Nuffnang

Sunday, April 12, 2015

Roti Tanpa Telur


Assalam. Sunyi jew blog saya ni tanpa sembarang entry. Baru - baru ni ada buat roti tanpa menggunakan telur request dari kakak nak makan roti homemade first time saya cuba resepi tidak menggunakan telur !! lembut jugak kejadiannya lepas ni bolehlah selalu guna resepi nii suka sangat kalau resepi yang tidak menggunakan telur,  jimat skitt.. Intai resepi kat bawah ni..


Roti Tanpa Telur ( my resepi )
160 ml air
250 gram tepung roti
1/2 sudu kecil pelembut roti
14 gram ( 1 1/2 sudu besar ) gula
4 gram ( 1 sudu kecil ) garam
8 gram ( 1 sudu besar ) lemak sayur
2.4 gram ( 3/4 sudu kecil ) dry yeast
16 gram ( 3 sudu besar ) susu tepung

Cara Membuat :
Masukkkan semua bahan-bahan ke dalam breadmaker. On kan. tunggu siap. Bila dah siap, keluarkan angin. Kemudian bahagikan kepada 6 bahagian. Buat bentuk bulat. Rehatkan selama 15 minit.

Buatlah bentuk panjang seperti gambar lebih kurang 13 cm. Biarkan naik dua kali ganda atau 30 C selama 50 minit. Bakar pada suhu 180C selama 10-12 minit. Biarkan di dalam oven selama 5-10 minit kalau mahukan roti kelihatan lebih perang.


Boleh intikan dengan coklat chip.. yummy!

2 comments:

  1. Awk pakai breadmaker jenis apa ek? Dah lama teringin nak beli breadmaker tapi xtau nk beli yg mana. Hehe

    ReplyDelete
  2. Awk pakai breadmaker jenis apa ek? Dah lama teringin nak beli breadmaker tapi xtau nk beli yg mana. Hehe

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Kongsi Resepi