akan terasa sunyi pulak kerana hari isnin ni diaorang akan sibuk lagi dan kembali ke sekolah!
Menu harini saya buatkan mie udang untuk anak - anak di rumah. Stok udang memang dah ada
di dalam peti ais, jadi tinggal masak dan buat saja. Resepi mie udang di Pulau Pinang memang
sangat mementingkan kesegaran udangnya, barulah terasa sedap kuah nya!
Mie Udang Yang Best
1 peket mee kuning ~ dicelur sekejap & tos
500 gram udang segar saiz besar / sedang ~ potong sesungut & kakinya
( kuantiti udang terpulang nak kurangkan atau lebihkan )
1 ½ jug air atau ikut kepekatan kuah yang di inginkan
1 tin kecil tomato puree*
3 ~ 4 sudu besar sos cili*
2 sudu besar sos tomato*
Serbuk pati ayam
4 sudu besar sos nampla@sos ikan*
1 ½ sudu besar gula*
Garam secukup rasa
Minyak utk menumis
3 sudu besar cili kisar
Bahan dikisar (A) :
5 ulas bawang putih
8 ulas bawang merah
1 ½ sudu besar udang kering
air secukupnya
Bahan dikisar (B) :
2 biji kentang sederhana besar ~ direbus hingga empuk & potong kiub
1 biji ubi keledek merah saiz sederhana ~ di rebus empuk
6 ekor udang segar tanpa kulit
air secukupnya
Bahan tambahan :
Telur rebus,cili merah potong, limau kasturi, hirisan daun bawang, tauhu goreng dan tauge yg
di celur sekejap.
Cara Membuat :
Panaskan minyak masak lalu tumiskan bahan2 kisar (A) serta cili kisar & tumis sehingga wangi & terbit minyak.
Masukkan bahan kisar (B) & tambahkan air . Kacau rata & biarkan seketika. Masukkan bahan
bertanda (*) secukupnya dan biarkan mendidih.
Akhir sekali masukkan udang. Rasakan kuah biar secukup rasa , kacau2 kejap & padamkan api.
Hidang mee bersama kuah serta bahan2 tambahan yang lain ikut citarasa sendiri.


salam kenal mbak
ReplyDeletesenang bisa lihat2 masakannya.