Nuffnang

Sunday, April 13, 2014

Samosa Kentang


Assalam buat semua. Hmm lama tak dak resepi yang terbaru yaa. Maap asyik sibuk memanjang! Baru - baru ni ada saya cuba buat samosa. Resepi pastry samosa ni memang cukup menarik perhatian saya dan terus jaa saya cuba, dan hasilnya memang seperti apa yang saya harapkan. Ranguppp! Kalau di lihat dari bahan - bahan memang cukup simple, mudah dan senang cara pembuatan nya. Untuk lebih jelas proses dan stepnya boleh rujuk terus di sini Xawaash.com. Selamat mencuba!


Samosa Kentang
2 cawan tepung gandum
1/4 tsp garam
2 Tbsp minyak sayuran
3/4 cawan air kosong
1 Tbsp minyak sayuran - untuk lapisan doh

Bahan Gam  :
1/4 cawan tepung gandum
1/4  cawan air kosong - sebatikan kedua bahan ini menjadi paste

Cara Membuat :
Letakkan tepung dalam mangkuk. Tambahkan garam dan minyak., masukkan air gaul sebati.Uli doh selama 10 minit, kemudian tutup dan biarkan ia berehat selama 15 minit. Potong doh kepada 6 keping. Bentukkan bulat dan leperkan sikit. Canai nipis adunan diameter (20 cm) dan tumpuk 6 keping adunan tadi  ( yg telah di canai nipis ) dan di setiap layer bulatan, disapukan minyak dan tabur dengan sedikit tepung.

Tekan bahagian tepi bersama - sama dan canai nipis  (30 cm) bulatan diameter ( rujuk gambar ). Letakkan doh di atas kuali yang ditetapkan dengan api medium. Masak selama 2 minit. Apabila berubah warna , flip dan masak 1 minit lebih . Potong lagi pada separuh untuk mendapatkan 4 keping yang sama. Tutup untuk mengelakkan dari kering. Campurkan 1/4 cawan tepung dengan air 1/4 cawan. 

Gaul sehingga menjadi pes yang licin. Pegang pastri dengan sudut yang betul ke arah anda. Lipat satu  seperti yang ditunjukkan. Sapukan paste tepung / gamkan ke bahagian tepi samosa. Angkat sudut lain lipat seperti yang ditunjukkan. Isi dengan inti. Sapukan paste tepung tadi  dan lipat segitiga sempurna. Goreng keperangan.


Inti Samosa Kentang
8 biji kentang - potong dadu
50 gram ayam kisar
* 1/2 biji bawang besar kuning -  potong dadu
* 2 ulas bawang putih  - cincang halus
1 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar serbuk kari - bancuh dengan sedikit air
Daun sup - hiris halus
garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis & mengoreng

Cara Membuat :
Panaskan minyak. Tumis bahan bertanda* . Masukkan pes kari, dan sedikit air. Biarkan sehingga terbit minyak. Masukkan ayam dan gaul rata . Biarkan seketika kemudian masukkan kentang dan biarkan hingga empuk.Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Masukkan tepung gandum. Kacau sebati. Akhir skali masukkan daun sup. Matikan api. Sejukkan.


Tabur sedikit tepung pada permukaan kulit samosa.


Kulit samosa yang dah siap di gunakan.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Kongsi Resepi