Nuffnang

Thursday, September 22, 2011

Bakwan Jagung


Menu serba sederhana, tapi sedap. Cuba sahaja untuk sarapan ataupun minum petang. Beberapa variasi bahan boleh di  sesuaikan, kalau nak sedikit pedas, masukkan cili merah yang dicincang kasar, its very easy to make!!

Bahan - bahannya :
4 tongkol jagung manis, ambik isi  dan di tumbuk kasar
Sedikit daun sup dan daun bawang - potong halus
100 gram udang kecil - cincang kasar
1 biji telur
100 gram tepung gandum - kalau adunan cair, boleh letak lebih
3 ulas bawang putih - tumbuk halus
1 sudu kecil serbuk lada sulah
1 sudu kecil serbuk pati ayam
Air secukupnya
Garam secukup rasa

Cara Membuatnya :
Masukkan isi jagung, daun sup, daun bawang, udang, telur dan tepung kedalam mangkuk. Masukkan air sedikit demi sedikit kacau sehingga sebati. Masukkan bahan - bahan perasa, kacau rata.
Panaskan minyak dalam kuali. Bila minyak dah panas, bolehlah  goreng dengan menggunakan dua buah sudu. Goreng hingga kekuningan, guna api  sederhana. Toskan bakwan jagung atas tisu dapur. Boleh dicicah dengan sos cili atau sos tomato.

                                                                       

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Kongsi Resepi