Nuffnang

Monday, November 29, 2010

Rendang Tongkol


Ada banyak jenis rendang, mulai dari rendang daging, ayam dan udang. Semuanya
mempunyai rasa yang sangat lazat. Lauk yang mudah di siapkan tidak bermakna
kelazatannya diabaikan. Rasanya akan tetap menjadi pilihan bagi mereka yang telah
merasainya.   

Bahan - Bahan :
800 gram ikan tongkol segar - dipotong  beberapa bahagian
1 sudu makan air perahan limau
1 sudu teh garam
2 helai daun kunyit
2 batang serai - diketuk
8 helai daun limau purut
3/4 sudu teh garam
1/4 sudu teh gula pasir
750 ml santan daripada 1/2 biji kelapa
3 sudu makan minyak untuk menumis

Bahan Kisar :
15 biji bawang merah
6 ulas bawang putih
12 biji cili merah
3 cm halia
3 cm lengkuas
3 cm kunyit hidup

Cara Memasak :
Lumur ikan tongkol dengan air perahan limau dam garam. Perapkan selama 15 minit.
Kemudian goreng ikan tongkol. Tumiskan bahan kisar, daun kunyit, serai, daun limau
sehingga naik bau.

Masukkan ikan tongkol goreng, garam dan gula. Kacau rata. Tuangkan santan dan
biarkan kuahnya sehingga agak kering. Memasak rendang perlulah di atas api kecil
supaya rempahnya akan meresap ke dalam isi ikan.

                                                                      
                                           

Sunday, November 28, 2010

Roti Coklat Keju

             
Dengan hanya menggunakan 2 biji kuning telur roti ini boleh di katakan lembut. Yaa, betul saya tak letakpun bread improver atau pelembut roti sejenis bahan kimia. Kalau boleh memang tak nak pakai dahh. Tapi sekali - sekala ada pakai juga! Opss.Tetapi dalam jumlah yang sedikit sahaja.

Bahan - Bahan :
400 gram tepung roti
80 gram gula pasir
6 gram yis segera
25 gram susu tepung
2 biji kuning telur
1 biji putih telur
170 ml air sejuk
75 gram marjerin
1 sudu teh garam

Bahan Inti :
150 gram keju cheddar - potong dadu kecil
150 gram coklat masak hitam - potong dadu kecil

Bahan sapuan ( kacau rata ) :
1 biji kuning telur
1 sudu makan susu cair

Cara Membuat :
Roti : campurkan tepung roti, gula pasir, yis segera dan susu tepung. Kacau rata. Masukkan telur dan air sejuk sedikit demi sedikit sambil di uli sehingga menjadi doh yang tidak melekat di jari. Masukkan marjerin dan garam. Uli sehingga elastik.

Biarkan doh rehat selama 30 minit. Kempiskan adunan. Timbang setiap bahagian doh seberat 12 gram. Betukkan bulat. Biarkan selama 10 minit. Leperkan adunan. Masukkan inti dan bentukkan bulat.  Letak di dalam loyang yang telah disapu marjerin.

Biarkan selama 75 minit. sehingga kembang. Sapukan dengan bahan sapuan. Bakar selama 6 minit dengan suhu ketuhar 220 C sehingga masak.

Sumber : Majalah Sedap

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Kongsi Resepi