Nuffnang

Friday, December 20, 2013

Kek Lapis Cheese


Pagi tadi berkesempatan membuat kek lapis cheese resipi asal dari rumah Roz@HomeKreation dan juga Roz@RNet. Terimakasih! Agak senang membuatnya dan rasanya tak terlalu manis. Saya suka resepi ni sebab menggunakan hanya 5 biji telur. Kebiasaan nya kek lapis menggunakan 10 - 30 biji telur ( memang takut nak cuba ). Hehe. Tetapi  bergantung pada resipi kan! Untuk peminat - peminat cheese kat luar sana bolehlah mencubanya memang sangat sedap.

Kek Lapis Cheese
Bahan A :
200 gram butter
125 gram cream cheese

Bahan B :
5 biji kuning telur
3 biji putih telur
140 gram gula castor
1 tsb ovallette
125 gram tepung gandum
50 gram air ais
1 tsp baking powder

Cara Membuat :
Pukul butter hingga kembang (putih). Masukkan cheese dan pukul hingga sebati. Di mangkuk yang lain, pukul bahan B hingga kembang bila mixer diangkat, adunan tak jatuh. Ayak tepung bersama baking powder.
Masukkan tepung berselang-seli dengan air ais (air sejuk dari peti ais). Masukkan Bahan A dan campurkan adunan hingga sebati.

Bakar guna loyang 7×7 pada suhu 180 C. Loyang tak perlu di gris, cukup dengan dilapis menggunakan kertas minyak di bahagian bawah. Bakar lapisan pertama dengan api atas bawah180 Cdalam 10 minit. Lapisan seterusnya bakar dengan api atas sahaja dalam 5 minit atau sampai permukaan kek nampak dah masak / garing.


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Kongsi Resepi