Nuffnang

Tuesday, October 6, 2015

Karipap Sabah.. Karipap Jaring..


Petang tadi teringin sangat nak makan karipap! Kalau beli tak cukup lima ketul kan berebut pulak nanti dng anak - anak. Hari ni saya buat karipap yg bentuknya lain skit, orang panggil Karipap Jaring... kadang2 panggil karipap  jala ikan sebab macam jaring. Karipap rangup Karipap Sabah memang rangup dan sedap.. cuba - cuba untuk mempelbagaikan bentuk karipap hihi..



Bahan Inti Karipap
5 - 6 biji ubi kentang - daduu kecil
50 gram daging cincang
1/2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 sudu besar serbuk kurma
1 sudu besar serbuk lada hitam
Sedikit daun bawang  - potong halus
Minyak utk menumis
1 cawan air
Garam dan gula secukup rasa

Cara Membuat :
Tumiskan bawang besar n bawang putih sesingga naik bau masukkan daging n goreng kejap. Masukkan rempah kurma dan goreng lagi sampai naik minyak. Masukan serbuk lada hitam n pepper yg dah ditumbuk tadi letak garam sikit dan juga gula rasa masinnyer..

kemudian masukkan kentang yg dah potong dadu, masukkan air. Masak hingga kentang empuk n air semakin kering taburkan daun bawang dan tutup api sedia utk digunakan sebagai inti karipap.

Kulit Karipap Rangup ( Noly )
500 gm tepung gandum
1/2 cwn minyak
2 sudu besar mentega
1 sk garam
air secukupnya

Caranya: Panaskan minyak, garam dan butter. Tuang ke dalam tepung. Hati hati semasa menggaulkan minyak dan tepung kerana panas. Gaul sehingga seperti serbuk roti dan tuang air sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh. Rehatkan sebentar dan bolehlah dicanaikan dan di bentuk, cara rujuk di sini ya!


Monday, October 5, 2015

Hot Pancakes Untuk Sarapan..


Pancake menjadi salah satu pilihan menarik untuk sarapan. Rasanya cukup ringan dan mengenyangkan. Kakak dan Angah gemarkan pancakes yg lembut katanya! Untuk menambat hati anak - anak yg sedang bercuti hari ni saya buatkan sos butterscotch sebagai topping! Ok kita intai resepi kat bawah ni yaa...


Hot Pancakes
1 cawan + 1 camca besar penuh tepung berserbuk penaik (self-raising flour)*
1/2 camca teh soda bicarbonate*
1/4 camca teh garam halus*(*gaul rata dan ayak)
1 biji telur gred A
1 camca besar penuh gula kastor
1 cawan + 4 camca besar susu segar
1 camca teh cuka makan
1/2 camca teh esen vanilla
2 camca besar mentega, cair dan sejukkan

Cara Membuat :
Bancuh susu segar dengan cuka makan, dan biarkan sekejap. Sementara itu,masukkan tepung yang telah diayak dalam satu bekas, masukkan gula kastor dan gaul rata. Tambah telur dan kacau. Perlahan2 tuang bancuhan susu dan cuka (buttermilk) sedikit demi sedikit sambil dikacau dengan whisk hingga sebati dan buttermilk habis.Tuang pula mentega cair dan esen vanilla, kacau rata hingga licin dan tidak berbintil2. Rehatkan 5 minit.

Panaskan non-stick pan, lenser dengan sedikit minyak atau mentega, kemudian lap dengan tissue dapur bersih. Cedok 1/4 cawan adunan pancake, kemudian tuang perlahan di bahagian tengah pan tadi. Pastikan api kecil. Biar hingga permukaan pancake berlubang2 dan kering sedikit, kemudian terbalikkan.

Masak untuk 1 minit lagi dan boleh angkat. Buat kaedah sama untuk baki adunan, pastikan anda lenser dengan sedikit minyak atau mentega sebelum menuang adunan pancake yang baru. Hidangkan drizzle dengan sedikit sos butterscotch. Hidangkan sebagai sarapan pagi..



Sos Butterscotch
1/2 cawan gula perang
1/2 cawan whipping cream
1/2 cawan susu segar
secubit garam
1/2 tsp vanilla essence
40 gram butter

Cara membuatnya :
Cairkan butter dakam periuk kecil, Masukkan gula perang, kacau selalu sehingga gulanya cair@larut sepenuhnya dan berbuih.Tuangkan whipping cream perlahan2 sambil mengacaunya. Masukkan susu segar, vanilla dan bila semuanya sebati off kan api dan tuangkan dalam bekas tahan panas, sejukkan sedikit dan sedia untuk digunakan sebagai topping.

Note : Pastikan semua bahan tersedia dekat dapur anda kerana sos ni cepat hangus kalau di tinggalkan. Awas masa nak tuang cream tu sbb gula ni panas sangat..

Iklan Sekejapp..


Thursday, July 30, 2015

Biskut Sarang Semut


Assalam dunia dan semua rakan - rakan di luar sana.. berjumpa lagi nak share kan satu resepi yang sangat mudah dan cepat cara buatnya, rasanya seakan biskut samperit menurut saya.. pertama kali buat biskut sarang semut ni untuk mengisi balang - balang kuih di bulan Syawal..

Biskut Sarang Semut ( Naz )
170 gram butter
120 gram gula
1/2 tsp vanilla
1/2 tsp serbuk penaik
100 gram tepung gandum
70 gram tepung jagung
120 gram tepung kastad
Coklat rice secukupnya sebagai hiasan

Cara Membuat :
Pukul butter dan gula hingga kembang. Masukkan asen vanilla dan baking powder. Pukul rata. Masukkan tepung gandum dan tepung kastad. Gaul dan uli hingga sebati.

Sagat adunan ke dalam mangkuk besar. Buat hingga habis semua adunan disagat.
Sudukan adunan yang telah disagat ke dalam cawan kertas. Taburkan coklat rice di atasnya. Bakar pada suhu 175 C selama 20 minit.


Wednesday, July 29, 2015

Coklat Cake Yummy.. Untuk Adik Nusrat


Tayang gambar tempahan sekejap. Untuk yang berminat boleh terus whatsapp saya atau pun call saya, Julia 017 - 4938775..

Sunday, July 26, 2015

Salam Lebaran dan Biskut Tat Nenas Bunga..

Salam Lebaran to all our Muslim friends we wish you all..  Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin..

Assalamualaikum semua. Hari ni nak kogsikan bersama resepi tart bunga yg saya buat untuk persedian menyambut raya tiba. Untuk tahun ni saya tak buat tat gulung, tukar pada bentuk bunga la pulak..
Tat Nenas Bunga
250 gram mentega (nak sedap guna yang berkualiti)
1 sudu besar minyak sapi
1 sudu besar susu pekat manis
40 gram gula halus
1 biji kuning telur
10 sudu besar tepung jagung / kastard - ayak
1 sudu kecil esen vanilla (opt)
350 gram tepung gandum - ayak (tambah jika adunan lembik)
Inti nanas secukupnya - buat bebola kecil
paper cup kecil secukupnya
Pewarna makanan - jika suka

Cara Membuat  :
Mentega, susu manis, kuning telur, minyak sapi, gula halus, vanilla, pewarna dikacau hingga sebati. Masukkan tepung gandum dan tepung kastad sedikit2 sehingga adunan menjadi doh yang lembut.

Canai doh dan terap dengan penerap berbentuk bunga. Bubuh doh bunga kedalam papercup yg beralas mangkuk2 alum dan tekan2kan sikit di tengahnya.Isi inti nanas dan hias jika suka. Bakar pd suhu 165C-170C selama 20 min atau hingga garing mengikut suhu oven masing2.

Kuih Sagu pandan


Assalam buat semua, rindu rasanya lama tak menaip di sini kerana kesibukan yang tak ada penghujungnya. lama saya nak kongsikan resepi kuih sagu pandan ni dari bulan ramadhan lagi tapi tak sempat dan selalu tak ada masa.. kuih sagu sangat lembut dan manis yang sedang - sedang saja dan juga lembut memang favorite dan menjadi kegemaran yg versi merah pernah juga buat dan resepi boleh intai di sini!

Kuih Sagu Pandan
1 cawan sagu
3 cawan air
3/4 cawan gula
1/2 biji kelapa parut - putih sahaja dan gaulkan dng secubit garam
Pewarna hijau
Pandan paste

Cara Membuat :
Panaskan air dan masukkan sedikit pewarna sehingga mendidih. Masukkan sagu dan kacau sehingga agak pekat. Masukkan sedikit pandan paste. Kacau rata dan angkat. Tuangkan ke dalam loyang yang telah disapu minyak dan kukus selama 25 minit. Sejukkan dan bolehlah digaul dengan kelapa parut yang dimasukkan dengan sedikit garam.


Saturday, June 13, 2015

Bolu Kukus Mekar


Bolu yang dah habis. kalau ada anak - anak kat rumah kena rajin sikit membaking! Baking pun yang mudah - muah saja. Resepi lama ada dalam simpanan, selalu guna resepi yang sama kalau nak buat apam mekar.. memang manjadi dan cantik! Kita semak resepi kat bawah ni..

Bolu Kukus Mekar
200 gram gula pasir
2 biji telur
1 tsp ovellete
225 tepung gandum
1 tsp baking powder
150 ml air sprite

Cara Membuat :
Masukkan semua bahan - bahan ke dalam mangkuk adunan. Pukul sehingga naik kembang dan pekat. Bahagi menjadi dua bahagian dan beri pewarna yang di gemari. Tuang adunan ke dalam acuan bolu secara berselang - seli 3/4 penuh atau hampir penuh agar bolu merekah cantik. Kukus dengan api sedang selama 10 menit. sajikan.


Kek Buah Kering


Assalam.. hujan - hujan ni lapar tak tahu nak buat apaa. Anak - anak saya perhatikan dari tadi asyik buka tutup peti ais aja. kesiannya!! Hari ni sedap bersantai di rumah tak pergi mana - mana. Saya pun masuk dapur siapkan sebiji kek untuk di jadikan kudapan masa minum petang. Belek - belek telur ada 5 biji je yang tinggal.. memang cukup - cukup!! Allhamdulillah siap dah cake saya ni, apa tunggu lagi.. resepi kek saya ambil dari Sajian Sedap.com.. Hm berbaloi mencuba memang sedap, lembut dan tak terlalu manis! Boleh buat lagi nanti..

Cake Buah Kering
250 gram margarin
100 gram gula pasir halus
5 kuning telur ayam
250 gram tepung ganum
1 tsp baking powder
5 putih telur ayam
1/4 sendok teh garam
1/2 cream of tartar
50 gram gula pasir
75 gram fruit mix - saya pakai dalam 150 gram dan gaulkan dengan 1 tsp tepung
supaya fruit tu tak jatuh di bawah adunan..

Cara membuat :
Pukul margarin dan gula pasir selama 7 menit sampai lembut. Tambahkan kuning telur satu per satu sambil dipukul sehingga rata. Masukkan tepung gandum dan baking powder sambil diayak dan dipukul perlahan sampai rata. ketepikan.

Pukul putih telur, garam, dan cream of tartar sampai kembang. Tambahkan gula pasir sedikit-sedikit sambil dipukul sampai mengembang.Tuang ke campuran tepung sedikit - sedikit sambil di kacau perlahan. Tambahkan fruit mix. Kacau perlahan.


Tuang di loyang ukuran 24x10x7 cm yang disapu margarin dan dialas kertas roti.
Panggang dalam oven panas dengan api bawah suhu 180 derajat Celsius selama 60 menit sehingga masak. Angkat, sejukkan. Keluarkan dari loyang. Sajikan.

Ayam Siat Ala Bali


Menu tadi petang membuat ayam siat / suwir ala Bali. Tak tahu rasa sebenar kalau kat tempat asalnya.. cuba - cuba aje dan tukar selera! Cepat dan cukup mudah penyediaanya tak perlu ambil masa yang lama kat dapur. Resepi follow terus dari Nesle.com.



Ayam Siat Ala Bali
2 sudu besar minyak sayur
2 ulas bawang putih | hiris halus
3 ulas bawang merah | hiris halus
1 batang serai | ambil bagian yang putih - potong halus
2 - 3 helai daun limau -  hiris halus
300 gram dada ayam | rebus  - siat kasar
1 sdm air limau nipis

Bahan kisar :
3 buah cili merah
3 - 5 biji cabai melaka
2 ulas bawang putih
Serbuk pati ayam secukup rasa
½ cm kencur - saya x pakai
½ tsp belacan goreng
½ tsp serbuk lada sulah
Garam dan gula secukup rasa

Cara Membuat :
Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga layu dan wangi.Tambahkan bahan kisar, serai, dan daun limau, kacau hingga matang. Masukkan daging ayam siat dan kacau rata. perah air limau nipis  kacau rata. Angkat dan sajikan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Kongsi Resepi