Syukur dapat menyelesaikan tugasan dari cikgu Siti yang minta di buatkan kek coklat untuk
si kecik Haziq. Habis je time kerja terus je pergi ke dapur menyiapkan bahan - bahan kek
yang akan di buat tadi. Resepi saya cuba dari buku kek Puan AmarusZati.
40 gram koko
40 ml air panas ( bancuh koko dengan air panas dulu, baru tambah susu segar )
80 ml susu segar
4 kuning telur
100 gram gula kastor
120 gram tepung naik sendiri
1/2 sudu kecil serbuk penaik
1/2 sudu kecil soda karbonat
60 gram minyak jagung
1 sudu kecil esen vanila
Bahan - bahan B :
4 biji putih telur
50 gram gula kastor
1/4 sudu kecil cram of tar - tar
Caranya : panaskan ketuhar pada suhu 170 C. Pukul bahan A sehingga sebati. Dalam mangkuk lain, pukul telur dan tar - tar sampai berbuih. Masukkan gula dan pukul sehingga menjadi meringue.
Masukkan putih telur ini ke dalam adunan A tadi. Gaulkan perlahan. Masukkan adunan ke dalam loyang 9 inci. Loyang tidak perlu dilenser, hanya alas sahaja. Bakar selama 40 minit. Apabila masak, terus telangkkupkan atas redai.
No comments:
Post a Comment