Nuffnang

Saturday, March 23, 2013

Homemade pastry Puff


Hey..
mungkin ada yang mengatakan  memasak nasi lebih mudah daripada membuat pastri. ini ada
juga benarnya. tetapi ini adalah sekadar percubaan saya di rumah, mengisi masa lapang bersama
anak - anak! Bagi mereka yang tinggal di bandar besar jika tak mau membuat sendiri boleh
membeli pastri segera yang sedia di gunakan, kita hanya menyediakan inti dan membentuknya saja.
Ok. Tetapi ini sekadar membuat pilihan kepada mereka yang menggemarinya, seperti saya.
Hari ini saya akan membuat vol - au - vent ala Perancis, ianya seakan - akan mangkuk dan diisi
ala mushroom soup. Resepi asal saya ikut di sini! Jom semak stepnya..



PASTRY PUFF
400 g tepung gandum
1/8 camca teh garam
50 g mentega
220 ml air
300 g majerin pastry (yang ni boleh beli kat kedai jual bahan2 baking)
Sedikit tepung untuk ditabur

Cara Membuat :
Dalam bekas, satukan tepung gandum, garam dan mentega, gaul rata. Tuang air sedikit demi sedikit sambil menggaul hingga menjadi doh yang tidak melekat di mangkuk, jika air habis dan doh sedikit melekit, tabur sedikit tepung. Rehatkan doh 15 minit.

Ambil doh tadi, tabur tepung pada permukaan meja kerja dan juga alat pencanai. Canai doh tadi sehingga mendapat bentuk seakan2 huruf "T", macam dalam gambar.
Letak kan majerin pastry ditengah2 dan bungkus kemas2. Mulakan dari bahagian kanan dan kiri, kemudian bahagian atas dan bawah. Tabur sedikit tepung dan terbalikkan doh.

Canai doh sehingga mencapai ketebalan 0.5 cm, canai berhati2 dan jangan tekan kuat sangat masa mencanai, nanti majerin pastry terkeluar.
Lepas tu lipat seperti dalam gambar 4 dan lipat kan lagi seperti gambar 5 (lipat buku). Kemas2kan dan rehatkan 15 minit.

Kemudian pusing kan lipatan tadi 90 darjah (bahagian berlipat yang tadi di depan, pusingkan ke tepi). Canai perlahan2 sehingga mendapat ketebalan 0.5 cm juga, dan buat lipatan yang sama macam no 5. Rehatkan lagi 15 minit.

Ulangi proses mencanai dan melipat sebanyak 2 kali lagi dan rehatkan 15 minit setiap kali selesai proses melipat. Buat hingga siap.
Akhir sekali, canai doh tadi sehingga mendapat ketebalan 0.5 cm, kemaskan dan jika besar boleh kerat 2. Masukkan dalam plastik dan simpan dalam freezer untuk kegunaan kemudian....


VOL-AU-VENT
1 camca besar mentega
1 1/2 camca besar tepung gandum
350 ml susu segar
1 helai bay leaf
1 camca besar, cincangan daun parsley
1 ulas bawang putih, cincang halus
8 kuntum cendawan butang, hiris nipis
2 batang sosej ayam, dadu sederhana besar
Secubit gula
Garam secukup rasa
Lada hitam serbuk secukup rasa
Puff Pastry secukunya

UNTUK ISIAN:- Panaskan mentega dalam kuali, masukkan bawang putih dan tepung gandum, kacau rata. Tuang susu perlahan2 sambil dikacau, hingga susu habis. Masukkan bay leaf, cendawan dan sosej (kalau guna udang, masukkan udang). Kacau rata dan masak dengan api perlahan sambil terus mengacau hingga pekat, tambah lada hitam, secubit gula daun parsley dan garam secukup rasa. Angkat dan sejukkan sebelum diisi ke dalam pastry.

Canai pastry puff setebal 0.5 cm, terap dengan cutter bulat berukuran 5 inci. Kemudian, canai lagi, terap gunakan cutter 5 inci juga dan kali ini, gunakan cutter bulat berukuran 4 inci untuk menerap bahagian dalamnya untuk menghasilkan pastry berbentuk cincin.
Sapu kuning telur pada pastry 5 inci tadi, dan berhati2 letak pastry cincin tadi, tekan2 sikit dan biar selama 20 minit. Sapu sedikit kuning telur pada permukaan pastry cincin tadi dan bakar dalam oven pada suhu 200C selama 20 - 25 minit, hingga kuning keemasan.

Jika oven anda ada "kipas", boleh di "on" kan...Sejukkan pastry tadi sepenuhnya atas jaringan. Lekuk kan sedikit bahagian dalam pastry (seperti dalam gambar atas sekali...) dan isi dengan bahan isian secukupnya. Hidangkan segera....

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Kongsi Resepi