Nuffnang

Sunday, October 3, 2010

Tat Nanas


Salam dihari Ahad, ini adalah salah satu jenis biskut yang di buat ketika hari raya
menjelma. Biskut jenis masam dan manis ini menjadi kegemaran keluarga. ini kerana
kesedapan dan kerangupannya. Biskut Raya memang tidak pernah di tinggalkan
orang ketika membuat sajian Raya, bukan ? So enjoy this recipes...

Bahan Inti :
400 gram nanas - diparut
125 gram gula pasir
1/8 sudu teh garam
3 biji cengkih
3 cm kayu manis
1/2 sudu teh air perahan lemon

Bahan Kulit :
100 gram mentega
50 gram marjerin
50 gram gula aising
2 biji kuning telur
75 gram serbuk badam
175 gram tepung gandum
25 gram tepung jagung
15 gram susu tepung

Bahan Sapuan ( kacau rata ) :
2 biji kuning telur
1 sudu teh krim pekat
1/8 sudu teh  madu

Cara Membuat :
Inti : masak nanas sehingga air menyerap. Masukkan gula pasir, garam, cengkih
dan kayu manis. Kacau lagi sehingga kering. Masukkan air perahan lemon. Kacau
rata. Sejukkan.

Kulit : pukul mentega, marjerin dan gula aising selama 30 saat. Masukkan kuning
telur. Pukul rata. Masukkan serbuk badam. Kacau rata. Masukkan tepung gandum,
tepung jagung dan susu tepung sambil diayak dan dikacau rata.

Ambil adunan kulit, isi sedikit doh dalam acuan tat, picit memanjang. Letakkan
inti nanas dan gulung dengan kemas. Letakkan di loyang yang disapu marjerin.
Bakar selama 15 minit dengan suhu ketuhar 150 C.
                        

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Kongsi Resepi