Nuffnang

Saturday, September 1, 2012

Kuih Sagu




Kuih sagu ni, kita buat masa bulan puasa hari  tu! Anak - anaklah kat rumah gemar buka puasa mesti cari kurma dan kuih dulu. Resepi ni memang manisnya sedang elok jadi kepada yang ingin mencuba jangan kurangkan sukatan gula tu, ya! Betul kata Izah, kuih ni senang dan kemas sahaja bila di potong! Tak percaya? Cuba  dulu baru tahu..ok.

Bahan - Bahanya :
2 cawan sagu - basuh dan tus
4 cawan air
1 cawan gula
2 sudu besar tepung jagung, bancuh dengan sikit air
Kelapa parut dan sedikit garam

Cara Membuat :
Didihkan air bersama gula, masukkan pewarna. Apabila mendidih masukkan sagu. Kacau sehingga biji sagu menjadi jernih. Masukkan bancuhan tepung jagung. Angkat dan tuangkan ke dalam acuan yang telah di gris dengan minyak. Setelah sejuk bolehlah di potong dan di gaul dengan kelapa.


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Kongsi Resepi