Nuffnang

Tuesday, May 7, 2013

Bolu Oren Putih Telur


Tetiba saja cuaca menjadi gelap macam nak hujanlah pulak! Anak sulong saya belum balik dari sekolah lagi, dia cakap ada kawad kat sekolah hari ini. Risau juga dah pukul lima belum sampai rumah.. sambil
menunggu anak - anak balik dari sekolah saya buat kuih saja buat hilangkan rasa bosan ! Kebetulan kat
dalam peti ais ada simpan putih telur bekas buat kuih tat hari itu. Memang banyak dekat satu kilo saya
timbang, sayangkan kalau rosak atau terbiar macam tu saja. Eh, nasib baik ada ide bagus hari ini, saya
olah buat kuih bolu berperisa oren jeee. Tengoklah kejadiannya, menjadi lembut dan sangat gebu!

Bolu Oren Putih Telur
300 gram putih telur
1/4 sudu teh cream tartar
150 gram gula halus
130 gram tepung gandum - ayak
15 gram susu tepung - ayak
15 gram tepung jagung - ayak
1/2 sudu teh serbuk penaik - ayak
40 gram air kosong
60 gram butter - cairkan
1 sudu besar oren sunquick
1/2 sudu teh pewarna oren

Cara Membuat :
Pukul putih telur dan cream tartar sehingga berbuih. Masukkan gula halus sedikit demi sedikit. Pukul hingga putih telur menjadi soft peak. masukkan air dan pukul sebati sahaja.
Tambahkan bahan - bahan yang telah di ayak. pukul sebati. Kemudian masukkan butter cair, oren sunquick dan pewarna. Pukul dengan kelajuan rendah hingga tercanpur rata. Sapu acuan dengan sedikit minyak masak tuang adunan tadi. Kukus selama 20 minit atau sehingga bolu nampak masak.


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Kongsi Resepi