Assalammualaikum...
Ingin mengambil kesempatan di hari yang mulia ini mengucapkan Selamat Hari Raya Aidifitri. Kepada para pengujung blog, to my family, kawan - kawan semua. Semoga ke datangan Syawal ini akan membawa keceriaan kepada kita.
Lama saya tak menaip di sini kerana kesibukan kerja dan ada beberapa tempahan semasa hari raya yang saya kena buat. Memang tak sempat dan kesuntukan masa. Hari ini teringin nak kongsi satu resepi yang telah saya cuba di dapur saya. Resepi simple sahaja tapi kalau kena dengan citarasa kita tentulah menjadi sedap, betul tak?
Bahan - Bahannya :
225 gram super fine flour - ayak
150 gram mentega
50 gram serbuk koko - ayak
3 biji telur gred A
1 1/3 cawan gula halus - boleh kurangkan
1/2 cawan susu uht / susu cair
1 sudu teh serbuk penaik - ayak
1 sudu teh sodakarbonat - ayak
1 sudu teh esen vanila
Cara Membuat :
Pukul mentega dan gula sehingga kembang. Masukkan telur satu persatu. Tambahkan esen vanila dan pukul lagi sehingga kembang. Masukkan bahan - bahan yang telah di ayak berselang - seli dengan susu segar / susu cair. Kacau sebati.
Masukkan adunan ke dalam dulang pembakar yang telah di sapu nipis marjerin. Bakar selam 30 - 35 minit pada suhu 180 C. Setelah sejuk salutkan dengan bahan toping yang telah di cairkan dan hiaskan mengikut kreativiti.
Bahan Toping :
300 gram coklat masakan - cincang kasar
200 gram whipping cream
Cara : Didihkan krim secara double boil, masukkan cincangan coklat. Kacau hingga sebati. Sejukkan sebelum di gunakan.
Selamat Hari Raya kepada semua...
No comments:
Post a Comment