Nuffnang

Tuesday, September 27, 2011

Roti Arab

 
Lama ingin mencuba Roti Arab resepi dari Kak Fiza. Banyak yang sudah mencuba dan ramai orang suka! Hari ini meluangkan masa untuk membuat Roti Arab ini dan hasilnya,  saya kongsikan di sini untuk rujukan di masa hadapan.

Bahan - bahan A :
1 peket yis
1 sudu besar gula halus
1/4 cawan air

Bahan - bahan B :
500 gram tepung gandum
1 sudu besar gula
2 sudu besar marjerin
200 ml susu cair
Minyak masak untuk menggoreng
Air secukupnya

Cara Membuatnya :

                   
Penyediaan yis ( Bahan A ), masukkan yis ke dalam mangkuk tambahkan air dan gula kacau sekejap. Ketepikan. Yis yang elok akan berbuih.Tepung gandum, gula, garam, marjerin gaul sebentar. Masukkan bancuhan yis tadi. Masukkan susu cair, dan tambahkan air sedikit demi sedikit. Uli hingga menjadi doh.
Tutup dengan kain lembab dan perapkan selama 1 jam.


Tumbuk2 kan doh untuk membuang udara di dalamnya. Bahagi kepada 16 ketul, bulatkan doh. Ambik sebiji doh dan canai, jangan terlalu nipis. Letakkan didalam dulang yang telah di tabur dengan tepung.

Bila dah selesai semuanya bolehlah di goreng. Semasa menggoreng simbah2 kan minyak ke atas roti. Sedap di cicah dengan sambal sardin atau ikan bilis.

                   
                         

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Kongsi Resepi