Nuffnang

Saturday, January 28, 2012

Kuih Lapis Lobak Merah



Saya nak berkongsi lagi. Petang tadi ada mencuba kue lapis lobak merah merah ini, rasanya lumayan lemak manis. Sekali - sekala mencuba kelainan. Nak tau sedap tak sedap kuih lapis ni, kena cuba sendiri membuatnya di dapur, ya !

Bahan bahan A :
300 ml santan pekat
700 ml air biasa
200 gram tepung beras
200 gram tepung ubi ( tapioca flour )
1 tbsp tepung sago
250 gram gula caster  

Bahan bahan B :
500 ml juice lobak merah
100 gram tepung beras
100 gram tepung ubi
120 gram gula caster
1/2 tbsp tepung sago

Cara : Di dalam mangkuk campurkan semua bahan - bahan A dengan menggunakan whisk sehingga sebati dan tercampur rata. Bahagikan menjadi 5 bahagian yang sama banyak. Didalam mangkuk yang lain pulak campurkan semua bahan - bahan B dan kacaukan sehingga sebati. Bahagikan kepada 4 bahagian yang sama banyak. Ketepikan.

Panaskan pengukus. Gliskan loyang saiz 8 inci dengan sedikit minyak sayur dan panaskan di dalam pengukus selama 5 minit. Masukkan 1 cawan adunan berwarna putih dan kukus selama  5 minit atau sehingga masak. Ambik lagi 1 cawan adunan berwarna orange ( adunan B ) dan kukus lagi selama 5 minit. Ulangi langkah yang sama sehingga adunan habis. Untuk  layer yang terakhir kukus lagi selama 10 minit,  angkat dan biarkan sejuk barulah di potong.
     

Kek Cawan Coklat



Sejak akhir - akhir ini kek cawan atau pun cup cake seakan - akan menjadi fenomena di negara ini. Hidangan pemanis mulut ini kerap di sajikan pada majlis perkawinan, pertunangan atau pun harijadi.
Sebenarnya pemanis mulut ini muncul bagi memenuhi keperluan masyarakat yang mahukan santapan yang di nikmati dengan sekali suap sahaja! Katanya, ya!! Kepelbagaian saiz, warna dan rekaan menjadikan kek cawan bukan sekadar dicari di akhir majlis, bahkan di komersialkan menjadi sebahagian gaya dan hiasan.


Bahan bahanya :
100 gram mentega  tawar
200 gram gula pasir halus - boleh kurangkan sesuai selera!
2 biji telur
250 gram susu cair
1 sudu teh esen vanila
Paper cup secukupnya

Bahan diayak :
40 gram serbuk koko
140 gram tepung gandum
1/2 sudu teh baking powder
1/4 sudu teh garam

Hiasan :
Bunga warna - warni secukupnya untuk hiasan

Cara : Siapkan 12 buah paper cup ukuran sedang. Panaskan oven bersuhu 170 C. Pukul mentega dan gula, masukkan telur sebiji demi sebiji sambil terus di pukul. Masukkan esen vanila, pukul sehingga rata. Masukkan campuran tepung dan susu cair secara berselang - seli, kacau rata. Masukkan adunan ke dalam paper cup, bakar sehingga  masak selama 20 minit. Angkat dan sejukkan. Hias dengan  krim mentega dan bunga warna - warni secukupnya.

                                   
Resipi Krim Mentega

500 gram krimwell
125 gram mentega
150 gram gula aising - ayak dulu, boleh kurang atau tambah jika perlu
4 sudu besar susu pekat manis
1 sudu esen vanila

Cara : Campurkan semua bahan dan pukul sehingga kembang dan putih, menggunakan kelajuan maksimum. Bahagikan kepada beberapa bahagian  dan warnakan mengikut tema hiasan kek cawan anda!

                                                                           

Tuesday, January 24, 2012

Sweet Trifle


Hari ini kita buat puding pulak ! Siap je puding berwarna ni, anak - anak langsung kerja buka - tutup peti ais pulak. Hehe. Puding ini ada tiga lapisan dari lapisan agar - agar, custard dan jugak kek. Nampak sedap, tak ?

Bahan lapisan bawah :
1/2 resipi kek coklat kegemaran bersaiz 7 inci.Yang ni terpulang nak guna kek yang
dah siap ok jugak!

Bahan lapisan tengah :
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar tepung custard
3 sudu besar gula
200 ml susu segar atau susu cair
1 biji telur
1 sudu besar butter

Cara : Masukkan tepung jagung, custard, gula dan susu cair ke dalam periok, kacau jangan sampai ada yang berketul dengan menggunakan whisk. Masukkan telur dan butter, kacau lagi sehingga menjadi pekat dan nampak lincin. Siap. Tuangkan di atas kek tadi.

Bahan lapisan atas custard :
1 tin fruit cocktail

Cara : Taburkan buah - buahan cocktail di atas lapisan custard. Simpan air buah tersebut untuk kegunaan lain.

Bahan lapisan atas  :
1 peket agar - agar, ikut je arahan kat belakang peket cara membuatnya ya !Sejukkan sekejap dan tuangkan di atas custard yang telah sejuk/ sudah set tadi. Simpan di dalam peti sejuk sebelum di hidangkan.

           

Monday, January 23, 2012

Crunchy Piza


Musim cuti lagi. Percubaan saya di dapur membuat piza comei - comei, comei kaa? Hehe. Ini sahaja je, bosan dengan saiz pizza yang besar tuch! Jom tengok ! Senangg!

Bahan - bahannya :
Tepung gandum 500 gram
Garam 1/2 sudu teh
Yis 1 sudu besar
Air suam 300 ml
Minyak zaitun  2 sudu besar

Untuk Topping :
Sosej ayam - potong dadu 250 gram
Bawang besar 1/2 biji - cincang kasar
Keju mozzarella 100 gram - parut
Organo 1 sudu teh
Serbuk lada sulah 1/2 sudu teh
Garam secukup rasa
Gula pasir 1/2 sudu teh
Sos tomato 75 gram
Minyak masak 2 sudu besar

Cara : Adunan kulit : campurkan tepung, garam dan yis. Buat lubang di bahagian tengahnya, tuang air suam sedikit demi sedikit sampai di kacau sehingga rata. Masukkan minyak zaitun, uli sehingga kalis. ( atau menggunakan mesin pembuat rotu pun ok! ). Diamkan adunan selama 20 minit.

Adunan isi : Panaskan minyak, tumiskan bawang besar sehingga nak bau. Masukkan sosej ayam, kacau sehingga rata dan berubah warna. Masukkan lada sulah, garam dan gula pasir. Tambahkan jugak oregano dan sedikit sos tomato, kacau rata. Ketepikan.

           
Canai nipis adunan dengan ketebalan 0,2 cm. Bentukkan dengan acuan kukis berbentuk bulat.Letakkan adunan yang sudah siap di atas loyang yang telah di sapu marjerin. Tabur dengan keju mozzarella. Bakar pada suhu 150 C selama 45 minit, sehingga keperangan.

               

Sunday, January 15, 2012

Cheese Butter Cake


Cuba - cuba lagi! Hm kek yang kaya akan  cheese dan sedap untuk minum petang, lagi. Resepi saya tengok dekat Yateeasybakes. Thanks ya share this recipes. Love it!

Bahan - bahannya :
250 gram cream cheese
150 gram butter
250 gram tepung gandum
1 tsp baking powder
220 gram gula caster
1 tsp lemon juice atau vanila essense
1 tsp lemon zest - saya tak letak
4 biji telur grade A

Cara :  Whisk kan tepung dan baking powder. Ketepikan sekejap. Di dalam mangkuk pukul cream cheese, butter dan gula caster sehingga creamy. Masukkan telur sebiji demi sebiji, pukul perlahan sehingga sebati. Masukkan jugak lemon juice.

Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit, pukul dengan kelajuan perlahan sehingga semuanya menjadi sebati. Bakar pada suhu 160 C sehingga masak. Saya dekat 1 jam baru masak. Siap and ready to eat!
         
                                               

Apam Dot In Action



Biasa la gambar aje. Kalau nak cuba resepi ni, tengok kat bawah ya! Tempahan seorang
kawan saya yang duduk sungai dua. Untuk majlis harijadi anaknya. Tq.    
   

Saturday, January 14, 2012

Mee Rebus Mamak



Meh, pekena mee rebus mamak !! Tapi yang ini bukan kedai punya, buat je kat rumah. Pasai hari itu jalan - jalan rumah mamak Haji teringin nak buat sendiri di rumah. Resepi depa pun macam - macam ada, dari nasi tomato, ayam masak merah, capati dan banyak lagi. Pilih je mana yang berkenan dan cuba ya!

Bahan - bahannya :
100 gram sotong kering di  rendam dan bersihkan, rebus sehingga lembut isinya. Tapis dan
simpan air rebusan sotong.
100 gram udang kering di rendam dan bersihkan
1 kg ubi keledek  yg berwarna oren. Buang kulit dan di rebus dan lenyekkan.
sedikit cilli kering - ikut kepedasan
4 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
10 keping biskut marrie untuk pemekat kuah.

Cara buat kuah : kisar cili kering, udang kering dan biskut marrie sehingga halus. Panaskan periok dan masukkan hasil kisaran. Tambah air rendaman sotong yang di simpan. Tambahkan air 1 liter dam masukkan ubi yg telah di lenyek dan kacau sehingga sebati.

Bila kuah telah mendidih masukkan sos cili dan sos tomato. Masukkan gula garam secukup rasa. Jaga kepekatan kuah. Bila kuah telah mendidih kecik kan api.

Bahan Untuk Penyediaan Mee :
1 kg mee kuning. Mee perlu di celur ke dalam air panas. Keluarkan mee dengan penapis dan
masukkan kembali ke dalam besin yg di isi air sejuk dan toskan mee dalam penapis.
250 gram tauge - dicelur dengan air panas, toskan  
4 keping tauhu - di goreng dan di potong
4 biji telur - di rebus dan di potong dua
Limau kasturi  - di belah dua
Daun sup dan daun bawang -  di hiris halus
Bawang goreng untuk di taburkan di atas mee
Isi sotong yang direbus

Note : saya tambahkan beberapa ulas bawang kecik dan sebijik bawang besar semasa mengisar cili kering.  

                                                         

Friday, January 13, 2012

Apam Dot - Dot



Ramai yang sudah mencuba si apam warna - warni ini. Saya pun tak ingin tertinggal.Kalau penuh dengan warna macam ni, anak - anak kat rumah yang semangat ingin mencubanya. Resepi saya tengok  di blog kak Anim.

Bahan - bahannya :
3 biji telur dari peti sejuk
275 gram tepung gandum
210 gram gula halus
150 gram susu segar
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovallete
filling bluberry secukupnya

Caranya : masukkan semua bahan ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maxima
selama 6 - 8 minit. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan beri pewarna.Masuk
kan setiap warna ke dalam piping bag.

Picitkan setiap adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah di susun di dalam acuan.Picitkan
bluberry filling secukupnya. Picitkan lagi adunan yang berlainan warna sehingga 3/4 penuh.
Kemudian dot dot kan dengan pewarna pilihan. Kukus selama 10 - 15 min                             

Wednesday, January 11, 2012

Bubur Gandum

     

Nampak sahaja biji gandum dekat kedai runcit hari tu, trus je ambik dalam dua peket kecil. Lama tak buat bubur gandum. Memang membuka selera untuk teman minum petang hari ini. Resepi pun simple ikut suka hati  sahaja.

Bahan - bahannya :
2 peket biji gandum - mungkin dalam 150 gram, saya rendam semalam lalu rebus
60 gram gula pasir
60 gram gula melaka
30 gram sagu biji
2 helai daun pandan - ikat atau simpulkan
150 ml santan cair
150 ml santan pekat

Caranya : didihkan santan cair, gula melaka, sagu biji dan daun pandan. Apabila sagu masak masukkan gula pasir, biji gandum yang telah di rebus dan jugak santan pekat. Biarkan sehingga mendidih dalam 15 menit, dan bolehlah di hidang.


                                   

Tuesday, January 10, 2012

Kek Sifon Coklat



Syukur  dapat menyelesaikan tugasan dari cikgu Siti yang minta di buatkan kek coklat untuk
si kecik Haziq. Habis je time kerja terus je pergi  ke dapur menyiapkan bahan - bahan kek
yang akan di buat tadi. Resepi saya cuba dari buku kek Puan AmarusZati.

Bahan - bahan A :  
40 gram koko
40 ml air panas ( bancuh koko dengan air panas dulu, baru tambah susu segar )
80 ml susu segar
4 kuning telur
100 gram gula kastor
120 gram tepung naik sendiri
1/2 sudu kecil serbuk penaik
1/2 sudu kecil soda karbonat
60 gram minyak jagung
1 sudu kecil esen vanila

Bahan - bahan B :  
4 biji putih telur
50 gram gula kastor
1/4 sudu kecil cram of tar - tar

Caranya : panaskan ketuhar pada suhu 170 C. Pukul bahan A sehingga sebati. Dalam mangkuk lain, pukul telur dan tar - tar sampai berbuih. Masukkan gula dan pukul sehingga menjadi meringue.
Masukkan putih telur ini ke dalam adunan A tadi. Gaulkan perlahan. Masukkan adunan ke dalam loyang 9 inci. Loyang tidak perlu dilenser, hanya alas sahaja. Bakar selama 40 minit. Apabila masak, terus telangkkupkan atas redai.          

Sunday, January 8, 2012

Jagung Bakar



Salam. Dah lewat malam baru nak sempat post  resepi yang saya dah cuba  petang kemarin. Selalu kalau beli jagung saya buat rebus je, kali ni saya cuba persi bakar pula. Meh, semak resipi yang senang nih!! Aittt tapi sedap tauu..

Bahan - bahan :
5 tongkol jagung manis - cuci bersih
2 sudu besar butter
2 ulas bawang putih - tumbuk halus
1/2 sudu teh serbuk pati ayam
2 sudu makan sos cili
2 sudu makan sos tomato
1 sudu teh gula pasir
garam secukupnya

Cara : di atas api kecik, cairkan butter, masukkan bawang putih dan tumiskan sehingga naik bau.
Masukkan sos cili, sos tomato, gula dan garam. Jangan lupa masukkan serbuk pati ayam ya! Masak sehingga sos sedikit pekat. Sapukan ke jagung. Bakar di dalam oven dengan menggunakan api bahagian grill sehingga masak.HIdang panas - panas memang sangat sedap.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Kongsi Resepi