Nuffnang

Monday, November 5, 2012

Pepes Ayam Kukus



Ahad  kemarin saya membeli keperluan dapur untuk stok yang akan saya simpan di
dalam peti ais. Senang nanti kalau nak masak, kan? Tak payah kelam kabut sangat
kerana semuanya dah tersedia di rumah! Apa yang seronok sangat pergi meronda kat
pasar basah hari tuu, saya terjumpa daun selasih yang biasanya memang jarang ada! 
saya teringat resepi bunda saya. Dia pandai sangat masak pepes ayam. Resepi yang
saya tulis di nota kecil yang dah mula naik hitam, warnanya. Hehe.

Hmm,masak pepes ni kenalah ada daun pisang! Barulah naik bau pepes kita nanti. Step
pun tak banyak sangat. Mudah di sediakan. Kalau nak sedap lagi kena ada daun selasih
dan juga daun salam. Kalau tak ada boleh gantikan dengan daun limau purut yang di 
racik halus. Ok jom ke dapur menyiapkan menu pepes ayam kita! Ops, hampir lupa banyak
benda yang boleh di buat pepes antaranya udang dan ikan. Happy Cooking!


Bahan - Bahannya :
1/2 ekor ayam - potong 8 bahagian
1 biji limau nipis - ambil jusnya
1 sudu makan minyak goreng
1 biji cili merah - potong nipis
2 helai daun salam
5 - 6 pucuk daun selasih
1 biji tomato - potong 4 bahagian
Daun pisang secukupnya - untuk membungkus
Aluminum foil - untuk melapik

Bahan Kisar :
3 ulas bawang putih
1 batang serai
4 ulas bawang merah
3 biji cili merah - di buang biji
3 biji buah keras
2 inci kunyit hidup
2 cm halia
1 inci lengkuas
1/2 sudu makan gula
1 sudu teh garam atau secukup rasa


Cara Membuat :
lumur potongan ayam yang telah di potong tadi dengan jus limau nipis. Biarkan selama 15 mint. Cuci dan toskan. Campurkan ayam dengan minyak goreng, daun salam, daun selasih,
tomato dan rempah yang telah di kisar.

Siapkan daun pisang lapik bawahnya dengan aluminum foil. Letakkan potongan ayam bersama dengan rempahnya. Bungkus dengan kemas. Kukus selama 30 minit dengan api sedang. Angkat dan sajikan selagi panas.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Kongsi Resepi