Nuffnang

Friday, December 6, 2013

Karipap Pusing


Salam untuk rakan - rakan semua di hari jumat yang penuh berkat! Memenuhi permintaan anak - anak yang teringin makan karipap, bukan first time rasanya buat karipap pusing ni dulu dah pernah buat tapi tak sempat untuk ambik gambar dan post kat sini! Untuk resepi asal pastry karipap kali ini di ambik dari buku masakan chef terkemuka Alex Goh yang saya intai dari dapur Cik Mat! Memang sangat rapuh kulit karipapnyee sampai berderai  ketika di goreng, tapi tak paa memang sedap dan terbaikk. Oklah rakan - rakan jemput makan karipap bersama kopi o jee.. salam maniss..

Karipap Pusing
300 gram kentang - kupas dan cuci kemudian potong dadu kecil dan rendam
1 tin ikan tuna -  toskan
1 biji bawang besar -  didadu
2 ulas bawang putih*
1/2 inci halia*(*tumbuk lumat)
1 camca besar sos tiram
5 - 6 helai daun kari -  hiris halus
2 camca besar rempah kari
1 camca teh serbuk lada hitam
Sedikit gula
Kicap cair secukupnya
1 cawan air

Bahan A :
260 g tepung gandum
50 g margarine
20 g gula halus
1/4 camca teh garam
140 ml air (kurang lebih)

Bahan B :
180 g tepung gandum
80 g lemak sayur (shortening)

Cara Membuat :
UNTUK INTI :- Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk, daun kari dan bawang besar hingga harum, masukkan sos tiram dan sedikit air, tambah rempah kari, gaul rata dan tumis hingga garing. Masukkan tuna dan kentang. Tuang air dan biar hingga kentang empuk. Tambah sedikit gula, lada hitam dan kicap cair secukup rasa. Masak hingga kering. Alihkan dalam bekas lain dan biarkan sejuk.
UNTUK PASTRY :- Satukan semua bahan2 "A" kecuali air, gaul rata dan tambah air sedikit demi sedikit sambil terus diadun hingga menjadi doh yang tidak melekat di mangkuk adunan. Ketepikan. (Jangan risau jika air tidak habis digunakan).



Satukan pula bahan "B" dan adun hingga menjadi doh. Rehatkan doh "A" dan "B", selama 20 minit. Kemudian bagi dua setiap doh, biar sama besar. Bulat2kan. Ambil 1 bahagian doh "A", leperkan sedikit, letak atasnya doh "B", kemudian balut hingga menutupi doh "B" tadi. Buat kaedah yang sama untuk 1 bahagian doh lagi.

Ambil satu bahagian doh, canai membentuk 4 segi, buat lipatan seperti gambar rajah. kemudian canai lagi dari arah depan hingga ke hujung, canai juga bahagian tepinya, hingga mendapat ketebalan lebih kurang 2mm. Gulung doh tadi dari depan hingga ke hujung seperti swiss roll.
Rapikan gulungan tadi dan potong kepada 8 bahagian. Buat kaedah sama untuk bahagian doh yang satu lagi. Ambil 1 potongan. Leperkan sedikit dan canai lebih kurang 3mm, isi inti dan kelim seperti membuat karipap biasa. Buat hingga siap.

Goreng hingga kuning keemasan, gunakan api sederhana sahaja. Jangan goreng banyak serentak 2 - 3 biji sekali goreng, berhati2 semasa membalikkan karipap. Angkat dan toskan minyaknya, letak atas paper towel dan biar minyak terserap. Boleh di hidangkan.


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Kongsi Resepi