Nuffnang

Wednesday, October 22, 2014

Sup Cendawan Berkrim


Assalam, dah sarapan ka belum? Hari ni kita ada buat sup cendawan berkrim la pulak! Sesekali hirup sup berkrim cam ni sedapp la jugakan. Semua menggunakan bahan - bahan yang fresh rasanya nya pun lebih berkhasiat dari pada beli yang ready made di dalam tin tu kan! Lebih baik buat sendiri di rumah ya rakan - rakan semua! Resepi senang dan simple..

Sup Cendawan Berkrim
100 gram cendawan butang jenis segar
600 ml air
1 tin susu sejat
1 kiub ayam
1 biji bawang besar - didadu kasar
2 ulas bawang putih - cincang halus
2 camca besar mentega
50 gram tepung gandum
1/2 camca teh serbuk lada putih
Garam secukup rasa dan sedikit lada hitam
Sedikit cincangan daun parsley -  untuk hiasan

Cara Membuatnya :
Cendawan dibasuh. Asingkan 4 - 5 kuntum cendawan tadi dan didadu sederhana besar. Manakala yang selebihnya, hiris kasar. Ketepikan. Dalam kuali panaskan mentega, masukkan cendawan dan goreng hingga layu. Tambah bawang putih dan bawang besar, goreng hingga bawang besar layu sahaja. Masukkan tepung dan kacau rata. Gunakan api kecil.

Tuang air dan susu cair, kacau rata, masukkan kiub pati ayam dan biar mendidih perlahan sambil dikacau kerap hingga kuahnya menjadi sedikit pekat. Padamkan api dan biar ianya suam. Kemudian kisar halus, tuang dalam kuali semula.

Masak dengan api perlahan hingga mendidih, masukkan cendawan yang didadu tadi, tambah serbuk lada putih dan kacau rata. Masak hingga pekat. Rasa dan jika perlu tambah sedikit garam. Hidangkan dengan menabur sedikit cincangan daun parsley dan taburan serbuk lada hitam serta roti bawang putih jika suka.



Friday, October 10, 2014

Ayam Goreng Lengkuas ala Restoran Padang


Salah satu resepi ayam goreng ala restoran Minang. Mungkin boleh di jadikan salah satu menu pilihan untuk lauk pauk makan tengah hari. Jom kita cuba di rumah untuk hidangan keluarga. Kalau di lihat dari cara penyediannya cukup mudah, serba ringkas dan sedap!

Ayam Goreng Lengkuas
1 ekor Ayam - potong sesuai selera
1/2 sudu makan air asam jawa
300 ml air
4 inci lengkuas - di parut
3  batang serai - di ketuk
3 helai daun salam
Minyak goreng secukupnya
Garam dan gula secukup rasa

Bumbu / Rempah Di Kisar :
10 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
1 sudu besar biji ketumbar
2 biji buah keras
1/2 sudu teh biji lada putih / sulah
2 cm kunyit
1 cm halia

Cara Membuat :
Siapkan kuali, campur jadi satu ayam, lengkuas parut, daun salam, serai, air asam jawa, air, rempah kisar, garam, lada sulah dan gula pasir. Kacau rata. Masak dengan api sedang sampai kuahnya hampir pekat dan rempah meresap. Angkat.

Pisahkan ayam dengan bumbu lengkuas. Goreng ayam hingga keperangan , angkat. Ketepikan.
Goreng baki rempah / bumbu lengkuas tadi, sehingga garing. Toskan. Sajikan ayam goreng dengan taburan serunding lengkuas.

Thursday, October 9, 2014

Tempahan Kek


Birthday cake untuk Adik Afrina, selamat menyambut hari lahir dan terimakasih..

Tuesday, October 7, 2014

Ayam Tandoori


Petang tadi ada buat ayam tandoori di makan bersama nasi putih jaa. Rasanya dah banyak kali buat ayam tandoori ni yang versi panggang atau pun goreng keduanya sama sedapnya! Untuk resepi ayam tandoori kali ini saya ambik resepi dari majalah masakan dan rasanya memang sangat sedap!

Ayam Tandoori
1 ekor ayam - saya guna kepak ayam
1 labu bawang besar - kisar
3 ulas bawang putih - kisar
1 1/2 sudu makan halia kisar
3 sudu besar yogurt
1 sudu kecil madu
Sedikit pewarna merah
1 sudu makan serbuk kunyit
1 1/2 sudu makan serbuk cili
1 sudu makan serbuk ketumbar
1 sudu makan serbuk jintan manis
Garam secukup rasa

Cara Membuat :
Kisar semua bahan - bahan rempah hingga sebati. Masukkan bahan yang telah dikisar bersama bahan yang lainnya. Masukkan ayam dalam plastik berzip. Kemudian Perap dalam peti sejuk semalaman atau paling kurang 2 jam. Susun ayam dalam tray kemudian bakar dalam suhu 180 C selama 1 jam. Balik - balik kan ayam supaya rata masaknya. Bolehlah dihidangkan dengan nasi beriani atau roti nan serta raita.


Related Posts with Thumbnails

Monday, October 6, 2014

Homemade Cornmeal Pizza Crust


Assalam. Dua - tiga hari lepas ada beli cornmeal lama juga tercari - cari benda antik ini. Hehe. Saya pun beli satu peket untuk membuat salah satu resepi base pizza yang menggunakan bahan cornmeal.
Dah lama mengidam base pizza ala - ala Domino laa kononya. Kita layan! Resepi asal boleh tengok di sini!

Homemade Cornmeal Pizza Crust
2  cup tepung gandum / tepung roti
1/2 cup cornmeal
1 1/2  tsp yis
1/2 tsp garam halus
2 tbsp olive oil
1 cup air suam

Cara Membuat :
Masukan semua bahan - bahan untuk membuat pizza ke dalam mangkuk adunan. Kecuali garam. Uli adunan diatas tempat permukaan yang ditabur dengan sedikit tepung sehingga licin  masukkan garam uli hingga kalis dan tidak melekat. Bulatkan doh tersebut, simpan di dalam mangkuk adunan yang dilenser dgn sket minyak dan ditutup dgn cling film. Biarkan ianya rehat selama 45 minit.

Uli aduan semula untuk keluarkan angin dan bahagikan adunan kepada 2 bahagian.Canaikan adunan menjadi leper mengikut saiz yg dikehendaki. Letakkan sos dan toping kegemaran. Bakar di dlm oven pd suhu 180 C selama 5 - 8 minit keluarkan dan enjoy!


Saturday, October 4, 2014

Gulai Nangka Muda Bersama Daging Tetel


Salah satu menu serba ringkas lagii!!  Gulai seperti ini tidak susah untuk dimasak. Satu lagi kalau dibiarkan untuk beberapa jam, lagi sedapp rempah - rempah semua dah mesra kan. Kalau anda suka, anda boleh masukkan daun kunyit untuk menaikkan aroma! Kita semak resepi kat bawah ni..

Gulai Nangka Muda Bersama Daging Tetel
1/2 kg nangka muda yang telah siap disiang dan potong kiub - direndam
100 gram daging tetel - rebus hingga empuk dan toskan
Serbuk kunyit secukupnya
1 helai daun kunyit - disiat
2 batang serai - dititik
500 ml santan cair
Minyak untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa
Air jika perlu

Bahan Kisar :
2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
2 cm halia
2 cm kunyit hidup
5 biji cili padi 
2 biji cili merah - di buang biji

Cara Membuat :
Rebus nangka muda sekejap ( kurang lebih 20 minit ), kemudian toskan. Masukkan ke dalam periuk bersama serai yg dititik dan bahan - bahan kisar halus  yg telah di tumis dng sedikit minyak. Gaul rata dan tuang santan cair. Masak hingga mendidih. Masukkan daging tetel yang telah di rebus tadi. Kacau rata.

Perasakan dengan garam secukup rasa, sedikit gula dan daun kunyit. Kacau rata dan masak dengan api kecil hingga mendidih dan dikacau selalu. Masak sekejap, dan rasa jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi putih sambal belacan, ikan masin. Yumm..


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Kongsi Resepi