Nuffnang

Friday, August 1, 2014

Spaghetti Panggang Berkeju



Hari ini tiba - tiba ada orang tu request nak makan spagheti. Saya sangat suka sebab spagheti lah yang paling ringkas sekali nak masak. Bahan - bahan pun memang dah stand by kat rumah. Tak payah pergi kedai. Untuk sedekit kelainan resepi spageti hari ini setelah di masak saya masukan ke dalam mangkuk anti panas yang di sapu sedikit minyak dan di tabur dengan mozarella cheese dan daun pastry segar. Yummy di makan semasa panas!









Spaghetti Panggang Berkeju

  • 1 peket spaghetti
  • 200 gram daging lembu cincang
  • 200 ml susu
  • 1 labu bawang besar kuning - di cincang halus
  • 1 ulas bawang putih - di cincang halus
  • 1 tin sedang tomato puri
  • 4-5 tomato segar ranum - di dadu
  • 1 batang carrot - di dadu kecil
  • 2 batang celery - di dadu kecil
  • 1 tin cendawan butang - dihiris Spag
  • 1 kiub stok daging lembu
  • 1/2 sudu teh herba Oregano kering atau Italian Mixed Herbs
  • Sedikit garam, lada sulah dan gula secukup rasa
  • 3 sudu besar minyak zaitun
  • 2 sudu besar butter
  • Parutan keju mozarella

Cara Membuat :
Rebus 1 liter air dalam periuk besar, masukkan 2 sudu teh garam . Bila air mendidih baru masukkan spaghetti. Kacau sekali-sekala dan masukkan satu sudu teh minyak zaitun (atau minyak masak) agar pasta tak melekat. Bila pasta sudah lembut angkat dan toskan.

Sos Bolognese : Gunakan periuk yang tinggi dan dalam. Panaskan minyak zaitun, masukkan butter dan kacau. Bila butter cair dan berbuih masukkan bawang besar dan bawang putih cincang. Jangan dibiar garing, cukup sekadar bawang layu. Masukkan daging cincang. Ketuk-ketuk daging biar semua hancur dan bentuk / saiznya seragam. Goreng hingga daging keperangan. Masukkan semua sayuran, goreng lagi hingga sayur-sayur lembut.

Masukkan susu. Kuatkan api hingga susu mendidih, kacau selalu. Bila nampak semua susu telah diserap daging, masukkan tomato puri dan tomato segar. Guna tin tomato puri itu untuk sukat 2 tin air, tambah ke dalam kuah. Kacau sos sambil di tekan-tekan tomato yang nampak berbiji hingga hancur. Masukkan herba, kiub (jika guna), garam dan gula secukup rasa.

NOTA : Jika guna kiub, bagi saya tak masuk garam pun takpe sebab dah masin. Gula cume perlu 1/4 sudu teh saja sebab susu telah memaniskan sos. Again, mesti dirasa dan timbang sendiri masam, manis dan masin sos.

Biar mendidih lebih kurang 7 minit, kemudian perlahankan api paling kecil. Renihkan dengan periuk separa tertutup hingga sos pekat. Sediakan mangkuk anti panas masukan spagheti dan tabur dengan mozareela cheese dan daun pastry. Bakar sekejap di dalam oven sehingga keju mencair selama 15 minit.


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Kongsi Resepi