Salam, baru - baru ni saya ada buat muffin, nampak tak muffin saya yang montel ituw ? Dari satu resepi muffin boleh di ubahsuaikan mengikut selera, boleh intikan dengan bluberry atau apa - apa saja mengikut stok bahan yang ada kat rumah..
Muffin pada hakikatnya tak sama macam cup cake, muffin lebih berkeadaan seperti roti dan ia cepat dibuat dan tidak perlu dikacau terlampau lama. Sesuai untuk minum petang atau sarapan pagi. Kalau anda buat malam, biar sejuk dan simpan dalam bekas kedap udara. Pagi esok boleh dimakan untuk sarapan.
1 1/2 cawan tepung gandum*
1 camca teh baking powder*
1 camca teh soda baicarbonate*(*digaul rata dan ayak)
5 biji pisang emas, dilecek hancur
1/2 cawan gula perang @ soft brown sugar
1 biji telur gred A
1/3 cawan susu segar
100 gram mentega | cair dan sejukkan
Beberapa titik esen pisang
1/4 cawan coklat chip
Sedikit lagi coklat chip untuk hiasan
Cara Membuat :
Panaskan oven pada suhu 180C, alas acuan muffin dengan papercup atau guna paper cup jenis keras. Dalam satu bekas, masukkan telur, gula perang dan susu. Kacau rata dengan whisk hingga sebati dan gula larut.
Sedikit lagi coklat chip untuk hiasan
Cara Membuat :
Panaskan oven pada suhu 180C, alas acuan muffin dengan papercup atau guna paper cup jenis keras. Dalam satu bekas, masukkan telur, gula perang dan susu. Kacau rata dengan whisk hingga sebati dan gula larut.
Tambah pisang lecek dan mentega cair. Kacau hingga semua rata. Masukkan tepung dan gaul. Tambah esen pisang . Masukkan 1/4 coklat chip, gaul rata. Sudukan ke dalam acuan 3/4 penuh. Tabur dengan sedikit coklat chip Buat hingga siap.
Masukkan ke dalam oven dan bakar selama 25 minit atau hingga keemasan. Bila masak, keluarkan dan biar sejuk atas redai. Boleh juga dinikmati semasa muffin masih suam..
Yang ni saya skip tak guna pisang lecek, jadilah bluberry muffin..
No comments:
Post a Comment