Nuffnang

Saturday, January 28, 2012

Kek Cawan Coklat



Sejak akhir - akhir ini kek cawan atau pun cup cake seakan - akan menjadi fenomena di negara ini. Hidangan pemanis mulut ini kerap di sajikan pada majlis perkawinan, pertunangan atau pun harijadi.
Sebenarnya pemanis mulut ini muncul bagi memenuhi keperluan masyarakat yang mahukan santapan yang di nikmati dengan sekali suap sahaja! Katanya, ya!! Kepelbagaian saiz, warna dan rekaan menjadikan kek cawan bukan sekadar dicari di akhir majlis, bahkan di komersialkan menjadi sebahagian gaya dan hiasan.


Bahan bahanya :
100 gram mentega  tawar
200 gram gula pasir halus - boleh kurangkan sesuai selera!
2 biji telur
250 gram susu cair
1 sudu teh esen vanila
Paper cup secukupnya

Bahan diayak :
40 gram serbuk koko
140 gram tepung gandum
1/2 sudu teh baking powder
1/4 sudu teh garam

Hiasan :
Bunga warna - warni secukupnya untuk hiasan

Cara : Siapkan 12 buah paper cup ukuran sedang. Panaskan oven bersuhu 170 C. Pukul mentega dan gula, masukkan telur sebiji demi sebiji sambil terus di pukul. Masukkan esen vanila, pukul sehingga rata. Masukkan campuran tepung dan susu cair secara berselang - seli, kacau rata. Masukkan adunan ke dalam paper cup, bakar sehingga  masak selama 20 minit. Angkat dan sejukkan. Hias dengan  krim mentega dan bunga warna - warni secukupnya.

                                   
Resipi Krim Mentega

500 gram krimwell
125 gram mentega
150 gram gula aising - ayak dulu, boleh kurang atau tambah jika perlu
4 sudu besar susu pekat manis
1 sudu esen vanila

Cara : Campurkan semua bahan dan pukul sehingga kembang dan putih, menggunakan kelajuan maksimum. Bahagikan kepada beberapa bahagian  dan warnakan mengikut tema hiasan kek cawan anda!

                                                                           

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Kongsi Resepi