Nuffnang
Tuesday, August 17, 2010
Roti tawar goreng ala picnic roll
Bahan - Bahan :
6 keping roti tawar - dipotong dua bahagian
Minyak untuk menggoreng
Bahan Pelengkap :
6 keping smoked beef - nak pakai sosej pun ok jugak, dipotong nipis
6 keping keju slice
3 biji telur rebus - dipotong bulat
50 gram daun bayam - dicelur, toskan
Bahan untuk sos (kacau rata ) :
6 sudu makan sos tomato
1/4 sudu teh serbuk lada sulah
1 sudu makan gula pasir
Bahan Pelapis :
3 biji telur, dipukul ringan
75 gram serbuk roti kasar
Cara Membuat :
Ambil sekeping roti tawar. Sapukan dengan bahan sos. Letakkan smoked beef atau sosej. Sapu lagi dengan bahan sos. Letakkan keju slice. Letakkan telur dan bayam. Lipat roti tawar. Celupkan ke dalam bahan pelapis. Gulingkan di serbuk roti kasar. Ulang proses ini sekali lagi. Goreng dalam minyak yang sudah di panaskan sehingga keperangan.
Sumber : Saji Indonesia