Nuffnang

Wednesday, December 30, 2009

Bergedel Daging



Biasanya bergedel, di makan bersama soto. Tapi hari ini sahaje buat untuk makan bersama sos kegemaran. Macam mana, boleh tak? Ok, boleh yaa?Hehe..

Bahan bahanya :
300 gram ubi kentang - hiris nipis
80 gram daging kisar
1/4 sudu kecil lada sulah
3 ulas bawang putih - kisar halus
Setangkai daun sup dan jugak daun bawang - hiris nipis
1 sudu besar tepung gandum
Garam secukup rasa
1 1/2 cawan minyak - untuk menggoreng

Bahan Pencelup :
2 biji telur - di pukul ringan

Cara Membuatnya :
Kentang  di buang kulit dan di cuci bersih. Potong nipis ubi kentang dan  goreng sehingga keperangan. Tumbuk sehingga halus. Campurkan dengan bahan - bahan rempah, bawang putih, serbuk lada sulah, daun sup, daun bawang dan jugak tepung. Gaulkan sehingga sebati.

Panaskan minyak dalam kuali, bulat-bulatkan dan leperkan kentang, celup di dalam telur yang di pukul ringan dan goreng hingga masak atau keperangan.

Tuesday, December 29, 2009

Biskut Mama Carrie




Bahan-bahannya
(A)
200 gram mentega
110 gram gula aising
secubit rasa garam

(B)
1 biji telur

(C)
300 gram tepung gandum
1 sudu besar tepung susu
1/2 sudu teh serbuk penaik

Untuk Topping
1 biji putih telur
180 gram gula aising
sedikit coklat masakan, dicairkan atau coklat emulco - utk membuat corak

Caranya :
1. Putar (A) sehingga lembut. Campurkan (B) dan putar hingga tidak berbintil.
2. Tambahkan (C) yang telah diayak dan adun hingga sebati.
3. Simpan dalam peti sejuk selama 60 minit atau sehingga keras.
4. Canaikan doh di antara 2 kepingan plastik sehingga menjadi 5mm tebal.
5. Potong dengan pisau bulat berukuran 5 sm dan alaskan di atas kertas pembakar.
6. Bakar pada suhu 170 darjah C selama 20 minit atau sehingga kuning keemasan.
7. Biarkan ia sejuk. Paipkan bahaian topping di permukaan. Gunakan lidi bersih untuk
membuat garisan ke atas coklat cair yang telah disapu. Biarkan ia keras atau bakarkan
di dalam selama 5 minit agar cepat kering.
8. Masukkan dalam ketuhar dn pakar pada suhu 150 darjah C selama 10 minit.

Cara untuk Topping
pukul putih telur dan gula aising sehingga menjadi adunan yg pekat.

Sunday, December 27, 2009

Udang Lada Hitam



Assalammualaikum.
Dah makan tengah hari ka, belum? Masak apa ? Seperti biasa, saya suka masak yang
ringkas aje tapi sedap. Hehe. Resepi ni saya tengok di dalam sebuah blog masakan, tapi
dah lupa linknya. Alahai. Apapun thanks pada penyumbang resepi ini!

Bahan - bahannya :
1/2 kg udang bersaiz sedang - bersihkan. Perap dengan sedikit garam dan kunyit
3 ulas bawang putih - haluskan
4 ulas bawang merah - haluskan
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 inci halia - haluskan
1 biji bawang besar - potong bulat
Cili merah - hiris nipis
50 gram buncis - potong memanjang
2 biji tomato - belah empat
2 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap
1/2 cawan air
Sedikit garam dan gula

Cara Membuat :
Gorengkan sekejap udang yang telah di perap dengan serbuk kunyit dan garam tadi.
Ketepikan. Tumis bahan kisar sehingga naik bau. Masukkan kicap, sos tomato, sos cili
sos tiram dan jugak serbuk lada sulah.

Masukkan sedikit air kacaukan sekejap. Masukkan udang. Perasakan dengan sedikit garam 
dan juga gula. Masukkan bahan - bahan yang di hiris. Biarkan kuah sedikit pekat dan 
bolehlah tutupkan api!

Rendang Ayam



Bahan bahannya :
1/2 kilo daging atau pun ayam
50 gm cili kering - kisar
70 gm bawang kecil  - kisar
50 gm bawang putih - kisar
4 batang serai - kisar
1/2 sudu besar jintan manis - kisar
1/2 sudu besar jintan putih - kisar
50 gm kerisik
500 ml santan
25 gm halia
25 gm lengkuas
2 helai daun limau purut
1 helai daun kunyit

Cara Memasaknya :
1. Tumiskan semua bahan kisar sehingga pecah minyak. Masukkan daging.
Selepas itu masukkan santan bersama daun limau purut dan daun kunyit.

2. Kacau sehingga kuah hampir kering dan masukkan kerisik garam dan
sedikit gula. Renehkan di atas api yang kecil sehingga kuah rendang kering.
sumber ~ saji

Saturday, December 26, 2009

Kari Udang Keresek




Bahan - bahannya :
1/2 kg udang segar
Kelapa parut - di ambil santan
1/2 sudu besar keresek
1 keping asam gelugor
1 camca teh gula melaka
Kacang buncis

Bahan di kisar ;
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
kunyit hidup
1 hirisan lengkuas

Bahan Tumis :
Kayu manis, bunga lawang, cengkih, buah pelaga
2 ulas bawang merah dihiris
1 ulas bawang putih dihiris
Daun kari

Cara Membuatnya :
1. Panaskan minyak, kemudian tumis bahan kisar dan masukkan kayu manis, bunga
 lawang, cengkih, pelaga, bawang merah, daun kari, bawang putih yang sudah di
hiris sehingga naik bau.

2. Masukkan serbuk kari daging, asam gelugor, keresek di kacau supaya kuah tidak
melekat tunggu, sehingga terbit aroma dan tidak berbau rempah.

3. Masukkan udang segar, kacang buncis, santan. Kacau lagi. Masukkan gula dan
garam secukup rasa, biarkan kari mendidih.

Ayam Percik Lada Hitam


Bahan ~ bahan
1 ekor ayam di potong 4 bagian
2 cawan santan dari sebiji kelapa
1 batang serai ~ diketuk
3 keping asam gelugor
garam dan gula secukup rasa

Bahan Kisar
2 sudu besar lada hitam
5 tangkai cili padi
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 cm lengkuas
2 cm kunyit
3 batang serai

Cara ~ cara
Bersihkan ayam, masukkan semua bahan ke dalam kuali gaulkan dan biarkan mendidih. Keluarkan ayam dan panggang di dalam oven, atau atas arang. Lebihan kuah boleh disiram atas ayam sepanjang proses membakar. Selebihnya boleh dimasak terus hingga pekat. Siram atas ayam ketika menghidang.
sumber ~ chef liza

Friday, December 25, 2009

Pandan Muffin



Bahan - bahannya :
200 gm tepung gandum
1 1/2 camca teh baking powder
1/2 camca teh soda bikarbonat
1/2 camca teh garam halus
120 gm gula castor
200 ml santan
2 biji telur - di pukul ringan
1 camca teh pandan paste

Cara-Cara :
Susunkan muffin cup kedalam muffin pan dan ketepikan. Ayak tepung gandum, baking, powder, soda bikarbonat dan garam ke dalam mangkuk. Masukkan gula dan kacaukan rata dengan menggunakan whisk ketepikan. Satukan santan, telur, minyak jagung dan pandan paste dan kacaukan sebati.

Tuangkan ke dalam adunan tepung tadi sambil di kaup balikkan.Sudukan 3/4 adunan ke dalam muffin cup tadi, taburkan toping. Bakar pada suhu 180 C. Selama 20 minit.
sumber ~ noreen uk

Biskut Mazola



Bahan ~ bahan :
1/2 botol minyak mazola
2 cawan kacang tanah - kacang tanah di goreng tanpa  minyak dan di kisar!
4 cawan tepung gandum
1 cawan gula
sedikit garam

Cara ~ cara :
Campurkan kesemua bahan - bahan tersebut dengan tepung gandum gaulkan adunan tersebut hingga sebati. Masukkan minyak mazola dan uli adunan dengan lembut. Bentukkan adunan menjadi bulat, atau bentuk kegemaran anda dan sapukan kuning telur diatasnya. Bakar adunan sehingga masak.


Thursday, December 24, 2009

Muffin Coklat Berbadam



Bahan bahannya :
250 gm tepung gandum
250 gm gula
175 gm kopi segera
175 gm mentega
100 gm coklat
175 gm serbuk badam
175 gm kelapa kering
1 biji telur
1/2 sudu kecil esen vanila
1/2 sudu kecil serbuk penaik

Cara ~ Cara :
1. Didihkan air [double boiler] kemudian cairkan kopi, gula, mentega dan coklat di dalam bekas. Kacau sebati. Setelah cair angkat dan ketepikan. Pukul telur sehingga gebu kemudian ambil mangkuk lain dan masukkan tepung, serbuk penaik dan esen vanila. Tuangkan adunan yang telah di cairkan tadi.

2. Tuangkan telur, masukkan kelapa kering dan serbuk badam. Kacau perlahan sehingga rata. Tuangkan sedikit adunan ke dalam acuan kertas dan bakar pada suhu 180C selama 20 minit.

Strawberry Muffin


Bahan ~ bahan
180 gram mentega
140 gram gula halus
2 biji telur gred A
100 ml susu cair
220 gram tepung gandum
2 camca teh baking powder
1 camca teh strawberry emulco

Cara Membuatnya
Satukan tepung gandun bersama baking powder, ketepikan. Putar mentega bersama gula halus hingga putih. Tambahkan telur satu persatu sehingga kembang. Perlahankan speed, masukkan tepung berselang-seli dengan susu sehingga habis gaul rata. Masukkan strawberry emulco dan gaul hingga sebati. Sudukan adunan ke dalam muffin cup 3/4 penuh. Bakar dalam oven pada suhu 175C selama 20 minit.
sumber ~ cik mat gebu

Wednesday, December 23, 2009

Sambal Telur



Bahan bahannya :
4 biji telur
3 ulas bawang merah ~ dikisar
2 ulas bawang putih ~ dikisar
sedikit belacan
2 sudu makan cili kisar
1 sudu makan sos cili
1 sudu makan sos tomato
garam dan gula secukup rasa

Cara ~ cara :
1. Telur di buat dadar atau telur mata, dan ketepikan. Tumis bahan - bahan
yang dikisar sehingga garing dan pecah minyak.

2. Masukkan cili kisar, sos tomato, sos cili, garam dan gula. Masukkan telur
yang sudah digoreng tadi. Gaul hingga sebati. Hidang bersama nasi panas !

Makaroni Guratan



Bahan ~ bahan :
1 cawan makaroni
2 ketul sosis ayam
1/4 batang carrot
cendawan
1/4 batang seleri
sedikit mix cheese, untuk di tabur atas makaroni

Sos Putih :
2 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar butter
1 cawan susu segar
lada sulah dan sedikit garam

Cara ~ cara :
Rebus makaroni, letak olive oil- ketepikan. Potong dadu carrot, celery rebus separuh
masak, Campurkan dengan makaroni tadi, letak lada sulah dan sedikit garam.

Cara Membuat Sos Putih :
Masak semua bahan sos, kacau hingga pekat, glisskan cookware ceramik dengan
marjerin letak campuran makaroni dan sayur tadi kemudian curahkan sos putih di atas
nya. Tabur mix cheese bakar 180C selama 15 minit atau sehingga keju mencair.
sumber ~ ross jepun

Kari Ikan Tenggiri



Bahan bahannya :
4 ketul isi ikan tenggiri
3 ulas bawang merah ~ dikisar
2 ulas bawang putih ~ dikisar
sedikit halba campur
1 bungkus rempah kari ikan
air asam jawa secukupnya
1/2 biji kelapa ~ ambil santam pekat
1 batang daun kari
garam secukup rasa
5 biji kacang bendi
tomato ~ belah dua
minyak untuk menumis

Cara ~ cara :
1. Tumis bawang, halba campur dan daun kari. Masukkan pula rempah yang telah
dicampurkan dengan air asam jawa. Kacau sehingga terbit minyaknya..

2. Masukkan isi ikan tenggiri dan kacau rata. Masukkan santan kacau sehingga
sebati. Masukkan pula bendi, tomato tunggu hingga masak. Setelah hampir masak,
masukkan garam dan serbuk perasa. Hidang bersama nasi panas !

Monday, December 21, 2009

Tip's



Ikan bilis lebih rangup
Untuk menjadikan ia lebih rangup dan sentiasa enak,
perap ikan bilis yg telah di bersihkan bersama cuka
selama 5 minit. Kemudian goreng ikan bilis tersebut.
Hasilnya ikan bilis akan lebih rangup.

Merangupkan Kentang Goreng
Kupas kulit ubi kentang, basuh dan potong memanjang.
Gaul kentang tersebut dengan garam secukup rasa.
Tos kan kentang tersebut menggunakan penapis santan dan
biarkan selama 1 jam hingga kentang tersebut kering.
Goreng kentang seperti biasa menggunakan minyak yang
banyak,di atas api yang sederhana.

Tempe Goreng



Bahan ~ bahan
Tempe ~ dipotong seperti dlm gambar
Tepung gandum
Tepung goreng rangup berempah
sedikit serbuk kari
Daun kari
Garam dan air secukupnya
Minyak untuk menggoreng

Cara Membuatnya
Bancuh tepung gandum, tepung goreng rangup, serbuk kari dan sedikit garam, dengan air. Celupkan tempe dalam bancuhan tepung. Gorengkan tempe bersama daun kari.

Chocolate Muffin



Hari ini anak - anak ada di rumah. Jadi saya dah buat plan nak ajak kakak dan si bongsu
baking muffin bersama - sama. Buat muffin memang sangat mudah tak payah bawa kuar
mixer hanya guna hand whisk pun dah cukup, kan? So dengan semangat satu malaysia
anak - anak pun stat membantu saya menyiapkan bahan - bahan membuat muffin di dapur.
Jangan lupa untuk membuat kopi o atau milo panas dan boleh hidang bersama muffin nati!
Memang sedap dan inilah sarapan kami hari ini.


Chocolate Muffin
100 gam mentega
125 gram dark coklat - cincang kasar
100 ml susu cair
2 biji telur - pukul ringan
175 gram tepung gandum
15 gram serbuk koko
130 gram gula halus
1 sudu teh baking powder
1/2 sudu sodakarbonat
1/2 sudu teh garam halus
50 gram coklat chip

Cara Membuat :
Cairkan mentega di atas api kecil masukkan cincangna dark coklat kacau sehingga sebati.
Masukkan susu cair kacau hingga rata. Sejukkan dan ketepikan. Masukkan telur yang sudah
di pukul ringan tadi kacau hingga rata.  Di dalam mangkuk yang lain campurkan tepung,
serbuk koko, baking powder, sodakarbonat dan garam. Gunakan hand whisk hingga tercanpur
rata. Tuangkan adunan coklat ke dalam campuran tepung, kaup balikkan sehingga tercampur
rata. Do not overmix!

Masukkan coklat chip. Kacau rata. Masukkan adunan ke dalam acuan muffin atau pun paper
cup kegemaran sehingga 3/4 penuh adunan.
Bakar sehingga naik selama 15 menit pada suhu 180 C atau mengikut oven masing - masing.
Sajikan selagi panas. Sedap dan moist. Selamat mencuba.

Present's From Ervan



Thanks Ervan. Semoga kamu di tempatkan bersama 0rang - orang yang soleh. Amin. Periok
ini menjadi benda kenangan buat kakak!

Ayam Salut Tepung


Bahan ~ bahan
5 ketul ayam yang dicuci bersih, toskan
Tepung goreng rangup serbaguna Bestari / jenama lainpun boleh juga!

Cara Membuat
Gaulkan kepingan ayam dengan campuran tepung rangup serbaguna bestari dan air. Perapkan ayam selama 30 minit. Salutkan kepingan ayam semula dengan campuran tepung goreng bestari. Gorengkan ayam di dalam minyak yang banyak sehingga warna menjadi keemasan.

                                           

Sunday, December 20, 2009

Coklat Cup Cake



Bahan ~ bahan :
150 gram butter
200 gram gula caster
3 biji telur gred A
220 gram tepung gandum
2 sudu besar serbuk koko
1 sudu kecil baking powder
200 ml susu segar
choc chips dan kismis

Cara Membuatnya : Ayak tepung gandum dengan baking powder, dan koko. Pukul butter dan gula sehingga kembang masukkan telur sebiji - sebiji. Masukkan tepung, selang - seli dengan susu, di akhiri dengan tepung. Bakar pada suhu 200 C selama 15 minit. Muffin coklat siap untuk di hidangkan

Simple Snack

PIZZA


Bahan - bahan :
2 cawan tepung gandum
2 sudu kecil yis
1/2sudu kecil garam
1 sudu gula
2 sudu minyak zaitun
1/2 cawan air suam

Cara Membuat :
1. Gaul tepung dengan gula, garam, dan minyak zaitun. Campurkan yis ke dalam air
suam, masukkan sedikit - sedikit ke dalam adunan tepung.

2. Uli sampai doh licin. Biarkan adunan naik 2 kali ganda. Tumbuk - tumbukkan doh dan
canaikan doh. Sapukan sos pizza kegemaran dan keju. Letakkan juga inti pilihan anda.
Bakar pada suhu 180 C selama 20 minit atau sehingga masak.

Saturday, December 19, 2009

Koleksi Biskut 09

Lidah Kucing Keju


                               
Kuker atau  panggilan untuk kue kering asal negara jiran, Indonesia. Sebetuinya ini pertama kali saya membuatnya di rumah. Eh, memang macam lidah ya ?? Apa pun namanya just fun!              

Bahan - bahanya :
150 gram butter
100 gram marjerin
75 gram putih telur
140 gram gula halus
200 gram tepung gandum
60 gram tepung jagung
125 gram keju edam ~ parut ( saya pakai cheddar)

Cara Membuatnya :
Dengan pemutar electrik, pukul butter, marjerin, gula hingga putih dan kembang seperti butter cream. Masukkan putih telur dan kacau sehingga sebati. Masukkan tepung gandum,tepung jagung, keju, gaul lagi hingga rata. Masukkan kedalam piping bag. Sapukan marjerin tipis ke atas loyang atau acuan lidah kucing,
paipkan adunan bentuk memanjang. Bakar selama `15 minit. pada suhu 160 C.
                           

Roti Cheese


Bahan - bahan :
500 gram tepung roti
40 gram marjerin
50 gram gula halus
20 gram yis
130 ml susu
200 gram keju parut untuk inti
1 sudu makan madu
1 sudu teh garam halus
Air secukupnya

Cara Membuat :
1. larutkan yis, susu, madu, dan gula dalam sebuah bekas. Biarkan selama 15 minit.
Gaulkan tepung, garam dan marjerin ke dalam sebuah mangkuk.

2. Tuangkan bancuhan yis ke dalam adunan tepung dan uli perlahan-lahan.
Tambahkan air sedikit dan uli lagi sehingga cukup lembut. Bentukkan doh dan bulat -
bulatkan, dan buatkan sedikit lubang. Masukkan satu sudu cheese dan kemaskan
bulat. Ulang sehingga habis.

3. Letakkan doh ke dalam  loyang roti dan biarkan selama 1/2 jam, atau sehingga doh
kelihatan naik barulah di bakar selama 20 minit atau sehingga masak pada suhu 180 C.

                                             

Bubur Kacang Bersagu



Bahan - bahanya :
250 gram kacang hijau
250 ml santan
25 gram sagu
1 ketul gula melaka
Air secukupnya
sehelai daun pandan
garam dan gula secukup rasa

Cara Membuatnya :
Rebus kacang hingga kembang. Masukkan daun pandan. Masukkan santan dan gaul sebati. Masukkan pula gula melaka dan kacau sehingga hancur.  Masukkan sagu dan biarkan sehingga sagu kembang. Akhir sekali masukkan secubit garam dan gula secukup rasa.

Roti Naik



Roti Naik

  • 350 gram tepung roti
  • 25 gm shortening
  • 100 gm air
  • 100 gm susu cair
  • 50 gm gula kastor
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1/2 paket kecil yis kering
  • 1 biji telur
  • Sedikit marjerin


Cara Membuat :
Gaulkan semua bahan diatas, uli hingga sebati bersama sedikit marjerin. Biarkan doh selama 30 minit untuk ia naik sekali ganda. Uli sekali lagi dan bahagikan doh kepada ketulan kecil.

Letakkan di dalam dulang pembakar yang telah disapu dengan sedikit marjerin. Bakar di dalam ketuhar pada suhu 160C selama 20 minit. Setelah masak keluarkan dari ketuhar dan sapukan sedikit marjeri di atas roti. Hidangkan bersama kari daging atau pun sambal sardin.

Pancake Mudah, jom buat!



Bahan ~ bahan
1 1/2 cawan tepung naik sendiri
1 sudu teh baking powder
3 sudu besar caster sugar
secubit garam
60 gram butter ~ cairkan
1 cawan susu segar
2 biji telur

Cara Membuatnya
Cairkan butter. Dalam mangkuk lain masukkan susu, telur, butter cair kacau sehingga sebati. Dalam wadah lain ayak tepung naik sendiri bersama sedikit baking powder, masukkan gula, garam, kacau sebati.
Buat lubang di tengah2 tepung tadi, masukkan susu, telur, butter dan kacaukan menggunakan whisk biasa.
Perap 20 minit. Siap untuk di masak menggunakan non stick pan, gunakan api yang sederhana. Hidang panas bersama toping kegemaran.

Nasi Lemak


Bahan Nasi Lemak :
1/2 kg beras ~ basuh dan tos kering
2 1/2 cawan santan
2 helai daun pandan ~ koyak sedikit dan simpul
2 keping hirisan halia
2 ulas bawang merah dimayang
garam secukup rasa

Bahan sambal udang :
250 gram udang ~ bersihkan dan buang kepala
1 senduk cili kering ~ kisar halus
3 labu bawang besar ~ mayang kasar
Sedikit belacan
1 cawan air asam jawa
2 labu bawang besar ~ kisar halus
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara Membuatnya :
1. Nasi lemak: masukkan semua bahan nasi lemak ke dalam periok nasi dan masak
sehingga beras sebati dengan santan.

2. Apabila nasi kelihatan agak kering, kacau rata dan tutup semula tudung periok.
Biarkan ia sentiasa panas di dalam periuk nasi elektrik.

3. Sambal udang: tumis bahan yang telah di mesin halus sehingga terbit aroma. Masuk
kan air asam, udang, garam, gula dan bawang besar, dan jugak sedikit air.
Biarkan sehingga mendidih dan kuah pekat dengan api yang perlahan.

4. Apabila nasi lemak telah masak, bolehlah di hidangkan bersama sambal udang, ikan
bilis goreng, ulam timun.
sumber ~ sedap

                                                       
                                                             

Friday, December 18, 2009

Jalan - Jalan Ke Perlis Lagii..





Jom layan gambar - gambar pemandangan kat Perlis!


Pemandangan tepi laut yang sungguh cantik..



Coffe Bun


Bahan ~ bahan :
350 gram tepung roti
60 gram gula pasir
1 sudu makan susu tepung
2 sudu teh yis kering
1 biji telur
1 sudu makan kopi dan 175 ml air panas, larut
dan sejukkan
50 gram marjerin
1/2 sudu teh garam

Cara Membuatnya :
Kacau sebati tepung roti, gula, susu tepung dan yis. Masukkan telur dan air kopi sedikit demi sedikit sambil di uli hingga tidak melekat. Masukkan marjerin dan garam. Uli lagi sehingga doh kkalis.  Biarkan doh rehat selama 30 minit. Kempiskan adunan, ambil sedikit adunan dan timbang setiap satu nya seberat 50 gram, bentukkan dan boleh juga di isi dengan inti! Sapukan dengan susu evaporated. Bakar dalam ketuhar selama 12 minit dengan suhu 190 C. Setelah sejuk boleh di simpan di dalam bekas kedap udara atau pun tupperware.

Ayam Madu


Bahan - bahannya :
Sayap ayam
Bawang putih
Bawang merah
Halia
Serbuk kunyit
Kicap pekat
Madu
Garam dan serbuk perasa jika suka

Cara Membuat :
Kisar bawang putih, bawan merah, halia. Masukkan di dalam bekas. Campurkan bersama dengan serbuk kunyit, kicap pekat dan madu. Perap selama 1 jam. Goreng hingga keperangan.

Saturday, August 22, 2009

Acuan waffle

Gulai Ikan Masin


Resepi biasa jee,smua orang pasti dah tau buat kan...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Kongsi Resepi