Nuffnang

Monday, September 26, 2011

Ayam Masak Merah


Ada banyak jenis dan variasi  memasak ayam, dari mulai digoreng, bakar, sup atau di buat sambal tumis, semuanya sedap - sedap! Berkenan tengok ayam masak merah dari Dapur Tanpa Sepadan . Setelah mencubanya, anak - anak pun memberi komen yang positif, Sedap mom! Cubalah!

Bahan - bahannya :
1/2 kg ayam, basuh dan toskan
1 biji bawang besar - potong bulat
1/2 cawan  kacang tanah - buang kulit, saya rebus dan kisar halus
1 cawan santan
1/4 cawan cili kisar
2 camca besar tomato puree
1 tangkai daun sup dan daun bawang - potong kasar
Garam gula secukup rasa

Bahan Kisar Halus :
7 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
3 biji buah keras

Bahan Tumis :
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
3 ulas bawang merah - hiris halus
2 ulas bawang putih - hiris halus

Cara Membuatnya :
Lumur ayam dengan garam dan kunyit, goreng tak berapa garing dan ketepikan. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan bahan tumis dan tumis sehingga naik bau. Masukkan cili kisar dan tomato puree, kacau dan tumis sehingga terbit minyak.

Masukkan kacang tanah yang dikisar, santan. Kacau rata. Biarkan mendidih. Masukkan ayam, daun sup dan daun bawang, perasakan dengan garam dan gula. Masak dengan api sederhana sehingga kuah sedikit pekat. Masukkan potongan bawang besar, gaul sekejap dan matikan api.

             
                 

No comments:

Post a Comment

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Kongsi Resepi