Nuffnang

Friday, November 16, 2012

Cheese Croquet



Salam dan selamat tengah hari semuaa.
Pagi - pagi betul saya dah pergi ke dapur. Biasanya kalau dah duduk kat dapur ada sahaja nak belek. Dapur pun lama tak kemas, selalu kalau dah habis masak kelam -  kabut nak buat kerja yang lain. Alamak dapurku memang berserabut kerana tidak terlalu luas! Cukup untuk menyimpan periok dan alat - alat bakingku. Hehe. Saya kalau ke pasar suka sangat beli ubi kentang. Beli dulu, nak buat apaa? Pikir kemudian! Seperti pagi tadi, ubi kentangku dah naik keriput, dah tak cantik! yang berair dan lembek
pun ada!! Ah, sayyyang kan! Saya buat snack untuk anak - anakku ajee! Inilah jadinyaaa...

Bahan - Bahannya :
1 biji bawang besar - cincang kasar
2 sudu makan mentega
2 sudu  makan tepung gandum
300 ml susu cair
500 gram kentang kukus - di haluskan
1 sudu makan parsley cincang
200 gram ayam cincang
1 sudu teh oregano
50 gram keju parmesan
1 sudu teh serbuk lada sulah
1 sudu teh serbuk buah pala
1 1/2 sudu teh garam

Bahan untuk Melapis :
150 gram serbuk roti warna kuning
2 biji telur - pukul ringan

Cara Membuat :
Tumiskan bawang besar dengan mentega sehingga naik bau. Masukkan tepung,kacau hingga berketul. Masukkan susu cair sedikit demi sedikit, sambil di kacau sehingga rata. Tambahkan ubi kentang, parsley dan ayam cincang. Kacau sehingga ayam masak. Masukkan bahan rempah oregano, parmesan, lada putih, serbuk buah pala dan garam. Kacau di atas api sedang sehingga adunan boleh di bentuk.
Setelah adunan sejuk, bentuk oval atau sesuai selera. Gulingkan ke telur dan salutkan dengan serbuk roti. Goreng keperangan. Hidangkan dengan sos kegemaran!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Kongsi Resepi