Nuffnang

Showing posts with label nasi. Show all posts
Showing posts with label nasi. Show all posts

Saturday, October 27, 2012

Nasi Tomato Lengkap Aidil Adha



Assalammualaikum.
Hari ini nak kongsikan resepi nasi tomato. Resepi ni saya rujuk dari buku masakan. Chef Noraini Margono. Saya tengok bahannya memang lain sikit dari nasi tomato yang selalu saya buat. Bagi saya memang cukup menyelerakan dan sedap. Jom kita tengok apa bahan - bahan yang digunakan !

Bahan A :
3 mangkuk beras basmathi
3 susu besar minyak sapi
3 sudu besar marjerin
4 sudu besar puri tomato
3 sudu besar susu cair
1 sudu besar susu pekat
1 biji limau nipis
1/2 mangkuk kacang peas

Bahan B :
2 ulas bawang putih - kisar
2 ulas bawang merah - hiris nipis
4 cm halia - kisar
Sedikit bunga lawang, kayu manis, pelaga dan cengkih

Bahan C :
3 1/2 gelas air
2 helai daun pandan
1 batang serai - di ketuk
1 sudu besar garam

Cara Membuat :
Rebuskan semua bahan - bahan C di dalam periuk. Panaskan minyak sapi dan marjerin di  dlm kuali. Tumiskan semua bahan B sehingga garing. Masukkan puri tomato, gaul rata dan masukkan beras dan gaulkan sehingga beras berkilat.

Setelah bahan C mendidih. Masukkan susu dan akhir sekali jus limau nipis. Setelah air  mendidih semula masukkan beras. Kacaukan sehingga rata dan tutup periuk. Apabila air sudah kering, kacau nasi kemudian tutup periuk rapat - rapat. Setelah nasi masak masukkan kacang peas. Gaul rata dan hidangkan.

Setelah nasi tomato siap di hidang tak lengkap rasanya kalau takdak ayam masak merah ni, kan ?? Ayam masak merah memang banyak versinya. Orang cakap kalau nak sedap lagi kena masukkan sedikit buah keras dan juga santan. Macamana, ya? Hmm, pasti sedap!

Bahan - bahannya :
1 ekor ayam - potong 12 bahagian
10 biji cili kering - rendamkan dan kisar
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 batang serai - di ketuk
1 inci lengkuas - di ketuk
3 biji buah keras
1 biji bawang besar - potong bulat
1 sudu teh jintan halus
Air secukupnya
1 tin tomato puri
100 ml santan cair
Sedikit kacang badam - panggang dan kisar
Minyak untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa

Cara Membuat :
Kisar lada kering, bawang besar, bawang putih, halia dan buah keras hingga halus. Panaskan minyak tumis bawang yang di potong bulat tadi bersama rempah kisar,jintan halus, serai dan lengkuas. Masak sehingga rempah garing dan naik bau.

Masukkan ayam dan air secukupnya. Setelah ayam 1/2 masak masukkan tomato puri dan santan cair. Renihkan sebentar. Masukkan kacang badam kisar. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Masak sehingga ayam menjadi empuk dan kuah sedikit pekat.

Opss!! Jangan lupa untuk menyediakan acar timun dan nenas sebagai bahan lauk pelengkap nasi tomato kita. Sangat simple dam mudah di sediakan.

Bahan - Bahannya :
1 biji timun - potong nipis
1/2 biji buah nenas - potong nipis
1 biji bawang besar - potong nipis
1 biji cili merah, buang biji - potong halus
2 camca besar sos tomato
1/2 cawan air masak
2 sudu besar cuka makan
Garam dan gula secukup rasa

Cara : Satukkan semua bahan - bahan yang telah di potong ke dalam mangkuk. Sesuaikan rasa. Hidangkan bersama nasi tomato, ayam masak merah dan acar.

Wednesday, March 14, 2012

Nasi Ayam Ipoh



Hari ni layan menu budak - budak kat rumah ni, noo! Dah beberapa hari ni asyik minta di buatkan nasi ayam.  Ishh, ada beberapa resepi nasi ayam yang tersimpan.

Pilih punya pilih, nak cuba resepi nasi ayam Ipoh dari Quinnie@ my resepi.com. Tq, yee share resepi yang ennakk ini! Tak rugi mencubanya, memang sedap sehingga menjilat jari!! Hehee..

Bahan  Untuk Nasi :
4 cawan beras
4 1/2 cawan air rebusan ayam
2 inci halia - kisar
3 ulas bawang putih - kisar
3 helai daun bawang, ambil dengan bahagian bawah / akar sekali
1 sudu besar minyak bijan
2 sudu besar sos tiram
2 helai daun pandan
4 sudu besar mentega

Cara - Cara :
Mula - mula buat air rebusan ayam. Masukkan bahan - bahan untuk membuat sup. Kecuali sengkuang dan serbuk lada sulah. Setelah mendidih masukkan ayam, biarkan ia masak. Angkat dan toskan. Ketepikan sekejap.

Masukkan marjerin di dalam periuk nasi elektrik, biar mencair. Masukkan bahan - bahan yg di kisar biar sehingga naik bau. Masukkan daun bawang dan juga daun pandan. Bila dah layu sikit masukkan sos tiram dan minyak bijan. Kacau sekejap dan masukkan beras, garam dan air rebusan ayam biarkan nasi sehingga masak.


Bahan Membuat Sup :
Air rebusan ayam secukupnya
4 ulas bawang putih - di ketuk
3 inci halia - di ketuk
3 helai daun bawang
1 biji sengkuang - di potong dadu
1 sudu besar lada sulah
garam secukup rasa

Cara - Cara :
Baki air rebusan tadi didihkan lagi bersama sengkuang dan serbuk lada. Masak sup sehingga
mendidih. Perasakan sup

Bahan Membuat Ayam :
1 ekor ayam
3 ulas bawang putih - kisar
1 inci halia - kisar
3 sudu besar kicap lemak manis
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar cuka
1 sudu besar madu

Cara - Cara :
Ayam yang di toskan tadi, perapkan bersama bahan -  bahan kisar dan rempah lainnya. Perap selama 1/2 jam. Bolehlah di goreng atau pun bakar sehingga masak.



Bahan Membuat Cili :
5 biji cili burung
5 biji cili merah
Sedikit halia
3 ulas bawang putih
1 biji limau kasturi
Sedikit air rebusan ayam
Garam dan gula secukup rasa

Cara : Masukkan  semua bahan2 membuat cili ke dalam blender, blender sehingga hancur. Sesuaikan rasa.

Bahan Mambuat Kuah Kicap :
2 biji cili merah
Sedikit halia - kisar
2 ulas bawang putih - kisar
1 sudu besar kicap
1 sudu besar sos tiram
Air rebusan ayam secukupnya
1 sudu besar tepung jagung, di campur dengan sedikit air untuk memekat kuah

Cara : Tumiskan bahan  kisar dengan sedikit minyak, tumis sehingga naik bau. Masukan kicap dan sos tiram. Masak sehingga mendidih. Sesuaikan rasa. Masukkan tepung jagung tadi, tunggu sehingga kuah menjadi pekat. Tutupkan api.

Note : selepas semua dah  masak. Hidangkan nasi ayam bersama dengan pelengkap.

Tuesday, March 13, 2012

Nasi Lemak Hijau



Bangun je hari ni, terus pergi ke dapur menyiapkan sarapan untuk anak sulung saya. Dia cakap ada kelas tambahan hari ini. So, saya buatkan nasi lemak sahaja untuk makan pagi ni!

Hmm, dia cakap best mom! Walau pun versi terlambat dan ketinggalan, nak jugak merasa dan mencuba. Tq so much pada Cik Mat lagi! Resepi yang best!

Bahan Nasi Lemak :
4 cawan beras basmati, cuci dan rendam 20 minit dan toskan
1 biji kelapa di parut
10 helai daun pandan - potong kecil dan kisar dengan 1 cawan air
2 batang serai - di ketuk
1 helai daun pandan - di simpul
1 inci halia - di ketuk
3 ulas bawang putih -  di ketuk
5 ulas bawang merah, hiris nipis
1 batang kayu manis*
1 kuntum bunga lawang*
5 kuntum bunga cengkih*
3 biji buah pelaga* ( * rempah untuk menumis )
1 tsp serbuk lada hitam
Sedikit garam
Setitik pewarna hijau

Cara - Cara :
Tuang kisaran daun pandan tadi dalam kelapa parut, tambahkan air. Ramas dan perah sehingga mendapat santan . Masukkan beras yang di toskan tadi di dalam rice cooker. Ketepikan sekejap. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis rempah tumis, bawang kecil, bawang putih, halia dan serai sehingga naik bau. Tuang santan dan masukkan daun pandan yg di simpul.

Masukkan garam dan serbuk lada, biarkan mendidih. Matikan api dan tuang santan tadi dalam beras yg telah di isi di dalam rice cooker tadi Tekan on dan masak seperti biasa.
Hidangkan nasi bersama bahan - bahan sampingan seperti sambal tumis, hirisan timun, ikan atau pun ayam goreng.

Sunday, August 22, 2010

Belacan Fried Rice


Ingredients :
2 tbsp oil
2 eggs
1 tbsp chopped shalot
1 tsp belacan powder
1 tbsp chopped red chili
2 bowls white rice
2 tbsp fried crispy dried shrimp
2 tbsp chopped spring onion

Seasoning :
2 tbsp lea & perrins worcestershire sauce
Salt to taste

Method :
Heat up oil, break in eggs and fry until aromatic. Remove. Add in chopped shallots
and saute until aromatic. Add in belacan powder, red chili and stir - fry until
fragrant. Add in white rice, seasoning and stir-fry until well mixed. Add in fried 
dried shrimp, fried egg and stir well. Lastly add in chopped spring onion and stir
well. Dish up and serve hot.

                                       

Wednesday, July 7, 2010

Nasi Arab


Bahan - Bahan :
400 gm beras
40 gm bawang kecil
30 gm bawang putih
10 gm halia
1 sudu kecil serbuk lada hitam
Rempah 4 sekawan
15 gm rempah kari daging
10 gm rempah kari ikan
10 gm serbuk kunyit
1/2 sudu kecil rempah kurma
1/2 sudu kecil serbuk jintan putih
1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
50 gm minyak sapi
670 ml air

Cara Membuat :
Panaskan minyak sapi dan tumiskan bawang kecil, bawang putih dan halia sehingga
kekuningan . Masukkan rempah 4 sekawan.  Masukkan semua rempah bersama
serbuk lada hitam dan air. Masukkan beras dan kacau sebati dengan rempah tadi.
Tutup periuk dan biarkan ia masak.



                                                         
Sumber :  Mohd. Azwan abdullah
                                                

Sunday, May 16, 2010

Nasi Panggang Tuna




Bahan - bahannya :
200 gram nasi putih
1/4 labu bawang besar - di cincang
1/4 sudu teh garam
1/4 sudu teh lada sulah
1 sudu makan marjerin
1/4 labu bawang besar - hiris panjang
1/4 biji capsicum merah
100 gram tuna dalam tin
50 gram cendawan butang - di belah dua
1 biji tomato, buang bijinya dan potong dadu
1 sudu makan pes tomato
3/4 sudu teh garam
1 sudu teh lada hitam - tumbuk kasar
1/2 sudu teh gula pasir
1 sudu teh oregano
350 ml air
25 gram keju mozzarella
1 sudu makan minyak untuk menumis

Cara Membuatnya :
1. Tumis bawang besar dengan marjerin sehingga naik baunya. Masukkan nasi,
garam dan lada sulah. Kacau rata. Masukkan ke dalam mangkuk  tahan  panas
yang di sapu marjerin. Tumis bawang besar dan capsicum hingga naik bau. Ma-
sukkan tuna, cendawan dan tomato. Kacau rata.

2. Masukkan pes tomato, garam,  lada hitam  dan gula.  Kacau rata.  Tuang air.
Masak sehingga sebati. Masukkan oregano. Kacau rata. Tuangkan ke atas nasi.
Taburkan keju mozzarella. Bakar 20 minit dengan suhu 170 C.


Wednesday, May 12, 2010

Nasi Goreng Kari



Bahan - bahannya :
1000 gram nasi putih, sejukkan
1 labu  bawang besar - cincang halus
200 gram udang kecil tanpa kulit
4 ketul sosej ayam - potong dadu
200 gram kacang pholl
100 gram nenas - potong dadu
4 sudu teh kicap  ikan
2 sudu teh serbuk kari
2 sudu teh garan
1 sudu teh serbuk lada sulah
2 tangkai daun bawang - potong 1 cm
4 sudu makan mentega untuk menumis

Bahan Pelengkap :
2  biji telur buat dadar nipis
4 sudu makan bawang goreng

Cara Membuatnya :
1. Tumis bawang besar  sehingga terbit aroma. Masukkan udang. Kacau  hingga
berubah warna. Masukkan sosej ayam, kacang pholl dan nenas. Kacau  sehingga
layu. Masukkan nasi, kicap ikan, serbuk kari, garam dan serbuk lada sulah.

2. Kacau goreng sekejap. Masukkan daun bawang. Kacau rata. Hidangkan bersama
pelengkapnya.

Saturday, January 16, 2010

Nasi tomato




Bahan - bahannya :
1/4 cawan minyak masak

Bahan A
2 labu bawang besar ~ dicincang halus
4 ulas bawang putih ~ dicincang
2 cm halia ~ dicincang
4 cm kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
3 kelopak bunga lawang
3 buah pelaga ~ ditumbuk

500gm beras ~ basuh dan tuskan
3 cawan air
1/3 cawan sos tomato maggi
garam secukup rasa

1/4 cawan bawang goreng
1 biji tomato ~ dihiris
daun pudina

Cara Membuatnya :
1. Panaskan minyak dan tumis bahan A hingga wangi. Masukkan beras dan goreng
hingga beras bersalut dengan minyak. Masukkan air, sos tomato manggi dan garam
secukupnya.

2. Masak nasi bertutup hingga air kering dan nasi masak. Hiaskan dengan bawang
goreng, tomato dan daun pudina.

Saturday, January 9, 2010

Nasi goreng udang




Bahan - bahannya :
1 mangkuk nasi sejuk
2 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
Sos tiram
Serbuk pati ayam
udang, sayur kubis
Lada sulah
Garam secukup rasa

Cara Membuatnya :
1. Tumiskan bawang putih dan bawang merah hingga wangi, masukkan
sos tiram, serbuk pati ayam dan lada sulah.

2. Kacau hingga rata masukkan udang dan sayur, tumis sebentar masukkan
nasi sejuk perisakan dengan garam dan goreng hingga sebati.
Hidangkan panas.

Saturday, December 19, 2009

Nasi Lemak


Bahan Nasi Lemak :
1/2 kg beras ~ basuh dan tos kering
2 1/2 cawan santan
2 helai daun pandan ~ koyak sedikit dan simpul
2 keping hirisan halia
2 ulas bawang merah dimayang
garam secukup rasa

Bahan sambal udang :
250 gram udang ~ bersihkan dan buang kepala
1 senduk cili kering ~ kisar halus
3 labu bawang besar ~ mayang kasar
Sedikit belacan
1 cawan air asam jawa
2 labu bawang besar ~ kisar halus
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara Membuatnya :
1. Nasi lemak: masukkan semua bahan nasi lemak ke dalam periok nasi dan masak
sehingga beras sebati dengan santan.

2. Apabila nasi kelihatan agak kering, kacau rata dan tutup semula tudung periok.
Biarkan ia sentiasa panas di dalam periuk nasi elektrik.

3. Sambal udang: tumis bahan yang telah di mesin halus sehingga terbit aroma. Masuk
kan air asam, udang, garam, gula dan bawang besar, dan jugak sedikit air.
Biarkan sehingga mendidih dan kuah pekat dengan api yang perlahan.

4. Apabila nasi lemak telah masak, bolehlah di hidangkan bersama sambal udang, ikan
bilis goreng, ulam timun.
sumber ~ sedap

                                                       
                                                             

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Kongsi Resepi