Nuffnang

Saturday, January 28, 2012

Kuih Lapis Lobak Merah



Saya nak berkongsi lagi. Petang tadi ada mencuba kue lapis lobak merah merah ini, rasanya lumayan lemak manis. Sekali - sekala mencuba kelainan. Nak tau sedap tak sedap kuih lapis ni, kena cuba sendiri membuatnya di dapur, ya !

Bahan bahan A :
300 ml santan pekat
700 ml air biasa
200 gram tepung beras
200 gram tepung ubi ( tapioca flour )
1 tbsp tepung sago
250 gram gula caster  

Bahan bahan B :
500 ml juice lobak merah
100 gram tepung beras
100 gram tepung ubi
120 gram gula caster
1/2 tbsp tepung sago

Cara : Di dalam mangkuk campurkan semua bahan - bahan A dengan menggunakan whisk sehingga sebati dan tercampur rata. Bahagikan menjadi 5 bahagian yang sama banyak. Didalam mangkuk yang lain pulak campurkan semua bahan - bahan B dan kacaukan sehingga sebati. Bahagikan kepada 4 bahagian yang sama banyak. Ketepikan.

Panaskan pengukus. Gliskan loyang saiz 8 inci dengan sedikit minyak sayur dan panaskan di dalam pengukus selama 5 minit. Masukkan 1 cawan adunan berwarna putih dan kukus selama  5 minit atau sehingga masak. Ambik lagi 1 cawan adunan berwarna orange ( adunan B ) dan kukus lagi selama 5 minit. Ulangi langkah yang sama sehingga adunan habis. Untuk  layer yang terakhir kukus lagi selama 10 minit,  angkat dan biarkan sejuk barulah di potong.
     

6 comments:

  1. sangat unik. salah satu cara menyedapkan carrot.. heheh.. dan menghabiskan stok carrot. tq tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, ya betuii tuch! Thanks dah singgah, sayang diaa..hehe

      Delete
  2. x anh rasa lagi ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh rasa, tapi kena buat dulu, yaa! hehe..

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Kongsi Resepi