Nuffnang

Wednesday, September 15, 2010

Bubur Pulut Hitam


Bubur manis yang segar dan menyejukkan badan ini, menjadi pilihan buat mereka
yang menggemari hidangan ringan pemanis mulut ini. Bukan setakat itu sahaja,
bubur manis ini juga sesuai dijadikan sebagai hidangan di waktu minum petang.

Bahan - Bahan :
100 gram beras pulut hitam, rendam selama 2 jam
2000 ml air
1/2 sudu teh garam
2 helai daun pandan
150 gram gula pasir

Bahan Kuah Santan :
350 ml santan daripada sebiji kelapa
1 helai daun pandan
1/4 sudu teh garam

Cara Membuatnya :
Rebus beras pulut hitam, air, garam dan daun pandan sehingga pulut hitam
setengah masak dan pekat. Masukkan gula pasir. Kacau perlahan sehingga
pekat dan masak. Ketepikan.

Kuah santan : rebus santan, daun pandan dan garam sambil dikacau - kacau
sehingga mendidih. Hidangkan bubur pulut hitam dengan di sira kuah santan.


Tip : pulut akan lebih cepat empuk kalau direndam semalam.
                                                   

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Kongsi Resepi