Nuffnang

Wednesday, December 25, 2013

Homemade Roti Nan Cheese


Oleh kerana sudah terbiasa dengan makanan dari pelbagai citarasa seperti Melayu, Western, Indian, Chinese dan sebagainya kadangkala keinginan untuk menikmati makanan lain dari yang routine terbit juga. Salah satu makanan feveret adalah roti naan yang di makan bersama tandoori chicken, namun pagi tadi takderlah buat tandoori cuma buat roti naan yang di makan bersama curry ayam saja. Sedap dan cukup mengenyangkan.

Homemade Roti Nan Cheese
375 gram tepung gandum
125 gram tepung naik sendiri
125 ml plain yogurt
1 sudu kecil serbuk yeast
250 ml air suam
1 sudu besar butter / marjerin / minyak masak
1 sudu besar gula
sedikit garam

Bahan Toping :
50 gram cheddar cheese - parut halus
50 gram mozarella cheese
1 sudu teh gula pasir

Cara Membuat :
Rendam terlebih dulu yis di dalam air suam, tunggu sehingga timbul / berbuih. Sementara itu  campurkan tepung gandum, tepung naik sendiri, gula garam dan butter dan digaul rata. Masukkan yeast dan yogurt, uli sehingga sebati masukkan air sedikit demi sedikit. Uli sehingga adunan agak lembut, dan bulat2kan untuk di peram seketika ( sampai kembang dan gebu). canai leper taburkan cheese. Canai another nan, tindihkan dan canai semula dan bakar dlm kuali tanpa minyak dengan api kecik. 


Tuesday, December 24, 2013

Jom Sarapan Dengan Bebola mie Rangup


Sarapan apa agaknya pagi ini? (sarapan versi terlambat ) heheh.  Saya buat sarapan yang ringkas saja! Menu sarapan pagi tidak sepatutnye menggunakan nasi atau roti bukan? Sajian seperti bebola mie ini boleh di jadikan pilihan kalau sedang tak ada ide untuk membuat sarapan untuk anak - anak di pagi hari! Saya kongsikan resepinya di bawah yer untuk tatapan rakan - rakan semua.

Bebola Mie Rangup
2 bungkus mie segera perisa ayam
2 sudu makan marjerin
3 sudu makan tepung gandum
200 ml susu cair
1/2 sudu teh serbuk lada sulah
50 gram keju cheddar - parut
3 keping daging salai / sosej - potong halus
MInyak untuk menggoreng

Bahan Pelapis :
100 gram putih telur - pukul ringan
50 gram serbuk roti kasar

Bahan Pelangkap :
1 sudu besar mayonis
1 sudu besar sos cili

Cara Membuat :
Rebus mie segera perisa ayam sehingga masak. Angkat dan toskan. Masukkan rempah mie segera. Kacau rata dan potong - potong. Panaskan marjerin. Masukkan tepung gandum. Kacau sehingga bergentel. Masukkan susu cair sedikit demi sedikit kacau sehingga lincin. Masukkan serbuk lada sulah, keju parut, daging salai / sosej dan mie yang telah di ptong tadi. Kacau rata.

Ambik sedikit adunan dengan menggunakan dua sudu. Bentukkan bulat. Gulingkan di tepung roti kasar. Celupkan putih telur. Gulingkan lagi di tepung roti kasar. Goreng di dalam minyak yang telah diu panaskan di atas api sederhana sehingga keperangan dan masak. Hidangkan bersama bahan - bahan pelengkap.


Sunday, December 22, 2013

Kek Lapis Asam Manis


Hari ini saya nak kongsikan resepi yang dah lama teringin nak buat. Kek lapis asam manis versi bakar. Kalau kata nak kukus pun bolehlah juga! Terpulang pada selera masing - masing yer. kalau nak buat kek lapis ni perlukan kesabaran yang tinggi mesti memberikan perhatian dan komitmen pada kek itu tanpa meninggalkannya walaupun sesaat, kan? Untuk resepi kali ini saya selongkar rumah Dayang, dapurku sayang. Resepi yang cukup sedap pada saya.Terimakasih!

Kek Lapis Asam Manis ( loyang 6x6 )
5 biji telur A
100 gram tepung biskut marie (biskut marie dikisar halus, diayak dan kemudian barulah disukat)
50 gram tepung hongkong / superfine / tepung gandum - ayak
225 gram mentega berkualiti
1/2 sudu besar ovallete
1/2 sudu kecil esen vanilla
75 gram gula kastor
150 gram susu pekat manis
Hawflake secukupnya
pewarna kuning, merah dan hijau secukupnya (pewarna lain pun boleh)

Cara Membuat :
Pukul telur, gula, esen vanilla dan ovallete hingga kembang. Dalam bekas yang lain, putar mentega dan susu hingga putih berkrim.Kemudian satukan langkah 1 dan 2. Sebatikan. Kemudian masukkan tepung biskut marie dan tepung hongkong / superfine/gandum. Kacau sebati dengan spatula dan kemudian putar lagi 1 minit untuk memastikan adunan benar-benar sebati.

Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Warnakan hijau, merah dan kuning. Bakar / grill lapis demi lapis dan susunkan hawflake secukupnya mengikut citarasa. (setiap lapisan diratakan dengan 3 @ 4 sudu makan adunan). Guna api atas dan bawah untuk lapisan pertama dan lapisan seterusnya menggunakan api atas sahaja. Setiap lapisan dibakar antara 5-7 minit atau hingga keperangan. (setelah habis melapis, bakar pada suhu 140C selama 10 minit lagi supaya kek masak sempurna)!


Friday, December 20, 2013

Kek Lapis Cheese


Pagi tadi berkesempatan membuat kek lapis cheese resipi asal dari rumah Roz@HomeKreation dan juga Roz@RNet. Terimakasih! Agak senang membuatnya dan rasanya tak terlalu manis. Saya suka resepi ni sebab menggunakan hanya 5 biji telur. Kebiasaan nya kek lapis menggunakan 10 - 30 biji telur ( memang takut nak cuba ). Hehe. Tetapi  bergantung pada resipi kan! Untuk peminat - peminat cheese kat luar sana bolehlah mencubanya memang sangat sedap.

Kek Lapis Cheese
Bahan A :
200 gram butter
125 gram cream cheese

Bahan B :
5 biji kuning telur
3 biji putih telur
140 gram gula castor
1 tsb ovallette
125 gram tepung gandum
50 gram air ais
1 tsp baking powder

Cara Membuat :
Pukul butter hingga kembang (putih). Masukkan cheese dan pukul hingga sebati. Di mangkuk yang lain, pukul bahan B hingga kembang bila mixer diangkat, adunan tak jatuh. Ayak tepung bersama baking powder.
Masukkan tepung berselang-seli dengan air ais (air sejuk dari peti ais). Masukkan Bahan A dan campurkan adunan hingga sebati.

Bakar guna loyang 7×7 pada suhu 180 C. Loyang tak perlu di gris, cukup dengan dilapis menggunakan kertas minyak di bahagian bawah. Bakar lapisan pertama dengan api atas bawah180 Cdalam 10 minit. Lapisan seterusnya bakar dengan api atas sahaja dalam 5 minit atau sampai permukaan kek nampak dah masak / garing.


Thursday, December 19, 2013

Japenese Crispy Cream Puff Ala Pak Sahak


Cuaca redup, mudah-mudahan petang  nanti tak dak hujan ribut macam hari - hari sebelum ni InsyaAllah.Lama tersimpan hasrat ingin membuat krim puff ala - ala jepun ini, untuk sajian dan tatapan rakan - rakan saya sekalian. Memang senang ajer buat rupanya. Harini saya kongsikan satu resepi, bahan - bahan cream puff yang rasanya menepati selera la, bila google  resepi puff ni sebenarnya lebih kurang sama je bahan dan jugak kaedahnya, kalau kita nak tahu mana yang bagus kenalah cuba - cuba sendiri kan ?

Japenese Crispy Cream Puff Ala Pak Sahak
100 gram butter
110 gram air
1/2 sudu teh garam
120 gram tepung gandum
1/2 sudu teh baking powder
3 biji telur ayam

Cara Membuat :
Panaskan oven pada suhu 200 darjah C. Satukan butter, air dan gula dalam periuk. Panaskan sehingga butter cair. Selepas ia mula mendidih, terus masukkan tepung. Kacau dengan pantas sehingga ia kurang melekat pada dinding periuk. Konsistensi perlulah kental. biarkan adunan betul-betul sejuk. Selepas sejuk, masukkan telur satu persatu . Kacau sehingga rata dahulu sebelum dimasukkan telur seterusnya. Masukkan baking powder. Pukul guna mixer hingga adunan licin.

Masukkan adunan krim puff ke dalam piping bag dan paipkan mengikut bentuk yang anda suka di atas dulang yang telah disapu marjerin. Paipkan pulak adunan toping 3/4 bahagian di atas krim puff tadi, paip membentuk lingkaran macam kita membuat roti boy yer. Bakar dalam oven dengan suhu 200 C  hingga permukaan puff kecoklatan. Suhu yang panas membantu puff naik dengan sempurna.  Pastikan krim puff telah benar-benar masak sebelum di keluarkan dari oven.

Bahan Topping :
50 gram butter
50 gram gula halus
1 sudu besar air kosong
50 gram tepung gandum

Cara Membuat Topping :
Semua bahan campur jadi satu lalu di pukul hingga menjadi adunan yang lembut. Masukan ke dalam piping, bag dan gunting sedkit  bahagian bawah bag piping dan paip atas krim puff nanti.

Bahan Inti :
100 gram coklat masakan
100 gram whpping cream  - pukul sehingga gebu dan pekat

Cara membuatnya :
Masak coklat dengan cara dauble boil, lalu sejukkan. Kemudian masukan ke dalam whipping cream yang telah di pukul tadi lalu kacau hingga rata dan sebati. Tunggu puff benar-benar sejuk barulah di paipkan cream di dalamnya.Untuk paipkan cream, masukkan cream ke dalam paiping bag Cucukkan ke dalam puff dan picitkan hingga ia penuh. Sajikan.


Samperit Susu


Asalam  dan selamat pagii rakan - rakan saya kat luar sana. Sebetulnya biskut samperit juga boleh di jadikan kudapan yang sedap untuk cemilan dan raikan tetamu yang datang kat rumah, kan ? Inilah projek saya bersama anak - anak mengisi masa di waktu cuti sekolah petang kemarin, membuat nya pun tak payah pakai mixer just godek manja menggunakan spatula je. Ada juga yang mengelar semperit susu dan ada yang juga mengelar Dahila susu yang pasti biskut ini sangat mudah sedap dan tidak memerlukan kos yang mahal bahan asasnya memang ada sahaja stoknya kat dapur yer, ramai jugak yang dah mencuba. Thanks untuk tuan punya resepi asal!

Resepi Biskut Semperit Susu
125 gram susu pekat manis - resepi asal guna 250g (1/2 tin yang beratnya 505g)
125 gram butter lembut tapi jangan terlalu lembik. Nanti biskut berminyak - resepi asal 250g
230 gram tepung jagung Brown and Polson (cap butterfly) - resepi asal 600 gram

Cara Membuat :
Pukul sebati susu pekat manis dan butter. Tak perlu pukul sampai kembang atau putih gebu guna whisk telur je. Untuk biskut, tak perlu dipukul sampai kembang seperti membuat kek, kecuali ia dinyatakan dalam resepi. Ini kerana apabila butter dan gula@susu pekat manis dipukul hingga kembang / gebu, kita masukkan udara ke dalam adunan. Apabila adunan ini dibakar, udara dalam adunan akan mengembang dan ini akan menyebabkan biskut turut mengembang.

Masukkan tepung jagung sedikit demi sedikit, sambil digaul sebati. My experience 230 gram just nice untuk picit ke dalam acuan. Resepi asal guna 300 gram tapi pada saya terlalu keras kalau guna semua. Memadai adunan boleh dikepal boleh berhenti tambah tepung. Picitkan atas dulang yang dialas baking paper. Tekankan ceri merah atau kismis di atasnya. Bakar dalam oven yang dipanaskan terlebih dahulu 170 C untuk 12-15 minit atau hingga bawah/tepi biskut nampak mula keperangan.


Monday, December 16, 2013

Ikan Siakap Kerabu Mangga


Assalam buat rakan - rakan saya kat luar sana. Memandangkan cuti sekolah yang agak panjang. Masa inilah semua ahli keluarga dapat berkumpul dan makan bersama - sama. Hari ni masak special sikit ikan siakap kerabu mangga! Boleh di jadikan menu pelengkap untuk juadah makan tengah hari. Rasa ikan yang cukup menyegarkan. Rasa masam sedikit pedas dan manis sangat enak di nikmati bersama - sama nasi panas adalah kenikmatan  yang sangat luar biasa. Rasanya meronta - ronta nak tambah satu pinggan lagii. Hehe. Meh kita semak resepi dan bahan - bahan yang perlu di sediakan.

Ikan Siakap Kerabu Mangga
1 ekor ikan siakap 
1/2 sudu teh serbuk kunyit
1 biji mangga muda
1 biji tomato  - potong dadu
Bawang besar - potong nipis
Cili padi / cili merah - potong nipis
1 sudu teh sos ikan
2 sudu besar jus limau nipis
1 batang serai  - potong nipis
1/2 kuntum bunga kantan -  potong halus
Garam dan gula secuup rasa
sedikit daun ketumbar - di hiris halus

Cara Membuat :
Ikan di bersihkan, lumur dengan serbuk kunyit, garam dan tabur dengan sedikit tepung jagung kemudian di goreng garing. Sementara itu parut pelam muda, ketepikan. Bawang besar dihiris nipis, tomato yang di potong dadu dan juga cili padi. Campurkan parutan pelam dan bahan-bahan hiris yang lain, sos ikan, jus limau nipis, bawang besar dan juga cili padi. Gaul sehingga sebati dan letak garam, sos ikan dan gula secukup rasa. Hidangkan.


Sunday, December 15, 2013

Kek Coklat Kukus Toping Meleleh


Salam satu menu yang menjadi pilihan hari ini kek coklat kukus yang sangat lembut lagi lembab! Saya intai resepi ni dari kak Nor yang duduk di Teranggu dan juga Kak LIza. Hari ni rajinkan diri  untuk update blog lagi. Sebab hari ni saya terima tetamu, jadi boleh lah baking kek - kek yang mudah untuk disajikan sebagai pemanis mulut.Tekture kek coklat ini memang seperti apa yang saya idamkan sangat - sangat mabeles, dengan toping yang tengah hangat di perkatakan rakan - rakan kat luar sana toping yang meleleh - leleh yaa. So yummy dan sangat best!

Kek Coklat Kukus Toping Meleleh
Bahan A :
220 gm tepung gandum
1 s/k baking powder
1/2 s/k soda bikarbonat
50 gm serbuk koko
180 gm gula perang - manis yg ngam2, tak perlu kurangkan gula

Bahan B :
2 biji telur
1 tsp esen vanila

Bahan C :
200 ml susu cair atau susu segar
200 ml minyak mazola atau minyak sayuran biasa
200 mi air panas

Cara Membuat :
Gaulkan semua bahan A dalam mangkuk supaya rata (ayak dulu kesemua bahan kecuali gula perang). Pukul Bahan B dalam mangkuk berasingan. Masukkan dalam mangkuk bahan A. Kacau rata. Masukkan Bahan C dalam adunan bahan A. Kacau rata.

Panaskan kukusan dan lapikkan kertas minyak dalam loyang 8 x 8 inci. Masukkan adunan dalam loyang dan kukuskan selama 1 jam dgn api sederhana. Lapkan tudung kukusan sebelum tutup semula. Bila telah masak buka tudung kukusan perlahan supaya air tidak menitik keatas kek. Hiaskan dengan coklat toping.

* Bila guna bekas plastik kecik  kukus kek selama 30 - 35 minit atau sehingga masak dgn api sederhana supaya tidak naik membumbung atau supaya kek tu tak merekah.
** tutup bekas plastik dgn penutup bekas supaya air tidak menitik masuk ke dalam kek.
*** bila kek dah masak, bolehlah diteruskan dgn membuat coklat toping.

Resepi Coklat Toping Meleleh

300 gm coklat masakan -  di potong kecil
1 sudu besar susu pekat
1/2 cawan susu cair
2 sudu besar butter
1/4 cawan air panas

Cara Membuat :
Panaskan susu cair dan susu pekat dgn kaedah double boiler. Masukkan coklat masakan dan kacau hingga ianya cair. Padamkan api dan masukkan butter. Kacau lagi hingga cair. Curahkan 1/2 dari coklat toping atas kek yg masih panas tadi hingga menutupi keseluruhan kek. Biarkan lebih kurang 15 - 30 minit supaya toping tadi meresap ke dalam kek.

Panaskan kembali lebihan coklat toping tadi (kaedah double boiler) dan masukkan air panas. Kacau sehingga sebati dan curahkan ke atas kek tadi. Bila kek dan toping dah sejuk, bolehlah dimasukkan ke dalam peti ais. Boleh juga dinikmati ketika suam2 panas. Memang agak banyak coklat toping  yg dihasilkan sbb nak kena siram 2x atas kek tu nanti utk menghasilkan kek yg super duper moist ^__^


Saturday, December 14, 2013

Karipap Inti Serunding Yg Rangup


Kudapan yang satu ini memang tak jemu - jemu nak makan, rangup dan sedapp. Kalau tengah naik bosan bolehlah layan snack ni hehe! Harini saya letak inti serunding daging, pemberian dari Cikgu Liza terimakasih banyak - banyak dah sudi singgah rumah kita  kemarin. Separuh dari adunan karipap ni saya buat mini karipap separuh lagii saya gunakan jee  acuan karipap biar cepat habis, bentuknyee macam gambar kat bawah ni yee. Apa-apa pun jom layan kudapan enak sepanjang masa!



Karipap Inti Serunding Yg Rangup
250 gram tepung gandum
50 margarin - cairkan dan biar suam
1/2 sudu teh garam halus
110 ml air sejuk
Serunding secukupnya - untuk inti

Cara Menbuat :
Di dalam mangkuk campur tepung dan garam, kacau biar tercampur rata. Tuang margarin dan air sejuk sedikit demi sedikit. Uli hingga sebati dan elastik. Rehatkan untuk 15 menit.
Ambik adunan dan canai nipis potong bulat dan isi denagn inti serunding kelim bahagian tepi karipap dengan kemas. Buat sehingga adunan tadi habis. Goreng hingga menjadi karipap yang rangup, toskan atas tisu dapur dan boleh di simpan di dalam balang kedap udara atau hidang begitu saja!


Wednesday, December 11, 2013

Ayam Bakar Ala Warung Padang


Pengalaman sewaktu bekerja di Jakarta mengingatkan saya akan kesedapan sajian dari tanah Minangkabau ini. Masakan Padang termasuk jenis masakan yang dapat di hidangkan bila - bila masa saja. Rumah makan atau warung Padang banyak menawarkan bermacam - macam jenis masakan seperti rendang, gulai gajebo, soto padang, dendeng balado, ayam pop memang cukup membuka selera bagi saya. Menu ringkas pada menu saya hari ini kombinasi dari cili merah, dan rempah segar lainnya yang di tumis terlebih dahulu bersama ayam kemudian di ungkep menjadikan sajian ayam kali ini cukup berlainan. Yok kita semak dan  bila ada kelapangan bolehlah di cuba nati yaa!

Ayam Bakar Ala Warung Padang
1 ekor ayam - potong 4 bahagian
1 biji limau nipis
2 batang serai - di ketuk
400 ml santan cair
70 ml santan pekat
1/2 sudu makan garam
1/2 sudu teh gula pasir
2 buah asam keping
1/2 sudu teh serbuk kunyit
2 sudu makan minyak untuk menumis
Daun limau purut - potong halus

Rempah di kisar :
7 - 10 biji cili kering
4 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
10 biji cabai merah
4 biji buah keras - sangai
1/2 sudu teh biji ketumbar - sangai
1/2 sudu teh biji jintan manis - sangai
3 cm halia
1/4 sudu teh biji  lada sulah

Rempah Tumis :
2 biji buah pelaga
1 biji bunga lawang

Cara membuat :
Lumur ayam dengan air limau nipis dan 1 sudu teh garam. Diamkan 15 menit. Panaskan minyak. Tumis rempah kisar, buah pelaga, bunga lawang, daun limau dan serai hingga naik bau. Masukkan ayam. Masak hingga berubah warna. Masukkan santan cair, garam, gula, dan asam keping. Masak hingga santan berbaki setengah bahagian. Masukkan santan pekat. Kacau perlahan hingga ayam masak dan rempah sebati. Bakar ayam sambil sesekali di sapu dengan rempah tumis. Hidangkan ayam bakar bersama nasi panas dan baki rempah tumis tadi.


Tuesday, December 10, 2013

Bronies Puding


Salah satu resepi puding yang sangat mudah di buat! Walaupun hari ini kat Penang hujan lebat, tapi teringin lah pulak makan benda yang sejuk - sejuk. Hehe. Bahan - bahan untuk membuat bronies puding ini memang selalu simpan di dapur rumah hanya gunakan serbuk agar - agar, sedikit coklat masakan, beberapa keping roti tawar dah boleh kita olahkan menjadi pencuci mulut yang istimewa. Syukur alhamdulillah anak -anak yang sedang tengok tv  di rumah memuji kesedapan puding bronies ini! Yummy katanyee..

Bronies Puding
10 gram serbuk agar - agar
1 sudu besar serbuk coklat
500 ml susu cair
600 ml air kosong
4 keping roti tawar
150 gram gula pasir atau sesuai selera
100 gram coklat masakan - cincang halus
1 biji kuning telur - pukul ringan
1 tsp esen vanila

Cara Membuat :
Blender 500 ml susu cair dan roti tawar hingga halus. Masukkan roti kisar dan susu cair ke dalam periok dan tambahkan serbuk agar-agar, 600 ml air tadi, gula pasir dan serbuk coklat. Masak di atas api sedang sambil di kacau hingga larutan puding bercampur menjadi satu.Masukkan cincangan coklat dan esen vanila. Kacau sebati sehingga coklat masakan cair dan tercampur rata.

Ambil  2 sudu besar adunan puding panas, tuangkan dalam telur yang telah di pukul ringan kacau sebati. Tuangkan campuran kuning telur tadi kedalam adunan puding yang sedang mendidih, kacau dengan cepat agar segera tercampur dengan rata dan tidak bergentel. Jika sudah mendidih matikan api.Tuang adunan puding di loyang yang telah di basahkan dengan sedikit air. Sejukkan  sehingga uap panasnya hilang, simpan di dalam peti sejuk dan hidang.


Sunday, December 8, 2013

Kuih Bahulu Coklat Rice


Saya dan keluarga memang suka makan bahulu. Selalu beli jer sebab malas nak buat. Semalam masa membeli persiapan baju sekolah untuk anak - anak singgahlah untuk membeli kuih bahulu! Seronok betul melihat mak cik penjual bahulu mengadun dan membakar kuih ini, jadi teruja sangat nak buat sendiri.
Sesekali kena la belajar jugak buat kuih tradisi kita kan agar tak lapuk dek zaman, kan? Ada beberapa tip yang kena diperhatikan, tepung terlebih dahulu kena di jemur atau di panaskan di dalam oven agar kuih bahulu yang dihasilkan menjadi ringan dan gebu. Jom kita semak bersama - sama resepi di bawah ini! Selamat membuat kuih bahulu..

Kuih Bahulu Coklat Rice
180 gram gula kastor
180 gram tepung gandum*
1 sudu teh serbuk penaik* - kedua bahan ini di ayak!
5 biji telur gred A
1 tsp ovelete
3 sudu makan minyak masak
1 sudu teh esen vanilla
40 gram coklat rice

Cara membuat:
Pukul telur, ovelete dan gula kastor hingga putih dan gebu dengan kelajuan tinggi selama 10 minit. Masukkan bahan ayak sedikit - sedikit sambil dikacau. Campurkan esen vanila dan akhir sekali campurkan minyak masak, coklat rice dan digaul sebati. Sapu acuan bahulu dengan sedikit minyak masak. Panaskan dalam ketuhar selama 5 minit. Bakar pada suhu 180 C selama 15 minit. (Yang ni terpulang padd kepanasan oven masing - masing la kan) Setelah masak, cungkil bahulu keluar dengan menggunakan lidi. Sejukkan dan hidang.


Friday, December 6, 2013

Karipap Pusing


Salam untuk rakan - rakan semua di hari jumat yang penuh berkat! Memenuhi permintaan anak - anak yang teringin makan karipap, bukan first time rasanya buat karipap pusing ni dulu dah pernah buat tapi tak sempat untuk ambik gambar dan post kat sini! Untuk resepi asal pastry karipap kali ini di ambik dari buku masakan chef terkemuka Alex Goh yang saya intai dari dapur Cik Mat! Memang sangat rapuh kulit karipapnyee sampai berderai  ketika di goreng, tapi tak paa memang sedap dan terbaikk. Oklah rakan - rakan jemput makan karipap bersama kopi o jee.. salam maniss..

Karipap Pusing
300 gram kentang - kupas dan cuci kemudian potong dadu kecil dan rendam
1 tin ikan tuna -  toskan
1 biji bawang besar -  didadu
2 ulas bawang putih*
1/2 inci halia*(*tumbuk lumat)
1 camca besar sos tiram
5 - 6 helai daun kari -  hiris halus
2 camca besar rempah kari
1 camca teh serbuk lada hitam
Sedikit gula
Kicap cair secukupnya
1 cawan air

Bahan A :
260 g tepung gandum
50 g margarine
20 g gula halus
1/4 camca teh garam
140 ml air (kurang lebih)

Bahan B :
180 g tepung gandum
80 g lemak sayur (shortening)

Cara Membuat :
UNTUK INTI :- Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk, daun kari dan bawang besar hingga harum, masukkan sos tiram dan sedikit air, tambah rempah kari, gaul rata dan tumis hingga garing. Masukkan tuna dan kentang. Tuang air dan biar hingga kentang empuk. Tambah sedikit gula, lada hitam dan kicap cair secukup rasa. Masak hingga kering. Alihkan dalam bekas lain dan biarkan sejuk.
UNTUK PASTRY :- Satukan semua bahan2 "A" kecuali air, gaul rata dan tambah air sedikit demi sedikit sambil terus diadun hingga menjadi doh yang tidak melekat di mangkuk adunan. Ketepikan. (Jangan risau jika air tidak habis digunakan).



Satukan pula bahan "B" dan adun hingga menjadi doh. Rehatkan doh "A" dan "B", selama 20 minit. Kemudian bagi dua setiap doh, biar sama besar. Bulat2kan. Ambil 1 bahagian doh "A", leperkan sedikit, letak atasnya doh "B", kemudian balut hingga menutupi doh "B" tadi. Buat kaedah yang sama untuk 1 bahagian doh lagi.

Ambil satu bahagian doh, canai membentuk 4 segi, buat lipatan seperti gambar rajah. kemudian canai lagi dari arah depan hingga ke hujung, canai juga bahagian tepinya, hingga mendapat ketebalan lebih kurang 2mm. Gulung doh tadi dari depan hingga ke hujung seperti swiss roll.
Rapikan gulungan tadi dan potong kepada 8 bahagian. Buat kaedah sama untuk bahagian doh yang satu lagi. Ambil 1 potongan. Leperkan sedikit dan canai lebih kurang 3mm, isi inti dan kelim seperti membuat karipap biasa. Buat hingga siap.

Goreng hingga kuning keemasan, gunakan api sederhana sahaja. Jangan goreng banyak serentak 2 - 3 biji sekali goreng, berhati2 semasa membalikkan karipap. Angkat dan toskan minyaknya, letak atas paper towel dan biar minyak terserap. Boleh di hidangkan.


Wednesday, December 4, 2013

Donut Lembut Dan Sedap


Selamat petang buat semua dan semoga rakan - rakan saya kat luar sana boleh masak macam - macam untuk sajian keluarga. Hari ini kita layan entry donat yee. Resepi kali ini saya intai dari rumah Hasue.
Donat yang sangat lembut dan gebu kejadiannye dan untuk topingnya saya gunakan coklat masakan, warna putih dan kuning dan hiaskan dengan sedikit bunga - bunga dari coklat juga. Hmm, nampaknya  berseri sikit donat saya harini kutt! Hehe.. selamat menjamu selera..

Donut Lembut Dan Sedap
500 gram tepung gandum berprotein tinggi
1 sudu besar yis
50 gram marjerin
1 sudu besar shortening
2 sudu besar gula pasir halus
2 sudu besar susu pekat
1 biji telur
1/2 tsp garam halus
Toping kegemaran - saya guna coklat masakan yg di cairkan
190 ml - 200 ml air suam

Cara Membuat :
Di dalam bekas yang agak besar,tuangkan air suam. Masukkan yis segera, gula pasir, susu, marjerin dan shortening. Kacau sedikit dan biarkan selama 8-10 minit  untuk yis yang baik, selalunya dalam 3-5 min dah mula berbuih. Setelah yis mula berbuih, ayakkan separuh dari tepung gandum terus ke dalam adunan. Masukkan pula telur yg di pukul sedikit dan juga garam.

Kacau adunan sehingga sebati dan melekat pada sudu (bila dah sebati tu dikacau satu arah je guna sudu). Ayak lagi tepung selebihnya, gaul menggunakan sudu seketika barulah uli menggunakan tangan.
Uli sehingga doh sebati dan tidak lekat di tangan. (sisa2 tepung kat dlm bekas tu semua bersih).

Doh tidak perlu direhatkan, (kalau nak rehatkan pun boleh gak selama 5-10min) boleh terus sahaja dicanai setebal 1/2 inci (agak2 je). Boleh tambah sedikit tepung jika adunan agak lembik. Terap doh mengikut acuan donut atau bentuk kesukaan anda. Doh akan mula mengembang dan ringan sementara minyak dipanaskan (lebih ringan / kembang doh, lebih gebu laa donut tu nanti) jadi kalo nak donut extra gebu kena laa sabor sket yer..

Setelah minyak agak panas (jgn terlalu panas, nanti donut gorengan pertama agak hangus) perlahankan sedikit api, masukkan donut tetapi jgn terlampau penuh sebab donut ni akan mengembang lagi ketika digoreng (sbb adunan mengandungi telur). Goreng sehingga kekuningan dan toskan. Sedia utk dihidangkan bersama gula halus atau topping kegemaran anda. SELAMAT MENCUBA.. ^_^

Tuesday, December 3, 2013

Cheesey Bites Pizza


Assalam buat pembaca blog, Banyak di antara kawan - kawan di luar sana sekarang ini yang sudah tahu membuat pizza! Pizza merupakan jenis makanan yang terbuat dari bahan dasar roti dan terdapat toping yang beraneka jenis untuk menambah cita rasa dari pizza tersebut.  Pizza yang saya buat hari ini sedikit berbeza dan kebetulan saya memang belum pernah membuat bentuk pizza seperti ini, so memang semangat nak cuba!! Ala - ala pizza Hutlah kononya! Hehe. Jom kita semak resepi di bawah ini!

Cheesey Bites Pizza
300 gram tepung protein tinggi
1 tsp yis
20 gram gula pasir halus
15 gram susu tepung
165 ml air suam
35 gram mentega putih / shortening
1 tsp garam halus

Cara Membuat :
Campur tepung , yis, gula pasir, dan susu tepung. Kacau rata. Tuang air suam sedikit demi sedikit sambil diuli sehingga adunan kalis. Masukkan mentega putih dan garam. Uli sehingga adunan lembut dan rehatkan untuk 30 menit. Kempiskan adonan. Bahagikan menjadi 2 adunan. Bulatkan. Diamkan 10 menit. Giling nipis melingkar ( bulat ). Beri keju pada bahagian tepi pizza. Kelimkan dengan kemas. Letakkan diloyang yang disapu margarin.

 Potong - potong ujungnya 2 cm dan  jarakan. Ambil bahagian tepi pizza dan lipat ke dalam. Tekan - tekan dengan kemas. Cucuk bahagian tengah pizza menggunakan garfu. Sapukan dengan sos dan tabur dengan bahan topping dan juga chesee. Sapu bahagian tepi pizza dengan bahan gliss. Oven 15 menit dengan suhu 190 derajat Celsius.


Pizza Sos
1/2 biji bawang besar  - cincang halus
4 buah tomato rebus - cincang halus
2 sudu besar tomato paste
1/2 botol kecil sos cili
3/4 sendok teh garam
1/4 sudu teh serbuk lada sulah
1 tsp gula pasir
1 tsp oregano
1/2 tsp basil
1 sudu makan minyak untuk menumis

Bahan Topping
75 gram paprika merah  - potong kotak
Beberapa ketul sosej - potong bulat / nipis
75 gram cendawan champignon
 225 gram keju mozzarella parut

Bahan Gliss
1 sudu besar minyak zaitun

Cara membuat :
Sos, tumis bawang besar sehingga naik bau. Masukkan tomato, tomato paste, garam, lada sulah, dan gula pasir. Masak sampai meletup - letup dan pekat. Tambahkan oregano dan basil. kacau rata.

Enjoy Cheese to the Full!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Kongsi Resepi