Nuffnang
Tuesday, December 10, 2013
Bronies Puding
Salah satu resepi puding yang sangat mudah di buat! Walaupun hari ini kat Penang hujan lebat, tapi teringin lah pulak makan benda yang sejuk - sejuk. Hehe. Bahan - bahan untuk membuat bronies puding ini memang selalu simpan di dapur rumah hanya gunakan serbuk agar - agar, sedikit coklat masakan, beberapa keping roti tawar dah boleh kita olahkan menjadi pencuci mulut yang istimewa. Syukur alhamdulillah anak -anak yang sedang tengok tv di rumah memuji kesedapan puding bronies ini! Yummy katanyee..
Bronies Puding
10 gram serbuk agar - agar
1 sudu besar serbuk coklat
500 ml susu cair
600 ml air kosong
4 keping roti tawar
150 gram gula pasir atau sesuai selera
100 gram coklat masakan - cincang halus
1 biji kuning telur - pukul ringan
1 tsp esen vanila
Cara Membuat :
Blender 500 ml susu cair dan roti tawar hingga halus. Masukkan roti kisar dan susu cair ke dalam periok dan tambahkan serbuk agar-agar, 600 ml air tadi, gula pasir dan serbuk coklat. Masak di atas api sedang sambil di kacau hingga larutan puding bercampur menjadi satu.Masukkan cincangan coklat dan esen vanila. Kacau sebati sehingga coklat masakan cair dan tercampur rata.
Ambil 2 sudu besar adunan puding panas, tuangkan dalam telur yang telah di pukul ringan kacau sebati. Tuangkan campuran kuning telur tadi kedalam adunan puding yang sedang mendidih, kacau dengan cepat agar segera tercampur dengan rata dan tidak bergentel. Jika sudah mendidih matikan api.Tuang adunan puding di loyang yang telah di basahkan dengan sedikit air. Sejukkan sehingga uap panasnya hilang, simpan di dalam peti sejuk dan hidang.
Labels:
dessert
Sunday, December 8, 2013
Kuih Bahulu Coklat Rice
Saya dan keluarga memang suka makan bahulu. Selalu beli jer sebab malas nak buat. Semalam masa membeli persiapan baju sekolah untuk anak - anak singgahlah untuk membeli kuih bahulu! Seronok betul melihat mak cik penjual bahulu mengadun dan membakar kuih ini, jadi teruja sangat nak buat sendiri.
Sesekali kena la belajar jugak buat kuih tradisi kita kan agar tak lapuk dek zaman, kan? Ada beberapa tip yang kena diperhatikan, tepung terlebih dahulu kena di jemur atau di panaskan di dalam oven agar kuih bahulu yang dihasilkan menjadi ringan dan gebu. Jom kita semak bersama - sama resepi di bawah ini! Selamat membuat kuih bahulu..
Kuih Bahulu Coklat Rice
180 gram gula kastor
180 gram tepung gandum*
1 sudu teh serbuk penaik* - kedua bahan ini di ayak!
5 biji telur gred A
1 tsp ovelete
3 sudu makan minyak masak
1 sudu teh esen vanilla
40 gram coklat rice
Cara membuat:
Pukul telur, ovelete dan gula kastor hingga putih dan gebu dengan kelajuan tinggi selama 10 minit. Masukkan bahan ayak sedikit - sedikit sambil dikacau. Campurkan esen vanila dan akhir sekali campurkan minyak masak, coklat rice dan digaul sebati. Sapu acuan bahulu dengan sedikit minyak masak. Panaskan dalam ketuhar selama 5 minit. Bakar pada suhu 180 C selama 15 minit. (Yang ni terpulang padd kepanasan oven masing - masing la kan) Setelah masak, cungkil bahulu keluar dengan menggunakan lidi. Sejukkan dan hidang.
Labels:
snack
Friday, December 6, 2013
Karipap Pusing
Salam untuk rakan - rakan semua di hari jumat yang penuh berkat! Memenuhi permintaan anak - anak yang teringin makan karipap, bukan first time rasanya buat karipap pusing ni dulu dah pernah buat tapi tak sempat untuk ambik gambar dan post kat sini! Untuk resepi asal pastry karipap kali ini di ambik dari buku masakan chef terkemuka Alex Goh yang saya intai dari dapur Cik Mat! Memang sangat rapuh kulit karipapnyee sampai berderai ketika di goreng, tapi tak paa memang sedap dan terbaikk. Oklah rakan - rakan jemput makan karipap bersama kopi o jee.. salam maniss..
Karipap Pusing
300 gram kentang - kupas dan cuci kemudian potong dadu kecil dan rendam
1 tin ikan tuna - toskan
1 biji bawang besar - didadu
2 ulas bawang putih*
1/2 inci halia*(*tumbuk lumat)
1 camca besar sos tiram
5 - 6 helai daun kari - hiris halus
2 camca besar rempah kari
1 camca teh serbuk lada hitam
Sedikit gula
Kicap cair secukupnya
1 cawan air
Bahan A :
260 g tepung gandum
50 g margarine
20 g gula halus
1/4 camca teh garam
140 ml air (kurang lebih)
Bahan B :
180 g tepung gandum
80 g lemak sayur (shortening)
Cara Membuat :
UNTUK INTI :- Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk, daun kari dan bawang besar hingga harum, masukkan sos tiram dan sedikit air, tambah rempah kari, gaul rata dan tumis hingga garing. Masukkan tuna dan kentang. Tuang air dan biar hingga kentang empuk. Tambah sedikit gula, lada hitam dan kicap cair secukup rasa. Masak hingga kering. Alihkan dalam bekas lain dan biarkan sejuk.
UNTUK PASTRY :- Satukan semua bahan2 "A" kecuali air, gaul rata dan tambah air sedikit demi sedikit sambil terus diadun hingga menjadi doh yang tidak melekat di mangkuk adunan. Ketepikan. (Jangan risau jika air tidak habis digunakan).

Satukan pula bahan "B" dan adun hingga menjadi doh. Rehatkan doh "A" dan "B", selama 20 minit. Kemudian bagi dua setiap doh, biar sama besar. Bulat2kan. Ambil 1 bahagian doh "A", leperkan sedikit, letak atasnya doh "B", kemudian balut hingga menutupi doh "B" tadi. Buat kaedah yang sama untuk 1 bahagian doh lagi.
Ambil satu bahagian doh, canai membentuk 4 segi, buat lipatan seperti gambar rajah. kemudian canai lagi dari arah depan hingga ke hujung, canai juga bahagian tepinya, hingga mendapat ketebalan lebih kurang 2mm. Gulung doh tadi dari depan hingga ke hujung seperti swiss roll.
Rapikan gulungan tadi dan potong kepada 8 bahagian. Buat kaedah sama untuk bahagian doh yang satu lagi. Ambil 1 potongan. Leperkan sedikit dan canai lebih kurang 3mm, isi inti dan kelim seperti membuat karipap biasa. Buat hingga siap.
Goreng hingga kuning keemasan, gunakan api sederhana sahaja. Jangan goreng banyak serentak 2 - 3 biji sekali goreng, berhati2 semasa membalikkan karipap. Angkat dan toskan minyaknya, letak atas paper towel dan biar minyak terserap. Boleh di hidangkan.
Labels:
snack
Wednesday, December 4, 2013
Donut Lembut Dan Sedap
Selamat petang buat semua dan semoga rakan - rakan saya kat luar sana boleh masak macam - macam untuk sajian keluarga. Hari ini kita layan entry donat yee. Resepi kali ini saya intai dari rumah Hasue.
Donat yang sangat lembut dan gebu kejadiannye dan untuk topingnya saya gunakan coklat masakan, warna putih dan kuning dan hiaskan dengan sedikit bunga - bunga dari coklat juga. Hmm, nampaknya berseri sikit donat saya harini kutt! Hehe.. selamat menjamu selera..
Donut Lembut Dan Sedap
500 gram tepung gandum berprotein tinggi
1 sudu besar yis
50 gram marjerin
1 sudu besar shortening
2 sudu besar gula pasir halus
2 sudu besar susu pekat
1 biji telur
1/2 tsp garam halus
Toping kegemaran - saya guna coklat masakan yg di cairkan
190 ml - 200 ml air suam
Cara Membuat :
Di dalam bekas yang agak besar,tuangkan air suam. Masukkan yis segera, gula pasir, susu, marjerin dan shortening. Kacau sedikit dan biarkan selama 8-10 minit untuk yis yang baik, selalunya dalam 3-5 min dah mula berbuih. Setelah yis mula berbuih, ayakkan separuh dari tepung gandum terus ke dalam adunan. Masukkan pula telur yg di pukul sedikit dan juga garam.
Kacau adunan sehingga sebati dan melekat pada sudu (bila dah sebati tu dikacau satu arah je guna sudu). Ayak lagi tepung selebihnya, gaul menggunakan sudu seketika barulah uli menggunakan tangan.
Uli sehingga doh sebati dan tidak lekat di tangan. (sisa2 tepung kat dlm bekas tu semua bersih).
Doh tidak perlu direhatkan, (kalau nak rehatkan pun boleh gak selama 5-10min) boleh terus sahaja dicanai setebal 1/2 inci (agak2 je). Boleh tambah sedikit tepung jika adunan agak lembik. Terap doh mengikut acuan donut atau bentuk kesukaan anda. Doh akan mula mengembang dan ringan sementara minyak dipanaskan (lebih ringan / kembang doh, lebih gebu laa donut tu nanti) jadi kalo nak donut extra gebu kena laa sabor sket yer..
Setelah minyak agak panas (jgn terlalu panas, nanti donut gorengan pertama agak hangus) perlahankan sedikit api, masukkan donut tetapi jgn terlampau penuh sebab donut ni akan mengembang lagi ketika digoreng (sbb adunan mengandungi telur). Goreng sehingga kekuningan dan toskan. Sedia utk dihidangkan bersama gula halus atau topping kegemaran anda. SELAMAT MENCUBA.. ^_^
Labels:
donat
Tuesday, December 3, 2013
Cheesey Bites Pizza
Assalam buat pembaca blog, Banyak di antara kawan - kawan di luar sana sekarang ini yang sudah tahu membuat pizza! Pizza merupakan jenis makanan yang terbuat dari bahan dasar roti dan terdapat toping yang beraneka jenis untuk menambah cita rasa dari pizza tersebut. Pizza yang saya buat hari ini sedikit berbeza dan kebetulan saya memang belum pernah membuat bentuk pizza seperti ini, so memang semangat nak cuba!! Ala - ala pizza Hutlah kononya! Hehe. Jom kita semak resepi di bawah ini!
Cheesey Bites Pizza
300 gram tepung protein tinggi
1 tsp yis
20 gram gula pasir halus
15 gram susu tepung
165 ml air suam
35 gram mentega putih / shortening
1 tsp garam halus
Cara Membuat :
Campur tepung , yis, gula pasir, dan susu tepung. Kacau rata. Tuang air suam sedikit demi sedikit sambil diuli sehingga adunan kalis. Masukkan mentega putih dan garam. Uli sehingga adunan lembut dan rehatkan untuk 30 menit. Kempiskan adonan. Bahagikan menjadi 2 adunan. Bulatkan. Diamkan 10 menit. Giling nipis melingkar ( bulat ). Beri keju pada bahagian tepi pizza. Kelimkan dengan kemas. Letakkan diloyang yang disapu margarin.
Potong - potong ujungnya 2 cm dan jarakan. Ambil bahagian tepi pizza dan lipat ke dalam. Tekan - tekan dengan kemas. Cucuk bahagian tengah pizza menggunakan garfu. Sapukan dengan sos dan tabur dengan bahan topping dan juga chesee. Sapu bahagian tepi pizza dengan bahan gliss. Oven 15 menit dengan suhu 190 derajat Celsius.
Pizza Sos
1/2 biji bawang besar - cincang halus
4 buah tomato rebus - cincang halus
2 sudu besar tomato paste
1/2 botol kecil sos cili
3/4 sendok teh garam
1/4 sudu teh serbuk lada sulah
1 tsp gula pasir
1 tsp oregano
1/2 tsp basil
1 sudu makan minyak untuk menumis
Bahan Topping
75 gram paprika merah - potong kotak
Beberapa ketul sosej - potong bulat / nipis
75 gram cendawan champignon
225 gram keju mozzarella parut
Bahan Gliss
1 sudu besar minyak zaitun
Cara membuat :
Sos, tumis bawang besar sehingga naik bau. Masukkan tomato, tomato paste, garam, lada sulah, dan gula pasir. Masak sampai meletup - letup dan pekat. Tambahkan oregano dan basil. kacau rata.
Enjoy Cheese to the Full!
Labels:
roti
Friday, November 29, 2013
Quick Snack! Popia Simpul..
Assalammualaikum buat semua. Harini kita layan snack yang cukup mudah di buat! Musim cuti sekolah anak - anak memang laju je bab pasai makanan ni, nasi ke, kudapan ke apa sajalah yang boleh di makan.
Bibi kat dapur inilah yang paling penat tak habis terperap dan duduk kat dapur 24 jam! Cam kedai nasi kandarlah pulak!! Hehe. Jom kita semak bersama - sama resepi yang saya akan kongsikan untuk harini!
Popia Simpul
Kulit popia saiz sederhana - potong 2 bahagian
Serunding ikan
Cara Membuatnya:
Potong kulit popia kepada 2 bahagian, masukkan sedikit inti serunding ikan, gulung memanjang dan simpul seperti ikat tali kasut. Dah siap menyimpul semuanya, panaskan minyak dan goreng popia hingga kekuningan. Kacau selalu dengan api perlahan sahaja. Toskan di atas tisu dapur dan simpan di dalam balang kedap udara.
Serunding Ikan
10 ekor ikan (direbus dan buang tulangnya dan dikisar)
5 ulas bawang putih - di kisar
8 biji bawang merah - di kisar
1 biji bawang besar - di kisar
2 btg serai serai - di kisar
1 inci halia - di kisar
1 inci lengkuas - di kisar
1/2 sudu besar serbuk ketumbar
1/2 sudu besar serbuk jintan
1 sudu kecil serbuk kunyit
2 sudu besar serbuk cili - guna cili kering yg di kisar pun boleh
200 ml santan cair
Sedikit air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
Cara membuatnya :
Masukkan semua bahan - bahan ke dalam kuali dan masak hingga betul - betul kering. Api jangan kuat sgt ye kena selalu kacau sebab takut hangit. Pastikan betul - betul kering baru serunding tahan lama.
Labels:
snack
Thursday, November 28, 2013
Barbie Doll Cake
Bagi kawan - kawan yang ingin sekali membuat Barbie doll cake untuk anak tersayang tapi masih belum mempunyai loyang atau pan yang khusus untuk membuat barbie, kawan - kawan masih boleh membuatnya menggunakan loyang cake biasa. Berikut cara dan tips untuk membuat kek barbie.
Sebelumnya itu kenali dulu nozle yang akan kita guna utk membuat skirt barbie. Nozzle yang biasa digunakan ialah nozzle utk membuat roses flower. Masukan nozzle dalam piping bag. Untuk membuat Barbie doll yang ideal. Kawan - kawan memerlukan 3 buah cake dengan size yang berbeza. Bahagian bawah selalunya lebih besar. Utk bahagian tengah pulak setengah besar dan size ukuran paling kecil dibahagian paling atas. Lapiskan semua cake jadi satu (sebelumnya dilapiskan dengan BC setiap lapisan).
Trim cake menyerupai seperti gunung dari arah atas kebagian bawah, potong sedikit demi sedikit dengan menggunakan pisau cake. Sapu cake dengan buttercream tidak perlu terlalu rapi. Cukup melapis dengan nipis sekadar untuk menutupi kek sahaja. Mulailah membuat renda / ruffles disekeliling skirt barbie. Mulailah dari bahagian paling bawah jangan lupa nozzle agak digerak - gerakan secara perlahan - lahan.
Kemudian sambung ruffles / renda tadi sampai menyelimuti sekeliling skirt barbie dan teruskan naik sampai ke bahagian atas. Buatlah ruffles bertingkat2 seperti ini. Anda boleh juga menggunakan nozzle berbentuk star untuk menutupi bahagian yang kosong. Setelah skirt selesai dibuat. Bolehlah kawan - kawan membuat baju dengan menggunakan nozzle bentuk bintang. Tutup badan barbie dengan buttercream sehingga nampak kemas dan elok!
Labels:
jualan
Wednesday, November 27, 2013
Dark Chocolate Cake
Untuk tempahan yang ini pulak datang dari Puan Punitha untuk majlis potong kek di Angel tuition. Thanks a lot teacher!
Labels:
jualan
Barbie Doll Cake
Salam buat kawan - kawan semua. Harini saya nak postkan gambar kek barbie yang di tempah oleh Ustazah Ma untuk majlis harijadi putri tersayang. Terimakasih banyak - banyak. Sudilah cuci mata dulu ya, nati bila saya ada masa dan peluang lagi saya akan kongsikan step dan cara membuatnya.
Labels:
jualan
Subscribe to:
Posts (Atom)






















