Nuffnang

Monday, December 29, 2014

Homemade Puff Pastry dan Cream Horn


Hari ni rajin sikit membuat adunan, melipat, membentuk puff pastry sendiri! Saja untuk melatih otot - otot tangan yang dah lama tak menguli tepung, hehe. Selain untuk menambah skill memasak di dapur ya rakan - rakan semua.. hanya perlukan kesabaran insyaallah menjadi nati puff pastry kita! Snack ini masih salah satu variasi dari puff pastry, bentuknya yang seperti tanduk dengan isi yang creamy dengan rasa kastad yg sedap sesuai untuk membuat jamuan atau teman minum teh di di petang hari. Jemput tengok resepi kat bawah ni! Untuk cara - cara melipat boleh rujuk di sini !


Puff Pastry
400 gram tepung gandum
1/8 camca teh garam
50 gram mentega
220 ml air
300 gram majerin pastry (yang ni boleh beli kat kedai jual bahan2 baking)
Sedikit tepung untuk ditabur

Cara Membuat :
Dalam bekas, satukan tepung gandum, garam dan mentega, gaul rata. Tuang air sedikit demi sedikit sambil menggaul hingga menjadi doh yang tidak melekat di mangkuk, jika air habis dan doh sedikit melekit, tabur sedikit tepung. Rehatkan doh 15 minit.

Ambil doh tadi, tabur tepung pada permukaan meja kerja dan juga alat pencanai. Canai doh tadi sehingga mendapat bentuk seakan2 huruf "T", macam dalam gambar. Letak kan majerin pastry ditengah2 dan bungkus kemas2. Mulakan dari bahagian kanan dan kiri, kemudian bahagian atas dan bawah. Tabur sedikit tepung dan terbalikkan doh.

Canai doh sehingga mencapai ketebalan 0.5 cm, canai berhati2 dan jangan tekan kuat sangat masa mencanai, nanti majerin pastry terkeluar.
Lepas tu lipat seperti dalam gambar 4 dan lipat kan lagi seperti gambar 5 (lipat buku). Kemas2kan dan rehatkan 15 minit.

Kemudian pusing kan lipatan tadi 90 darjah (bahagian berlipat yang tadi di depan, pusingkan ke tepi). Canai perlahan2 sehingga mendapat ketebalan 0.5 cm juga, dan buat lipatan yang sama macam no 5. Rehatkan lagi 15 minit.

Ulangi proses mencanai dan melipat sebanyak 2 kali lagi dan rehatkan 15 minit setiap kali selesai proses melipat. Buat hingga siap.
Akhir sekali, canai doh tadi sehingga mendapat ketebalan 0.5 cm, kemaskan dan jika besar boleh kerat 2. Masukkan dalam plastik dan simpan dalam freezer untuk kegunaan kemudian....

Untuk membuat horn nipiskan adunan puff pastry potong saiz 1x 15 cm dan lilitkan ke acuan horn yang telah di sapu nipis marjerin kemudian sapu dengan kuning telur dan tabur dng gula pasir kasar. Bakar pada suhu 180 C atau sehingga keperangan. Intikan dengan custard filling.


Custard Filling ( Kak Yati )
2 camca besar tepung kastard
2 camca besar gula kastor
1 1/3 cawan susu segar
30 gram mentega
1 camca teh esen vanilla

Cara Membuat :
Satukan semua bahan untuk kastard kecuali mentega dan esen vanilla. Kacau rata dengan whisk dan masak dengan api perlahan sambil terus dikacau hingga pekat.
Padamkan api, tambah mentega dan esen vanilla, kacau rata dan biar sejuk. Paipkan pada horn yg dah siap di bakar tadi.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Kongsi Resepi