Nuffnang

Saturday, February 25, 2012

Roti Kukus




Kalau cuti aje, teringin nak makan macam - macam. Hehe. Kadang - kadang kalau lepas buat kuih tu, malas pulak nak membasuh alat - alatnya. Huhu. Hari ini gagah jugak, pasal resipi ni nampak simple dan boleh di pelbagaikan, ya kah?

Roti kukus ni, lebih kurang macam pau ( menurut saya ). Roti ni saya letak inti ala karipap di dalamnya, jadi tak payahlah nak cicah - cicah! Makan macam tu, je. Thanks pada Ayin dan jugak Cik Manggis.

Bahan - bahannya :
3 cawan tepung pau
4 tbsp gula kaster
1 1/2 tsp yis segera
2 tsp baking powder
1/2 tsp garam halus
1 1/3 cawan susu segar
1 tbsp minyak jagung

         
Cara Membuat :
Masukkan semua bahan - bahan ke dalam mangkuk pengadun. Masukkan susu sedikit demi
sedikit, uli perlahan - lahan. Uli sehingga menjadi adunan yang elastik. Macam mambuat roti.

Perap selama 1 jam. Kemudian kempiskan adunan, untuk membuag angin. Bentukkan bulat
dan aturkan didalam loyang yang telah di sapu dengan minyak masak.

Biarkan doh naik sehingga dua kali ganda. Panaskan  periok pengugkus, tunggu sehingga uap
nya banyak. Kukus roti selama 20 minit atau sehingga masak.

             

Kek Gulung Kasih



Sempat buat kek gulung kasih untuk minum petang, semalam punya kek! Dah habis pun. Hehe. Resepi saya tengok dari rumah Dayang. Hmm memang sedap, anak - anak cakap macam kek gulung  apollo punya! Hehe. Bahan - bahannya simple sahaja. Untuk filling saya menggunakan orange jem, pasal tu aje
yang ada kat rumah. Hehe. Ok, tengok resepinya. Ada masa lapang boleh mencubanya di rumah!

Bahan - bahannya :)
70 gram tepung gandum
1 sudu besar susu tepung
3 biji telur gred A
60 gram gula kastor
60 ml minyak masak
1 sudu teh esen vanila
2 sudu kecil ovalette
Pewarna kegemaran

Cara - Cara Membuat :)
Panaskan oven 170 C. Sediakan loyang swiss roll. Alaskan dengan baking paper. Sapukan dengan sedikit mentega. Satukan semua bahan - bahan di atas kecuali minyak dan pewarna.


Di dalam mangkuk adunan  kemudian putar sehingga gebu. Setelah itu tuangkan minyak masak sedikit demi sedikit dan kacau sebati dengan senduk kayu.

Ambil 4 sudu besar untuk setiap adunan yang di warnakan. Tuangkan adunan yang kosong di dalam loyang pembakar dan ratakan. Kemudian, tompok - tompokkan dengan adunan yg berwarna. Saya buat corak dengan menggunakan lidi yang bersih.

Kemudian bakar sehingga keperangan selama 20 minit atau sehingga masak. Kepanasan suhu bergantung kepada jenis oven masing - masing. Setelah masak, keluarkan terus dan terbalikkan kek dan sejukkan sebantar. Kemudian sapukan dengan jem kegemaran. Gulung kek dengan kemas dan bolehlah di potong dan hidang.

 

Monday, February 13, 2012

Bolu Kukus Warna - Warni



Hari Sabtu yang lalu kawan lama saya nak datang rumah, pasal nak bawa budak - budak
sekali, saya pun ingin buatkan sesuatu untuk kudapan hari tu. Just simple dan mudah dibuat!

Bahan - bahannya :
200 gram tepung gandum
175 gran gula caster
200 ml susu cair
3 biji telur ayam
1/2 sudu teh ovalete
1/4 sudu  teh garam
Pewarna kegemaran

Cara : Pukul gula, garam, ovalete dan telur sehingga pekat dan gebu. Masukkan tepung gandum berselang - seli dengan susu cair dan kacau sehingga sebati. Bahagikan adunan menjadi 4 bahagian dan beri pewarna kegemaran dan kacau sehingga rata. Kukus untuk setiap layer selama 5 minit, dan untuk layer yang terakhir kukus selama 20 minit atau sehingga masak.

   

Thursday, February 9, 2012

Kuih Lapis Beras



Salam. Di perlukan sedikit kesabaran di dalam membuat kuih ini, bukan ? Warna - warni dari kuih lapis ini cukup untuk mengundang selera! Resipi ini sedikit berbeza dari kuih lapis Malaysia. Untuk resepi asal boleh tengok di sini!

Bahan - bahannya :
100 gram tepung ubi
275 gram tepung beras
250 gram gula halus
1 tsp garam
1.5 liter santan
3 helai daun pandan - di ikat simpul
Pewarna secukupnya

Cara : Masak santan, daun pandan sehingga sedikit mendidih. Angkat dan biarkan sedikit suam. Ketepikan. Masukkan ke dalam mangkuk, tepung beras, tepung ubi, garam dan gula halus, kacau sehingga sebati. Masukkan santan suam tadi sedikit demi sedikit sambil di kacau menggunakan whisk, hingga menjadi adunan yang cair. Bahagikan adunan menjadi 3 bahagian, beri pewarna yang di gemari.

Sediakan loyang berzaiz 8 inci, sapu dengan sedikit minyak sayur, dan bahagian bawah loyang di lapis dengan kertas roti. Kukus layer yang pertama selama 5 minit, di dalam periok kukusan yang sudah mendidih. Kukus lagi layer yang kedua selama 5 minit lagi, buat sehingga adunan habis secara berselang - seli,ya! Dan untuk layer yang terakhir kukus lagi selama 20 minit atau sehingga masak. Sejukkan kuih lapis, barulah boleh di potong.

                   

Tuesday, February 7, 2012

Karipap Inti udang


           
Karipap merupakan sejenis makanan yg sangat popular, ia terdapat dalam pelbagai perasa, bergantung kepada inti di dalamnya. Untuk karipap yang saya buat pula, saya masukkan isi udang di dalamnya dan untuk kulitnya  saya gabungkan  antara marjerin dan jugak, crisco memang cukup rangup!

Bahan Kulit Karipap :
2 cawan tepung gandum
1 sudu besar marjerin
1 sudu besar crisco
1/4 cawan air sejuk
1/2 sudu teh garam halus

Cara : Masukkan marjerin, garam dan juga crisco ke dalam tepung. Uli sehingga rata.
Kemudian masukkan air sedikit demi sedikit, uli sehingga menjadi doh yang lembut. Jangan
terlebih air untuk mendapatkan kulit kariap yg rangup.

Bahan Untuk Inti :
1 /2 kg ubi kentang - di potong dadu
100 gram isi udang
1 bungkus / peket rempah kari daging
1 labu bawang besar  - dipotong dadu
5 ulas bawang merah - tumbuk halus
2 ulas bawang putih - tumbuk halus
1 sudu besar ikan bilis - tumbuk kasar
Setangkai daun sup - di hiris kasar
Sedikit gula dan garam secukup rasa

Cara : Tumis bawang besar, bawang merah, bawang putih sehingga naik bau. Masukkan rempah kari, bila sedikit garing masukkan ikan bilis. Masukkan pulak ubi kentang. Masak ubi sehngga lembut, masukkan isi udang dan kacau sehingga sebati. Masukkan gula dan garam secukup rasa. Sebelum di angkat jangan lupa masukkan daun sup, dan kacau sehingga sebati.Canai nipis adunan kulit karipap letakkan inti dan kelim dengan kemas. Goreng karipap menggunakan api yang sederhana supaya kulitnya licin dan juga rangup!

                                                          

Sunday, February 5, 2012

Cempedak Goreng Crispy


                               

Jom layan menu simple ini. Bangun aje tadi pagi, saya teringat cempedak yang jiran saya
bagi. Hehe. Saya kopek siap dan simpan di dalam peti ais semalam. Orang rumah saya pesan,
suruh buatkan cempedak goreng, gituu.

Teringat resepi dari blog Ayin yang sudah saya print dan tersimpan di celah -  celah majalah
lama saya. Hmm, kita pun godeg - godeglah di dapur. Saya puas hati dengan adunan tepung
ini, memang rangup!! Sila mencubanya baru tahu kesedapannya! Hehe.

Bahan - bahannya :
180 gram tepung gandum
2o gram tepung ubi
20 gram tepung castad - nak bagi warna cantik pada adunan
1 tsp baking powder - saya tak letak, saya masukkan sikit garam
1 sudu makan minyak sayur
1/2 biji telur
300 gram air sejuk
Pisang atau isi cempedak

Cara : Di dalam mangkuk, campurkan semua bahan - bahan di atas kecuali cempedak, ya.
Whiskkan menjadi adunan yang lincin dan lembut. Celupkan cempedak ataupun pisang ke
dalam adunan tepung dan goreng sehingga keperangan.
        

Saturday, February 4, 2012

Puding Belang




Jalan - jalan je rumah kawan saya ni, memang  macam - macam ada! Selalu saya datang senyap senyap. Nak cepat la, konon! Hehe. Hari ini  ingin mencuba puding belang dari beliau rumah Izah. Thanks jugak pada Jun, penyumbang resipi asal. Minta halal, ya! Puding ni memang super lembut. Tidak banyak step untuk membuatnya. Memang senang dan sedap!


Bahan - bahannya :
10 gram serbuk agar - agar
200 gram gula pasir
2 1/2 cawan air
1 tin susu cair
3 sudu besar butter atau marjerin
3 sudu besar tepung jagung
2 biji telur
1 sudu besar serbuk koko - dibancuh dengan sedikit air

Cara : Masak agar - agar dengan air dan gula sehingga hancur. Telur dipukul ringan, masukkan tepung jagung dan juga susu cair. Tuangkan ke dalam agar - agar tadi. Masukkan butter lalu tutup api dan bahagikan kepada dua bahagian.

Bahagian kepada dua bahagian. Satu di bairkan warna asal dan satu lagi di campur serbuk koko. Tuang sesendok warna asal, sejukkan sekejap, tuang pulak adunan koko di bahagian tengah sedikit ulang sehingga habis. Sejukkan sebelum di hidang!  

                       

Puteri Ayu



Selalu kalau buat kuih ni, letak dalam acuan kecik - kecik, kan ? Pasal  hari tu kurang rajin sikit, jadi saya letak dalam acuan saiz 7 inci je. Mudah dan cepat buat kerja! Hehe.

Bahan - bahannya :
4 biji telur ayam
250 gram gula caster
300 gram tepung gandum
1 tsp serbuk penaik
1 sudu besar ovalette
250 gram susu cair atau santan
Sedikit pewarna hijau

Bahan lain :
Sedikit garam
1 sudu besar tepung gandum
1/2 biji kelapa parut - ambik putihnya sahaja
Note - gaulkan sehingga rata, ketiga bahan  bahan ini.

Cara : Pukul telur dan gula sehingga kembang. Masukkan ovalette dan pukul sekali lagi. Masukkan tepung berselang - seli dengan susu. Gaul sehingga rata. Sapukan acuan dengan sedikit minyak, dan letakkan sedikit kelapa di bahagian bawah acuan. Tuangkan adunan dan kukus selam 10 atau 20 minit.

                                                 

Marble Cheese Bronies



Salam, dah sampai ke penghujung minggu lagi. Hmm, apa lagi nak buat ya ? Cuba - cuba lagii! Hari ini cuba buat marble bronies from Kak Rinnchan. Thanks kak, ya. Semoga Allah memberikan pahala dan rezeki yang melimpah. Amin. Ramaii, kan yang sudah mencuba resipi ni. Memang sedap. Tapi kalau ikut cara saya, saya buat dengan cara bakar kukus, hasilnya lebih lembutt.

Bahan  Bronies :
250 gram butter
1 cawan serbuk koko
3 biji telur gred  B
1 1/2  cawan gula castor
1/2 cawan susu cair
1 1/2 cawan tepung gandum - ayak bersama baking dan soda
1 tsp baking powder
1 tsp soda bikarbonate
1 tsp esen vanila

Cara  : Cairkan butter. Masukkan serbuk koko dan kacau rata. Whiskkan gula dan telur. Masukkan ke dalam adunan butter dan koko, kacau sebati. Masukkan susu cair dan kacau sebati. Masukkan tepung sedikit demi sdikit sambil di kacau hingga sebati.

Akhir sekali masukkan esen vanila dan kacau rata. Panaskan oven pada suhu 175 C. alas loyang 10x10 dengan grease proof paper. Biar kertas berjuntai pada dua belah bertentangan supaya mudah mengeluarkan bronies.

Tuang adunan bronies ke dalam loyang dan ratakan. Tinggalkan sedikit untuk membuat marble di atas lapisan cheese nanti. Bakar selama 20 minit atau sehingga masak.

Bahan Lapisan Cheese :
250 gram cream cheese
1 cawan gula castor
1 biji telur gred B

Cara : Pukul cram cheese sehingga gebu. Masukkan gula dan pukul lagi sehingga sebati. Masukkan telur dan pukul lagi sehingga sekata .

Selepas keluarkan bronies dari oven. Tuangkan adunan cheese dan ratakan. Paipkan baki adunan bronies ke atas lapisan cheese dan lorekkana menggunakan lidi bersih.Masukkan semula ke dalam oven dan  bakar lagi selama 15 minit. atau sehingga cheese masak. Biarkan sejuk, barulah di potong!

                 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Kongsi Resepi