Nuffnang

Sunday, July 1, 2012

Brownies Kukus Pandan Keju



Hari ini ada buat brownies kukus. Mudah sahaja buat dia, rasanya pun cukup istimewa kerana ada parutan keju chedar di dalam adunan nya. Cuba satu potong memang tak cukup, lembut dan gebu kejadiannya. Apalagi tunggu, jom ke dapur!!

Bahan - Bahannya :
200 gram tepung gandum
1 sudu teh baking powder
4 biji telur
150 gram gula kastor
1/2 sudu teh ovellete
200 gram marjerin - cairkan
75 gram keju cheddar - di parut
1/2 sudu teh pewarna hijau
1/2 sudu teh pasta pandan

Cara Membuat :
Panaskan periok pengukus. Sapu acuan dengan sedikit marjerin. Ketepikan. Ayakkan tepung gandum bersama baking powder. Ketepikan. Pukul telur dan gula kastor sekejap masukan ovallete, pukul sehingga pekat dan naik gebu. Masukkan tepung dan marjerin cair secara berselang - seli sambil di kacau rata gunakan spatula.

Bahagikan adunan menjadi dua bahagian. Untuk adunan keju tambahkan keju yang telah di parut, dan untuk adunan pandan masukkan pewarna hijau dan juga pasta pandan. Kacaukan sehingga sekata.

Tuangkan adunan ke dalam acuan yang telah di siapkan tadi secara berselang - seli. Kukus selama 40 minit atau sehingga masak. Sajikan.


4 comments:

  1. Hy, salam kenal, I'm from Indonesia, I love your posts and I'm looking forward to your new recipes!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Patric, salam kenal kembali thank you for visit my blog, come and read again ok!

      Delete
  2. As'salam Julia

    suka sama kuih2 yang dikukus, lembut aje lihatnya. izinkan k.ct copy resipi juga mahu dicoba :) tr kasih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. W,salam. Ya, kak kuih ni memang lembut. Nanti senang boleh cuba! Thanks dah singgah...

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Kongsi Resepi