreativiti anda. Hidangkan segera.


Tuesday, May 4, 2010

Enoki Goreng Keju Pedas


Salam, cendawan jenis ini kenyal rasanya. Sekarang bayangkan jika di padukan dengan lapisan tepung yang rangup, Mmm soo yumyy dan krak - kriuk macam snack !! Jom mencubanya  di dapur sendiri !

Bahan - Bahan :
1 bungkus cendawan enoki
Minyak untuk menggoreng

Bahan Pencelup :
50 gram tepung gandum
15 gram tepung jagung
1 sudu teh serbuk bawang putih
1/2 sudu teh serbuk paprika
3/4 sudu teh garam
1/4 sudu teh serbuk lada sulah
1/2 sudu teh serbuk penaik
100 ml air sejuk

Bahan taburan  ( kacau rata ) :
150 gram tepung gandum
2 sudu makan tepung jagung
1/2 sudu teh serbuk lada sulah
1 1/2 sudu makan keju parmesan

Cara Membuat :
Potong akar enoki. Pisahkan bahagian - bahagiannya. Kacau rata bahan pencelup. Celup cendawan lalu segera di gulingkan  di bahan taburan. Goreng dalam minyak yang telah di panaskan dengan api sederhana sehingga masak dan kering.
                                  

Udang Berempah


Bahan - bahan :
1/2 kg udang saiz besar
50 ml air asam jawa
Minyak untuk menumis
100 ml santan pekat
10 helai daun kari
Garam dan gula secukup rasa

Bahan di kisar :
20 gm bawang merah
10 gm cili merah
5 gm bawang putih
5 gm halia
5 gm belacan
2 gm kunyit hidup

Bahan di tumbuk :
2 gm ketumbar
2 gm jintan putih
2 gm jintan manis

Cara Membuatnya :
Tumis bahan kisar sehingga garing, kemudian masukkan bahan yang  di tum-
buk dan kacau hingga berbau harum. Masukkan daun kari kemudian masukkan
udang dan gaul rata. Masukkan santan dan kacau lagi. Masukkan garam dan
gula secukup nya, sesuaikan rasa dan sedia untuk di hidangkan.

Monday, May 3, 2010

Crispy Dried Fish In Marmalade Sauce


Ingredients :
100 g small died fish, washed and drained
2 cups oil for depp - frying
1 onion  - peeled and shredded
2 spring coriander leaf - cut into strips
3 chili padi - chopped
1 red chilli  - shredded

Sauce :
3 tbsp marmalade jam
1 tbsp lime juice
1/2 tsp salt

Method :
Deep - fry small dried  fishes in hot oil until golden brown and crispy. Dish  and
drain well. Leave 1 tbsp oil in wok and saute onion until fragrant. Put in the rem-
aining ingredients, sauce and bring to boil until thick. Add in  crispy  dried  fishes
and toss well. Dish up and serve.




Saturday, May 1, 2010

Bawal Oriental


Bahan - bahan
3 ekor ikan bawal - di kelar - kelar
4 sudu makan madu
4 ulas bawang putih - di parut
2 tangkai daun ketumbar - di cincang halus
2 sudu makan kicap ikan
2 sudu makan sos tiram
2 sudu teh minyak bijan
2 sudu teh garam
1 sudu teh serbuk lada hitam
2 cm halia - di parut
Semua bahan - bahan di atas di gaul hingga sebati

Cara Membuat
Lumur ikan bawal dengan bahan - bahan rempah yang telah di gaul sebati tadi.
Diamkan  selama 25 minit. Bakar sambil di sapu  baki  rempah  sampai  masak.
Hidangkan panas bersama nasi putih.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Kongsi Resepi