Nuffnang

Sunday, January 31, 2010

Roti keju bercawan


Bahan - bahan
A
480 gm tepung roti
120 gm tepung gandum
110 gm gula halus
10 gm garam
20 gm tepung susu
4 camca teh instant yeast
1 camca teh bread improver

B
1 biji telur
300 ml air

C
60 gm mentega

D
100 gm keju cheddar diparut
Gula pasir kasar utk toping

Cara Membuat
1. Untuk doh: satukan bahan a gaul rata tambah bahan b dan
uli hingga menjadi doh. Tambahkan bahan c dan terus menguli
hingga menjadi doh yang lembut dan anjal.

2. Alih dalam bekas lain dan biarkan 1 jam hingga doh naik
dua kali ganda. Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara.
Bahagikan doh kepada beberapa bahagian, bulat bulatkan dan
dan masukkan kedalam paper cup saiz agak besar.

3. Biarkan doh selama 50 minit atau sehingga naik dua kali ganda.
Sapu dengan bancuhan telur, tabur gula dan parutan keju cheddar.
Bakar pada suhu 180C selama 23 minit.
sumber ~ cik mat gebu

Daging masak kuning




Bahan - bahanya :
500 gram daging -  dihiris  nipis
4 ulas bawang merah -  ditumbuk
2 cm kunyit hidup -  ditumbuk
2 cm halia -  ditumbuk
8 biji cili padi  - ditumbuk
200 ml santan
garam dan gula secukup rasa
2 biji kentang  - potong dadu
2 batang serai -  diketuk
2 cm lengkuas  - diketuk

Cara Membuatnya :
Campurkan daging, bahan kisar dan 100 ml santan dalam periok. Didihkan pada api perlahan. Masak sehingga keluar bau, masukkan serai dan lengkuas yg diketuk. Bubuh perasa dan masukkan kentang. Masukkan santan yang selebihnya, biarkan ia mendidih dan kuah sedikit pekat. Hidangkan.

Saturday, January 30, 2010

Thursday, January 28, 2010

Ayam berempah Terengganu



                                 
Pernah mencuba ayam goreng style Terengganu? Mudah je, simple dan senang. Untuk rakan - rakan yang bekerja dan mahukan hidangan ringkas, resepi ini sila di cuba!!

Bahan - bahannya :
1/2 kg ayam
125 gram tepung jagung
1 sudu besar serbuk kari ayam
1/2 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu besar cuka
1 biji telur
sedikit garam
sedikit air
minyak masak

Cara Membuatnya :
Bersihkan ayam dan tuskan airnya. Satukan tepung jagung, serbuk kari ayam, cuka serbuk kunyit, air dan garam secukupnya. Pecahkan telur dan pukul seketika. Pijarkan minyak celupkan ayam ke dalam telur. Kemudian celupkan pula di dalam adunan tepung jagung tadi. Goreng sehingga kekuningan
di atas api sederhana, angkat dan tuskan.

Thursday, January 21, 2010

Kek cawan pisang Marmar



Buat cemilan untuk minum petang lagi!! Resepi simple saja tapi memang sedap. Untuk rakan - rakan yang ingin mencuba, jom semak resepi yang saya taip di bawah ini! Selamat mencuba!                          

Kek Cawan Pisang Marmar
200 gram marjerin
125 gram gula pasir halus
1/4 sudu teh esen vanila
100 gram pisang yang dikisar halus
4 biji telur
225 gram tepung gandum
1 sudu teh serbuk penaik
60 ml susu cair
1 sudu makan serbuk koko dan 1 sudu makan
air panas, larutkan
1/2 sudu teh pes coklat

Cara Membuatnya
1. Pukul marjerin, gula pasir halus dan esen vanila sampai lembut. Masukkan pisang yang dikisar halus, pukul rata. Masukkan telur satu persatu bersilih ganti dengan sebahagian tepung gandum sambil di ayak dan di pukul rata.

2. Masukkan baki tepung dan serbuk penaik sambil di ayak dan di kacau rata bersilih ganti dengan susu cair. Ambil 1/4 adunan. Masukkan larutan serbuk koko dan pes coklat, kacau rata. Tuang adunan putih dicawan kertas, sudukan adunan coklat. Bentukkan corak marmar dengan menggunakan lidi bersih.

3. Bakar selama 23 minit dengan suhu ketuhar 180 C. Selama 20 minit atau sehingga masak.

Minuman berperisa moka


Mahu menghidangkan minuman berperisa moka? Campurkan koko, kopi, gula dan susu tepung didalam
cawan, tuangkan air panas. Rasanya betul - betul moka bukan ? Tidak perlu berasa hairan kerana sebenarnya moka di perbuat daripada campuran koko dan kopi.
sumber ~ majalah sedap

Tuesday, January 19, 2010

Kuih lapis Merah Putih



Kuih Lapis Merah Putih
250gm tepung gandum
250gm tepung beras
125gm tepung ubi
500gm gula pasir
2 liter santan (dari 2 biji kelapa parut,
500gm santan + 1500ml air)
Pewarna merah
Perasa ros
2 helai daun pandan

Cara Membuat :
Masak 500 ml santan bersama gula dan daun pandan hingga sekali mendidih sahaja.Tuangkan ke dalam mangkuk dan buangkan daun pandan. Blender bahan-bahan lain bersama baki santan dan tuang ke dalam mangkuk tadi, di kacau rata. Bahagi 2, lebih kurang 1250 ml tiap bahagian dan masukkan pewarna merah 1bahagian dan 1 bahagian lagi (putih) perasa ros. Kukus 4 lapis putih dan 4 lapis merah, tiap lapis lebih kurang 300 ml. Setiap lapis kukus 5-7 minit.
Sumber: Nuridah Salleh

Teh o ais limau

Kuih bom



Bahan - bahannya :
60 gm bijan
minyak untuk menggoreng

Bahan doh :
250 gm tepung pulut
1 sudu makan tepung gandum
1 sudu teh air kapur
200 ml air
sedikit garam

Bahan inti :
130 g kacang hijau, di rendam 5 jam
air untuk merebus
80 g gula pasir
40 g kelapa parut
2 camb tepung gandum

Cara Membuatnya :
Untuk memasak intinya, rebus kacang hijau sehingga empuk. Tapis airnya, sejukkan. Kemudian campur semua bahan dan kacau hingga likat dan sebati. Gunakan mangkuk lain, adunkan tepung gandum, tepung pulut dan garam, air kapur dan sedikit garam hingga menjadi doh. Ambil sedikit doh dan bentukkan bulat dan letakkan inti di tengahnya. Bentukkan semula secara bulat dan golekkan atas bijan dan gorenglah sehingga masak.

Tauhu goreng bersos Thai



Bahan - bahanya :
2 Keping tauhu putih ~ di potong
dadu dan digoreng
50 gm lobak merah ~ dipotong halus
1 biji bawang besar ~ dipotong halus
2 tangkai cili merah ~ dipotong halus
10 gm daun sup ~ dipotong halus
10 gm daun bawang ~ dipotong halus
3 sudu makan sos cili thai
Minyak untuk menggoreng
Sedikit kacang tanah di buang kulit, digoreng
dan di tumbuk kasar

Cara Membuatnya
Masukkan semua bahan didalam mangkuk dan kacau rata. Kemudian tuangkan sos thai ke dalam adunan dan gaul sebati, tabur kacang tanah, sedia dinikmati.

Sunday, January 17, 2010

Bebola keledek



Bahan yang di perlukan :
1 biji keledek saiz sederhana
100 - 150 gram tepung gandum
Gula pasir secukupnya
Sedikit garam
Sedikit air
Minyak untuk menggoreng

Cara Membuatnya :
Rebus ubi keledek sehingga lembut. Kupas kulitnya dan lenyek isinya sehingga hancur. Bancuh tepung dengan sedikit air, jangan terlalu cair. Masukkan sedikit garam gaul lagi. Campurkan adunan tadi kedalam ubi dan gaul lagi. Ambil segenggam adunan dan bentukkan bulat buat lekuk di tengahnya, masukkan sedikit gula. Tutup isi gula dan bentukkan bulat dengan kemas. Buat sampai habis. panaskan minyak dan goreng hingga keperangan.

Cheese stick


Bahan ~ bahan
300 gm tepung gandum
200 gm tepung ubi kayu
1 sudu teh garam
4 butir telur
30 gm mentega
100 gm keju parmesan, diparut

Cara Membuatnya
1. Dalam bekas campurkan tepung gandum,tepung ubi kayu dan garam halus, kacau rata. Buat lubang ditengah-tengah tepung. Masukkan telur kacau sekejap masukkan keju parmesan, uli sampai berketul.

2. Tambahkan mentega uli hingga sebati. Tipiskan adunan, dengan bantuan mesin penggiling mie atau pasta, secara bertahap sehingga nipis, tabur tepung ubi.

3. Panaskan minyak dengan jumlah banyak, goreng cheese stik hingga keperangan, sejukkan. Simpan dalam balang tertutup.
sumber ~ ncc

Saturday, January 16, 2010

Nasi tomato




Bahan - bahannya :
1/4 cawan minyak masak

Bahan A
2 labu bawang besar ~ dicincang halus
4 ulas bawang putih ~ dicincang
2 cm halia ~ dicincang
4 cm kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
3 kelopak bunga lawang
3 buah pelaga ~ ditumbuk

500gm beras ~ basuh dan tuskan
3 cawan air
1/3 cawan sos tomato maggi
garam secukup rasa

1/4 cawan bawang goreng
1 biji tomato ~ dihiris
daun pudina

Cara Membuatnya :
1. Panaskan minyak dan tumis bahan A hingga wangi. Masukkan beras dan goreng
hingga beras bersalut dengan minyak. Masukkan air, sos tomato manggi dan garam
secukupnya.

2. Masak nasi bertutup hingga air kering dan nasi masak. Hiaskan dengan bawang
goreng, tomato dan daun pudina.

Daging hitam


Bahan ~ bahan :
1 kg daging lembu
1 cawan minyak masak
1 sudu minyak sapi
150 gm bawang besar dihiris
1 batang serai
1 sudu cili serbuk
1/2 sudu kecil jintan putih
1/2 sudu besar jintan manis
1/2 sudu besar ketumbar
1/2 sudu besar serbuk lada putih
1/2 cawan kicap pekat
2 sudu kicap manis
1/2 cawan bawang goreng
4 sudu tairu
1/2 sudu sajira - tak letak

Bahan tumis :
1 batang serai
4 sekawan - bunga cengkih, bunga lawang,
kulit kayu manis, buah pelaga
100 gm 3 sekawan - bawang merah, bawang
putih dan halia dikisar

Cara Membuatnya
Panaskan minyak, masukkan bawang, serai, 4 sekawan dan bahan tumis. Masukkan 3 sekawan, cili serbuk, jintan putih, jintan manis,ketumbar serbuk lada putih, kicap pekat dan kicap manis.
Kemudian masukkan daging. Apabila daging sudah masak masukkan tairu, garam secukup rasa, bawang goreng dan sajira.

Krim paf



                       
Krim paf menjadi kue kegemaran ramai. Rasanya yang sedap, berkrim dan lembut menjadi
daya tarikan si kue comei ini. Jom cuba sendiri, membuat di rumah !

Bahan - bahannya :
250 gm tepung gandum
200 gm marjerin
500 ml air
6 biji telur

Cara Membuatnya
1. Panaskan ketuhar pada suhu 200 C. Masukkan marjerin dan air ke dalam kuali atau pun
periok dan panaskan sehingga mendidih.

2. Tutup api dan tuangkan adunan ke atas tepung dan kacau menggunakan senduk kayu
sehingga adunan benar-benar sebati. Masukkan ke dalam pengisar dan pukul bersama
telur satu persatu sehingga adunan sebati.

3. Masukkan adunan ke dalam beg kertas dan paipkan keatas dulang pembakar dan bakar
selama 15 minit atau sehingga masak. Apabila sejuk potong bahagian tengah krim puf dan
isikan dengan krim kegemaran.

Kuih kasturi



                                                 
Bahan inti :
130 g kacang hijau, direndam 5 jam
air untuk merebus
80 g gula pasir
40 g kelapa parut
2 camca besar tepung gandum

Bahan sadur :
3 sudu tepung beras
1 sudu teh garam
Secubit kapur
Sedikit air

Cara Membuatnya :
1. Untuk memasak intinya, rebus kacang hijau sehingga empuk, tapis airnya. Sejukkan. Kemudian campur semua bahan dan kacau hingga likat dan sebati. Biarkan sejuk seketika

2. Bahagikan kepada 10 bahagian yang sama, bentukkan setiap satu dengan kemas supaya menjadi bulat dan leper. Untuk menyediakan bahan sadur, campurkan semua bahan, dengan mencampurkan air sedikit demi sedikit untuk mendapatkan adunan sadur yang rata dan tidak berketul.

3. Panaskan minyak dan celupkan tiap-tiap keping kuih tadi ke dalam adunan sadur dan goreng hingga kekuningan.

Friday, January 15, 2010

Roti bantal


Onde-onde buah Melaka



Bahan - bahannya :
1 keping gula melaka
100 gm tepung beras pulut
1 sudu pati daun pandan
Sedikit pewarna hijau
Sedikit garam
Sedikit kelapa parut

Cara Membuatnya :
1. Gula melaka hendaklah di dadu sebagai inti. Masukkan tepung ke dalam mangkuk,
campurkan sedikit air, garam dan pati daun pandan.

2. Golekkan tiap-tiap satu bahagian supaya bulat. Buatkan lubang dan masukkan gula
gula yang di potong dadu tadi ke dalamnya. Tutupkan inti gula dan bentukkan bulat
semula.

3. Masukkan ke dalam air yang mendidih hingga timbul. Tus dan golekkan kuih ke
dalam kelapa yang sudah di campur dengan garam. Sajikan.

Rich Chocolate Puding



Anak - anak saya di rumah suka sangat makan puding. Buatlah jenis pusing apapun kejap sahaja boleh habis! Nah, hari ini ada permintaan dari putri saya yang bungsu yang nak sangat makan puding jadi saya buatlah hari ini untuk dia. Simple sahaja tapi di jamin sedap.

Rich Chocolate Puding
600 ml susu cair
1/2 bungkus agar - agar
1/2 sudu teh jely segera
75 gram gula pasir
15 gram serbuk koko
100 gram colat masakan
1 biji kuning telur

Cara Membuat :
Rebus susu , agar - agar, jely segera, gula pasir dan serbuk koko sehingga memdidih. Masukkan potongan coklat masakan. Kacau sehingga larut. Matikan api. Ambil sedikit adunan. Tuang ke dalam kuning telur. Kacau rata. Tuang lagi campuran tadi kerebusan puding. Nyalakan api. Masak sambil di kacau sehingga mendidih. Tuangkan ke dalam acuan kegemaran. Bekukan.

Kuih keria



                         
Bahan - bahannya :
600 gm keledek putih atau kuning
1 cawan tepung gandum
Sedikit garam
3 sudu gula dan sedikit air

Cara Membuatnya
1. Rebus keledek hingga empuk, toskan airnya dan bubuh sedikit garam. Lenyek sampai hancur sementara ubi masih panas, ketepikan agar ia sejuk.

2. Setelah sejuk masukkan tepung gandum dan uli hingga sebati. Bentukkan seperti gelang dan goreng dalam minyak yang panas menggunakan api yang sederhana.

3. Angkat dan ketepikan. Masak air gula dalam bekas lain sehingga gula pekat dan likat. Masukkan kuih tadi kedalamnya, sehingga kesemua kuih tersebut di selaputi air gula yg yang likat itu.

4. Kacau hingga rata dan kelihatan gula sudah berkeping - keping menyelimuti kuih, barulah diangkat.

Saturday, January 9, 2010

Nasi goreng udang




Bahan - bahannya :
1 mangkuk nasi sejuk
2 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
Sos tiram
Serbuk pati ayam
udang, sayur kubis
Lada sulah
Garam secukup rasa

Cara Membuatnya :
1. Tumiskan bawang putih dan bawang merah hingga wangi, masukkan
sos tiram, serbuk pati ayam dan lada sulah.

2. Kacau hingga rata masukkan udang dan sayur, tumis sebentar masukkan
nasi sejuk perisakan dengan garam dan goreng hingga sebati.
Hidangkan panas.

Ayam panggang


Bahan ~ bahan
1 ekor ayam, di bersihkan tanpa dipotong
2 batang serai ~ dikisar
6 ulas bawang merah ~ dikisar
3 ulas bawang putih  ~ dikisar
2 cm halia  ~ dikisar
1 sudu besar cili kisar
1 sudu besar rempah kari daging
3 kuntum bunga cengkih
1 kuntum bunga lawang
2 cawan santan pekat
1/3 air asam jawa
1 labu bawang besar]di potong dadu
2 helai daun limau purut
1/2 cawan minyak masak
garam dan gula

Bahan pemerap ayam :
1 ulas bawang putih  ~ ditumbuk lumat
1 cm halia  ~  ditumbuk lumat
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu kecil garam
1 sudu besar madu
1 sudu kecil serbuk kunyit

Cara Membuatnya :
1. Ayam digaul dengan bahan-bahan pemerap selama sejam dan di panggang
dalam ketuhar pada suhu 200c selama 45 minit atau sehingga masak.

2. Panaskan minyak masak dan tumiskan bawang besar, bunga cengkih dan bunga
lawang, kacau sehingga naik aromanya kemudian masukkan bahan-bahan kisar,
cili kisar dan juga rempah kari. Kacau sehingga pecah minyak dan garing.

3. Masukkan santan, daun limau purut, air asam jawa, garam dan gula. Kacau
dan biarkan mendidih. Biar kuah menjadi pekat, siramkan ke atas ayam dan
hiaskam mengikut cita rasa tersendiri.

sumber ~ puan rahmah

                                                   
                                                      

Wednesday, January 6, 2010

Kek coklat amerika


Meluangkan masa membuat kek kegemaran anak- anak di rumah, resepi tengok di dalam buku kek! Cuba ya ! Texture kek sangat lembut dam moist.

Bahan - bahannya :
a. 20 gm coklat emulco
50 gm serbuk koko
200 ml air suam

b. 250 gm mentega
300 gm gula kastor
1/2 sudu teh garam

c. 4 biji telur gred a
1 sudu teh esen vanila

d. 250 gm tepung paling halus
1/2 serbuk teh serbuk soda bikarbonat
1 sudu teh serbuk penaik

Ganache :
50 gm sirap kencana
500 gm krim segar susu
500 gm coklat masakan
50 gm mentega

Cara Membuatnya :
1. Campurkan semua bahan A dan kacau hingga sebati, ketepikan dahulu. Pukul bahan B sehingga kembang dan berbentuk krim lalu masukkan bahan C. Masukkan bahan D dan A dan gaul hingga sekata. Tuangkan campuran kek ke dalam acuan yang sudah di griss, bakar dalam ketuhar yang sudah dipanaskan. Pada suhu 180 C selama 60 minit. Biarkan kek sejuk setelah masak.

2. Coklat ganache: masukkan semua bahan dan kukus sehingga cair, biarkan ia semalam pada suhu bilik atau di sejukkan di dalam peti sejuk untuk 1 jam. Salutkan seluruh kek dengan coklat cair dan hiaskan mengikut cita rasa. Sejukkan didalam peti sejuk untuk beberapa jam sebelum di hidangkan.

Kuih tepung pelita



Lapisan bawah
200 gram tepung gandum
100 gram gula pasir
Sedikit pati daun pandan

Lapisan atas
250 santan pekat
100 gram tepung gandum

Cara membuatnya
Lapisan bawah
1. Bancuhkan tepung gandum bersama air dan pati daun pandan, kacau perlahan-lahan agar tidak berketul. Tapis dan kacaukan supaya ia sebati dengan adunan.

Lapisan atas
2. Santan dibancuh dengan sedikit tepung gandum, kemudian kukuskan. Masukkan satu sudu gula ke dalam acuan kemudian letakkan di lapisan bawahnya. Campurkan lapisan atas pula, kukus sampai masak.

                                       

Sunday, January 3, 2010

Roti manis



Bahan - bahannya:
400 gm tepung roti
1 1/2 sudu teh yis segera
75 gm gula pasir
2 biji putih telur
174 ml air sejuk
50 gm marjerin
1 sudu teh garam

Bahan sapuan :
2 biji kuning telur
1 sudu makan air
25 gm marjerin untuk sapuan
2 sudu makan gula pasir kasar, untuk taburan - tak letak

Cara Membuatnya :
1. Campurkan tepung, yis segera, dan gula pasir kacau rata, masukkan putih telur dan air
sejuk. Uli sehingga tidak melekat, masukkan marjerin dan garam, uli lagi sehingga menjadi
doh yang elastik.

2. Rehatkan selama 30 minit. Kempiskan adunan. Timbang setiap adunan doh seberat 30
gram. Bulatkan dan biarkan selama 10 minit.

3. Kempiskan adunan dan bulatkan lagi. Biarkan selama 60 minit hingga benar - benar
kembang. Sapukan kuning telur dan air, bakar selama 15 minit, dengan suhu 190 C.
Ketika masih panas lagi sapukan marjerin dan tabur gula pasir kasar.

Saturday, January 2, 2010

Agar-agar horlick koko


Bahan ~ bahan
1 peket agar - agar serbuk
2 1/2 gelas air
2 1/2 gelas susu segar
5 sudu besar susu pekat
50 gram gula melaka
2 sudu besar serbuk koko atau milo
3 sudu besar horlick
3 sudu besar gula

Cara Membuatnya
Didihkan air, gula melaka, agar-agar dan gula pasir. Tuangkan susu
segar, susu pekat, serbuk koko, dan horlick. Didihkan lagi dan tuangkan
dalam acuan.
sumber ~ saji

Cheesy spanish omellete



                     
Bahan - bahannya :
200 gram kentang ~  kukus dan
potong bulat setebal 1/2 cm
1 ulas bawang putih  ~  cincang halus
1/2 labu bawang besar  ~ cincang halus
1/2 biji capsicum merah  ~  potong dadu
30 gram salad, hiris kasar
6 biji telu  ~  di pukul ringan
1 biji tomato, buang biji dan potong dadu
1 sudu makan air
50 gram keju cheddar parut
1/4 sudu teh serbuk ketumbar
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh serbuk lada sulah
1/2 sudu teg gula pasir
1 sudu makan minyak zaitun, untuk menumis
1 sudu makan mentega tawar, untuk menumis

Cara Membuatnya
1. Tumis bawang putih, bawang besar dan capsicum merah sehingga terbit aroma,
angkat. Masukkan salad, telur, tomato, air, serbuk keju cheddar, serbuk ketumbar
garam, serbuk lada sulah dan gula pasir. Kacau rata.

2. Tuang sedikit di kuali dadar bersaiz 18 cm, susun kentang tuang lagi adunan, tutup
dan biarkan sehingga masak.

Tip's : Masak omelet dengan api kecil sambil ditutup supaya masak hingga ke dalam..
sumber ~ sedap

Friday, January 1, 2010

Ayam goreng rempah

    
  
1 ekor ayam potong 14
100 gram lengkuas / dikisar
100 gram halia / dikisar
5 batang serai / dikisar
25 gram biji jintan manis - kisar
25 gram biji jintan putih - kisar
25 gram biji ketumbar - kisar
10 gram serbuk cili
10 gram serbuk kari daging
1 biji telur
30 gram tepung jagung
Garam secukup rasa

Cara Membuat
Gaul ayam dengan semua bahan-bahan kisar hingga sebati. Perap 1/2 jam.
Panaskan minyak dan goreng ayam hingga warna keperangan.

Wafer bersos coklat





Bahan - bahan :
280 gram tepung gandum
1/2 sudu makan serbuk penaik
2 biji telur

2 sudu gula pasir
425 ml susu cair
1/2 sudu teh garam
50 gram marjerin, cairkan

Bahan sos coklat :
400 ml susu cair
30 gram serbuk coklat
1 1/2 sudu makan tepung jagung
100 gram gula pasir
1 biji kuning telur
50 ml krim pekat

Cara Membuatnya :
1. Ayak tepung gandum bersama serbuk penaik. Pukul gula dan telur sehingga larut. Masukkan susu cair dan kacau rata.   Tuang sedikit demi sedikit tepung yang telah

2. diayak sambil di kacau hingga adunan licin. Masukkan marjerin dan garam,kacau rata. Tuangkan adunan ke dalam acuan wafer yg telah di panaskan dan di sapu marjerin. Tutupkan acuan dan biarkan ia masak.

3. Untuk membuat sos coklat: didihkan semua bahan kecuali krim dan kunimg telur sambil dikacau hingga meletup-letup, masukkan campuran krim dan telur, kacau sekejap. Tutup api dan angkat. Hidangkan wafer bersama sos coklat!
sumber ~ majalah sedap

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Kongsi Resepi