Nuffnang

Sunday, August 15, 2010

Rendang Udang

Bulan Ramadhan yang mulia menjelma lagi. Mari kita menyusun menu puasa supaya penyajian hidangan bersahur dan berbuka akan berjalan dengan lancar. Langkah pertama menyediakan makanan yang tahan lama. Misalnya Rendang, juadah ini bukan sahaja sesuai disediakan ketika  waktu berbuka, tetapi juga untuk bersahur..

                                 
Bahan - Bahan :
1/2  kg udang
10 tangkai cili kering
5 tangkai cili padi
4 biji buah keras
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 cm halia
3 cm lengkuas
1 batang serai
Santan secukupnya
1/2 sudu besar kerisik
1/2 sudu besar gula merah
2 helai daun limau purut
Garam secukup rasa
1/2 sudu teh pes asam jawa adabi

Cara Menyediakan :
Kisar cili padi, cili kering, buah keras, bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas dan serai dan tumis sehingga pecah minyak. Masukkan daun limau, gula merah dan sedikit pes asam jawa adabi. Kacau sebati. Masukkan udang dan santan.

Tunggu sehingga agak kering kemudian masukkan kerisik dan garam. Biarkan kering dan sambil  itu harus sering di kacau. Selamat mencuba!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Kongsi Resepi