Nuffnang
Monday, January 28, 2013
Kek Pisang Marble
Salam. Lama saya tak menaip di sini. Rindu rasanya !!
Lama juga tak membakar kek, disebabkan hari ini ada pisang yang terlonggok di dalam bakul
rasanya saya akan buat kek pisang kegemaran keluarga.
Caranya pun sangat mudah hanya pukul semua bahan - bahan hingga kembang dan gebu
kemudian bakar! Berbaloi dengan hasilnya sangat lembab dan sedap. Mudah - mudahan dapat
menyumbang ide baru untuk membuat kudapan pada masa lapang. Hmm, nampaknya kek
pisang saya sudah pun masak, bau sangat harum! Sampai jumpa lagi.
Kek Pisang Marble
200 gram pisang lecek
180 grm tepung gandum
3 biji telur
120 ml minyak sayur / minyak jagung
170 gram gula halus
1 sudu teh ovellete
1/2 sudu teh baking soda
1 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh garam halus
2 sudu besar susu cair / air masak
2 susu besar serbuk koko
Cara Membuat :
Campurkan semua bahan - bahan di atas ke dalam mangkuk adunan kecuali serbuk koko. Pukul
menggunakan mixer sehingga naik kembang dan berwarna putih. Bahagikan adunan kepada
dua bahagian. Satu bahagia campurkan dengan serbuk koko. Sediakan acuan kegemaran dan
gliskan dengan marjerin dan sedikit tepung. Masukkan adunan secara berselang - seli ke dalam
acuan. Bakar pada suhu 160 C sehingga masak.
Labels:
kek
Tuesday, January 1, 2013
Donat Serunding
Hai, ada resepi baru nak cuba. Nak tahu? Jom semak!
Perabis stok serundeng yang cikgu Liza bagi beberapa hari yang lalu. Sebelumnya saya dah
buat roti yang saya intikan ngan serunding, harini saya buat donat yang topingnya saya
tabur dengan serunding lagi. Cukup sedap untuk menu sarapan tadi pagi bersama anak - anak.
Resepini saya dapat dari Dapur Umami. Memang memberi sensasi yang berbeza dari segi rasa
dan rupanya. So, pada hari ini donat tidak hanya di beri toping manis, di tabur dengan
serundeng jugak enak! Boleh di cuba nanti. Happy new year...
Donat Serunding
400 gram tepung roti / tepung gandum
11 gram instan yis
3 sudu besar gula pasir halus
1 biji telur
200 ml air sejuk
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh serbuk pati ayam
1/2 sudu teh garam halus
100 gram mayonise
100 gram serunding
3 sudu besar minyak sayur
Cara Membuat :
Campur tepung, yis, gula, telur, minyak , garam, dan serbuk pati ayam. Tambahkan air, uli
100 gram mayonise
100 gram serunding
3 sudu besar minyak sayur
Cara Membuat :
Campur tepung, yis, gula, telur, minyak , garam, dan serbuk pati ayam. Tambahkan air, uli
sehingga adunan tidak melekat di tangan. Bulatkan adunan rehatkan selama 45 menit hingga
kembang dua kali saiz asalnya. Canai nipis adunan dan terap dengan acuan donat. Biarkan naik
dan kembang. Goreng keperangan. Sapu donat dengan mayonise dan tabur dengan serunding.
Labels:
donat
Saturday, December 22, 2012
Sugar Cheese Cookies
Salam Kulinari. Jumpa lagi di hari sabtu dengan resepi yang baru!Hari ini asyik terperap saja di rumah, tak tahu nak buat apa.. Rasanya ada benda nak cuba petang ni. Yapp, buat cookies lagi. Saya tertarik dengan cookies yang jumpa di sini. Saya cek bahan - bahannya kebetulan cukup lengkap! Cuma cheddar cheese saja tinggal setengah kotak lagi, takut tak cukup. Ok kita mulai membaking! Ada beberapa tip yang saya nak bagi pasal cookies ni. Gulung perlahan dan gunakan plastik untuk melapik. Boleh taburkan tepung sedikit demi sedikit kalau adunan telalu lembek. Gulung dan padatkan dengan kemas. Masa membakar barulah kita nampak corak marble yang terhasil dari keju yang sudah mencair. Hm,
Menarik bukan ? Selamat mencuba! Thanks to Viani Cookies.
Sugar Cheese Cookies
150 gram mentega
60 gram gula halus
1 biji kuning telur
200 gram tepung gandum / red rose
50 gram tepung jagung
200 gram keju kraft - di parut
50gr gula pasir - untuk tabur atas cookies
Cara membuat :
Pukul mentega dan gula sehingga naik gebu, tambahkan kuning telur kacau rata. Masukkan tepung gandum dan tepung jagung, kacau rata dengan spatula. Bahagikan adunan sama banyak. Nipiskan adunan setebal 1/2 cm bentuk persegi panjang lalu taburkan dengan keju parut. Ratakan. Gulung adonan seperti kita membuat swiss roll. Gulung dan padatkan lagi. Potong setebal 1 cm, gulingkan di atas gula pasir kasar. Susun di dalam loyang yang di sapu marjerin dan di lapik dengan kertas roti. Bakar pada suhu 180 C sehingga keperangan.
Labels:
Biskut
Friday, December 21, 2012
Soft Bread
Salam dan selamat petang semua. Masih ada yang selongkar dan cari resepi? Nah harini saya nak kongsi satu lagi basic membuat roti manis, resepini saya ikut dari NCC cuma saya kurangkan penggunaan telur dari empat biji ke dua biji memang lembut dan boleh di bentuk berbagai cara! Biasanya saya letak inti harini cuma tabur dengan cheddar cheese dan gula pasir. Ini pun dah cukup sedap bagi saya. Kuar saja roti ni dari oven si adik dah menunggu sambil penggang pinggan nak dua biji katanya!!
Soft Bread
500 gram tepung roti protein tinggi
100 gram gula
100 gram mentega
11 gram ragi instant
1/2 sudu teh bread improver
4 biji kuning telur - saya guna 2 biji saja
200 ml air sejuk
1/2 sudu teh garam
Cara membuat :
Campur semua bahan kering, kecuali garam kacau rata. Masukkan air sedikit demi sedikit. Masukan telur uli sehingga adunann rata. Masukkan mentega dan garam. Uli lagi sehingga menajdi adunan yang kalis elastik. Diamkan 30 menit. Adunan siap di bentuk dan dipelbagaikan ikut selera dan citarasa masing - masing. Kalau saya, adunan di timbang seberat 40 gram dan masukkan di dalam kertas paper cup tebal. Tunggu hingga adunan kembang taburkan dengan chedar cheese dan gula pasir. Bakar pada suhu 160 C sehingga masak.
Labels:
roti
Tuesday, December 18, 2012
Chiffon Cake Labu Kuning
Minum petang harini dengan kek chiffon labu kuning. Pernah cuba ? Ada pelbagai resepinya, tapi yang ini memang lain sikit! Kek yang di tambah adunan labu dan kismis memang campuran yang sempurna. Dah lembut, gebu ada rasa masam manisnya! Cuaca harini pun tak menentu kejap panas kejap mendung. Nampak macam nak hujan, santai saja kat rumah dengan anak - anak sambil layan citer kegemaran sambil kunyah kek chiffon yang baru saja masak dan kuar dari oven. Salam.
Chiffon Cake Labu Kuning
100 gram labu kuning kukus - dihaluskan
60 gram santan pekat instan
60 gram minyak goreng
150 gram tepung berserbuk penaik
75 gram gula halus
5 kuning telur
2 tetes pewarna kuning tua
50 gram kismis - dipotong 2 bagian
5 putih telur
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh cream of tartar
75 gram gula halus
Cara Membuat :
Aduk rata labu kuning halus dan santan. Blen hingga halus. Tambahkan minyak goreng. Kacau rata. Tuang sedikit – sedikit ke campuran tepung terigu dan gula pasir halus sambil di kacau perlahan. Masukkan kuning telur. Kacau rata. Tambahkan pewarna kuning tua. Kacau rata. Tambahan kismis. Kacau rata dan ketepikan.
Pukul putih telur, garam, dan cream of tartar sampai setengah mengembang. Tambahkan gula sedikit demi sedikit sambil di pukul sehingga kembang. Masukkan ke dalam campuran tepung sedikit-sedikit sambil di kacau perlahan. Tuang di loyang chiffon tanpa di sapu marjerin. Bakar selama 30 menit dengan suhu 180 Celsius sehingga masak.
Labels:
kek
Sunday, December 16, 2012
Cornflakes Cookies
Tadi pagi tengah kemas dan bersih - bersih kabinet dapur, saya jumpa satu kotak cornflakes.Teruslah datang ide nak buat cookies. Buat pun nak yang simple dan mudah, tak payahlah guna acuan. Natikan malas pulak nak basuh perkakasnya! Hehe. Apalagi tengah hujan - hujancam ni. Apa salahnya buat cookies kan walaupun bukan musim perayaan. Lumayanlah buat kudapan anak - anak sambil layan tv. Rasanya pun cukup sedap apalagi kalau ada kopi o panas lagilah terangkat dan enak.
Cornflakes Cookies
150 gram tepung gandum
50 gram tepung jagung
1/2 sudu teh baking powder
125 gram desicated coconut
100 gram cornflakes - kisar kasar
200 gram butter
100 gram gula halus
1/2 sudu teh esen vanila
1 biji telur
Coklatchip untuk hiasan
Cara Membuat :
Di dalam mangkuk adunan masukkan tepung gandum, tepung jagung, baking powder. Kacau rata. Masukkan desicated coconut. Kacau rata. Ketepikan. Pukul butter dan gula sehingga berkrim masukkan telur dan esen vanila. Masukkan ke dalam adunan tepung tadi. Kacaukan sehingga tercampur rata. Ambil 3/4 adunan dengan menggunakan sudu kecil masukkan ke dalam cornflakes yang di kisar kasar tadi hiaskan dengan coklat chip, tekan atau leperkan sikit. Susun di dalam loyang yang telah di sapu nipis marjerin. Bakar pada suhu 180 C sehingga keperangan atau sehingga masak.
Labels:
Biskut
Friday, December 14, 2012
Tosei Mamak Penang
RESEPI TOSEI MAMAK PENANG
1 cawan kacang tosei
3 cawan beras / Tepung beras - saya letak 2 cawan
1 sudu biji Halba / ( Fenngreek seed )
1 sudu kecil garam.
1 cawan nasi sejuk (untuk mengebukkan tosei dan membantu proses pemerapan)*.
Cara Membuat :
Basuh kacang tosei, beras dan halba dan rendamkan dalam air sekurang-kurang 6 jam. (Pagi rendam, petang mula mengisar dan keesokan pagi anda boleh memasak). nota: sekiranya gunakan tepung beras tidak perlu direndam. Adunkan saja dengan kacang tosai yang telah dikisar.
Kisar bersama nasi sejuk ketiga-tiga bahan tersebut dengan sedikit air. Tentukan kisaran anda jangan terlalu cair . Kisar sehingga halus. Masukkan adunan itu dalam bekas dan peram semalaman. Jangan terlalu lama peram. Adunan akan menjadi bertambah masam. Sekiranya ingin simpan adunan yang berlebihan simpan didalam peti sejuk. Bleh digunakan tiga atau empat hari.
Jangan masukkan garam semasa pemeraman, kerana garam boleh membunuh bakteria semasa proses pemeraman. Adunan tidak menjadi. Biasanya adunan akan bertambah dua kali kuantiti yang asal. Hanya masukan garam semasa mula memasak tosei.
Jika bancuhan adunan anda terlalu pekat, cairkan sedikit dengan menggunakan air sejuk (tap water). Bancuhan tosei boleh diuji kepekatan dengan menggunakan senduk dengan menceduk sedikit adunan. Sekiranya adunan yang baik akan melekat pada permukaan senduk.
Masak tosei sama seperti kaedah membuat ketayap (kuih gulung inti kelapa). Ceduk penuh adunan dengan senduk sederhana dan tuang di kuali tak melekat atau kuali leper (kuali leper permukaannya perlu sapu minyak). Buat putaran sehingga tepung anda menjadi nipis dan bulat. Tutup permukaan tosei dgn penutup. Api dapur perlu sentiasa dijaga. Tosei masak dgn cepat 1-2 minit. Keluarkan tosei anda dan lipat sama rata.
Notes :
* Kalau anda ingin Tosei anda lembut, tambah lebih sedikit kacang tosei.
** kalau anda inginkan tosei anda rangup tambahkan lebih sedikit beras atau tepung beras.
Tosei boleh di makan dengan sambal tumis ikan bilis, daging rendang, kari ayam, kari sardin.Tidak di galakan makan tosei dengan sambal kelapa seperti di restoren, kerana kelapa punyai lemak yang tinggi. Saya makan cicah dengan kentang masala saja. Simple tapi sedap.
Kentang Masala
4 biji ubi kentang saiz besar - di potong dadu1/2 biji carrot - di potong dadu
1 biji tomato - di potong dadu
1 tangkai daun kari
1 sudu kecil halba campuran
1 biji bawang besar - di potong dadu
1 biji cili hijau dihiris
1 sudu kecil jintan manis - di kisar halus
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil halba campuran
1 biji bawang besar - di potong dadu
1 biji cili hijau dihiris
1 sudu kecil jintan manis - di kisar halus
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
Cara Membuat :
Panaskan kuali, tumiskan halba campuran, bawang besar, cili hijau dan daun kari sampai naik bau. Masukkan buah tomato dan kacau. Masukkan ubi kentang, carrot, dan serbuk kunyit dan gaulkan hingga sebati. Masukkan air secukupnya. Tunggu sehingga kentang empuk. Perasakan dengan garam Masukkan jintam manis yang di kisar, kacau sekejap dan tutup api.
Labels:
roti
Kuping Gajah
Dulu ketika duduk di Jakarta saya selalu makan kudapan ini depan tv! Jadi teringin ... nak cari kat mana ?Ah, saya cuba buat. Cari punya cari saya jumpa resepi ini versi majalah Femina. Di sebabkan hari ini ada masa lapang saya pun memulakan projek ini petang tadi. Bahannya pun simple saja hanya guna tepung, gula, telur dan bahan - bahan yang selalu ada di dapur rumah! Apasal nama dia kuping gajah? Kuping itu bermakna telinga so kuih telinga gajahlah kut!! Hehe.. oklah semak resepinya di bawah. Salam manis ...
Kuping Gajah
300 gram tepung gandum
2 sudu besar marjerin
80 gram gula halus
1/2 sudu teh garam halus
1/2 sudu teh esen vanila
1 biji telur
75 ml santan instan
1 1/2 sudu besar serbuk koko - saya letak coklat paste
Minyak untuk menggoreng
Cara Membuat :
Di dalam mangkuk adunan campurkan tepung, gula, dan garam. Kacaukan sehingga tercampur rata. Masukkan telur, esen vanila dan santan sedikit demi sedikit. Uli sehingga tidak melekat di tangan. Bahagikan adunan menjadi 2 bahagian yang sama banyak. Bahagian yang satu tambah
kan dengan coklat paste.
Nipiskan adunan berwarna putih dan coklat. Letakkan lapisan coklat di atas lapisan berwarna putih. Gulung dan padatkan. Rehatkan adunan di dalam peti sejuk selama 2 jam atau sehingga keras. Potong nipis adunan menggunakan pisau yang tajam setebal 1 cm. Tabur sedikit tepung dan nipiskan lagi. Buat sehingga adunan habis. Goreng keperangan. Toskan dengan tisu dapur. Simpan di dalam bekas kedap udara agar kekal rangup.
Labels:
snack
Wednesday, December 12, 2012
Donat Labu Coklat
Jom jamu mata dengan donat labu!!
Pada hari ini resepi donat boleh di variasikan. Boleh letak ubi kentang, labu kuning, ubi merah dan mungkin banyak lagi yang boleh di campurkan agar adunan terasa lebih lembut, gebu dan sentiasa moist! Hari ini saya letak labu kuning yang di haluskan dan di campurkan ke dalam adunan tepung. Lagi pun si bongsu kat rumah dah dua tiga hari ni memang minta di buatkan donat. Nah memang berbaloi! Terbayar sudah hutang saya! Inilah donat labu yang sudah di hias ikut citarasa kanak - kanak, ya. Hehe.
Donat Labu Coklat
Bahan A :
300 gram tepung protein tinggi
30 gram susu tepung
2 sudu teh ragi instant
50 gram gula pasir halus
Bahan B :
2 biji kuning telur
50 ml air sejuk
150 gram Labu kuning - kukus, haluskan dan sejukkan
Bahan C :
50 gram mentega
½ sudu teh garam halus
Cara membuatnya:
Campur semua Bahan A, kacau rata. Masukkan Bahan B, uli hingga berketul. Masukkan bahan C uli terus sehingga menjadi adunan yang kalis. Bulatkan dan rehatkan 15 menit. Canai nipis adunan dan terap dengan acuan. Tunggu sehingga donat naik atau mengembang. Goreng keperangan. Hias dengan coklat masakan yang di cairkan atau salutkan dengan gula icing.
Labels:
donat
Subscribe to:
Posts (Atom)


























