Nuffnang
Friday, November 16, 2012
Cheese Croquet
Salam dan selamat tengah hari semuaa.
Pagi - pagi betul saya dah pergi ke dapur. Biasanya kalau dah duduk kat dapur ada sahaja nak belek. Dapur pun lama tak kemas, selalu kalau dah habis masak kelam - kabut nak buat kerja yang lain. Alamak dapurku memang berserabut kerana tidak terlalu luas! Cukup untuk menyimpan periok dan alat - alat bakingku. Hehe. Saya kalau ke pasar suka sangat beli ubi kentang. Beli dulu, nak buat apaa? Pikir kemudian! Seperti pagi tadi, ubi kentangku dah naik keriput, dah tak cantik! yang berair dan lembek
pun ada!! Ah, sayyyang kan! Saya buat snack untuk anak - anakku ajee! Inilah jadinyaaa...
Bahan - Bahannya :
1 biji bawang besar - cincang kasar
2 sudu makan mentega
2 sudu makan tepung gandum
300 ml susu cair
500 gram kentang kukus - di haluskan
1 sudu makan parsley cincang
200 gram ayam cincang
1 sudu teh oregano
50 gram keju parmesan
1 sudu teh serbuk lada sulah
1 sudu teh serbuk buah pala
1 1/2 sudu teh garam
Bahan untuk Melapis :
150 gram serbuk roti warna kuning
2 biji telur - pukul ringan
Cara Membuat :
Tumiskan bawang besar dengan mentega sehingga naik bau. Masukkan tepung,kacau hingga berketul. Masukkan susu cair sedikit demi sedikit, sambil di kacau sehingga rata. Tambahkan ubi kentang, parsley dan ayam cincang. Kacau sehingga ayam masak. Masukkan bahan rempah oregano, parmesan, lada putih, serbuk buah pala dan garam. Kacau di atas api sedang sehingga adunan boleh di bentuk.
Setelah adunan sejuk, bentuk oval atau sesuai selera. Gulingkan ke telur dan salutkan dengan serbuk roti. Goreng keperangan. Hidangkan dengan sos kegemaran!
Labels:
snack
Prol Tapai Keju
Beberapa hari yang lalu ada buat homemade tapai ubi. Kalau duk Penang ni memang susah nak dapatkan tapai. Pergi pasar malam pun tak ada orang jual! Huhu. Sedih! Kalau tapai pulut ada orang jual, tapi itu pun kadang ada, kadang cari tak jumpa juga, nasib kena buat sendiri!Citer pasal tapai ni, lama sangat saya teringin nak cuba cake atau kuih muih yang berasaskan tapai dan hari inilah baru tercapai cita - citaku ini! Hehe. Resepi saya tengok di dapur Hesti. Prol tapai ni texturenya seperti bingka tetapi lembut dan gebu. Psst, si bungsuku sebelum makan bertanya dulu, kuih apa ni?? Sedap!! Syukur! sukee rupanyaa! Thanks ya, Hesti!
Bahan - Bahannya :
300 gram tapai ubi
75 gram gula halus - saya letak 90 gram, cause tapaiku masam sikit!
1/2 sudu teh garam halus
3 biji telur - pukul ringan
70 gram tepung gandum
100 ml susu cair
50 gram margerin - cairkan
1 biji kuning telur - untuk gliss
Keju cheddar secukupnya - di parut
Cara Membuatnya :
Haluskan tapai, gula, garam sehingga gula cair. Masukkan telur kacau sebati. Tambahkan tepung. Kacau sebati. masukkan susu dan margerin. Kacau sekata. Masukkan esen. Sebatikan. Masukkan ke loyang yang di sapu margerin di lapik kertas roti. Bakar pada suhu 180 C selama 20 minit. Sapu dengan kuning telur. Taburkan keju parut. Bakar lagi selama 20 minit sehingga keperangan. Sajikan di dalam bentuk potongan.
Labels:
kuih
Tuesday, November 13, 2012
Nasi Kerabu Mudah
Nasi kerabu merupakan hidangan nasi yang asalnya bewarna kebiruan, dan biasanya dimakan dengan ikan kering atau ayam goreng, daging bakar, telur masin, keropok, budu dan ulam-ulaman lain. Warna biru nasi terhasil daripada kelopak bunga telang yang digunakan dalam masakan. Kini kesukaran menyediakan pewarnanya, menyebabkan ia disediakan bersama nasi putih biasa atau warna nasi kerabu kuning yang dimasak dengan menggunakan kunyit.
Nasi kerabu amat popular di negeri pantai timur seperti Kelantan dan Terengganu, dan sekarang ini ia boleh didapati di seluruh negara. Ia juga sering dimakan bersama solok lada. Nasi kerabu juga sedap di makan bersama keropok goreng.
Bahan Untuk Nasi Kerabu :
3 cawan beras4 cawan air
2 helai daun pandan - simpulkan
1 batang serai - di ketuk
10 kuntum bunga talang - ditumbuk dan dperah airnya.
sedikit pewarna biru
Cara Membuat :
Masak nasi seperti biasa, masukkan serai, perahan air bunga telang, sedikit pewarna biru, dan
daun pandan ke dalam periok nasi.
Bahan Sambal Tumis :
5 - 10 biji cili kering1/2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 cm halia
1 cm kunyit
200 ml santan pekat
2 batang serai - di ketuk
2 keping asam gelugor
2 sudu besar budu
Garam dan gula melaka
Cara Membuat :
kisarkan cili kering, bawang besar, kunyit dan halia. Panaskan minyak dan tumiskan bahan
kisar sehingga pecah minyak. Kemudian masukkan serai, budu dan asam gelugor. Masukkan
santan dan seterusnya gula dan garam. Masak sehingga kuah menjadi pekat. Ketepikan.
Bahan Solok Lada :
10 biji lada hijau - potong jgn putus n buang biji1/2 biji kelapa parut putih
4 ulas bawang merah
1.5 cm halia
lada hitam skit
2-3 ekor ikan kembung - ambil isi sahaja
sedikit garam,gula dan perasa
Cara Membuat :
Tumbuk bawang, lada hitam dan halia hingga lumat dan masukkan garam,gula dan isi ikan.
Tumbuk hingga lumat. Campurkan dengan kelapa parut dan sebatikan. Sumbatkan ke dalam
lada hijau dan susun ke dalam periuk, kukus sehingga masak.
Bahan Ayam Berempah :
7-8 ketul ayam - (dibersihkan)5 ulas bawang putih - (ditumbuk kasar)
1 inci halia - (ditumbuk kasar)
3 batang serai - (ditumbuk kasar)
1 sb ketumbar - (disangai dan ditumbuk kasar)
1 sdt jintan manis - (disangai dan ditumbuk kasar)
1 sb serbuk kari ayam
1 biji telur
2 sb tepung jagung
1 tangkai daun kari
garam secukupnya
Cara Membuat :
Perapkan ayam dengan bahan - bahan yang di tumbuk kasar, masukkkan serbuk kari, tepung
jagung, telur dan daun kari. Perisakan dengan garam. Kacau sebati. Goreng keperangan.
Note : untuk ulam - ulaman boleh pilih aneka ulam tradisi, paling tidak dapatkan timun dan
taugeh. Antara lauk tambahan yang boleh di masukkan dalam menu ini ialah telur masin, ayam
bakar / berempah, ikan goreng tepung dan lain - lain.
Monday, November 12, 2012
Serabai Pandan Mini
Tadi pagi saya dapat rezeki, tok yang duduk sebelah rumah bagi saya durian! Lumayan dapat dua biji. Hehe, suka sangat. Apalagi si bungsuku tak boleh nampak durian trus aje nak makan. Aitt, jangan saya cakap! Baik hari ini kita buat serabai cicah ngan kuah durian nak, kan?? Dia bersetuju dan membantu saya trus ke dapur. Inilah sarapan dan juga makan tengah hari kami. Hehe. Thanks untuk dapur Rina, ya!
Bahan - Bahanya :
150 gram tepung gandum
2 sudu makan gula halus
1/2 sudu teh instan yis
1 sudu teh baking powder
200 ml santan - saya letak susu cair
Sedikit garam
1 biji telur
1/2 sudu teh pasta pandan
Cara Membuat :
Campurkan tepung, yis, baking dan gula. Kacau rata. Masukkan telur kacau lagi. Masukkan
santan sedikit demi sedikit sehingga menjadi adunan yang lincin dan tidak berketul. Masukkan
pasta pandan. Perapkan 30 menit.
Sapu acuan serabai dengan sedikit minyak kemudian masukkan adunan serabai 1 sudu sayur.
Masak dengan api kecil, tunggu sehingga serabai nampak berlubang bolehlah di tutup
sekejap. Tunggu sehingga masak.
Resepi Serawa Durian
350 ml santan
Gula merah + gula putih secukupnya
1/2 sudu teh garam
100 gram isi durian
2 helai daun pandan - simpulkan
Cara Membuat :
Rebus santan, gula, daun pandan, dan garam sehingga semuanya sebati. Tapiskan.
Setelah di tapis masukkan isi durian. Rebus lagi sehingga mendidih, siap di sajikan bersama
serabai pandan.
Labels:
kuih
Sunday, November 11, 2012
Bronies Putu Ayu
Hari ni memang saya tak pergi mana, memang tak ada plan apaa. Jadi aktiviti saya adalah melepak sahaja di dapur! Hehe. Kan elok tuu boleh menghasilkan hidangan yang sedap untuk keluarga di rumah. Melayan kerenah anak bungsu saya yang teringin makan kuih - muih, jadi saya buatkan something special untuknya hari ini. Cewahh. Menu kudapan hari ini adalah Bronies Putu Ayu resepi dari Ibu Fatmah memang menarik perhatian ramai orang, termasuk saya memang ingin mencuba selera yang berbeza! Wah, ternyata memang enak dan juga lembut! Saya tengok si bungsuku melahap sampai tak ingat nak simpan untuk kakaknya. Hehe.
Bahan - Bahan A :
4 biji telur
150 gram gula kastor
1 sudu teh ovelete
1/2 sudu teh garam
Bahan - Bahan B :
100 gram tepung gandum
25 gram serbuk koko
1/2 sudu teh baking powder
Bahan - Bahan C :
100 gram margerin
60 gram dark cooking coklat
1 sudu teh paste coklat
Note : bahan di atas di cairkan menggunakan api kecil sehingga semuanya tercampur sebati.
Note : bahan di atas di cairkan menggunakan api kecil sehingga semuanya tercampur sebati.
Bahan - Bahan D
Kelapa parut secukupnyan
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh tepung gandum
Cara Membuat :
Siapkan acuan putu ayu, sapu nipis dengan minyak sayur. Ketepikan sekejap. Kacau rata bahan D, kukus sehingga panas. Isikan masing - masing ke dalam acuan tekankan sehingga padat. Pukul bahan A sehingga naik gebu dan pekat, masukkan bahan B,kacau hingga semuanya sebati. Masukkan bahan C kacau hingga semuanya sekata. Tuang adunan ke dalam acuan putu ayu tadi. Kukus sehingga 15 minit atau sehingga masak. Jangan lupa
utk memanaskan periuk kukus terlebih dahulu,ya!
Labels:
kuih
Saturday, November 10, 2012
American Risoles
Salam, dah sampai hari sabtu lagi. Stat hari isnin anak - anak dah mula cuti sekolah. Dah
mula kena kerap memasak lagi! Dah mula nak dengar suara yang kerap memerap lapoo!
Hehe. Yelah kanak - kanak! Dah lama juga saya nak cuba resepi ni asyik tak dak stok
bread crumb di rumah. Minta tolong orang rumah saya belikan, barulah ada. Hidangan
minum petang hari ini, America Risoles. Pertama kali juga saya membuatnya. Terasa nikmat
nya apalagi kalau boleh letak mayo dan cheese banyak - banyak, yumm. Untuk resepi
asalnya boleh terus lihat di sini, ya! Yuk, cuba buat sendiri di rumah !!
100 gram tepung gandum
1/4 sudu teh garam halus
1/4 sudu teh serbuk lada putih
1 biji telur
300 ml susu cair
1 sudu besar minyak sayur
Bahan Inti :
Smoked beef atau sosej - potong memanjang
Keju cheddar parut secukupnya
Telur rebus - potong memanjang
Mayonise
Bahan Pelapis :
2 biji telur - pukul ringan
Serbuk roti secukupnya
Cara Membuat :
Di dalam mangkuk ayakkan tepung masukkan garam halus dan serbuk lada sulah. Kacau sehingga rata. Masukkan susu cair sedikit demi sdikit. Kacau lagi dengan menggunakan whisk. Masukkan telur dan minyak sayur. Kacau sekata. Tapiskan.
Panaskan pan dengan api kecil. Masukkan adunan 2 sudu sayur. Pusingan seperti kita membuat kuih ketayap atau lempeng. Masak sekejap sehingga permukaannya tidak lekat. Angkat. Buat sehingga adunan habis.
Ambil sekeping kulit risoles tadi. Intikan dengan sosej, telur rebus, keju dan mayonise. Lipat seperti kita membuat popia. Celupkan ke dalam telur. Gulingkan ke dalam serbuk roti. Goreng keperangan. Hidang bersama sos cili atau makan begitu sahaja, sedap.
Labels:
snack
Monday, November 5, 2012
Pepes Ayam Kukus
Ahad kemarin saya membeli keperluan dapur untuk stok yang akan saya simpan di
dalam peti ais. Senang nanti kalau nak masak, kan? Tak payah kelam kabut sangat
kerana semuanya dah tersedia di rumah! Apa yang seronok sangat pergi meronda kat
pasar basah hari tuu, saya terjumpa daun selasih yang biasanya memang jarang ada!
saya teringat resepi bunda saya. Dia pandai sangat masak pepes ayam. Resepi yang
saya tulis di nota kecil yang dah mula naik hitam, warnanya. Hehe.
Hmm,masak pepes ni kenalah ada daun pisang! Barulah naik bau pepes kita nanti. Step
pun tak banyak sangat. Mudah di sediakan. Kalau nak sedap lagi kena ada daun selasih
dan juga daun salam. Kalau tak ada boleh gantikan dengan daun limau purut yang di
racik halus. Ok jom ke dapur menyiapkan menu pepes ayam kita! Ops, hampir lupa banyak
benda yang boleh di buat pepes antaranya udang dan ikan. Happy Cooking!
Bahan - Bahannya :
1/2 ekor ayam - potong 8 bahagian
1 biji limau nipis - ambil jusnya
1 sudu makan minyak goreng
1 biji cili merah - potong nipis
2 helai daun salam
5 - 6 pucuk daun selasih
1 biji tomato - potong 4 bahagian
Daun pisang secukupnya - untuk membungkus
Aluminum foil - untuk melapik
Bahan Kisar :
3 ulas bawang putih
1 batang serai
4 ulas bawang merah
3 biji cili merah - di buang biji
3 biji buah keras
2 inci kunyit hidup
2 cm halia
1 inci lengkuas
1/2 sudu makan gula
1 sudu teh garam atau secukup rasa
Cara Membuat :
lumur potongan ayam yang telah di potong tadi dengan jus limau nipis. Biarkan selama 15 mint. Cuci dan toskan. Campurkan ayam dengan minyak goreng, daun salam, daun selasih,
tomato dan rempah yang telah di kisar.
Siapkan daun pisang lapik bawahnya dengan aluminum foil. Letakkan potongan ayam bersama dengan rempahnya. Bungkus dengan kemas. Kukus selama 30 minit dengan api sedang. Angkat dan sajikan selagi panas.
Labels:
ayam
Subscribe to:
Posts (Atom)




















