Nuffnang

Friday, August 16, 2013

Kuih Siput Rangup



Salam dan selamat tengah haru buat semuaa, hari ini nak kongsikan resepi kuih siput yang memang sungguh rangup! Kuih siput adalah kudapan kegemaran anak - anak, memang laju jee kalau depa makan
sambil tengok tv  kejap saja boleh habiskan satu balang!Resepi Kuih Siput ni rapuh strukturnya. Jadi kalau sesapa yang tak suka rapuh, bolehlah kurangkan marjerinnya yaa!! Cukup sedap pada saya, pandai - pandailah memasukkan sukatan rempahnya agar kuih siput yang kita buat tidak terlebih masin atau terlebih  rasa rempah pula nantinya. Bolehlah di semak resepi di bawah ini.

Kuih Siput Rangup
600 gram tepung gandum
220 gram marjerin | dicairkan
6 tangkai daun kari  - untuk di campur dalam minyak semasa menggoreng
2 tangkai daun kari  -  kisar kasar / cincang
2 sudu besar serbuk  - kari
15 gram serbuk jintan manis
15 gram  serbuk jintan putih
15 gram udang kering - di goreng dan kisar
2 ulas bawang putih - dihiris halus dan digoreng serta dikisar
1 biji telur
150 ml air - jangan masukkan semua
Garam secukupnya

Cara Memasak :
Marjerin dicairkan dan sejukkan sebentar (suam2). Ketepikan. Gaul tepung bersama serbuk kari dan marjerin yang telah dicairkan tadi. Ketepikan. Kisar udang yg digoreng bersama bawang putih. Dalam satu bekas, campurkan bahan kisar dan gaul rata bersama garam. Kemudian masukkan bahan-bahan lainya tadi ke dalam adunan tepung yg telah disebatikan dgn minyak.

Gaul rata. Masukkan telur ke dalam adunan dan sebatikan. Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli sampai betul-betul sebati. Jangan tuang air terus kalau dah tak melekat tandanya oke.Gentel siput sehingga habis. Goreng siput step by step dan semasa menggoreng, lurutkan daun kari secukupnya.

.

10 comments:

  1. Garam kalau x cairkan risiko untuk meletop masa mengoreng nanti.

    ReplyDelete
  2. sis kuih ni brapa lama boleh tahan?

    ReplyDelete
  3. Wah blum cuba dah tahu sedap ni...saya akan cuba resipi kuih siput ni

    ReplyDelete
  4. Syarikat kami ada menjual MESIN KUIH SIPUT. Sila layari :

    http://www.mudah.my/Mesin+Kuih+Siput+AEC+-32759493.htm

    .............................................................................................
    Banyak lagi barangan menarik menanti anda.

    ReplyDelete
  5. Kuih jd terlampau rapuh, bkn ranggup kerana terlampau byk margerin digunakan

    ReplyDelete
  6. Kuih jd terlampau rapuh, bkn ranggup kerana terlampau byk margerin digunakan

    ReplyDelete
  7. Mana nk beli mesin kuih siput ni..?

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Kongsi Resepi