Nuffnang

Saturday, February 15, 2014

The Best Tau Sar Piah


Salam untuk rakan - rakan semua. Lama juga tiada entry dan menu baru kat sini kan! Biasalah saya juga macam orang lain ada sedikit  kesibukan yang tak boleh di elakan. Lama menyimpan hasrat ingin membuat kuih kegemaran saya ini, kalau tengok stepnya dan cara melipat kulit kuih tau sar piah ini memang sama dengan cara melipat kalau  kita membuat puff pastry, kan ? Perlukan sedikit kesabaran dan waktu terluang barulah rasa puas hati dapat menikmati kuih kegemaran zaman saya masih remaja dulu! Hehe. Untuk hari ini saya intai resepi dari sini!! Meh kita semak resepi yang saya taipkan di bawah ini!


Tau Sar Piah
Bahan Inti :
100 gram kacang hijau tanpa kulit
80 gram gula kastor
1 1/2 tsp gula perang
1/2 tsp garam
1/4 tsp serbuk lada putih
4 tbsp bawang merah kecil yang dicincang halus
40 ml minyak masak (saya guna minyak jagung)
1 biji kuning telur dicampur dengan beberapa titik air - untuk gliss

Cara Membuat :
Rendam kacang hijau tanpa kulit dengan air semalaman. Kemudian kukus selama 30 minit sehingga lembut. Angkat dan tuangkan kacang dalam bekas penapis untuk membuat lebihan air. Kisar dalam pengisar sehingga halus.

Satukan gula castor, gula perang, garam dan serbuk lada putih dalam bekas. Ketepikan.
Goreng bawang merah dalam 40ml minyak masak sehingga menjadi perang kemudian masukkan kacang dan kacau sehingga rata. Masukkan pula campuran gula tadi dan goreng lagi selama 2 minit sehingga separuh kering. Tutup api dan ketepikan supaya inti sejuk sebelum digunakan.

Doh  Minyak :
120 gram cake flour @ hong kong flour
50 ml minyak masak

Cara Membuat :
Ayak tepung. Tambahkan minyak masak. Dengan mengunakan spatula, kacau minyak dengan tepung. Jika doh masih kering boleh tambah sedikit lagi minyak. Uli mengunakan tangan supaya ia menjadi doh. Balut doh dengan mengunakan plastik dan ketepikan selama 20 minit


Doh Biasa :
120 gram cake flour @ hong kong flour
2 cubit garam
50 ml minyak masak
30 ml air (pastikan pada suhu bilik)
1 tbsp golden syrup (optional - tak ada pun tak apa)

Cara Membuat :
Ayak tepung bersama garam dan masukkan kedalam bekas. Masukkan minyak masak dan kacau dengan mengunakan spatula. Tambah air sedikit demi sedikit dan dengan mengunakan spatula gaul sehingga sebati. Tambah golden syrup dan kacau sehingga adunan sebati. Kemudian uli dengan mengunakan tangan sehingga menjadi doh yang licin dan lembut. (jika teraa lembik, taburkan sedikit tepung dan uli semula)
Balut dengan plastik dan ketepikan selama 20 minit.

Cara membuat tar sau piah :
Inti : Uli memanjang dan kemudian dipotong separuh, kemudian potong satu perempat dan potong lagi sehingga dapat 32 keping. Alas baking tray anda dengan greaseproof paper.

Doh : Uli memanjang potong halves (separuh), kemudian quarters, dan seterusnya sehingga anda dapat 32 keping. Lakukan perkara yang sama dengan doh berminyak. Leperkan doh biasa dengan rolling pin. Letakkan satu doh berminyak kedalam doh biasa, balut dan picit bahagian tepinya supaya doh berminyak tak terkeluar dan benar-benar tertutup. Leperkan doh tersebut dan buat ikut step seperti gambar di bawah.

Panaskan oven pada kepanasan 200 c. Bakar selama 10 minit. Keluarkan tray dari oven dan kemudian sapukan telur kuning diatasnya kuih dan masukkan semula tray dalam oven bakar lagi selama 5 hingga 10 minit atau sehingga ia keperangan.

Cara melipat macam puff pastry yaa!

4 comments:

  1. wah..menarik dan nampak sedap tu..nak juga rasa seketul dua..huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terimakasih Wana, boleh silalah ambik..banyak pun tak paa..hehe. Thanks singgah..

      Delete
  2. Terima kasih kongsi resepi ni. Mmg suka sangat. Tak sabar nak cuba.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Kongsi Resepi