Nuffnang

Tuesday, March 20, 2012

Cream Puff



Kuih comei isi custard yang menjadi kegemaran ramai. Dah beberapa kali mencubanya. Ini kali ketiga saya membuatnya. Untuk intinya boleh letak custard macam biasa atau di pelbagaikan sesuai selera masing - masing, yaa!

Oven yang di gunakan ketika membakar kuih ini, haruslah panas 200 C. Panas oven mengubah kadar air yang tinggi menjadi uap. Rasanya yang sedap, lemak manis dan berkrim menjadi pilihan dessert yang istimewa.

Bahan Cream Puff :
100 gram mentega
250 gram air kosong / susu cair
60 gram tepung gandum
60 gram tepung roti
3 biji telur
1/4 sudu teh garam
1/2 sudu teh serbuk penaik

Cara Membuat :
Panaskan air di dalam periok. Masukkan marjerin dan garam. Matikan api. Masukan tepung gandum dan tepung roti dan kacau sehingga rata. Nyalakan api kecil. Kacau sehingga doh licin. Angkat dan biarkan suam.

Masukkan serbuk penaik dan telur satu persatu sambil di pukul dengam  pemukul elektrik sehingga rata. Masukkan ke dalam piping bag. Tekankan adunan dengan menggunakan spuit di atas loyang yang di sapu marjerin. Bakar selama 25 minit, dengan suhu ketuhar 200 C sehingga masak.

Bahan Custard :
300 ml susu cair
50 gram gula pasir
1 sudu besar serbuk koko
50 gram serbuk badam
25 gram tepung jagung dan 2 sudu besar air, larutkan
75 gram coklat masak hitam
1 biji kuning telur
1 sudu besar butter

Cara Membuat :
Rebus susu cair, gula, serbuk koko dan serbuk badam sambil di kacau sehingga mendidih. Masukkan larutan tepung jagung. Kacau sehingga sekata.

Masukkan coklat masak. Kacau sehingga coklat larut. Masukkan kuning telur. Kacau sehingga pekat. Masukkan butter. Kacau rata. Hidangkan cream puff bersama custard.


Friday, March 16, 2012

Kerepek Gunting



Kudapan kegemaran anak - anak di rumah, ia sangat sedap menjadi teman di kala menonton tv dan santai kat rumah. sekejap aje satu balang boleh di habiskan! Hmm.. Resepi ni mudah di sediakan. Ada berbagai resepinya, semuanya sedap  - sedap. Jom intai cara membuatnya! Bila senang bolehlah buat!

Bahan  A :
2 cawan tepung gandum
1 sudu mesar minyak masak
1 sudu besar marjerin
1 biji telur - pukul ringan
Air ataupun santan secukupnya - untuk menguli
1 tps garam halus
Daun kari secukupnya

Bahan Rempah :
2 ulas bawang merah - kisar halus
1 tsp serbuk jintam manis
1 tsp serbuk jintan putih
1 tsp serbuk kari daging
1 tsp serbuk ketumbar
1 tsp serbuk cili
1 sudu besar udang kering - kisar halus

Cara - Cara :
Di dalam sebuah mangkuk, masukkan tepung, minyak, marjerin dan telur. Gaulkan hingga menjadi serbuk roti. Masukkan bahan rempah dan juga air / santan sedikit demi sedikit. Uli sehingga  menjadi adunan yang lembut.

Canai nipis adunan. Gunting memanjang atau pun potong nipis menggunakan pisau yang tajam ke dalam bekas yang di tabur sedikit tepung. Panaskan minyak, goreng kerepek bersama beberapa helai daun kari sehingga keperangan. Toskan dan boleh di simpan di dalam balang kedap udara agar kekal rangup.

                 

Wednesday, March 14, 2012

Nasi Ayam Ipoh



Hari ni layan menu budak - budak kat rumah ni, noo! Dah beberapa hari ni asyik minta di buatkan nasi ayam.  Ishh, ada beberapa resepi nasi ayam yang tersimpan.

Pilih punya pilih, nak cuba resepi nasi ayam Ipoh dari Quinnie@ my resepi.com. Tq, yee share resepi yang ennakk ini! Tak rugi mencubanya, memang sedap sehingga menjilat jari!! Hehee..

Bahan  Untuk Nasi :
4 cawan beras
4 1/2 cawan air rebusan ayam
2 inci halia - kisar
3 ulas bawang putih - kisar
3 helai daun bawang, ambil dengan bahagian bawah / akar sekali
1 sudu besar minyak bijan
2 sudu besar sos tiram
2 helai daun pandan
4 sudu besar mentega

Cara - Cara :
Mula - mula buat air rebusan ayam. Masukkan bahan - bahan untuk membuat sup. Kecuali sengkuang dan serbuk lada sulah. Setelah mendidih masukkan ayam, biarkan ia masak. Angkat dan toskan. Ketepikan sekejap.

Masukkan marjerin di dalam periuk nasi elektrik, biar mencair. Masukkan bahan - bahan yg di kisar biar sehingga naik bau. Masukkan daun bawang dan juga daun pandan. Bila dah layu sikit masukkan sos tiram dan minyak bijan. Kacau sekejap dan masukkan beras, garam dan air rebusan ayam biarkan nasi sehingga masak.


Bahan Membuat Sup :
Air rebusan ayam secukupnya
4 ulas bawang putih - di ketuk
3 inci halia - di ketuk
3 helai daun bawang
1 biji sengkuang - di potong dadu
1 sudu besar lada sulah
garam secukup rasa

Cara - Cara :
Baki air rebusan tadi didihkan lagi bersama sengkuang dan serbuk lada. Masak sup sehingga
mendidih. Perasakan sup

Bahan Membuat Ayam :
1 ekor ayam
3 ulas bawang putih - kisar
1 inci halia - kisar
3 sudu besar kicap lemak manis
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar cuka
1 sudu besar madu

Cara - Cara :
Ayam yang di toskan tadi, perapkan bersama bahan -  bahan kisar dan rempah lainnya. Perap selama 1/2 jam. Bolehlah di goreng atau pun bakar sehingga masak.



Bahan Membuat Cili :
5 biji cili burung
5 biji cili merah
Sedikit halia
3 ulas bawang putih
1 biji limau kasturi
Sedikit air rebusan ayam
Garam dan gula secukup rasa

Cara : Masukkan  semua bahan2 membuat cili ke dalam blender, blender sehingga hancur. Sesuaikan rasa.

Bahan Mambuat Kuah Kicap :
2 biji cili merah
Sedikit halia - kisar
2 ulas bawang putih - kisar
1 sudu besar kicap
1 sudu besar sos tiram
Air rebusan ayam secukupnya
1 sudu besar tepung jagung, di campur dengan sedikit air untuk memekat kuah

Cara : Tumiskan bahan  kisar dengan sedikit minyak, tumis sehingga naik bau. Masukan kicap dan sos tiram. Masak sehingga mendidih. Sesuaikan rasa. Masukkan tepung jagung tadi, tunggu sehingga kuah menjadi pekat. Tutupkan api.

Note : selepas semua dah  masak. Hidangkan nasi ayam bersama dengan pelengkap.

Tuesday, March 13, 2012

Nasi Lemak Hijau



Bangun je hari ni, terus pergi ke dapur menyiapkan sarapan untuk anak sulung saya. Dia cakap ada kelas tambahan hari ini. So, saya buatkan nasi lemak sahaja untuk makan pagi ni!

Hmm, dia cakap best mom! Walau pun versi terlambat dan ketinggalan, nak jugak merasa dan mencuba. Tq so much pada Cik Mat lagi! Resepi yang best!

Bahan Nasi Lemak :
4 cawan beras basmati, cuci dan rendam 20 minit dan toskan
1 biji kelapa di parut
10 helai daun pandan - potong kecil dan kisar dengan 1 cawan air
2 batang serai - di ketuk
1 helai daun pandan - di simpul
1 inci halia - di ketuk
3 ulas bawang putih -  di ketuk
5 ulas bawang merah, hiris nipis
1 batang kayu manis*
1 kuntum bunga lawang*
5 kuntum bunga cengkih*
3 biji buah pelaga* ( * rempah untuk menumis )
1 tsp serbuk lada hitam
Sedikit garam
Setitik pewarna hijau

Cara - Cara :
Tuang kisaran daun pandan tadi dalam kelapa parut, tambahkan air. Ramas dan perah sehingga mendapat santan . Masukkan beras yang di toskan tadi di dalam rice cooker. Ketepikan sekejap. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis rempah tumis, bawang kecil, bawang putih, halia dan serai sehingga naik bau. Tuang santan dan masukkan daun pandan yg di simpul.

Masukkan garam dan serbuk lada, biarkan mendidih. Matikan api dan tuang santan tadi dalam beras yg telah di isi di dalam rice cooker tadi Tekan on dan masak seperti biasa.
Hidangkan nasi bersama bahan - bahan sampingan seperti sambal tumis, hirisan timun, ikan atau pun ayam goreng.

Monday, March 12, 2012

Bola - Bola Sayuran Goreng



Salam. Kadang - kadang kita tak tau memikirkan kudapan untuk anak - anak pada petang hari, kan? Meh, kita buat yang simple tapi sedap. Kudapan ini kaya dengan sayur dan jugak serat. Makan begitu sahaja, atau di cicah dengan sos kegemaran, yumm!

Bahan - bahannya :
2 sudu besar marjerin
1 batang daun bawang - di potong halus
50 gram daging ayam cincang
1 tongkol jagung di ambil isi
100 gram lobak merah - di potong dadu
75 gram buncis - di potong halus
80 gram tepung gandum
275 ml susu cair
1 tsp garam
1/4 tsp serbuk lada sulah
1/2 tsp gula pasir
1/4 tsp serbuk pati ayam

Bahan Pelapis :
100 gram serbuk roti kasar
2 biji telur - pukul ringan
minyak masak untuk menggoreng

Cara - Cara :
Panaskan marjerin. Tumis daun bawang sehingga naik bau. Tambahkan daging ayam cincang. Kacau sehingga berubah warna. Masukkan isi jagung, buncis dan lobak merah. Kacau sehingga sedikit layu.
Masukkan tepung gandum. Kacau sehingga berketul - ketul. Tuang susu sambil di kacau sehingga lincin. Tambahkan garam, serbuk lada sulah, gula dan juga serbuk pati ayam. Kacau lagi sehingga semuanya sebati. Sejukkan. Bentukkan bulat. Golekkan di atas serbuk roti. Celupkan di dalam adunan telur. Golekkan lagi di atas serbuk roti lalu goreng sehingga keperangan.


Sunday, March 11, 2012

Kek Pisang Lembut



Dapat pisang dari jiran sebelah rumah. Pagi tadi tak tau nak buat apa, saya buat kek pisang aje! Siap aje kek pisang ni, anak - anak dah habiskan  setengah loyang, depa cakap lembut dan sedap. Satu potong memang tak cukup. Tq, Cik Mat!

Bahan - bahannya :
250 gram tepung gandum*
1 tsp soda karbonat*
1/2 tsp garam halus*( *di gaul rata dan di ayak )
1 tsp ovalette
150 gram gula halus
5 bji telur gred A
125 gram mentega, di cairkan dan biarkan sejuk
100 gram minyak masak / jagung
225 gram pisang lecek - gaulkan 1 tsp esen vanila

Cara - cara :
Panaskan oven pada suhu 160 C. Lenser acuan dengan mentega, tabur tepung sehingga rata.Ketepikan sekejap. Putar gula, ovellete dan telur sehingga gebu dan menjadi pekat. Perlahan speed masukkan
pisang yang di lecek, gaul rata. Masukkan tepung berselang - seli dengan mentega cair dan minyak jagung tadi.

Tuang di dalam acuan tadi. Bakar selama 40 minit atau sehingga keperangan. Biarkan kek sejuk dan terbalikkan. Bolehlah di potong dan hidang.


Friday, March 9, 2012

Bolu Gulung



Kuih lagi. Hehe. Tuan rumah tengah rajin buat kuih! Yang ni adalah bolu gulung atau pun kat sini orang panggil, kek gulung! Resepi dari NCC. Resepi asal di kukus, kerana pengukus kita tak muat (kecik ) saya buat bakar sahaja, lembut dan gebu. Ok, tengok resepinya!

Bahan A :
4 biji telur
100 gram gula pasir
1 tsp cake emulsifier
1/2 tsp vanila

Bahan B :
80 gram tepung gandum
10 gram susu tepung
10 gram tepung jagung

Bahan C :
50 gram marjerin, cairkan

Cara - cara :
Pukul bahan A sehingga pekat dan gebu, masukkan bahan B, masukkan bahan C kacau rata. Tuang adunan ke dalam loyang atau acuan kek gulung bersaiz 22x22x4 cm. Bakar selama 20 minit dengan suhu 160 C. Setelah kek  masak, letakkan di atas kertas roti. Sapu dengan jem kegemaran, segera gulung
dan padatkan.

Apam Coklat



Salam. Jemput minum petang dengan kuih apam ni. Dari my resepi, mudah, cepat dan ringkas! Bahan - bahannya sama macam mambuat kek coklat bakar, tapi yang ini style kukus, ya. Lumayan lembut, saya letak  di dalam acuan saiz 8 inci je, jadi sekali kukus sahaja, Untuk yg rajin boleh letak  di dalam paper cup atau acuan kuih lompang pun boleh!

Bahan  bahannya :
4 biji telur ayam
1 cawan gula pasir
1 cawan susu pekat manis
1 cawan minyak masak
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan susu tepung
1 cawan serbuk koko
1 cawan air suam
1 tsp soda carbonat
1 tsp baking powder

Cara - cara :
Campurkan dengan menggunakan whisk bahan - bahan kering, tepung, serbuk koko, baking
powder, soda carbonat dan susu tepung. Ketepikan. Blend telur dan gula, masukkan susu pekat manis dan minyak masak. Masukkan bahan kering tadi sehingga tercampur rata. Masukkan air suam, putar sehingga sekata. Masukkan ke dalam acuan kecil2 atau pun loyang yang telah di glis kan dengan minyak
masak. Kukus selama 40 minit atau sehingga masak.

                             

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Kongsi Resepi