Cepatnya jarum jam berputar. Kejap sahaja dan masuk asar. Penat pun belum hilang lagi. Dah harus pergi ke dapur untuk memasak! Sebetulnya ini adalah menu sarapan tadi pagi. Lama saya membelek resepi ini, nampak mudah dan intinya boleh di pelbagaikan. Inilah cara yang mudah untuk membuat roti poket yang jimat masa! Hehe. Thanks kepada mama Zieza, dan juga Kak Nor, di atas perkongsian ini. Resepi yang cukup ringkas tetapi sedap!
Crispy Roti Poket
10 - 12 keping roti sandwich (gardenia)
serbuk roti / breadcrumbs secukupnya
sos cili secukupnya
10 - 12 keping roti sandwich (gardenia)
serbuk roti / breadcrumbs secukupnya
sos cili secukupnya
1 biji telur
minyak untuk menggoreng
Bahan inti:
2 keping daging burger oblong RAMLY
1/2 batang lobak merah - dihiris panjang spt bantang mancis
sedikit kobis - dihiris nipis
1/2 biji bawang merah - dihiris nipis
1 biji cili merah - dicincang/hiris nipis
3 tangkai daun sup - dihiris
2 sudu besar mayonis
1 sudu besar serbuk lada hitam
secubit garam
Cara Membuatnya :
Goreng daging burger tanpa minyak hingga masak. Hiris nipis dan panjang daging burger yg dah masak tadi. Masukkan ke dalam bekas, masukkan sayuran, bawang besar, cili merah, dan juga daun sup. Gaulkan. Masukkan mayonis, serbuk lada dan garam. Gaul sebati dan ketepikan.
minyak untuk menggoreng
Bahan inti:
2 keping daging burger oblong RAMLY
1/2 batang lobak merah - dihiris panjang spt bantang mancis
sedikit kobis - dihiris nipis
1/2 biji bawang merah - dihiris nipis
1 biji cili merah - dicincang/hiris nipis
3 tangkai daun sup - dihiris
2 sudu besar mayonis
1 sudu besar serbuk lada hitam
secubit garam
Cara Membuatnya :
Goreng daging burger tanpa minyak hingga masak. Hiris nipis dan panjang daging burger yg dah masak tadi. Masukkan ke dalam bekas, masukkan sayuran, bawang besar, cili merah, dan juga daun sup. Gaulkan. Masukkan mayonis, serbuk lada dan garam. Gaul sebati dan ketepikan.
Nipiskan roti dgn kayu penggelek (tanpa buang kulit tepi) sehingga nipis buat hingga habis. Susun bersama 2 keping roti tadi dan tekap dgn bekas bulat (samada bekas air, acuan bulat yang sepadan dengan saiz roti. )
Dengan menggunakan berus, sapu telur yg dah dikocok pada keseluruhan roti. Salutkan roti dgn breadcrumbs hingga rata. Goreng roti di dalam minyak yang sudah di panaskan. sehingga keemasan. Angkat dan toskan. Insyaallah roti akan mengelembung ketika digoreng. Dengan menggunakan pisau yg tajam, potong 2 roti tadi. Ambil sedikit inti tadi dan isikan ke dalam roti tersebut. Buat sehingga habis. Hidang atas pinggan dan picitkan sos untuk menambah keenakkannya..
* kaedah menyapu telur dgn menggunakan berus boleh memberi rasa yg lebih crispy pd roti berbanding dgn cara mencelupnya direct ke dalam telur.
** Minyak jgn terlampau panas, nanti roti akan menggelembung dgn agak besar (takut roti tu pecah atau crack). Api biar sedang2 jer..
No comments:
Post a Comment